Komplikasi yang dihadapi oleh jenama telefon pintar keluaran China, Huawei dan Honor menarik perhatian ramai penggunanya sejak semalam.
Ini berikutan tindakan Amerika Syarikat untuk menggantung operasi perniagaan syarikat tersebut daripada hubungan perdagangan mereka.
Ini memaksa pengguna Huawei dan Honor baharu untuk terpaksa berpuas hati tanpa aplikasi daripada Google, Android, Intel, Qualcomm, Broadcom dan beberapa lagi aplikasi penting.
Bagaimanapun, China mahupun Huawei tidak sesekali mudah melatah dan membiarkan saja isu ini tanpa jalan penyelesaian. REMAJA sendiri berpendapat hanya masa yang akan menentukan tindakan susulan daripada Huawei.
Hari ini, akhbar berbahasa Inggeris di China berjudul Global Times melaporkan Huawei sebenarnya mempunyai inisiatif ‘backup’ yang dinamakan sebagai HongMeng dan ia merupakan sistem operasi (OS) yang telah dibangunkan sejak tahun 2012.
Ads
Sumber terdekat berkata OS tersebut sedang diuji dan perlahan-lahan, ia akan menggantikan OS Android yang diguna oleh pemilik telefon Huawei dan Honor kini.
CEO Huawei, Richard Yu.
Malah, CEO Huawei iaitu Richard Yu sebenarnya pernah berkongsi bahawa syarikat itu sedang giat mencuba untuk menggantikan sistem operasi Android dan Windows JIKA ada isu yang berbangkit ataupun sebagai pelan ‘worst case scenarios’ untuk bertahun-tahun lamanya.
Well, this one seems like it!
Ads
Ada juga khabar angin yang mengatakan OS Hongmeng ini dibina dengan bantuan daripada jurutera Nokia.
Walaupun semuanya kelihatan all-good, itu tak bermaksud Huawei tidak perlu berusaha kuat untuk menjadikannya terbaik untuk para penggunanya.
Bukan saja pelan OS perlu dicipta oleh Huawei tetapi kini, mereka juga perlu mencipta aplikasi baru yang sepadan (compatible) dengan OS ini. Ini berikutan tiada aplikasi iOS dan Android yang boleh dimuat turun oleh pengguna baru mereka selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemudahan membayar zakat secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, rasanya masih ramai lagi membuat kaedah bayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.
Namun begitu, dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang, disarankan agar masyarakat membuat bayaran zakat secara online bagi melakukan penjarakkan sosial seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Untuk yang ingin membayar zakat secara online, korang boleh download aplikasi Myeg, daftar terlebih dahulu kemudian pergi pada bahagian Zakat Fitrah.
Seterusnya, lihat gambar-gambar dibawah:
1. Pilih Zakat Fitrah
2. Pilih negeri
3. Buat tetapan seperti dalam gambar
4. Lafaz niat dan buat pembayaran
Mudah sahaja kan? Cuma menurut sumber aplikasi ini hanya tertaluk kepada 6 negeri sahaja.
Ada juga yang berkongsi info bahawa jika membuat bayaran zakat melalui online banking tidak mempunyai niat, namun ada yang memberi penjelasan bahawa orang zakat akan menghubungi korang untuk lafaz akad nanti.
So guys, ada banyak cara untuk memudahkan pembayaran zakat. Semuanya atas pilihan korang saja.
Korang pernah tak rasa macam ada orang tengah intai-intai data peribadi dalam telefon korang?
Jangan main-main, sebab scammer sekarang makin pandai dan ada pelbagai cara untuk akses maklumat korang tanpa izin. Baru-baru ni, pakar keselamatan siber dah bongkar teknik yang biasa scammers guna untuk curi data peribadi dari telefon bimbit kita.
Baru-baru ini seorang pakar keselamatan siber, Dr Arif Hakimi telah berkongsi bagaimana scammer berjaya mengakses data di dalam telefon bimbit.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Arif di TikTok, dia menjelaskan motif membuat video tersebut selepas isterinya menerima satu ‘jemputan majlis kahwin’ menerusi aplikasi WhatsApp.
Jelasnya dalam jemputan tersebut, scammer berkenaan turut memberikan satu fail yang ditulis PDF (Portable Document Format) namun ia sebenarnya adalah fail jenis APK (Android Package Kit).
“Jadi aku nak tunjuk dekat korang apa kandungan dalam fail APK tersebut dan macam mana scammer atau hecker ini dia akses kita punya telefon. Mari kita tengok macam mana dia buat,” katanya.
Bagi menerangkan proses tersebut Dr Arif telah meminta isterinya memajukan (forward) semula ‘jemputan’ ke telefonnya.
Turut tunjuk fail yang mencurigakan untuk akses maklumat peribadi dalam telefon
Dia kemudian mengekstrak fail tersebut menggunakan komputer untuk melihat jenis kandungan yang ada di dalam fail itu bagi menjayakan misi hacker mengodam telefon bimbit seseorang.
Sebaik mengekstrak, Dr Arif menunjukkan beberapa command yang dilihat mencurigakan dan boleh menggubah sistem operasi peranti seperti:
Membenarkan membaca dan menerima mesej.
Membenarkan untuk membaca rekod panggilan.
Membenarkan aplikasi yang dihantar aktif semula apabila pengguna menghidupkan semula telefon bimbit mereka.
Fail itu turut membenarkan scammer untuk mengakses aplikasi WhatsApp, MMS (Multimedia Messaging Service), e-mel dan banyak lagi.
Ujarnya lagi sebaik segala maklumat yang diperlukan sudah berjaya diakses, data tersebut akan dihantar ke aplikasi telegram.
“Kemudian selepas dia dah ekstrak data daripada WhatsApp, e-mel, MMS, dia akan kumpulkan semua dan hantar kepada… Haa orang kata punca, di mana data dia kumpul tadi tu dia hantar kepada line ini kita panggil API (Application Programming Interface).
“API kepada telegram. Maksudnya hacker atau pun scammer tu dia menggunakan telegram untuk terima kita punya data melalui API ni,” jelasnya.
Scammer kumpul data hantar ke API aplikasi Telegram
Kata Dr Arif lagi, data yang berjaya dikumpulkan akan disatukan dalam satu fail di mana maklumat yang dikongsikan adalah seperti jenis aplikasi, senarai nombor telefon kenalan, mesej, jenis telefon bimbit sebelum dihantar terus ke Telegram scammer.
Menurutnya, itu adalah cara yang digunakan oleh scammer untuk mengakses data mangsanya termasuklah mengakses ke akaun media sosial dan juga bank.
Malah dia turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sebelum mengklik ke sebarang fail atau pautan yang diberikan.
@dr.arif.hakimiHati hati, macam ni lah scammer atau hacker ambil data dalam phone. Video ni akan tunjuk modus operandi scammer menggunakan jemputan kad kahwin dan hantar file APK untuk mengambil data peribadi mangsa.♬ original sound – Dr Arif
Tips Untuk Lindungi Data Korang:
Gunakan password kuat dan aktifkan pengesahan dua faktor (2FA).
Jangan kongsi maklumat penting dalam mesej atau media sosial.
Sentiasa hati-hati dengan mesej atau panggilan yang mencurigakan.
Pasang apps antivirus yang dipercayai.
Jangan biarkan telefon korang tanpa kunci skrin.
Ingat, data peribadi korang sangat berharga. Kalau dah terlepas, susah nak dapat balik. Jadi, bijak dan sentiasa waspada supaya tak jadi mangsa scammer!
Buat pengikut Liga Pro PUBG Mobile di Malaysia, tentunya korang mengakui kelebihan yang dimiliki oleh pasukan tempatan 4Rivals.
Sejak penampilan 4Rivals pada Ogos 2021, pasukan yang berpangkalan di Selangor ini berjaya meningkat naik hanya dalam masa yang singkat. Bukan saja mengharumkan nama dengan layak ke PMGC, malahan mereka turut merangkul tempat ketiga dalam Liga Pro PUBG Mobile – Kejuaran SEA Musim 4: Liga, serta Liga Pro PUBG Mobile – MYSG Musim 4: Akhir.
4Rivals terus membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang pasukan setelah melakukan kemunculan sulung di Kejohanan Global PUBG Mobole (PMGC) sebagai salah satu daripada dua pasukan yang mewakili Malaysia.
Maka, tidak hairanlah apabila baru-baru ini 4Rival telah diumumkan menerima sokongan daripada dua jenama besar iaitu daripada Yoodo, jenama perkhidmatan 100 peratus mudah alih digital pertama yang boleh diubahsuai di Malaysia dan organisasi antarabangsa e-sukan yang berpangkalan di Sweden, Alliance.
Bersama, mereka telah memperkenalkan pasukan baharu PUBG Mobile iaitu Yoodo Alliance-4Rivals!
Kata Ketua Yoodo iaitu Chow Tuck Mun, Yoodosebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang sentiasa memperjuangkan bakat e-sukan Malaysia menyokong pemain generasi baharu seperti pasukan 4Rivals ini demi meningkatkan peluang e-sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, kerjasama ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan untuk pemain e-sukan.
Komitmen Yoodo untuk melahirkan lebih ramai pemenang dan memupuk bakat juga dikongsi oleh Alliance. Bak kata pengasas dan CEO Alliance, Jonathan ‘Lodo’ Berg, mereka yakin kerjasam dengan 4Rivals ini mampu berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
*
Bercakap dengan CEO pasukan 4Rivals iaitu Mohd Hafizuddin Yusoff, dengan pengenalan pasukan Yoodo Alliance-4Rivals ini, misi mereka sekarang hanya satu iaitu untuk menjadi ‘performance team’ dalam dunia kejohanan PUBG.
Ahli pasukan Yoodo Alliance-4Rivals bersama-sama Chow Tuck Mun dan Jonathan Berg dalam sidang media atas talian, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, Yoodo & Alliance menyokong hasrat kami untuk menjadi pasukan terbaik dengan memberikan fasiliti penting sempena kemunculan kami di kejohanan antarabangsa.”
“Dengen penambahan pemain baru-baru ini iaitu Vokey bagi posisi Fragger untuk musim seterusnya, sasaran kita sekarang adalah untuk pasukan nombor satu dalam Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 4 : Liga. Misi kami adalah untuk menjadi pasukan pertama dari Malaysia untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tiga kedudukan teratas di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC),” kongsi Hafizuddin.
Buat masa ini, senarai pemain pasukan Yoodo Alliance-4Rivals terdiri oleh :
Appy– Muhammad Haziq Hanafi bin Mad Zain, 22 (In Game Leader)
Eypul – Mohamad Saiful Annuar Bin Shahrom, 25 (Support)
Rith– Harith Aimar bin Stanley Michael, 18 (Fragger)
Pemburu– Sahrul Daulay Bin Jailani, 25 (Support)
Vokey– Muhammad Imran b Rosli, 22 (Fragger)
Kehadiran Pasukan Filipina
Untuk pengetahuan korang, Liga Pro PUBG Mobile (PMPL) – Kejuaraan SEA Musim 5 akan datang bakal disertai oleh sebuah lagi negara Asia Tenggara baharu iaitu Filipina. Ia telahpun diumumkan menerusi akaun Facebook PUBG Mobile E-Sports Malaysia dan kini, saingan akan terbahagi kepada tiga buah negara termasuk Malaysia dan Singapura.
Komen Hafizuddin, pasukan Yoodo Alliance-4Rivals tidak mudah melatah dengan saingan baharu ini sebaliknya meraikan liga yang lebih meriah selepas ini.
“Setiap negara mempunyai meta tersendiri. Kita tidak nafikan pasukan dari Filipina ada kekuatannya tetapi untuk saya, apabila mereka menyertai PMPL di Malaysia; sudah tentu serta-merta mereka akan menjadi antara pencabar terdekat kita untuk merebut kejuaraan.
“Saya percaya dengan pengalaman yang 4Rivals ada hingga sampai ke PMGC, kita masih mampu menjadi yang terbaik di peringkat PMPL. Lagi pula, liga di Malaysia ini seperti yang kita tahu amat kompetitif dan komuniti PUBG kita juga sangat bagus. Kita telah buktikan kita antara liga terbaik di dunia setelah dua pasukan PMPL berjaya ke PMGC dari Malaysia,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, tekanan sebaliknya akan dirasai oleh pasukan Filipina yang baru menyertai kerana mereka akan berdepan cabaran sengit dari pasukan lain yang lebih berpengalaman dalam liga PMPL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer berbakat, Aisha Retno kini melakar satu lagi pencapaian besar dalam karier seninya apabila dipilih sebagai salah seorang pemegang watak utama bagi...