Personaliti media sosial media sosial, Dahlia Rizal, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi jumlah kos rawatan bersalinnya di sebuah hospital swasta terkemuka di Damansara, Selangor.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Dahlia mendedahkan bahawa dia telah membelanjakan sekitar RM35,000 untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, Yusra.
“Hahah Imran terkejut mereka caj beg muntah, itu biasa sayang. Untuk enam hari, kos menginap di sini adalah sebanyak RM2,000 satu malam jadi jumlahnya adalah RM12,000 untuk bilik sahaja.
“Tetapi kalau dicampurkan jumlah untuk pembedahan sekali dengan ubat dan semuanya, menjadi RM35,000,” kongsi Dahlia.
Difahamkan, ramai peminat yang bertanyakan kos sebenar selepas Dahlia memuat naik beberapa hantaran tentang proses bersalinnya di hospital tersebut.
Dalam pada itu, Dahlia yang kini berusia 24 tahun turut berkongsi bahawa dia dan suaminya, Imran, telah membuat persediaan awal sejak setahun lalu sebagai langkah berjaga-jaga.
“Alhamdulillah, saya sangat sarankan kalian untuk dapatkan rawatan di sini.
“Memang dari tahun lepas lagi dah mula kumpul untuk bil hospital andai kata kecemasan macam ini terjadi. Syukur kepada Allah sebab limpahkan kami rezeki yang cukup,” katanya.
Ads
Servis Tip-Top, Berbaloi Dengan Harga
Dalam satu lagi IG Story, Dahlia turut memuji persekitaran dan servis yang ditawarkan oleh pihak hospital. Menurutnya, pengalaman bersalin di sana sangat selesa dan berbaloi meskipun harganya sedikit tinggi.
“Saya buat keputusan tepat pilih bilik ini selepas melahirkan anak sebab mereka sediakan satu bilik dengan katil serta meja yang selesa.
“Macam dalam gambar, ini adalah untuk orang menjaga kita tidur dan siap ada ‘mini lounge’ di luar bilik.
“Jururawat dan doktor-doktor pun baik saja. Katil tak perlu cakaplah, empuk sangat. Secara keseluruhan, harganya sedikit mahal tetapi sangat berbaloi,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Dahlia selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada hari Selasa. Lebih istimewa, anak sulung mereka lahir dalam bulan yang sama dengan tarikh lahir ibunya sendiri.
Untuk info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan apabila Biduanita Negara itu mengejutkan ribuan peminat dengan satu pengumuman istimewa yang cukup bermakna dalam dunia seni tanah air.
Di hadapan lebih 65,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, Siti mengumumkan bahawa Auddra Zulkifly, anak kepada penyampai radio popular Sharifah Shahira, kini secara rasmi bernaung di bawah pengurusannya menerusi SN Legacy (SNL).
Pengumuman tersebut dibuat secara spontan ketika konsert berlangsung, sejurus selepas gadis yang mesra disapa sebagai Oddah itu tampil memukau penonton dengan aksi lincah menari mengiringi persembahan lagu bertenaga, Destinasi Cinta.
Momen tersebut nyata mencuri perhatian, apatah lagi apabila Siti sendiri tampil menjelaskan simbolik kehadiran Oddah di atas pentas berprestij itu sebagai sebahagian daripada legasi seni yang ingin diteruskannya.
“Kenapa saya jemput Oddah bersama dengan saya? Kalau bercakap soal anak angkat, saya sebenarnya mempunyai ramai anak angkat.
“Namun, Oddah kini sudah rasmi bernaung di bawah naungan SNL. Sebab itulah konsert malam ini dinamakan ‘Legasi’,” katanya di hadapan 65,000 peminat yang hadir.
Sebelum ini, Oddah yang merupakan anak hasil perkahwinan Sharifah Shahirah bersama pelakon Ijoy Azhari sering mencuri perhatian di media sosial. Namanya semakin dikenali selepas kemunculannya di pentas program Talk To My Manager, sekali gus memperlihatkan potensi besar yang dimilikinya dalam dunia hiburan.
Selain kemunculan istimewa Oddah, konsert penuh gilang-gemilang itu turut diserikan dengan kehadiran barisan penyanyi jemputan hebat seperti Hafiz Suip, Noh Salleh serta penyanyi yang kian meningkat naik, Umairah.
Tidak ketinggalan, penyanyi bersuara serak basah dari seberang, Cakra Khan turut tampil memberikan persembahan yang cukup berbekas di hati para peminat.
Terdahulu, Siti Nurhaliza terus membuktikan status legenda apabila memukau penonton dengan lebih 30 buah lagu sepanjang hampir tiga jam menerusi Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Lebih daripada sekadar konsert, malam tersebut menjadi saksi bagaimana seorang legenda mula membuka ruang dan meneruskan legasi buat generasi baharu, ia adalah sebuah perjalanan seni yang tidak hanya meraikan kejayaan, tetapi juga harapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Gembira, nervous, sedih pun ada, dan bersyukur kerana penantian yang Kak Gee tunggu lama ini alhamdulillah termakbul juga, walaupun dah 20 tahun lebih.
“Kak Gee bersyukur kerana ramai permintaan bukan sahaja daripada peminat malah daripada rakan-rakan wartawan yang rindu nak melihat Kak Gee beraksi.
“Alhamdulillah dengan sokongan dari semua pihak akhirnya konsert ini dapat diadakan,” katanya semasa sidang media Ziana Zain Konsert 2024.
Bercakap mengenai persiapan konsert yang akan diadakan bebaki lebih kurang lima bulan akan datang, Ziana yang juga mesra dengan panggilan Kak Gee menyatakan bahawa kesihatan menjadi tumpuan utamanya.
“Perkara pertama adalah kesihatan, kedua adalah stamina, ketiga adalah latihan, keempat kita serahkan kepada stylist kita, tapi apa yang penting adalah kesihatan baru semua boleh jadi,” ujarnya kepada media.
Ziana Zain Konsert 2024 akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.
Sekadar info, kali terakhir Ziana Zain muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi konsert Ziana Zain In The Park yang diadakan di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...