Pengikut tegar usahawan dan pempengaruh media sosial, Kak KM kini sudah terbiasa dengan cara beliau menyayangi dan memanjakan empat orang anaknya dengan hadiah-hadiah berjenama mewah dari semasa ke semasa.
Menerusi hantaran-hantaran di media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli juga sebelum ini memperlihatkan sikap pemurahnya dalam berkongsi rezeki perniagaan kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat beliau termasuklah staf-staf yang berkhidmat bersamanya.
Namun kali ini, Kak KM sekali lagi berjaya mengejutkan pengikutnya apabila bertindak menghadiahkan kekasih sebuah beg berjenama Versace kepada kekasih anak perempuannya, Nabila sempena hari kelahirannya baru-baru ini.
Remaja lelaki yang dikenali sebagai Riz itu baru-baru ini mengejutkan Nabila apabila muncul sewaktu sesi makan malam menyambut hari kelahiran Nabila biarpun hubungan mereka pernah putus di tengah jalan.
Kejutan tersebut adalah hasil perancangan Kak KM sendiri yang ingin melihat anak gadisnya tersenyum lebar pada hari istimewa berkenaan.
Kini, tiba pula masanya untuk Kak KM mengejutkan Riz dengan pemberian mewah berupa beg berharga ribuan Ringgit.
Menerusi satu entri yang dimuat naik oleh Riz ke laman Instagram, dia menyelitkan kapsyen berbunyi, “Thank you so much aunty for the unbelievable birthday gift. I love it soo muchhh terima kasih aunty. I love youu.”
Ia kemudian dibalas Kak KM dengan respon berbunyi, “Sama-sama Rizz. Love you more anak.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet melihat pemberian tersebut sebagai satu tindakan positif dan memuji sikap pemurah Kak KM yang diketahui ramai.
Ada juga yang berharap agar ‘peluang kedua’ yang diberikan oleh keluarga Kak KM kepada Riz ini akan dihargai oleh jejaka tersebut. Seloroh mereka lagi, Riz sudah dianggap amat beruntung apabila memperoleh hadiah sedemikian rupa biarpun belum bergelar menantu.
Ads
Apa pendapat korang? Adakah terlalu awal untuk seorang ibu menghadiahkan sesuatu kepada kekasih anaknya atau budaya ini dianggap sebagai sesuatu yang normal pada zaman ini dalam kalangan keluarga moden?
Keluarga diraja Jepun merupakan keluarga diraja yang paling tua dalam sejarah dunia. Ketika ini Maharaja Naruhito merupakan maharaja ke-126 negara matahari terbit itu yang menduduki takhta bunga kekwa (chrysanthemum throne) di dalam Istana Diraja Kyoto.
Atas faktor tradisi, keluarga diraja Jepun saat ini hanya memiliki 18 orang ahli jika hendak dibandingkan dengan keluarga diraja negara lain yang memiliki senarai ahli yang ramai. Anak perempuan dalam keluarga diraja Jepun perlu berkahwin dengan lelaki dari golongan bangsawan yang berdarah diraja jika mereka mahu terus kekal sebagai seorang puteri. Namun syarat ini tidak tertakluk kepada seorang putera. Jika seorang putera berkahwin dengan perempuan kebanyakan, isteri mereka akan secara automatik menjadi kerabat diraja.
Keluarga diraja Jepun.
Terbaharu, Puteri Mako yang merupakan anakanda kepada Putera Mahkota Akishino bakal kehilangan statusnya sebagai seorang puteri raja, tidak lagi boleh menggunakan gelaran sekaligus perbelanjaannya tidak akan ditanggung oleh kerajaan Jepun. Dia bakal berkahwin dengan Kei Komura, jejaka dari golongan kebanyakan pada penghujung tahun ini.
Kebiasaannya seorang puteri raja yang berkahwin dengan orang kebanyakan, akan melalui satu majlis khas dan kemudian mereka akan diberikan sejumlah wang yang besar sebagai tanda lucutnya taraf mereka sebagai puteri raja dan wang tersebut akan digunakan sebagai permulaan kehidupan baharu.
Puteri Mako bersama keluarganya. Sumber gambar: Japan TimesSumber gambar: Vogue
Dalam hal Puteri Mako, menurut sumber, khabarnya dia dipercayai tidak akan melakukan sebarang majlis dan menolak wang bernilai RM5.6 juta yang ditawarkan kepadanya. Setelah berkahwin dengan Kei Komura dia dikatakan akan berhijrah ke Amerika Syarikat lantaran bakal suaminya yang membina karier sebagai peguam di sana.
Sebelum ini pada tahun 2005, ibu saudara Puteri Mako, Princess Nori yang kini dikenali dengan nama Sayako Kuroda telah meninggalkan keluarga diraja Jepun atas faktor yang sama dan menurut sumber, dia dibayar sebanyak RM4 juta ringgit sebagai wang untuk memulakan kehidupan baharu sebagai orang kebanyakan.
Puteri Mako bersama adindanya, Puteri Kiko ketika hari pertabalan bapa saudaranya, Maharaja Naruhito. Sumber gambar: Tatler
Isu ini bukanlah isu yang baru bagi keluarga diraja Jepun. Sebelum ini ada usul untuk meminda undang-undang agar seorang puteri boleh mewarisi takhta dan sekaligus bergelar seorang ratu. Namun sejak kelahiran adinda Puteri Mako, Putera Hisahito pada tahun 2006, usul tersebut telah dibatalkan.
Bapa saudara Puteri Mako, Maharaja Naruhito memiliki seorang anak perempuan iaitu Puteri Aiko. Disebabkan itu, bapa Puteri Mako dan adinda bongsunya kini berada di kedudukan pertama dan kedua dalam susunan untuk menjadi maharaja yang seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saat ‘datang bulan’ memang membuatkan kita rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, adakalanya ia agak menyakiti kerana kadang kala terasa cramp di kawasan perut.
Keadaan ini terjadi kerana adanya kontraksi otot di bahagian rahim. Namun, setiap orang mempunyai rasa sakit yang berbeza. Ada yang terlampau sakit dan ada juga yang langsung tidak terkesan dengan situasi begitu.
Jangan risau, sebenarnya ia normal. Pekara seperti ini memang biasa terjadi pada para gadis tetapi tak menjadi masalah, ada pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk atasi sakit senggugut itu.
Jom kita sama-sama ikuti beberapa tip mudah ini.
1. Gerakan
Bersenam atau berolahraga mampu membantu tubuh untuk melepaskan hormon endorphins dalam tubuh yang dapat mengurangkan gejala krem perut. Gerakan seperti yoga, jalan kaki serta jogging boleh membuatkan gerakan otot di bahagian otot. Jadi ia akan mengurangkan masalah krem yang teruk.
2. Minum air suam
Kita kehilangan banyak kandungan air dalam badan saat ‘datang bulan’, kekurangan air juga boleh menyebabkan perut kejang dan kembung. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Lebih baik jika minuman itu suam dan bukannya sejuk.
3. Aroma terapi
Pilihan wangian seperti lavender dan sweet marjoram yang mempunyai efek menenangkan mampu membuatkan minda kamu lebih tenang dan relak. Cara ini dapat mengalihkan perhatian pemikiran kamu yang asyik tertumpu pada kesakitan.
4. Hindari kopi dan minum bergas
Kopi dapat meningkatkan kadar tekanan darah. Malah kafien yang ada dalam kopi juga mampu menjadi punca krem di bahagian perut. Begitu juga dengan minuman yang mengandungi gas. Ia akan mengeruhkan lagi keadaan kerana minuman seperti ini sangat tajam dan takut usus perut anda semakin menipis.
5. Makan dark chocolate
Mungkin ramai yang tidak tahu, dark chocolate mampu membuat otot-otot di tubuh terutamanya di bahagian perut lebih relak. Jadi, pilihlah coklat yang mengandungi 70% koko ya!
6. Salmon
Ikan salmon adalah salah satu makanan protien yang mampu mengurangkan masalah krem perut. Kandungan omega3 yang tinggi boleh membantu mengurangkan rasa panas dalam perut. Jadi rajinkan diri makan isi salmon ketika sedang ‘datang bulan’.
Selamat mencuba.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan trend sekarang, semua orang berlumba-lumba membeli emas.Harga emas yang sedang rendah sekarang di stor barangan kemas membuatkan ini adalah masa terbaik untuk korang membeli emas sebagai pelaburan dan hiasan badan.
Emas juga dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang yang berkesan dan stabil. Rata-rata sejarah pelaburan emas bagi 20 tahun yang lalu menunjukkan emas sebagai aset yang tidak mudah turun harganya.
Sumber Gambar : The Star
Bagus sebenarnya menyimpan emas ni, namun sekarang ramai juga yang membeli emas secara atas talian disebabkan penawaran yang lebih baik dan kekangan masa ke kedai emas.
Tapi awas ye, sebab orang nak menipu dan scam ni macam-macam taktik boleh digunakankan. Lagilah harga emas bukan seringgit dua.
Menurut infografik dikongsikan Bernama, penipuan barangan tidak wujud pada 3 bulan pertama 2021 catat kes paling tinggi sejak 2019. Dengan 37 kes dilaporkan, sebanyak RM239,530 kerugian yang dialami sejak Januari sehingga Mac 2021.
Walaupun begitu, orang ramai boleh mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian dengan membuat semakan terlebih dahulu. Seperti yang dikongsikan Bernama, orang ramai boleh menyemak ketulenan transaksi dan pastikan urusan pembelian dilakukan melalui perjanjian dan kaedah yang diperakui.
Orang ramai boleh menggunakan pautan di bawah untuk semak akaun dan talian telefon digunakan penjual sebelum membuat transaksi.
Setelah melayari pautan ini, pengguna hanya perlu masukkan nombor akaun bank atau nombor telefon penjual untuk membuat semakan.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.