7.6 bilion penduduk dunia berkongsi 70 peratus permukaan Bumi yang diliputi oleh lautan. Namun bukan semua di antara kita yang sedar akan kepentingannya demi masa sekarang dan masa hadapan.
Tarikh 8 Jun pada setiap tahun adalah tarikh yang cukup penting bagi pencinta laut sedunia. Sempena Hari Laut Sedunia (World Ocean’s Day) pada hari ini, amatlah penting untuk kita semua mula mengambil berat mengenai sistem terumbu karang yang menjadi ‘rumah’ jepada satu per empat daripada hidupan laut.
Terumbu karang di seluruh dunia termasuk yang ada di Malaysia kini berada dalam keadaan yang terancam disebabkan oleh eksploitasi lautan berlebihan. Perubahan iklim, pencemaran dan industri perikanan yang tidak terkawal adalah di antara punca utama ia kini semakin terancam.
Para saintis sendiri menganggarkan jika dunia tidak melakukan apa-apa mengenai isu ini, 90 peratus terumbu karang tropika dunia akan lenyap menjelang tahun 2043. Now now, jangan ingat kita yang menetap di kawasan bandar ini tidak akan merasa impaknya.
Dengan lenyapnya terumbu karang, lebih 500 juta orang akan kehilangan kebergantungan kepada khazanah laut ini untuk makanan, pendapatan dan perlindungan.
Ads
Oleh yang demikian, pelbagai usaha sedang dilakukan menerusi pelbagai program pemulihan batu karang di seluruh dunia.
Dan program terbesar yang kini sedang dijalankan terletak tidak jauh dari kita.
Bertempat di kepulauan Bontosua di Sulawesi Indonesia, program bernama Hope Reef telah dimulakan oleh jenama makanan haiwan Mars iaitu SHEBA.
Ihsan Foto : Hope Reef by SHEBA®.
Menerusi Hope Reef, mereka telahpun membina sebuah kawasan terumbu yang membentuk perkataan HOPE (Harapan) sebagai simbol harapan ke arah perubahan positif kepada pemulihan dan pemeliharan ekosistem lautan.
Ads
Pemasangan terumbu bersaiz 45 meter x 15 meter yang terletak berdekatan Pulau Bontosua itu juga boleh korang lihat sendiri menerusi Google Earth.
Program Hope Reef ini pada asalnya telah dimulakan sejak 2019 lagi. Bahan terumbu bintang ini telah diperolehi dari sumber tempatan dan ada yang juga dibuat sendiri oleh penduduk Bontosua.
Ihsan Foto : Hope Reef by SHEBA®.Ihsan Foto : Hope Reef by SHEBA®.
Hasilnya, populasi ikan dan hidupan laut di sini telah bertambah sebanyak 300 peratus. Malah spesis terancam seperti ikan jerung dan penyu juga sudah kembali.
Ads
Ihsan Foto : Hope Reef by SHEBA®.
Walaupun hasilnya sudah dapat dilihat, program ini masih terus dijalankan sehingga akhir 2029 kelak di mana hasrat Mars Incorporated untuk memulihkan lebih daripada 185,000 meter persegi terumbu karang di seluruh dunia (atau kira-kira keluasan 148 buah kolam renang Olimpik) akan tercapai.
Ihsan Foto : Hope Reef by SHEBA®.
So guys, kalau korang nak mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai usaha hebat sempena Hari Laut Sedunia ini, korang boleh menonton tayangan ‘The Film Than Grows Coral’ di YouTube SHEBA Brand.
Setiap tontonan akan membantu mereka untuk mengumpul dana bagi pemulihan terumbu oleh The Nature Conservancy.
Hari ini juga lebih istimewa apabila SHEBA turut melancarkan aplikasi iOS pertamanya bernama SHEBA Hope Grows yang boleh memberikan pengalaman 3D untuk korang menonton terumbu di sana dari mana-mana lokasi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, pertandingan Anugerah Pereka Muda Asia atau Asia’s Young Designer Award (AYDA) pasti menjanjikan penyertaan yang menarik daripada pelajar-pelajar jurusan seni bina bentuk dan reka bentuk dalaman daripadas serata benua Asia.
Memasuki tahun penganjuran ke 14, AYDA 2021 juga tidak terkecuali apabila peringkat penyertaan telahpun dibuka kepada korang.
Dengan tema Forward: Amplifying Empathy Through Design, AYDA 2021 yang dianjurkan oleh Nippon Paint ingin ‘mencabar’ pelajar mendekati solusi inovatif dalam memenuhi permintaan pengguna dalam rekaan mereka serta mengambil kira faktro kritikal seperti penjagaan alam sekitar.
Mengapa empati dijadikan sebagai tema utama agaknya?
Ia adalah untuk mengingatkan bakal arkitek dan pereka dalaman muda ini untuk tidak sekadar memuaskan keinginan estetika pada sesebuah rekaan bangunan dan dalamannya, tetapi juga mencetuskan idea yang berpotensi memberikan impak kepada masa hadapan masyarakat yang akan menggunakan ruang tersebut.
Di antara para tetamu yang bercakap dengan Ketua Hakim Ar. Sarly Adre Sarkum untuk kategori Senibina (Bawah Kiri) dan IDr. Ooi Boon Seong untuk kategori Reka Bentuk Dalaman (Atas Tengah) semasa upacara pelancaran AYDA 2021. Ia termasuklah (dari atas kiri) : Mr Blaine Robert dari Blaine Robert Sdn Bhd, Ar. Alif Arif Iskandar Abd Wahab dari VERITAS Design Group, Cik Cristine dan Encik Yaw Seng Heng.
Menariknya pada tahun ini, Nippon Paint masih akan ditemani oleh rakan penaja dan penganjur sama iaitu IJM Land Berhad yang telahpun menjadi sebahagian daripada komuniti AYDA sejak 8 tahun lalu.
Sebagai syarikat pemaju terkenal di Malaysia, IJM Land juga menghargai dan mendambakan idea-idea baharu yang berkesan bagi masa hadapan hartanah. Tahun demi tahun, mereka akan mengagumi ciptaan dan reka bentuk pelajar berbakat seperti korang.
So guys, jangan ketinggalan untuk tunjukkan kecemerlangan rekaan dan harumkan bersama nama institusi korang dengan menyertai AYDA 2021 yang kini dibuka.
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 15 Oktober 2021 ini. Untuk maklumat lanjut, layari LAMAN WEB mereka ataupun terus ke FACEBOOK Ayda Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai menganggap usia sebagai penghalang untuk mengejar impian.
Namun, dua warga emas membuktikan sebaliknya apabila berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-69.
Perjalanan 10 Tahun Seorang Bekas Pegawai Tentera
Bekas Pegawai Tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Jamaluddin, 79, muncul sebagai graduan PhD paling tua pada istiadat tersebut. Beliau menghabiskan masa 10 tahun menamatkan pengajian dalam bidang Kaunseling dan Psikologi—satu tempoh panjang yang penuh cabaran.
Katanya, perjalanan yang bermula pada 2015 bukanlah mudah.
“Perjalanan PhD yang bermula pada 2015 tidak mudah, malah mengambil masa panjang akibat pelbagai tekanan termasuk masalah kewangan dan beban penulisan tesis sehingga menyebabkan saya hampir berputus asa,” katanya kepada pemberita selepas konvokesyen itu.
Bapa kepada empat anak dan 15 cucu ini mengakui bahawa kekuatan sebenar datang daripada mereka di sekelilingnya.
Sokongan keluarga, isteri, penyelia serta bantuan kewangan daripada Jabatan Agama Islam Johordan zakat UTM memberi nafas baharu untuk beliau terus mara hingga ke garisan penamat.
Pelajar Dari Flores Terus Teguh Dengan Misi Ilmu
Turut diraikan ialah Dr Abdul Hakim Arifin, 67, dari Flores, Indonesia, yang menerima PhD dalam bidang Falsafah Arab. Bermula pengajian sejak 2016, beliau juga berdepan cabaran kewangan dan komitmen keluarga. Namun, cintanya terhadap ilmu tidak pernah padam.
“Belajar bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga manfaat kepada semua selain menuntut ilmu juga tuntutan agama,” katanya.
Beliau menyatakan hasrat untuk terus berbakti dalam bidang pendidikan, sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa mengambil kira status ekonomi, bangsa atau agama seseorang graduan universiti, Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan bahawa graduan ijazah sarjana muda kelas pertama akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
Keistimewaan ini akan diberikan kepada peminjam yang menamatkan pengajian mereka bermula tahun 2019 sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus bersungguh-sungguh mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian masing-masing.
Dalam perucapan Perdana Menteri di majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN itu, beliau mengharapkan agar pihak PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini terutamanya dari aspek peruntukan.
“Saya melihat PTPTN telah memberikan tumpuan kepada aspek penabungan dengan kerjasama strategik. Justeru, PTPTN juga boleh melaksanakan inisiatif yang sama untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman.
“Saya difahamkan sehingga akhir bulan lepas, lebih 2 juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion. Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada warga PTPTN atas segala khidmat bakti dan komitmen yang dicurahkan selama 25 tahun sejak ia ditubuhkan agar memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.