Personaliti media sosial, Dahlia Rizal, baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan perkongsiannya di Instagram tentang perjalanan cintanya bersama suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil.
Dalam perkongsian tersebut, Dahlia menceritakan detik manis dan suka duka bagaimana mereka akhirnya menemui kebahagiaan bersama.
Menurut Dahlia, pada awalnya, Imran hanya dianggap sebagai rakan badminton. Namun, Imran akhirnya membuktikan kesungguhannya dalam usaha untuk memikat hatinya.
“One thing i love about Imran is that he isn’t like some other guys yg i met yg bila jumpa sahaja all they do is confess and let the talking stage prolong sampai la berbulan-bulan without any kata putus. Bak kata orang, follow the flow gitu.
“Whereas Imran, i knew dari dulu he lowkey had a crush on me but of course as years went by i just felt like he wasn’t that interested anymore and became JUST friends saja. More to a badminton buddy lah kan,” kongsi Dahlia.
Hubungan mereka semakin rapat pada penghujung tahun 2021. Namun, Dahlia tetap beranggapan mereka hanya sahabat.
Ads
“We got a bit closer at the end of 2021 but again, i assumed we were in that friend type of zone cause both tak cakap apa-apa and met sekejap-sekejap sahaja for events and badminton.
“But little did i know he was actually already in love with me and didn’t waste any time and terus confessed his feelings for me dan terus ajak kawin haha of course i said no!” coretnya.
Meskipun menolak pada awalnya, Dahlia memberi ruang dan masa kepada Imran untuk membuktikan keseriusannya. Dahlia memaklumkan bahawa Imran adalah contoh lelaki yang diidamkan oleh setiap wanita.
And give me time and all lah kan but what i’m trying to say is that, it took him only 2 months to really get to know me dengan lebih mendalam dan terus ajak nak halal kan.
Ads
“That’s the type of person yang every woman should have in their lives. Yang tak waste time or yang terus bagi kata putus. You need someone yg is very sure about u & the future,” ujar Dahlia lagi.
Dahlia turut memberikan nasihat kepada mereka yang berada dalam hubungan yang tidak jelas.
“I pray that if any of you yang sedang baca ini tengah dalam that situationship or in that talking stage.
“I harap you girls/guys dapat membuat keputusan yang tepat dan dapat kata putus yg sewajarnya oleh kawan/pasangan korang. Jangan buang masa okey! Insya-Allah,” tulisnya panjang lebar.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Dahlia Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita mendengar tentang cinta bertepuk sebelah tangan. Tapi tak ramai yang membicarakan tentang mengapa hal seperti ini boleh berlaku. Apakah puncanya seseorang itu boleh ‘bertepuk’ sebelah tangan.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan perkara begini berlaku seperti salah anggap ‘signal‘ yang diberikan oleh si dia yang korang minati.
Tapi faktor paling utama ialah diri korang sendiri yang tak tahu membezakan atau mengenal pasti adakah si dia benar-benar suka pada korang atau hanyalah sebagai kawan biasa.
Ya, REMAJA juga akui tidak semua orang boleh ‘membaca’ setiap gerak atau kata hati seseorang. Namun, jika korang berhati-hati nescaya perkara seperti itu tak akan berlaku.
Ini merupakan 7 petanda bagaimana korang nak tahu dia anggap teman istimewa atau biasa sahaja.
1. Korang je yang selalu beri perhatian
Tanpa bersembunyi kamu sentiasa menunjukkan dari segi perlakuan dan bagaimana kamu melayannya dengan penuh perhatian. Tapi sayangnya kawan-kawan di sekeliling hanya nampak korang je yang berbuat begitu. Si dia hanyalah melayan korang seperti orang lain.
2. Bercerita tentang perempuan lain
Baginya, korang hanyalah kawan baik lantas menyebabkan dia cukup selesa untuk bercerita tentang wanita lain tanpa perlu berselindung. Contohnya jika dia menyukai seseorang dia akan terus memberitahu korang. Percayalah jika dia anggap korang lebih daripada kawan dia tak akan buat begitu.
Selepas berkongsi tentang wanita yang disukainya, dia mungkin akan minta tolong korang untuk menjadi orang tengah. Dia juga sering meminta pendapat bagaimana untuk memenangi hati wanita tersebut. Girls, berhentilah berharap bila dah sampai peringkat ini.
4. Sering kongsi masalah
Dia juga sangat selesa untuk berkongsi segala masalah dengan korang. Mengapa? Kerana dia menganggap korang sebagai kawan baik dan tidak mempunyai masalah untuk meluahkannya. Dalam kepalanya korang hanyalah kawan baik.
5. Cuba jodohkan korang dengan kawannya
Disebabkan dia menganggap kamu kawan baik dan masih tidak berteman, dia akan berusaha untuk memperkenalkan dan mencari jejaka yang baik untuk korang. Nahhh, ini sudah jelas dia tak ingin atau memasang niat pun untuk bersama korang.
6. Sering beri nasihat
Bagai seorang abang kepada adik, itulah apa yang dilakukannya di sini. Walaupun kamu telah meluahkan fikiran tetapi dia masih tiada perasaan khusus. Jadi jangan terlalu berharap kepada orang lelaki ya? 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap lelaki mempunyai personaliti tersendiri. Dalam hubungan cinta pula ada lelaki yang lebih bersikap terbuka dan ada juga yang seakan sukar untuk mengungkapkan kata-kata sayang atau cinta.
Mengapa sesetengah lelaki memilih untuk bersikap demikian? Well, itu merupakan satu misteri yang ramai para gadis cuba mencari jawapannya.
Di zaman sekarang. ramai wanita berpendapat bahawa mereka sudah cukup mahir untuk membaca fikiran seorang lelaki dan ada juga yang merasakan menunddukan ego lelaki itu satu perkara mudah.
Tapi percayalah ia tidak semudah itu. Lelaki boleh melakukan apa sahaja untuk memenangi hati kamu tetapi mereka juga boleh melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan atau lari daripada berterus-terang.
‘Mengapa’… mungkin itu persoalan kamu. Mungkin 5 sebab di bawah ini adalah jawapannya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan korang je yang ber-dating, pasangan di-Raja kita pun sama tau semasa baginda berdua masih remaja.
Sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Rasmi pada hari ini, REMAJA ingin throwback sedikit perkongsian istimewa Duli Yang Maha Muia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai kisah baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Semasa zaman remaja, kebanyakan daripada kita ditegah untuk menjalin hubungan istimewa dengan seseorang disebabkan ibu bapa. Sama juga kisahnya dengan baginda berdua.
Dalam wawancara bersama rakan media, baginda bertitah yang baginda tidak pernah keluar dating dengan Tuanku Agong kerana ayahanda baginda yakni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail (Yang di-Pertuan Agong kelapan) tegas orangnya.
“Saya jumpa Tuanku (Agong) umur 12 tahun. Tuanku berumur 13 tahun dan kita dapat berjumpa kerana Johor dan Pahang selalu berlawan polo.”
Kerabat diRaja Pahang dan Johor memang dikenali dengan minat terhadap sukan Polo.Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga meminati sukan yang sama.
Di samping itu, baginda berdua juga hanya berutus surat untuk saling berhubung disebabkan kekangan teknologi.
“Masa itu, Tuanku berangkat belajar ke England. Telefon mahal masa itu. Tuanku akan menelefon sekali sebulan tetapi antara tempoh itu tulis surat lah.” Menariknya, surat-surat itu masih disimpan hinggalah sekarang.
“Tuanku (Agong) masa berkenalan pandai menulis surat tetapi apabila berjumpa senyap. Jadi bila jumpa di padang polo, tengok-tengok sajalah.”
Alah macam kita lah curi-curi pandang dulu sebelum menjadi serius. Hihi.
Yang penting, baginda sifatkan baginda berdua bermula sebagai sahabat baik yang boleh membincangkan apa-apa jua perkara. Sweet kan!