Kali ini cerita tentang idol K-pop popular iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Young dikhabarkan telah membeli salah satu rumah yang termahal di Korea Selatan. Malah beliau membeli rumah itu secara bayaran tunai.
Sumber: Allkpop
Seriuslah beli rumah secara tunai?
Menurut mahkamah berdaftar, G-Dragon membeli rumah seluas 2,624 kaki persegi (224 meter) yang terletak di kawasan Hannam-don, Yonsan-Gu, Seoul, Korea Selatan pada akhir bulan Mac tahun ini.
Malah jualan rumah itu telah menetapkan jualan paling tertinggi pada tahun 2022 dengan harga KRW16.4 bilion atau lebih kurang RM57 juta.
Ads
Rumah tersebut terkenal dengan nama Nine One Hannam mendapat tempat kedua sebagai kompleks rumah elit yang termahal selepas rumah elit di Cheongdam.
Sumber: Koreaboo
Malah perkara ini menjadi bualan hangat dengan peminat artis Korea kerana ketua dari kumpulan Big Bang itu telah membayar keseluruhan harga tersebut dengan secara tunai.
Lebih menarik lagi, G-Dragon juga telah menandatangani kontrak transaksi untuk 6 buah isi rumah yang lain dengan jumlah yang sama.
Ads
Seperti yang sedia maklum, G-Dragon merupakan artis yang memilki hak cipta lagu terbanyak berbanding dengan artis kumpulan K-Pop yang lain.
Bukan itu sahaja, artis tersebut adalah duta jenama untuk barang ternama sehingga jenama pakaiannya PEACEMINUSONE pernah berkolaborasi dengan jenama kasut terkemuka iaitu Nike.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seluas-luas bumi Allah ini, tiada batasan yang boleh menghalang individu menjejakinya. Asal ada duit, masa dan kesihatan yang baik, boleh saja pergi ke mana di sukai. Namun atas nama polisi, keselamatan dan kerahsiaan, ada 7 tempat di dunia ini yang dilarang memasukinya sama sekali.
Cuba semak, apa tempat rahsia yang orang ramai tidak boleh memasukinya sesuka hati. Selalu orang cakap, money can buy anything tetapi di 7 lokasi ini, duit tak laku pun tau.
Room 39 Korea Utara
Bila sebut Republik Rakyat Demokratik Korea Utara, kita tahu tidak ramai pelancong memilihnya sebagai destinasi percutian berbanding Korea Selatan.
Di sebalik negarai ini tersimpan satu lokasi rahsia disebut sebagai Room 39 (ada juga panggilan seperti Bureau 39, Division 39 atau Office 39). Ia adalah tempat pemerintahnya, Kim Jong Un melakukan operasi penggubahan wang haram, pencucian wang, penjualan senjata, penyeludupan ubat-ubatan dan lain lagi bagi membiayai operasi negara ini termasuk program rahsia nuklearnya.
KIm Jong Un dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang Room 39
Imej dari satelit hanya mengandaikan di situlah terletaknya Room 39
Reka bentuk bangunan ini juga sukar diakses oleh satelit dan begitu tersembunyi namun agak dekat dengan rumah pemerintahnya, Kim Jong Un.
Dikatakan, di Room 39 ini, banyak operasi rahsia dilakukan seperti pemalsuan wang termasuk ada akaun-akaun rahsia lebih kurang 130 akaun yang tersimpan rapi. Hanya pemerintahnya, boleh memasuki selain pekerja yang taat setia. Bilik ini disebut sebagai sumber ekonomi pemerintah.
Laporan pada 2007 yang diterbitkan oleh Millenium Project Of The World Ferderation Of United Nations Assiciations menyebut bahawa Korea Utara menghasilkan USD500 juta ke USD 1 juta setahun hasil kerja-kerja yang menyalahi undang-undang. Jadi kalau korang ada duit pun, confirm tak dapat masuk sini..
Disney Club 33
Terletak di New Orleans Square, Club 33 ini hanya boleh diakses oleh ahlinya sahaja. Itu pun tidak ramai kerana untuk menganggotainya yurannya teramat mahal. Kalau korang ada duit yang banyak sekali pun dan mahu membeli yuran keahliannya, sila tunggu berbelas tahun dulu ya kerana keahliannya sangat terhad. See, money can buy anythingkan.
Tempat ini sangat terhad kemasukkannya kecuali korang ada boyfriend atau girlfriend yang ada kad keahliannya. So bolehlah duduk bersama..
Ruang loungenya sangat mewah dan hanya untuk orang have-have sahaja
Salah satu susur masuk ke kelab ini sebelum boleh masuk ke dalamnya. Ini pun dah mewahkan..
Difahamkan, untuk yurannya sahaja mencecah antara USD 25,000 ke USD 100,000. Kalau ditukar ke duit ringgit, lebih kurang antara RM100,000 ke RM400,000. Dah boleh beli sebiji rumahkan di sini. Masuk situ pun Cuma untuk makan-makan. So apa lagi guys, lepak mamak jelah. Bila-bila korang boleh akses, 24 hours non stop!
Area 51 Nevada, Amerika Syarikat
Apa apa di sini sampai tak boleh nak akses ya. Area 51 Nevada ini ditubuhkan pada 1955 dan merupakan pangkalan udara rahsia bagi ketenteraan Amerika. Ermm, patutlah tak boleh masuk. Confirm kena tembak.
Terdapat cubaan beberapa kali dari orang luar yang cuba ingin mengetatahui apa yang dilakukan di sini. Apa yang mereka dapat tangkap melalui gambar ialah individu berpakaian seperti satu set lengkap.
Nampak tanda amaran yang dipasang. Sila jauhkan diri ya.
Lokasi ini merupakan tempat pengkalan udara Amerika menjalankan operasi rahsia dan ujian ketenteraan pesawat mereka
Kawalan cukup ketat di sini, 24 jam non stop
Hanya gambar begini berjaya dibidik oleh mereka yang ingin tahu apa ada di dalam Area 51 ini
Difahamkan juga, di Area 51 ini apa saja ujian mengenai senjata, penerbangan dan berkaitan ketenteraan akan dilakukan di sini. Sekali pun Presiden mengatakan tiada apa rahsia di sini tetapi segala biaya kewangan dan laporan tidak pernah dibentangkan kepada Kongres Amerika serta umum. So, tempat ini memang sangat rahsia dan dianggap tak wujud sama sekali.
Arkib Rahsia Vatican City
Disini merupakan tempat penyimpanan semua dokumen rahsia sama ada bertulis tangan sejak berkurun lagi. Dikatakan, di arkib inilah semua dokumen penting dan mempunyai nilai sejarah disimpan sebaik mungkin. Difahamkan, ada 105 dokumen bernilai tinggi dan 19 daripadanya langsung tidak pernah dipertontonkan kepada umum atas akta kerahsiaan.
Sebab itulah ia tidak dibuka kepada umum sejak dahulu. Tetapi beberapa tahun dahulu pihak Arkib Rahsia ini ada menjemput individu terpilih untuk memasukinya tetapi bukan semua tempat dibuka kepada umum.
Arkib ini sepanjang 85km dan menyimpan semua dokumen rahsia. Cara pengambilannya bahannya masih secara manual dan sebab itulah tiada orang dibenarkan masuk sesuka hati.
Seorang wartawan The Telegraph, Nick Squires telah menyertai lawatan bersejarah ini. Katanya arkib itu dikawal menggunakan teknologi purba dan bukan seperti perpustakaan moden.
Rak penyimpanannya adalah sejauh 85 km dalam ruang bawah yang dikonkrit sepenuhnya dan dipenuhi dengan surat kiriman pemimpin dari pelbagai peringkat kepada kepimpinan Vatican City ketika itu.
Pihak Vatican City menegaskan arkib itu bukanlah sesuatu yang rahsia, sebaliknya ia lebih merujuk kepada tempat yang privasi.
Snake Island, Brazil
Di pulau yang dikenali dengan nama Ilha de Queimada Grande. Sangat cantik tetapi sayangnya terlampau banyak ular berbisa. Difahamkan ada lebih dari 4000 spesis ular berbisa ada di pulau ini.
Pulau ini sangat cantik tetapi dipenuhi ular
Ribuan ular berbisa ada di sini, 5 minit patuk, kulit daging terus luruh
Kalau seorang individu dipatut, dalam tempoh 5 minit, segala isi badan akan melerai dan difahamkan, setiap satu meter persegi sudah ada kelompok ular berbisa yang merata-rata.
Lebih teruk lagi, spesis ular kepala emas (lancehead) ini mampu membunuh dalam beberapa minit selepas mematuknya. Jadi kalau korang ada duit pun, janganlah pergi sinilah. Sure tak balik kalau kena patuk!
Syalbard Global Seed Vault
Dengar pun jarang-jarangkan tetapi tempat ini terletak di Kutub Utara, satu tempat paling sejuk di dunia.
Difahamkan di penempatan ini hanya beberapa orang boleh mengaksesnya dan tidak dibuka kepada umum. Sebabnya, di Syalbard Global Seed Vault inilah terletaknya segala jenis biji benih yang akan tumbuh dalam pelbagai cuaca jika keadaan sudah kiamat. Ermm, macam-macam orang putih niekan.
Global Seed Vault adalah lokasi penyimpanan semua jenis biji benih di dunia
Di kutub utara inilah gudang benih didirikan
Gudang penyimpanan jutaan biji benih seandainya berlaku kecemasan di dunia kelak
Segala jenis benih ada di sini termasuk durian tau
Malah kalau dunia hancur akibat peperangan, di saat semua manusia akan kelaparan, tetapi di lokasi ini benih akan tumbuh dan menjadi sumber makanan untuk manusia yang tinggal. Jutaan biji benih di simpan di sini dan tempat ini tak boleh dimasuki sebarangan orang.
Google Data Centre
Selain enam tempat di atas, Google Data Centre bukanlah satu tempat pelancongan yang boleh diakses oleh semua orang. Di sini disimpan segala jenis data dan hanya pihak tertentu boleh memasukinya.
Hanya pekerja mempunyai akses sahaja dibenarkan masuk ke sini
Jadi kalau kita ada duit yang banyak dan try-try nak rasuah orang agar diberi kebenaran untuk melihatnya, jawapannya, NOOOOO.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang memberi sokongan dan doa kepadanya dan juga puteri sulungnya, Fatima.
Menerusi sebuah kenyataan di Instagram, Fazura menzahirkan penghargaan dengan semua kata-kata semangat dan tanda kasih yang diterimanya selama ini.
“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon popular Pisau Cukur itu turut menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat pada 13 September lalu diambil setelah pertimbangan mendalam tentang masa depan mereka.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” ujarnya lagi.
Selain, Fazura nekad untuk meneruskan keputusan tersebut demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan anaknya.
Justeru, dia juga memohon doa agar proses yang akan datang berjalan lancar dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong mereka.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” coretnya panjang.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat dan doakan yang terbaik buat usahawan tersebut.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Sekarang ini banyak betul produk-produk berasaskan coklat mendapat tempat di hati peminat coklat, tidak kiralah tua atau muda, lelaki atau wanita semuanya meminati rasa yang sama.
Bagi hantu coklat pastinya tidak mahu lepaskan menikmati produk coklat yang lazat dan menyelerakan bukan, ini antara choco jar yang semakin mendapat tempat di hati kaki hantu coklat.
Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hiks!
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal. Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.
Berbaloi kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bahan-bahan:
– 500gm coco crunch bersaiz kecil
– 500gm coklat beryl’s
– Setengah cawan minyak masak
Cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil
2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk
3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.
Memang tak rugi cuba choco jar yang padat dan padu macam ini, kalau tak percaya kenalah cuba dulu!
Selamat mencuba
Sumber: Norhamiza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.