Sebuah lagi filem animasi daripada adaptasi buku bakal ditayangkan di pawagam berjudul The Bad Guys. Ia merupakan karya penulis Aaron Blabey dan diadaptasi oleh DreamWorks Animation untuk masuk ke pawagam.
The Bad Guys mengisahkan tentang lima sahabat yang sering melakukan jenayah iaitu Mr. Wolf, Mr. Snake, Mr. Piranha, Mr. Shark dan Ms. Tarantula. Apabila berjaya ditangkap atas kesalahan merompak, sekumpulan sahabat ini diberikan pengampunan dengan syarat mereka haruslah menjadi The Good Guys.
Sumber: United International Pictures
Bagi mereka yang gemar menonton filem animasi, The Bad Guys adalah pilihan yang tepat untuk korang tonton kerana selain menghiburkan, naskhah ini turut memaparkan banyak mesej yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.
Ads
Watak-watak yang dimainkan oleh karakter haiwan ini menjadi penarik kerana masing-masing berjaya mencuit hati penonton. Ada sahaja gelagat mereka yang pasti membuatkan korang tertawa. Jalan ceritanya yang bersahaja dan santai, namun sarat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Semangat setia kawan dan saling mempercayai menjadi teras kepada lima bersahabat ini.
Ads
Sumber: United International Pictures
Watak-watak dalam filem The Bad Guys ini diberikan suara oleh barisan pelakon seperti Sam Rockwell, Marc Maron, Craig Robinson, Anthony Ramos, Awkwafina, Richard Ayoade, Zazie Beetz, Lilly Singh dan Alex Borstein.
Ads
Jangan lupa saksikan The Bad Guys yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 17 Mac 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alumni, graduan dan pelajar Universiti Malaya, lets celebrate!
Times Higher Education (THE) telahpun mengeluarkan senarai penuh kategori Emerging Economies University Ranking 2019, and guess who is there..
Universiti Malaya (UM) berjaya memperbaiki pencapaian berbanding tahun lalu apabila meningkat naik daripada tangga ke-27 kepada tangga ke-18. Sekaligus UM berkongsi kedudukan yang sama dengan Universiti Tongji China.
Pemilihan oleh THE ini sebenarnya mengambil kira lima kategori utama yang dinilai iaitu dari segi pengajaran, penyelidikan, tinjauan antarabangsa, kutipan dan pendapatan industri. Maka, nampaknya reputasi yang dimiliki oleh UM semakin diiktiraf oleh badan antarabangsa tersebut. Bangga weh.
Tahun 2019 juga menyaksikan peningkatan jumlah institusi dari Malaysia iaitu daripada 9 buah (2018) kepada 11 buah institusi, out of 450 in total.
Selain UM, terdapat 2 lagi universiti tempatan yang berjaya menyenaraikan diri di dalam kedudukan 100 terbaik. Ini termasuklah Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kedudukan ke-60. Manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula memanjat 15 kedudukan untuk mendapat tangga ke-86.
Not bad korang! Dalam pada kita gembira dengan keputusan ini, kami berharap agar ia dapat dikekalkan malah diperbaiki pada masa akan datang terutamanya dalam era pendidikan yang cukup kompetitif sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita mengenai Lay yang menyepi dalam aktiviti EXO masih menjadi tanda tanya. Terbaru, EXO-L (fan club EXO) dikejutkan pula dengan berita D.O atau nama sebenar Do Kyungsoo tidak memperbaharui kontrak untuk terus berkerja di dalam grup EXO.
D.O yang kini mula dikenali dalam industri lakonan Korea dengan drama 100 days My Prince dan filem Along with the gods telah membuktikan bahawa D.O atau lebih dikenali sebagai Do Kyungsoo dalam industri lakonan, bukan saja seorang yang boleh menyanyi dan menari, malah mempunyai bakat dalam bidang lakonan!
Media tempatan memberitahu bahawa D.O merupakan satu-satunya ahli yang belum lagi memperbaharui kontraknya.
“Baru-baru ini, semua ahli EXO kecuali Do Kyung SoO bersetuju untuk memperbaharui kontrak mereka.
“Bagaimanapun, hingga ke saat akhir, dia (D.O) berkeputusan untuk tidak perbaharui kontrak setelah berdepan dengan perbincangan dan rundingan yang rumit,” kata sumber.
Menurut Allkpop, D.O tidak mencapai kata sepakat dalam kontrak tersebut, dan mempunyai perancangan untuk bergerak solo. Namun, SM Entertainment syarikat yang menjaga EXO, menafikan berita tersebut dan meminta agar semua peminat dan media menunggu kenyataan rasmi daripada syarikat tersebut.
“Khabar angin yang mengatakan bahawa D.O tidak mahu memperbaharui kontrak bersama kami tidak benar. Kami mempunyai banyak masa sebelum kontrak tersebut tamat. Apa-apa pun, nantikan kenyataan rasmi dari kami.” wakil SM.
Kumpulan yang debut pada tahun 2011 dengan lagu Mama itu telah mempunyai 6 album tidak termasuk Winter Album. Terdiri daripada 12 orang, 6 daripadanya banyak membuat promosi di China, namun 3 daripada ahli yang berasal dari China telah keluar dan menyaman syarikat tersebut. Ahli yang masih bertahan adalah Suho, Xiumin, Chen, Lay, Baekhyun, Chanyeol, Sehun, Kai dan D.O.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inisiatif mikro-drama universiti, UniDramaXRemaja anjuran seeNI dengan kerjasama Remaja secara rasminya melabuhkan tirai menerusi acara Watch Party yang menghimpunkan enam kumpulan terbaik daripada lima institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Watch Party tersebut menyaksikan penyertaan daripada University of Cyberjaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), UiTM Puncak Perdana, TVET UniRazak, Politeknik Seberang Perai serta Kolej Vokasional Sungai Petani. Keenam-enam kumpulan ini mempamerkan kekuatan penceritaan, keaslian idea serta keupayaan menghasilkan karya berimpak dalam format drama vertikal dan kandungan short form.
Pelbagai genre diketengahkan di peringkat akhir termasuk horor, horror komedi, drama dan romantik komedi. Kepelbagaian ini sekali gus menyerlahkan keberanian serta variasi suara generasi muda dalam mengolah naratif yang dekat dengan realiti, emosi dan pengalaman masyarakat masa kini.
Selari dengan objektif seeNI sebagai pentas baharu untuk pencipta muda mengilap bakat dan bercerita dengan berani, karya-karya yang dipertandingkan telah dinilai oleh barisan juri industri berpengaruh terdiri daripada Datuk Ahmad Izham Omar (Pengasas Komet Productions), Nik Amir Mustapha (Pengarah dan Penerbit Lumatic Films), Hj Md Fadzil Teh (Penerbit Zeel Productions), Adly Shairy Ramly (Ketua Thinker Studios) serta Nazihah Dalhar (Ketua Astro Gempak).
Kehadiran barisan juri ini bukan sahaja memastikan penilaian menyeluruh dari sudut kreativiti, kekuatan penceritaan dan potensi komersial, malah memperkukuh peranan UniDramaXRemaja sebagai jambatan antara dunia akademik dan industri kreatif profesional.
Dalam ucapannya, Encik Lokman Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif turut menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan kreatif, malah memberi impak signifikan terhadap pertumbuhan platform tersebut.
“Melalui penganjuran pertandingan ini, kami menyaksikan impak yang sangat positif terhadap pertumbuhan aplikasi seeNl.
“Aplikasi ini mencatat peningkatan keseluruhan sebanyak 10%, manakala jumlah pengguna aktif bulanan meningkat kepada 30,000 pengguna mewakili lonjakan signifikan sebanyak 50% dari bulan ke bulan.
“Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti jelas bahawa kandungan yang autentik dan segar daripada bakat muda mampu menarik perhatian serta memupuk komuniti yang terus berkembang,” katanya.
Watch Party UniDramaXRemaja sekali gus menjadi kemuncak perjalanan pertandingan ini dalam usaha mencungkil bakat baharu, membina keyakinan pencipta muda serta membuktikan bahawa penceritaan berimpak tidak semestinya memerlukan produksi berskala besar, sebaliknya idea yang jujur, relevan dan berani.
Senarai Pemenang UniDramaXRemaja
Bagi edisi sulung ini, pihak penganjur menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan sijil penghargaan kepada juara. Tempat kedua pula membawa pulang RM4,000 bersama trofi dan sijil penghargaan, manakala tempat ketiga menerima RM3,000 berserta trofi serta sijil penghargaan.
Gelaran juara menjadi milik drama Bangkai terbitan Cineman Pictures dari UiTM Puncak Perdana yang berjaya memikat hati juri menerusi kekuatan penceritaan dan aspek teknikal yang mantap, sekali gus membawa pulang RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.
Tempat kedua diraih oleh Missing 7, hasil produksi Cassano Heist Production dari Kolej & Politeknik Pulau Pinang yang menerima RM4,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Anomali terbitan Imaginasi Rembulan dari ASWARA yang membawa pulang RM3,000 bersama trofi serta sijil penghargaan.
Turut diberikan pengiktirafan khas menerusi Anugerah Pilihan Juri ialah drama One Night oleh 23II dari ASWARA yang menerima wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan atas keunikan idea dan keberanian pendekatan penceritaannya.
Dengan berakhirnya edisi sulung ini, UniDramaXRemaja membuktikan bahawa platform digital kini menjadi ruang signifikan buat generasi muda mengekspresikan kreativiti dan siapa tahu, mungkin inilah titik mula lahirnya pengkarya besar industri suatu hari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Tokoh Perfileman Asia BIFF 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon perfileman Asia yang terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.