
Seperti tahun-tahun yang lalu, Dewi Remaja sentiasa menerima penyertaan daripada selebriti media sosial atau lebih popular dengan gelaran instafamous. Malah, ada yang menganggap bahawa jika instafamous menyertai sesi uji bakat ini pasti akan diterima masuk menjadi finalis.
ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Hanya Berbakat, Peserta Dewi Remaja 2022 Ini Miliki Lesen Penerbangan Komersil
Kali ini, Nur Fatihah Kamal atau lebik dikenali Tiya turut serta menyertai uji bakat Dewi Remaja 2022 yang sedang berlangsung di Pulau Pinang kini. Bagi Fatihah sendiri, tidak ada isu sama ada Tiktokers, instafamous atau orang biasa yang datang mencuba nasib dalam pertandingan seperti ini kerana apa-apa pun perkara utama yang diambil kira adalah bakat mereka.

Walaupun sudah mempunyai ratusan follower di media sosial TikTok, Tiya masih lagi mencari peluang untuk mengejar cita-citanya dengan menyertai ujibakat di Pencarian Dewi Remaja 2022.
Berharap agar dirinya akan terpilih untuk Pencarian Dewi Remaja 2020, Fatihah yakin dia mempunyai kekuatan dan kelebihan sekiranya dipilih sebagai barisan finalis tahun ini.
“Followers banyak bagi semangat la kat Tiya, setiap kali buat live dorang akan cakp esok Dewi Remaja kak Tiya pergi la…semalam pun dorang sempat pujuk. Tehn, my mum pun support. Jadi Tiya pun cubalah nasib hari ini di Ujibakat Dewi Remaja 2022 ni,”ujar anak kelahiran Pulau Pinang ini.

Saya seorang yang berani dan percaya dengan kebolehan diri. Apa saja yang saya nak lakukan, saya akan buat sehabis baik. Saya juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kerana itu yang membuatkan saya lain daripada orang lain,” kata Tiya.
Sebab saya pernah berlakon teater ketika usia 6 hingga 12 tahun. Jadi saya akan ketengahkan bakat lakonan dan pengacaraan saya. Malah gadis berusia 24 tahun ini turut menjadikan Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil sebagai mentor dan idolanya dalam bidang pengacaraan.
“Jika saya berjaya menjadi finalis, sudah tentu saya telah membuktikan diri saya sudah keluar daripada comfort zone dan berhadapan dengan lebih banyak cabaran dalam industri ini. Tujuan saya ke dewi remaja untuk push diri saya ke next level dan bantu ibu saya supaya lebih ramai orang nampak potensi saya. Saya juga ingin sebarkan positive vibes dan memberi keyakinan kepada semua orang yang tengah struggle dengan insecurities,” akhiri beliau.
Apa-apa pun kami ingin mengucapkan good luck kepada Fatihah dan semoga hasratnya untuk menjadi anak seni yang berjaya dalam industri hiburan tanah air tercapai.
All the best sister!
BACA: Peserta Dewi Remaja 2022 Dari Sabah Ini Selalu Disamakan Dengan Mira Filzah, Mirip Ke?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ulang Alik Dari KL-Kemaman, Shaza Bae Beri Komitmen Penuh Dalam Drama Perempuan Tanpa Dosa

Kepadatan jadual kerja juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae sebagai hos rancangan Hlive dan pensyarah separuh masa tidak menghalang personaliti ini daripada terus memberikan komitmen di lokasi penggambaran drama yang dibintanginya.
Terbaru, Shaza turut membintangi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang yang melakukan penggambaran di sekitar Kuantan dan Kemaman. Dengan tugas-tugas harian yang perlu dilakukan di Kuala Lumpur, sudah tentu ia memerlukan pembahagian masa dan penjadualan yang teratur bagi menguruskan segala pekerjaan di luar kawasan.

“Alhamdulillah, rezeki saya kali ini dapat bekerjasama sekali lagi dengan Uqasha Senrose dan beberapa pelakon hebat lain seperti Kamal Adli dan Uyaina Arshad. Penggambaran drama ini kebanyakannya dilakukan di Kuantan dan Terengganu, adakalanya saya terpaksa balik hari kerana mempunyai komitmen yang lain,”

“Tidak dinafikan walaupun agak sedikit memenatkan namun dengan disiplin dan dedikasi yang saya berikan dapat menyuntik kembali semangat untuk sentiasa memberikan komitmen terhadap drama bersiri ini. Boleh dikatakan kehidupan saya sekarang ini memang dipenuhi dengan kerja sahaja, kerana hampir setiap hari ada sahaja kerja yang perlu diselesaikan. Namun, saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ini dan kadang kala ada juga masa yang saya akan selitkan untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan tersayang,” jelas Shaza.
Memegang watak sebagai Yaya dalam Perempuan Tanpa Dosa, Shaza berkongsi bahawa dia sangat suka dengan watak gadis bernama Yaya kerana karakternya dalam drama ini banyak berkembang dan bukannya watak statik.


“Pada permulaan drama ini mungkin penonton menganggap watak Yaya sebagai seorang kawan yang jahat, namun sebenarnya dia seorang kawan yang baik dan penonton perlu menonton drama ini sehingga ke episod akhir untuk mengikuti perubahan yang berlaku pada watak Yaya,”
Shaza turut berkongi pengalamannya pertama kali bekerja dibawah arahan pengarah terkenal, Michael Ang.
“Tidak dinafikan pada mulanya saya berasa agak gementar dan dalam masa yang sama excited untuk bekerja bersama pengarah hebat seperti Michael Ang. Dia seorang yang garang tetapi banyak membantu para pelakon untuk memberikan hasil lakonan terbaik. Saya mengambil peluang yang diberikan ini untuk mengaut segala pengalaman dan ilmu daripada beliau,” jelasnya lagi.
Drama yang mempunyai 28 episod ini telah pun ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 6 Oktober 2020 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Idea Gaun Nikah Yang Pernah Disarung Oleh Finalis Dewi Remaja

Biasalah, selebriti kalau pakai apa pun cantik. Tapi kalau Dewi Remaja, cantik dia macam ekstra sedikit.
Bermula dari era 90-an lagi, setiap kali bekas finalis pencarian Dewi Remaja mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan bersama lelaki pilihan mereka, pasti kelompok media dan netizen amnya tak sabar untuk melihat foto pernikahan mereka.
Bukan saja tertanya-tanya siapakah lelaki bertuah itu, netizen juga hendak melihat rekaan gaun pernikahan yang dipilih oleh Dewi ini. Ada di antara gaun ini yang khas direka bersama oleh Dewi dan pereka fesyen tersohor.
Jom tengok idea yang mungkin korang boleh gunakan untuk hari pernikahan korang kelak.
01
Scha Alyahya

Scha Alyahya, pemenang Pencarian Dewi Remaja 2005/2006 akhirnya disatukan dengan Awal Ashaari pada tahun 2012 dengan memakai kurung moden Syaiful Baharim. Sumpah cantik sangat dan penulis juga merasakan ia amat bersesuaian dengan Scha yang ringkas tetapi fashionable.
Sehingga kini, masih ramai yang bercakap mengenai baju nikah ini dan baju perkahwinan songket Scha berwarna hijau zamrud tu. Walaupun 6 tahun telah berlalu tetapi impaknya masih bertahan!

02
Anzalna Nasir

Siapa boleh lupakan gaun perkahwinan Anzalna Nasir rekaan Cosry yang masih terbayang-bayang dalam ingatan penulis?
Tetapi kali ini, kita nak bercakap tentang baju nikahnya terlebih dahulu. Direka oleh Rizalman Ibrahim, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa finalis Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini memang cantik sangat pada malam itu. Walaupun ada yang sedikit ‘terkejut’ dengan elemen ruffles pada dada, tetapi Anzalna mampu menggayakannya.
Kata orang, she wore the dress, not the other way around.
Anzalna juga merupakan antara selebriti yang selesa memakai semula baju nikahnya! Muat okay, walaupun selepas setahun berkahwin.
03
Mawar Rashid

Mawar juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja yang inginkan rekaan Putra Aziz dari Cosry untuk majlis nikahnya. Kelihatan berbeza daripada gaun nikah konvensional, Mawar memilih kebaya Jawa untuk disalaskan dengan tema pernikahan ini.
Katanya, “Masa Mawar fitting baju ini, mengalir air mata sebab cantik sangat. Sampaikan salah seorang staf di Cosry pun cakap dia terkejut dengan rekaan Abang Put ni.”

04
Izara Aishah

Majlis pernikahan pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Izara Aishah dan Adib Khalid sememangnya menjadi topik perbualan hangat netizen pada akhir tahun lalu.
Bukan saja kerana Izara berstatuskan selebriti tetapi juga kerana semua orang ternanti-nantikan baju rekaan Rizalman Ibrahim yang akan disarung olehnya. Hasilnya, nyata tidak mengecewakan! Rizalman sendiri pernah berkongsi bahawa sebaik saja majlis merisik Izara dan Adib selesai, pelakon itu terus menghubunginya dan meminta Rizalman menyiapkan baju pernikahan.
Antara bahagian baju kurung moden Izara yang diperkatakan adalah kerudung dempak yang dipakainya di atas sanggul kepala, bahagian leher ‘bottleneck’ yang diakui ramai sukar untuk dibentuk dan bahagian lengan baju yang dipenuhi perincian ala ‘petals’.

Kata Izara, “Che tak mahu kahwin kalau abang Rizalman tak nak buat wedding Che!”. Sememangnya, baju yang dilabel Sopan Couture / Future Classic oleh Rizalman ini merupakan antara baju nikah paling dinantikan pada tahun lalu.
05
Syamim Farid

Hanya lima bulan selepas majlis resepsi, pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Syamim Farid sah diijab kabulkan kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean.
Berlangsung pada 17 Mac 2016, Syamim memang cantik menyarung kebaya moden putih. Hanya bahagian butang di tengah baju dan kelim kerudung Syamim saja yang diberikan perincian lebih. Selebihnya, Syamim memilih untuk tampil seringkas boleh.

06
Ramona Zamzam

Ramona Zamzam dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 pula tampil berbeza semasa majlis nikah bersama Rami Alaskhar.
Memilih biru firus sebagai tema, bridesmaids kepada Ramona pula menyarungkan pakaian berwarna merah jambu. Sweet sangat, terutamanya pada bahagian atas baju yang seolah-olah bercantum dengan selendang. Dengan perincian batu kuning pada gaun, Ramona tidak lagi memerlukan jewellery yang terlalu sarat untuk majlis pernikahan.

07
Syatilla Melvin

Berwalikan bapanya, Amirol Melvin Abdullah, Syatilla Melvin dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 sah menjadi milik pelakon, Shaheizy Sam dalam gaun rekaan Syaiful Baharim. Memilih untuk ‘memberatkan’ detailing pada veil, baju Syatilla pula dibiarkan ringkas dan tidak terlalu sarat.
Pada majlis ini juga, kalau korang masih ingat, Sam telah melakukan gimik pengsan di atas pelamin selepas selamat diijab kabulkan.
08
Balqish Maarif

Pemenang tempat ketiga Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini memilih Azura Couture sebagai pereka gaun nikah idamannya. Sementara itu, wajahnya pula disolek oleh Alha Alfa.
Azura sempat berseloroh dengan Balqish di mana Azura berkata dia merupakan pengantin ‘paling gila’ pernah bekerja dengannya disebabkan diri Balqish yang sememangnya selalu ceria. Perincian pada bahagian atas gaun dan cape belakang saja sudah memadai kerana Balqish sendiri memang cantik orangnya. Tidak perlu terlalu keras mencuba.
Di dalam caption untuk salah satu fotonya, Balqish berkata dia ingin sekali hidup bersama suami, Ahmed sehingga tua dan berkedut. Hehe, insyaAllah dear.

09
Deja

Nurul Hazrina atau lebih dikenali dengan panggilan Deja juga merupakan finalis dari batch 2014/2015. Memilih Faruq Fadhullah sebagai teman sepanjang hayat, Deja kelihatan amat berlainan apabila menyarung gaun pastel bagi hari pernikahannya.
Pasangan sama tinggi (literally, tinggi!) sama padan ini memilih Iwan Fancy Wedding Couture sebagai pereka. Memang sweet sangat warna gaun tersebut, tambahan pula dengan floral detailing pada bahagian dada, lengan dan pinggul.

* * * * *
Siapa pula finalis Pencarian Dewi Remaja yang akan berkahwin tak lama lagi..? Hehe

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RECAP Dewi Remaja 2025 Ep 1: Bila Finalis Perlu ‘Pose Cantik’ Selepas Bergelut Dalam Lumpur!

Dewi Remaja is finally back!
Setelah dua tahun berehat daripada radar, akhirnya pencarian Dewi Remaja kembali bagi edisi 2025 untuk bagi melihat perkembangan 12 orang finalisnya daripada individu biasa menjadi figura berkarisma.
Begitulah kekuatan sebenar yang ada pada platform seperti Dewi Remaja yang telah berjaya melahirkan ramai nama-nama prolifik baik dalam industri seni hiburan tanah air mahupun dalam aliran masing-masing yang mereka ceburi.
Istimewa pada tahun ini, Dewi Remaja 2025 berjalan seiring dengan ulang tahun ke-40 pencarian sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1985. Tentunya perjalanan dan cabaran yang dihadapi oleh oleh kesemua finalis akan berkali ganda bertambah mendebarkan dan mengujakan peminat mereka yang ingin melihat aksi dan potensi yang mereka miliki.

Pada episod debut minggu ini, dua belas finalis telah disatukan buat pertama kalinya di The Agam, Kuala Lumpur di mana tiada seorang pun daripada mereka yang boleh mengagak siapakah pesaing mereka pada musim ini. Satu-persatu mereka melangkah masuk ke dalam kamar berprestij dengan membawa personaliti dan keunikan peribadi.
Kalau korang masih ingat, wajah kesemua finalis lebih ke arah teruja bagi melihat siapakah rakan seperjuangan mereka yang bakal sama-sama memahat nama selepas ini. Tidak timbul rasa ingin bersikap terlalu kompetitif dan tidak wujud juga perbandingan sesama finalis kerana kesemuanya tampil dengan pakej berbeza.





Belum sempat menarik nafas lega selepas 12 finalis disatukan di dalam ruang yang sama, mereka dikejutkan dengan task pertama mereka oleh, none other than, abang tentera!
Dewi Mampu Atau Tidak?
Dengan menaiki kenderaan trak tentera, mereka dibawa ke Terachi, Negeri Sembilan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal berkumpulan pertama. Dibahagikan kepada empat kumpulan dengan tiga orang ahli, mereka terpaksa bergelut di dalam kawasan berlumpur sebagai ice breaker sempurna di antara finalis.


Menambah keterujaan penonton lagi apabila dewi-dewi dikejutkan dengan kemunculan empat orang alumni program Maskulin Who’s Your Bro? iaitu Ikmal Amry, Hakimi Noordin, Saddam Pittli dan Syafiq Farhan. Mereka menjadi pengendali bagi dewi-dewi yang perlu menempuhi obstacles dalam keadaan berlumpur yang mencabar.


Akhirnya, kumpulan terhandal jatuh kepada (finalis dan alumni WYB) setelah mereka berhempas-pulas memberikan sepenuh kudrat mereka untuk menjadi yang terpantas.
Dewi Remaja 1987/88, Aleeza Kassim Buat Kemunculan
Fun fact! Kesemua aktiviti yang berlangsung dalam episod pertama Dewi Remaja 2025 ini telah dirakamkan pada hari yang sama!
Selewat jam 1 pagi sehingga 4 pagi, 12 orang finalis mempersiapkan diri mereka untuk mengharungi cabaran utama minggu ini iaitu cabaran photoshoot dalam persalinan avant garde daripada pereka fesyen tempatan seperti Masyadi Mansoor dan graduan jurusan fesyen UiTM. Dan siapa lagi yang lebih layak untuk mengadili mereka melainkan supermodel dan juara Dewi Remaja 1987/88, Aleeza Kassim!
Interesting to note, 12 orang finalis kali ini tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang peragaan baik di hadapan kamera mahupun di pentas peragaan. Finalis seperti Dheper Teh, Nylea, Ellysa Ramlee dan Ariana menggunakan kelebihan fizikal dan latar belakang mereka untuk melakukan yang terbaik bagi cabaran ini.
Finalis lain seperti Nelysa, Elisa Chew, Sharmaine Alexander, Suhaila, Fittri dan Teya pula cuba untuk mengatasi rasa gentar memandangkan ini merupakan kali pertama mereka beraksi di hadapan kamera sebagai seorang model. Manakala, Cammelia dan Marisa pula terpaksa bergelut dengan persalinan avant garde yang disarungkan. Jika tidak kena dengan gaya, pastinya foto mereka tidak akan digemari oleh para juri.
Apa Kata Juri? Siapakah Dewi Pertama Yang Tersingkir?

Speaking of the judges, Dewi Remaja 2025 diadili oleh dua orang juri tetap iaitu pelakon berkaliber, Nabila Huda dan pelakon versatil serta juara Hero Remaja 2007/08, Kamal Adli. Manakala Aleeza Kassim menjadi juri jemputan kali ini di samping Shaza Bae yang turut memberikan pandangannya sebagai Dewi Sister.
ARIANA
Nabila: “Saya tahu dia ingin wujudkan karakter pada wajah dan body language. Tapi ada foto yang kelihatan seperti poster slot Megadrama.”
Aleeza: “Muka dia walaupun ada sisi sweet, tapi sesuai untuk jadi model. Dia juga beruntung kerana mendapat rekaan baju yang lebih mudah.”

CAMMELIA
Aleeza Kassim: “Saya tahu bajunya susah untuk dipakai. Tapi bila kita menjadi seorang model, kena selalu menjaga appearance baju itu.”
Nabila: “Kita terpaksa pilih foto yang ‘belanja’ wajahnya kerana ia kelihatan lebih effortless. Nampak lebih yakin.”

DHEPER TEH
Shaza: “Dia merupakan salah seorang yang mempunyai pengalaman photoshoot kerana pernah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik sebelum ini.”
Kamal: Dalam gambar dia nampak tinggi walaupun di luar set, dia sebenarnya tidaklah terlalu tinggi.”

ELISA CHEW
Aleeza: “Saya rasa dia tahu sahaja untuk mempelbagaikan posing walaupun mendapat hanya 8 frames. Cuma bahagian ekspresi muka masih lemah dan perlu diperbaiki.”
ELLYSA RAMLEE
Aleeza: “Walaupun baju berkonsep labu tetapi she made it work. Cuma perlu belajar untuk mencuri masa. Jangan ubah posing sebelum jurufoto sempat merakamkan gambar. Sayang bila foto yang sepatutnya kelihatan cantik gagal dirakam.”

FITTRI
Kamal: “Bagi saya, dia makan gambar. Photogenic.”
Nabila: “Bila centre, muka dia sharp. But from some angles tak berapa nak strong.”

MARISA
Aleeza: “I know everyone will think this outfit does not suit her. Saya cuba untuk mendapatkannya untuk melakukan posing berbeza tapi semuanya kelihatan sama.
Nabila: “But I like her face. Super sharp.”

NELYSA KAY
Aleeza: “Di set dia sangat-sangat fierce tetapi in real life, Nelysa seorang yang pemalu. Good job. Tidak salah untuk menjadi seorang introvert tetapi bila kita bekerja, kena ubah watak tersebut.”

NYLEA
Nabila Huda: “Saya suka pose ballerina yang dia lakukan untuk elongate tubuh kecilnya. Tapi bila kita close up pada wajahnya, kelihatan sedikit cutesy.”

SHARMAINE
Nabila: “Daripada reaksi wajahnya, saya tahu Sharmaine tidak merasa selesa. Kalau saya dapat baju korset ini pun, saya tidak pasti dapat pull it off atau tidak.”
Aleeza: “She is small dan bila dapat baju sebegini, this will be tough for her. Tapi saya suka bila dia cuba sorokkan semua masalah itu dengan menampakkan karakter pada wajah.”

SUHAILA
Aleeza: “Saya nampak dia seorang yang confident. Walaupun berbanding dengan dewi lain bajunya kelihatan biasa; saya tengok seperti salah seorang ahli De Fam semasa di pentas, tetapi dia cuba juga menjadikannya nampak mahal.”

TEYA
Nabila: “Saya nampak dia boleh carry baju ini walaupun sukar.”
Shaza: “Pemilihan cara posing pun agak bold. Seorang dewi yang berani.”

Apa pendapat korang? Dewi manakah yang berjaya capture hati korang dengan gaya mereka di hadapan kamera?
Pada pusingan penyingkiran pada episod pertama ini, barisan juri sebulat suara bersetuju untuk memberikan peluang kepada kesemua peserta untuk mara ke episod kedua. Ini memandangkan mereka baharu ingin membiasa diri dan memanaskan semangat untuk menjadi Dewi Remaja seterusnya.
Soalan Terkumpul Mingguan Bersama redONE Mobile
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat, mulai 10 Oktober pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
SEMBILAN pemenang saguhati barangan eksklusif redONE.
Cara Penyertaan :
Jawab soalan di bawah pada setiap minggu.
Peserta yang menjawab secara lengkap soalan-soalan terkumpul dan melampirkan slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Soalan Episod Pertama
Teruskan menonton program Dewi Remaja 2025 dan menjawab soalan & slogan dari minggu pertama sehingga minggu keenam untuk menjadi pemenang terpilih kami.
Saksikan Dewi Remaja 2025 mulai 10 Oktober 2025, jam 10 malam hanya di Astro Ria dan Astro Go.

Ikuti juga Diari Dewi Remaja setiap Isnin (11.00 malam) dan Kapsul Dewi Remaja setiap Khamis (10.55 malam) untuk pengalaman penuh sepanjang musim.
Undian bagi kategori Dewi Favourite sudah dibuka mulai hari ini di www.remaja.my/dewi. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari untuk mengundi mana-mana peserta kegemaran anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!




