2020 pasti akan dikenang oleh Haqiem Rusli sebagai tahun yang sukar dilupakan setelah penyanyi tersebut membawa pulang kategori utama di Anugerah MeleTOP Era edisi 2020 sebentar tadi.
Sementara itu, anugerah Top Top MeleTOP Wanita pula diterima oleh Siti Nordiana. Nampaknya, kelab peminat mereka berdua memang ‘kebal’ dan bersemangat setiap kali tibanya acara anugerah yang berdasarkan kepada undian peminat seperti ini.
Jika korang masih ingat pada bulan lalu, Haqiem Rusli telahpun dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 atas sokongan kelab peminat, Qiemillio. Sekali lagi, nampaknya mereka mencipta sejarah dengan kejayaan berganda pada malam ini menerusi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP dan TopTop MeleTOP Lelaki.
Kata Haqiem, “Pertama sekali saya ingin ucapkan kepada Anugerah Meletop KERANA memberi peluang kepada anak-anak muda untuk tonjolkan bakat dan suara kami.
Ads
“Perkara ini adalah satu penghargaan yang sangat besar kepada saya. Dahulu saya hanya menonton AME di hadapan televisyen saja. Saya tidak pernah jangka perkara ini akan berlaku dalam hidup saya.
“Terima kasih kepada FMC Music yang ‘mengambil’ saya dahulu. Terima kasih kepada Qiemillio dan semua yang memberi peluang kepada saya untuk kerjaya. InsyaAllah saya akan buatkan yang terbaik selepas ini untuk industri muzik Malaysia,” katanya.
Ads
Buat Siti Nordiana pula, beliau bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini.
“Terima kasih kepada peminat yang mengundi, hadiah ini untuk mereka sebenarnya. Terima kasih kerana masih mempercayai bakat Nana.” Siti Nordiana juga menerima kategori Top Top MeleTOP Duo bersama Khai Bahar yang baru saja diperkenalkan pada tahun ini
Angka 17 menjadi angka bertuah buat Danish Adham Nuqman Soon, 17 tahun.
Pelajar seni kulinari di Kolej Vokasional Langkawi itu telah membanggakan negara setelah memenangi 17 pingat di Kejohanan Chef Dunia 2019 minggu ini. Kejayaan itu tidak disangka oleh remaja itu sendiri apabila namanya dipanggil berulang kali untuk ke hadapan menerima hadiah sehinggakan para juri terkejut.
"Saya sendiri tak menyangka akan memenangi kategori-kategori itu kerana saya berhadapan dengan pesaing yang lebih berpengalaman. Kejayaan ini adalah momen manis untuk saya dan keluarga," kata Danish yang ingin meneruskan cita-citanya menjadi seorang chef selebriti.
Di samping kategori serius yang dimenanginya, Danish turut membawa pulang trofi untuk kategori 'Outstanding Hot Cooking Chef'. Peserta termuda dalam kejohanan itu sering mendapat galakan daripada guru dan ibu bapanya untuk mengikuti pertandingan memasak ketika di sekolah.
Penyertaan itu bukan saja untuk bertanding semata-mata tetapi ia juga memberikan keyakinan kepada Danish untuk mengatasi masalah anxiety yang dihadapinya.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, filem yang kita semua pernah tonton di pawagam akan memenangi anugerah perfileman paling berprestij.
Filem bercorak adiwira atau superhero sering dipandang rendah malah dianak tirikan apabila tiba musim anugerah. Besar kemungkinan, pengkritik filem merasakan filem seperti ini tidak ‘deep enough’, tidak mempunyai inti pati yang boleh memberikan nilai moral atau tidak mempunyai mesej.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, filem superhero-lah yang menguasai carta ranking oleh Rotten Movies dan ImBD. Black Panther contohnya adalah antara filem yang paling dinanti-nantikan kerana 1) It is about time this film comes out, dan 2) Ia mempunyai nilai yang lengkap – dari segi jalan penceritaan, pelakon, sinematografi dan sebagainya.
Kecuali mendiang Heath Ledger yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Oscars menerusi Batman: The Dark Knight, jarang kita lihat filem superhero memenangi Oscars. Namun, mungkin itu akan berubah pada tahun hadapan.
Marvel Studios khabarnya telah mendaftarkan beberapa buah filemnya untuk bertanding bagi kategori Efek Visual, seperti Ant-Man and the Wasp, Aquaman, Avengers: Infinity War dan Black Panther.
Filem-filem tersebut juga akan bersaing dengan filem keluaran Warner’s Bros iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Gridelwald dan The Nutcracker and the Four Realms.
Kita hanya akan mengetahui 10 filem yang akan meloloskan diri untuk nominasi final pada akhir Disember ini.
Black Panther juga dikatakan mampu bertanding untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Hhm, apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sabtu ahad merupakan hari paling bahagia. Mana tidaknya, masa inilah kamu dapat meluangkan masa dengan teman atau keluarga. Bagi yang sudah bekerja, inilah momen paling sesuai untuk kamu membeli-belah menambah pakaian berjenama di dalam almari pakaian kamu. Bagi yang masih belajar, kamu tidak akan selalu pulang ke kampung halaman pada hujung minggu kan? Jika bersama keluarga, tidak terlalu banyak duit akan dikeluarkan, tapi bila tinggal di hostel atau rumah sewa bersama rakan-rakan, mulalah duit keluar macam air.
01
Set bajet mingguan dan jangan lari bajet!
Jangan asyik jadikan aktiviti hujung minggu kamu dengan memerap di dalam bilik sambil menonton Netflix atau You Tube. Kamu layak untuk bersuka ria pada hujung minggu. Set berapa ringgit yang kamu mampu untuk keluar dari rumah dan jangan pinjam duit kawan jika nafsu tu membuak-buak bila terlihat barang yang kamu suka. Terus pulang ke rumah jika duit yang diperuntukkan untuk minggu itu hampir habis. Minggu depan kan ada lagi. Terus terang dengan rakan-rakan kamu yang tentang bajet kamu dan jangan mudah terpedaya dengan ajakan kawan.
02
Selidik Restoran murah dan ada promo!
Makan sambil lepak sambil mengambil ootd anda atau makanan memang seronok. Apa kata sehari sebelum, atau sebelum keluar dari rumah, search internet dulu kafe hipster mana yang murah, atau sepanjang minggu tu, cuba check restoran mana yang menawarkan set murah pada hujung minggu. Kalau nak sangat makan mahal hujung minggu, kumpul duit dan berjimat. Barulah duit tu tak overspend.
03
Makan dahulu sebelum keluar rumah
Disarankan sebelum keluar dari rumah, makanlah apa yang ada. Macam roti cicah susu ke, makan nasi ke. Terpulang. Ini untuk mengelakkan kamu kelaparan dan memesan jumlah makanan yang banyak. Jika goal kamu nak berjimat, maka pilih makanan yang murah dan tidak terlalu banyak kuantitinya. Sentiasa bekal air masak dalam tas tangan. Jadi, tak payah order air. Minum je air masak.
Jadi, lepas ni tak ada masalah nak hang out dengan kawan-kawan. Hanya perlu bijak menguruskan duit je. So, minggu ni nak lepak mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...