
Ada yang memilih untuk meluruskan rambut, ada pula yang bertambah keyakinan diri mereka apabila mengerintingkan rambut menjadi ikal. Apa jua stail rambut yang korang pilih, impak paling besar yang boleh seseorang itu kecapi menerusi rambut mereka adalah dengan – well – memotongnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Rambut Lebat Dan Kekal Sihat? Ini Antara Makanan Yang Anda Boleh Ambil – REMAJA
Kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita yang memilih sama ada untuk beralih dari rambut panjang ke rambut pendek atau sebaliknya; hanya demi mengekalkan imej yang segar di mata para peminat.
Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman merupakan selebriti terbaru yang sanggup menukar gaya rambut secara drastik dari panjang kepada potongan bob.
![[FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih 'Fresh' Apabila Memotong Rambut Pendek 8 [FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih ‘Fresh’ Apabila Memotong Rambut Pendek](https://cdn.remaja.my/2023/02/ZLBIPedY-Untitled-design-8.jpg)
Imej rambut panjang Sissy sudah sinonim dengan dirinya sejak awal kemunculan dalam industri nyanyian lagi.
Begitupun, Sissy berpendapat sudah tiba masa untuknya beralih ke fasa seterusnya yang lebih ‘fresh’ dengan menukar imej rambut.
Jom kita lihat lima lagi selebriti wanita yang tidak gentar untuk menyertai skuad #ShortHairDontCare.
JANNA NICK
![[FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih 'Fresh' Apabila Memotong Rambut Pendek 9 [FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih ‘Fresh’ Apabila Memotong Rambut Pendek](https://cdn.remaja.my/2023/02/J39hYxOu-Untitled-design-14.jpg)
AYDA JEBAT
![[FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih 'Fresh' Apabila Memotong Rambut Pendek 10 [FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih ‘Fresh’ Apabila Memotong Rambut Pendek](https://cdn.remaja.my/2023/02/itwUDT3l-Untitled-design-9.jpg)
ANNA JOBLING
![[FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih 'Fresh' Apabila Memotong Rambut Pendek 11 [FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih ‘Fresh’ Apabila Memotong Rambut Pendek](https://cdn.remaja.my/2023/02/Untitled-design-12.jpg)
SCHA ALYAHYA
![[FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih 'Fresh' Apabila Memotong Rambut Pendek 12 [FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih ‘Fresh’ Apabila Memotong Rambut Pendek](https://cdn.remaja.my/2023/02/dKm40Cuu-Untitled-design-10.jpg)
MIMI LANA
![[FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih 'Fresh' Apabila Memotong Rambut Pendek 13 [FOTO] 6 Selebriti Wanita Tampak Lebih ‘Fresh’ Apabila Memotong Rambut Pendek](https://cdn.remaja.my/2023/02/BUxbgpSY-Untitled-design-13.jpg)
Adakah korang rasakan mereka lebih sesuai berimej rambut panjang atau tampil ranggi dengan potongan pendek?
BACA LAGI: 7 Inspirasi Trend Warna Rambut 2023, Rose Gold Hingga Warna Violet – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Graduan Farmaseutikal & Sains Kesihatan, Lesley Cheam Dinobat Miss Universe Malaysia 2022

Setelah tempoh dua tahun tidak menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Universe, Malaysia semalam telah menobatkan Lesley Cheam Wei Yeng sebagai juara Miss Universe Malaysia 2022.
Lesley, 26 mengenepikan saingan 12 lagi jelitawan dalam sebuah acara gala tertutup bertempat di sebuah hotel ibu negara. Kedudukan naib juara milik peserta kegemaran ramai, Ajunee Kaur manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh gadis tinggi lampai, Tee Wan Ying.
Lesley sekaligus membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM200,000 dan akan mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2022 di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari 2023.



Lesley kini berkhidmat sebagai seorang pegawai pemasaran produk di samping bergelar seorang pengacara profesional. Terdahulu, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan graduan University of Nottingham dan memiliki ijazah sarjana muda Farmaseutikal dan Sains Kesihatan.
Pada acara yang berlangsung semalam, hanya 13 daripada 15 orang finalis terpilih bertanding dalam beberapa segmen yang dipertaruhkan. Masing-masing melakukan pengenalan diri sebelum beralih ke segmen peragaan gaun malam. Seterusnya, hanya lapan peserta sahaja terpilih untuk meneruskan cabaran di segmen soal jawab
Selain Lesley, Ajunee dan Wai Yin, lima peserta lain yang mara ke segmen ini terdiri daripada Wong Siu Jane, Catherine ‘Kate’ Lai Hui Yi, Annatasha Shanty ‘Asha’ Jeremiah, Joann Tiong Hau Ping dan Kaverrna Nair Sukumaran. Menariknya, Leslie merupakan finalis terakhir yang dipanggil bagi memenuhi slot Top 8 tersebut.

Dalam segmen soal jawab, Lesley ditanya mengenai pergerakan sosial bukan politik yang dirasakan penting buatnya.
“Salah satu pergerakan sosial bukan politik adalah untuk menghentikan kemiskinan atas dua sebab. Pertamanya, ia memberi kesan kepada kanak-kanak di negara kita dan di seluruh dunia. Kanak-kanak adalah masa hadapan kita. Keduanya, (kemiskinan) memberi kesan kepada semua perkara di negara kita termasuklah ekonomi kita. Terima kasih,” jawabnya.
Ketika ditemui media setelah Lesley dimahkotakan oleh juara terdahulu Francisca Luhong James, dia mengakui perasaan tidak percaya masih menyelubungi mindanya.

“Saya terkejut (apabila diumumkan sebagai juara) kerana setiap peserta melakukan yang terbaik. Semua peserta layak memenangi gelaran ini. Begitupun saya juga telah bekerja keras untuk sampai ke tahap ini. Momen tersebut akan sukar untuk saya lupakan. Saya amat bersyukur di atas kemenangan ini.
“Kini apabila saya diberikan kepercayaan untuk membawa nama negara di peringkat antarabangsa, tentunya ‘purpose’ saya kini adalah untuk memberikan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.
Sebagai info, acara Miss Universe Malaysia 2022 semalam telah dihoskan oleh Hansen Lee dan Aimee Cheng-Bradshaw. Manakala para juri yang diberikan kepercayaan terdiri daripada Kenny Yee, Datin Selwinder Kaur, Don Teo, Rizman Nordin, Dr Karen Po, Andrea Wond dan Shweta Sekhon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solekan Cair Dibakar Mentari? Muna Bella Tegah Remaja Lakukan Perkara Ini Ketika ‘Make Up’

Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya.
Lebih memburukkan keadaan apabila titisan peluh ini membuatkan solekan menjadi ‘cair’ meleleh, luntur dan menghilang bersama larutan peluh.
Justeru, REMAJA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal ‘on-point’ meski panas, mahupun ribut taufan melanda!
Tak Mahu Ambil Risiko Solekan Luntur, WAJIB Prep Muka – Muna Bella

Demi mendapat hasil solekan yang baik, anda perlu melakukan skincare routine untuk menyiapkan (Prep) kulit wajah terlebih dahulu. Bersihkan wajah dan kemudian aplikasikan toner, serum, dan moisturizer.
Kuncinya adalah menjaga kulit agar kekal terhidrat dengan memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit anda. Di tengah cuaca panas ini, pilihlah moisturizer yang mempuyai bahan dasar air kerana sifatnya ringan.
“Selalu saya buat yang asas seperti biasa, tapi yang WAJIB Muna akan pakai adalah face mask malam sebelum tidur, dan pagi sebelum bersiap tu akan pakai juga face mask untuk prep kulit muka biar moist, saya tak mahu tanggung risiko solekan cair jika wajah tak di prep sempurna,” Ujar Muna.
Elak Pakai ‘Foundation’ Terlalu Tebal!

Salah satu cara lagi untuk mengelakkan solekan dari mencair adalah dengan memakai foundation yang ringan. Tak perlu menggunakan terlalu banyak produk pada kulit anda, lebih sedikit lebih baik. Sama seperti yang di sarankan Muna.
“Tips untuk solekan stay on point, terutama bila cuaca panas adalah jangan pakai foundation tebal sangat. Sebab kalau terlalu tebal, dia akan mudah cair and cakey.
“Jadi Muna akan pastikan kulit mendapat lembapan yang betul dan secukupnya, sebelum bersolek, sebab bila based kulit kita dah cantik pakai foundation sedikit pun dah memadai.
Jangan Lupa ‘Setting Spray’
Selain itu, Muna menambah satu lagi cara untuk mencegah solekan ‘cair’ terutamanya pada waktu tengahari, aplikasikan primer sebelum foundation. Dan selepas bersolek, jangan lupa untuk gunakan setting spray.
“Lagi satu untuk solekan tahan lama jangan lupa gunakan setting spray juga,” ujar Muna
Secara keseluruhan, setting spray akan membentuk lapisan pelindung yang nipis pada solekan anda, dan membuat solekan kekal seharian. Jadi, pastikan anda menggunakan setting spray setiap kali selesai bersolek tau!
Sumber Foto: Instagram Muna Bella
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
NUTOX Dedah Penemuan Terkini untuk Kulit Tampak Muda dan Berseri Dengan Rangkaian ‘Youth Restoring’

Perintis dalam penjagaan kulit berasaskan sarang burung, NUTOX telah melancarkan Rangkaian Youth Restoring baharunya yang dipertingkat.
ARTIKEL BERKAITAN: Eyebag Makin Teruk Bangun Sahur Awal Pagi? Gunakan 5 Produk Ini Untuk Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata!

Seiring dengan pertambahan usia, penghalang kulit kita menjadi semakin lemah dan kurang efektif dalam mengekalkan lembapan dan kolagen, sekali gus menyebabkan terjadinya garis halus dan kedutan.
Usah khawatir kerana produk terbaru dari NUTOX ini telah dihasilkan dengan tujuan untuk menguatkan sistem penghalang kulit, membantu anda mengekalkan kulit yang kelihatan sihat dan anjal dan halus.
“NUTOX ialah jenama penjagaan kulit Malaysia yang komited untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang lebih berseri dan kelihatan muda. Kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian baharu NUTOX Youth Restoring yang dipertingkat ini,
“Rangkaian ini menggunakan bahan-bahan yang unggul, seperti Sarang Burung Premium dan Snow Mushroom (Tremella Mushroom) dipertingkatkan keberkesanannya dengan sistem penghantaran yang berkuasa dan akan sentiasa membekalkan kolagen ke dalam kulit. Ini memberikan kulit yang lebih anjal, gebu dan licin,” jelas Pengarah Eksekutif TohtonKu, Jasper Lim.
Rangkaian NUTOX Youth Restoring diformulasikan secara unik untuk kulit orang Asia. Ia mengandungi Actigenic+™, sistem penjanaan semula sendiri dan teknologi terkini yang menjana semula sel-sel kulit, menghasilkan dan mengekalkan kolagen, elastin dan asid hyaluronik dengan berkesan untuk meningkatkan keanjalan kulit.

Selain itu, produk tersebut kini menggunakan Premium Birdnest di mana nutrien yang diekstrak dari sarang burung akan membantu meningkatkan keadaan kulit dan melindunginya daripada tanda-tanda penuaan yang ketara.
Tremella Mushroom pula mengandungi 400 kali kuasa penghidratan dan lima kali ganda kapasiti penghidratan Asid Hyaluronik. Di samping itu, sistem penghantaran yang berkuasa – Teknologi Micro Targeting mengekalkan lembapan kulit dan membekalkan kolagen secara berterusan sepanjang hari untuk keberkesanan yang lebih baik.
Rangkaian NUTOX Youth Restoring boleh didapati di stor fizikal Watson’s dan Guardian, dan stor dalam talian di Shopee dan Lazada.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Watson, NUTOX PR
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


