Ekoran daripada tiga kes positif COVID-19 di Perth Australia, bandar raya berkenaan dikenakan sekatan pergerakan lockdown selama empat hari bagi mengelakkan wujudnya kluster COVID-19.
Pegawai kesihatan di negara itu mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan varian Delta di negara tersebut.
Lebih dua juta penduduk yang menetap di Perth dan kawasan sekitarnya kini menjalani perintah lockdown bersama-sama penduduk di Sydney dan Darwin.
Penduduk perlu duduk rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang-barang penting selain dibenarkan menghadiri temu janji perubatan dan mendapat suntikan vaksin COVID-19.
Namun begitu, lockdown itu tidak dikenakan ke atas pekerja-pekerja dalam sektor penting, manakala orang ramai masih dibenarkan untuk melakukan senaman selama satu jam sehari dan bergerak dalam radius lima kilometer sahaja.
ABC Perth telah memuat naik gambar hari ketiga lockdown di Perth dan nampaknya jalan raya sangat lenggang di malam hari dan boleh dikatakan langsung tidak ada kereta di atas jalan raya.
Sama seperti di negara kita, masyarakat di sana juga ada yang mengeluh kerana tidak boleh bekerja dan hilang pendapatan sepanjang lockdown.
Biasalah tidak semua berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan pemerintah, namun setidak-tidaknya tindakan pantas diambil bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19. Betul tak?
Bukan Aisar Khaledlah namanya jika tidak tular di media sosial.
Semalam merupakan tarikh istimewa buat Aisar apabila hari kelahiran ke-23 pempengaruh muda ini telah disambut dalam satu acara mini bersama para pengikut serta peminatnya.
Aisar Khaled.
Bertempat di tanah lapang berdekatan pusat membeli-belah Setia City Mall di Setia Alam, ternyata Aisar merupakan salah seorang pempengaruh yang benar-benar telah mengecapi populariti luar biasa apabila sambutan tersebut berjaya mengumpulkan dua ribu orang pengikut.
Khabarnya, kawasan tersebut siap perlu dijaga oleh pegawai kuatkuasa lagi, wah!
Aisar yang kini terkenal dengan kandungan digital menyampaikan bantuan rawak kepada orang ramai (sama ada yang memerlukan mahupun sebagai kepada sesiapa sahaja mengikut mood Aisar pada waktu kejadian) serta kandungan jenis eksperimen sosial turut menerima layanan istimewa ibarat buat konsert mini.
Di tengah-tengah orang ramai yang mengerumuninya semalam, Aisar telah dijulang tinggi menggunakan kren agar orang ramai di sana lebih mudah untuk melihatnya. Memang persis buat konsert sendiri lah di situ.
Selain dinyanyikan dengan lagu sambutan hari kelahiran, rupa-rupanya Aisar juga telah lama merancang untuk menghadiahkan beberapa barangan menarik kepada mereka yang hadir. Lah, dia yang sambut hari jadi orang lain pula dapat hadiah. Hehe.. bak kata tagline beliau sendiri, “Niatku Hanya Untuk Berkongsi Rezeki”.
Antara barangan yang dibawa pulang oleh peminat bertuahnya termasuklah sebuah kenderaan model Perodua Axia, sebuah motosikal jenama Modenas, wang tunai dan beberapa lagi hadiah kecil lain.
Bertuahnya!
Apapun, moga-moga perkongsian Aisar dan pasukannya kepada para pengikut yang cukup ramai ini akan dibalas dengan rezeki dari Ilahi.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam kes “abang botak’ atau nama sebenarnya Danial Abdullah Tan, 31 viral apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atasnya selepas dia bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kenderaan. Dalam insiden yang berlaku di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan Selasa lepas, Danial bertindak menghentak cermin hadapan berdasarkan rakaman dari dash cam kereta berkenaan.
Ekoran kesalahan itu, Danial Abdullah Tan didakwa mengikut 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda dan kedua-duanya yang mana menyaksikan lelaki ini sebak ketika memberi keterangan di mahkamah semalam.
Tular di media sosial tindakan ‘abang botak’ menghentak cermin kenderaan yang mengundang pelbagai kritikan netizenDanial Abdullah Tan dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara akibat kesalahan memecahkan cermin kenderaan lelaki yang membunyikan hon kepadanya
Ternyata isu hukuman penjara yang disifatkan tidak berbaloi dengan kesalahannya seperti didakwa netizen, bahan pihak termasuk peguam menawarkan diri untuk membantu “abang botak” ini dalam kes rayuan di mahkamah kelak.
Lebih membuktikan masih ada rakyat Malaysia yang hatinya sentiasa belas dan berbuat baik sesama insan, seorang lelaki Mohd Fadzli Ramli yang bekerja di Arab Saudi dan balik beraya di Malaysia menawarkan diri untuk membayar RM600 bagi membaiki cermin kereta Alza milik Siew Chan Yoon semata-mata mahu abang botak beraya dengan anak-anaknya.
Masa yang sama, sejak semalam juga seorang peguam, Suzana Norlihan Ujen turut menawarkan khidmat guaman secara percuma bagi mewakili Danial Abdullah Tan bagi kes rayuannya (terkini Suzana bersama rakan peguam Samantha CH termasuk Siti Kassim tidak akan mewakili Danial kerana lelaki berkenaan sudah diwakili oleh peguam ketika sebutan kesnya semalam).
Namun tulisan peguam berkenaan di facebooknya kira-kira dua jam lalu amat menyentuh hati REMAJA untuk menyiarkan pendapatnya kerana KITA SEBENARNYA TERLALU CEPAT MENJATUHKAN HUKUMAN tanpa sedar setiap kata-kata kita sebenarnya mungkin mengguris hati keluarga Danial.
Bacalah dengan mata hati. Letak jika diri kita, ahli keluarga kita dan sesiapa yang kita sayang dan kejadian ini berlaku seperti mana Danial lakukan.
Ya kata-kata hina tak akan buat kita mati tapi hinaan sebenarnya memberi “kafan” kepada hati kita untuk jadi lebih keras dan tiada sifat empati kepada orang lain.
Harap kita belajar dari satu-satu kejadian dan bukannya menjatuhkan hukuman.
Baca perkongsiannya.
Alhamdulillah… Saya telah dimaklumkan bahawa abg botak telah diwakili oleh seorang peguam sewaktu kes berjalan di Mahkamah Majistret PJ.
Sebagai seorang peguam senior dan berpegang kepada etika, saya sendiri telah menghubungi peguam tersebut pada pukul 1.16pm tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengetahui status terkini. Alhamdulillah, beliau memaklumkan bahawa beliau akan meneruskan usaha untuk membantu abg botak dalam proses rayuan dan semakan. Terima kasih kepada peguam Encik Rajsurian atas usaha menjejaki peguam tersebut dan memberikan sy contact no beliau.
Oleh yang demikian, saya dan rakan2 iaitu Puan Samantha CH, Puan Siti Kasim tidak akan mengendalikan kes abg botak ini kerana beliau sudah pun diwakili oleh peguam terbabit.
Apa pun, saya bersyukur kepada Allah dengan posting saya yang terdahulu, ramai rakyat Malaysia telah buka mata untuk melihat kes ini di sudut yang berbeza dari sebelumnya. Walaupun terdapat pihak2 yang tidak bersetuju dengan pandangan saya, saya percaya 1 hari nanti mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan dan semoga mereka akan dapat menjadi seorang yang lebih pemaaf dan memahami situasi orang lain.
Peguam senior ini mengajak rakyat Malaysia agar tidak cepat menjatuhkan hukuman tanpa ketahui kisah di sebaliknya. Gambar Fb miliknya.
Saya mahu dengan terjadinya kes ini, rakyat Malaysia jangan lagi cepat menghukum orang lain dengan kata-kata makian dan celaan kerana setiap kes yang berlaku pasti ada cerita di sebaliknya.
Saya berdoa agar kita semua dapat menanamkan lebih sifat empathy (meletakkan diri kita di tempat orang yang terbabit) di dalam diri kita supaya kita dapat memberikan peluang kedua kepada mana2 pesalah tidak kira bangsa, agama, jantina, etc kerana kita semua adalah manusia biasa termasuklah para hakim dan magistrate serta pihak berkuasa.
Kita jangan lupa sekiranya Allah ingin sesuatu itu berlaku pada kita walaupun kita telah cuba untuk menggelaknya, ianya pasti berlaku. Tiada siapa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Itulah lumrah hidup manusia.
Sekian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika video tersebut diulang kembali pasti akan mengundang tawa, namun kalau difikirkan malang sungguh nasib peserta-peserta Miss Thailand 2020 ini. Sudah siap bergaya cantik, tiba-tiba struktur jambatan patah pula.
Kejadian yang berlaku pada 7 Disember lalu Ketika para finalis pertandingan ratu cantik itu sedang mengunjungi sebuah kafe yang popular di daerah Chiang Mai. Dalam video tersebut dapat dilihat, para peserta sedang memegang minuman sambil melambai-lambai sambil aksi mereka dirakam oleh jurugambar dan juruvideo.
Wajah Kaget Setiap Peserta Sempat Dirakam Video. Sumber: YouTube Newsflare
Setelah masing-masing jatuh ke dalam kolam ada yang masih mampu tersenyum dan ketawa kerana kejadian itu, namun terdapat tiga peserta yang mengalami kecederaan ringan. Walaupun begitu, kecederaan tersebut tidak menganggu mereka untuk meneruskan pertandingan.
Pihak kafe tersebut memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. Segala rawatan hospital dan juga cucian baju-baju yang dipakai oleh para peserta ditanggung oleh pihak pengurusan kafe.
Foto sebelum kejadian jambatan runtuh. Sumber: Facebook Miss Thailand
Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan yang akan menentukan wakil negara tersebut ke pertandingan Miss International. Tahun lalu pemenang Miss Thailand 2019, Bint Sireethorn telah berjaya merangkul gelaran juara Miss International sekaligus menjadi wakil pertama negara Gajah Putih itu memenangi gelaran tersebut di peringkat antarabangsa.
OMG! | A restaurant's rope bridge collapsed in the middle of photo session sending Miss Thailand 2020 candidates plummeting into the water below. No one was seriously hurt.