Setiap kali sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja diadakan, kami menerima pelbagai peserta yang masing-masing mempunyai latar belakang serta keistimewaan tersendiri. Ada yang berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan, malah peserta yang hadir juga turut punya kemahiran-kemahiran lain yang di luar dari bidang hiburan.
Seperti peserta yang berasal dari Langkawi ini, Farah Rose memegang lesen komersil juruterbang dan dia juga mahu membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk terjun ke dalam bidang ini.
“Saya baru sahaja menamatkan latihan penerbangan saya di Langkawi pada Disember 2021 dan benar saya memang mempunyai lesen komersil juruterbang. Saya memang ada perancangan untuk meneruskan kerjaya sebagai juruterbang tetapi kita pun tahu aviation industry sekarang masih lagi belum stabil jadi saya mahu fokus minat saya dalam bidang hiburan terlebih dahulu,”
“Cabaran yang dihadapi ketika saya ingin menamatkan latihan penerbangan adalah apabila saya mahu buktikan bahawa saya mampu untuk menjadi juruterbang kerana saya ini bertubuh kecil kalau nak dibandingkan dengan kadet-kadet yang lain,”
“Ramai juga yang mengatakan bahawa saya tidak mampu untuk menjadi juruterbang sebab saya kecil, tapi saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat dan Alhamdulillah saya berjaya menamatkan latihan penerbangan saya selama 200 jam tanpa masalah,” jelas Farah Rose.
Selain itu juga, Farah turut berbakat dalam bidang nyanyian dan mempunyai sebuah single ciptaan Eddie Hamid yang berjudul Cerita Ku.
Ads
“Saya sebenarnya baru sahaja melancarkan single pertama yang bertajuk Cerita Ku dan saya sebenarnya sudah mula menyanyi di usia 10 tahun lagi. Saya mula menyertai pertandingan Bintang Kecil pada tahun 2010/2011 dan saya berjaya melayakkan diri di zon utara dan mendapat tempat ketiga. Jadi dari situ saya memang aktif dalam bidang nyanyian, saya buat persembahan, masuk pertandingan dan pada tahun 2018 saya telah dilamar oleh Abang Eddie Hamid untuk merakamkan single pertama ini. Tahun 2020 baru kami sempat menyiapkan rakaman dan tahun ini baru saya berjaya melancarkan single ini kerana sudah dua tahun tergendala akibat COVID-19,”
“Sebenarnya saya memang nak masuk Dewi Remaja ni pada 2018/2019 lagi tetapi pada waktu itu saya masih lagi belajar dan tidak berpeluang menyertai sesi uji bakat,”
”Jadi tahun ini saya baru sahaja menamatkan latihan penerbangan dan kini saya memang banyak masa jadi rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk saya cuba menyertai Dewi Remaja,” jelasnya lagi.
Ads
Apa-apa pun kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Farah dan semoga segala impiannya terlaksana. Sama-sama kita nantikan adakah Farah Rose bakal berjaya menempatkan diri di peringkat seterusnya? Sentiasa nantikan update daripada Majalah Remaja okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=gboUm1B8Sm4
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu depresi bukan sesuatu isu baru di kalangan masyarakat dunia. Hari demi hari, semakin banyak kes mendukacitakan dilaporkan khususnya kes bunuh diri akibat menanggung tekanan dalam hidup.
Dengan situasi pandemik yang melanda dunia hari ini, ramai terkesan dek kerana kehilangan pekerjaan dan mengalami masalah kewangan.
Sekiranya korang adalah di antara insan yang terkesan dan sedang mengalami gejala-gejala depresi, cuba amalkan superfood yang satu ini.
Kajian yang dipetik daripada Bold Sky menunjukkan gejala kemurungan atau gangguan kesihatan mental boleh berkurangan jika kita mengambil sejumlah nutrien seperti karbohidrat, protein, omega 3, vitamin B, kalsium dan zink yang selalunya terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Salah satu buah yang berkesan dan mempunyai kandungan tersebut adalah avocado. Ia diakui berkesan untuk memperbaiki mood seseorang lalu menjamin kesihatan mental yang lebih baik. Walau harganya sedikit mahal, tidak salah jika kita berbelanja agar kesihatan kita terjaga. Betul tak?
Avocado atau nama saintifiknya, Persea Americana Mill boleh dikategorikan sebagai makanan superfood kerana ia kaya dengan pelbagai nutrisi untuk kesihatan badan.
Selain mengandungi hampir 20 mineral dan vitamin seperti B6, C, E, K, dan folat, avocado juga mengandungi tryptophan dan asid lemak pada omega-3.
Omega-3 ini ialah asid lemak yang penting membantu mengatur neurotransmitter dan mengelakkan keradangan di otak. Manakala, tryptophan adalah pendahulu serotonin yang merupakan hormon baik. Serotonin ini akan menstabilkan mood dan mewujudkan perasaan bahagia.
Asid lemak juga membantu menyeimbangkan tahap hormon di dalam badan dan menjadikan pemikiran bebas kemurungan.
Foto Kredit : Pexels
Selain Avocado, korang juga boleh amalkan beberapa makanan lain :
Ikan : Beberapa spesies ikan seperti mackarel, salmon, tuna dan sardin adalah sumber kepada lemak terbaik omega 3 yang memainkan peranan penting kepada fungsi otak. Satu kajian dalam Journal of Epidemiology dan Kesihatan Masyarakat mendapati pengambilan lebih banyak ikan boleh mengurangkan kemurungan.
Kunyit : Bahan aktif dalam kunyit mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang kuat. Satu kajian oleh Jurnal Persatuan Pengarah Perubatan Amerika menunjukkan kunyit berkesan untuk mengurangkan gejala kemurungan.
Madu : Madu boleh berfungsi sebagai makanan tambahan untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan juga bermanfaat untuk kesihatan mental.
Coklat : Makanan kegemaran ramai orang ini boleh menenangkan perasaan terutamanya coklat gelap. Ini kerana bahan psikoaktif dan phenylethylamine dalam coklat mencetuskan perasaan gembira.
Makanan fermentasi: Ini termasuklah yogurt, kimchi, tempe, miso, tauhu, jeruk dan kombucha juga merupakan sumber probiotik untuk meningkatkan mood. Probiotik bertanggungjawab menghasilkan neurotransmitter yang baik untuk mengekalkan bakteria usus yang baik.
*
Mungkin ramai yang memandang remeh tentang depresi semasa pandemik kerana mereka tidak mengalaminya. Tapi ingat, tekanan perasaan boleh ‘datang’ semasa kita tidak menjangkakannya.
Jangan sesekali korang lupakan makanan superfood ini. Ia pasti dapat meningkatkan kualiti tidur dan menjamin mood yang lebih baik ketika bangun.
Tahun baru, gaya baru! Bagaimana jika REMAJA katakan yang anda pun boleh perolehi keselesaan baru tanpa perlu menggadaikan soal gaya peribadi?
Ya! Kami ingin kongsikan mengenai koleksi terbaru Larrie bagi musim Spring/Summer 2024 yang telah diperkenalkan baru-baru ini.
LR Larrie Men Brown Trendy Business Slip On Shoes. RM289.90
Satu perkara yang pasti, Larrie berjaya menyediakan rekaan kasut baharu bagi lelaki dan perempuan untuk pemakaian seharian dengan campuran gaya kasual mahupun formal.
Sejak mula menawarkan pilihan fesyen kasut yang segar lagi menyelesakan di Malaysia pada 1978, Larrie kekal signifikan sebagai ‘sahabat’ terbaik bagi kaki anda.
Tambahan pula, Larrie kini didatangkan dengan pelbagai fungsi baharu selari dengan perubahan teknologi dalam pembuatan kasutnya. Antara yang paling menarik perhatian REMAJA adalah teknologi anti-bakteria pada bahagian lapik tapak (lining).
Larrie Ladies Black Classic Mules. RM218
Bukan sahaja ia menawarkan sokongan lengkungan kusyen di dalam kasut agar alignment tapak selesa pada setiap langkahan. Malah, rekaan U-shape yang ada pada heel cup juga memberikan kestabilan dan mengurangkan tekanan pada tapak kaki si pemakai.
Larrie Men’s White New Look Smart Sneakers. RM239.90
Tidak kiralah sama ada anda inginkan vibes yang lebih kasual seperti pergi melancong, beriadah dan bersantai mahupun vibes yang lebih serius untuk pemakaian di tempat kerja serta kampus, Larrie ada jawapannya untuk apa anda cari-cari selama ini.
Ini kerana Larrie sudah berpengalaman bagi menawarkan rekaan istimewa untuk ditawarkan mengikut personaliti serta gaya peribadi pemakainya.
Jom lihat 14 lagi kasut pilihan REMAJA oleh Larrie dari koleksi terbarunya:
Larrie Men Dark Brown Backless Casual Travel Loafers. RM239Larrie Ladies Pink Tassel Platform Loafers. RM188LR Larrie Men Coffee Smooth & Shiny Formal Shoes. RM289.90Larrie Ladies Blue Buckle Strap Sandals. RM218Larrie Men Sand Stylish Light Weight Laknit Sneakers. RM239.90Larrie Ladies Black Nicole Comfy Trendy Sneakers. RM218LR Larrie Men Black Classy Full Patterned Business Footwear. RM289.90Larrie Ladies Camel Velcro Cushioned Strap Sandals. RM218Larrie Men Exclusive Premium Grey Sneakers. RM199.00Larrie Ladies Black Ageless Mules. RM218LR Larrie Men’s White Supreme Lace Up Sneakers. RM289.90Larrie Ladies White Comfy Stylish Sporty Sneakers. RM218Larrie Ladies Camel Comfort Casual Sandals. RM188
***
Rambang mata, bukan! Tepuk dada tanya selera, yang mana yang berkenan di hati dan yang mengikut kehendak anda sekarang, itulah pilihan yang tepat.
Pelbagai rekaan kasut, sandal dan sneakers lain turut ditawarkan oleh Larrie di stor serta di dalam talian. Layari sahaja ke larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com untuk gambaran yang lebih lanjut terhadap koleksi baharu Larrie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, tingga 4 hari saja yang tinggal sebelum program siaran langsung Finale Dewi Remaja 2018/2019 pada hari Ahad ini.
Kalau nak diikutkan, kesemua 5 orang finalis pada kali ini mempunyai kekuatan masing-masing. Kalau tak, tak adalah sokongan berbeza datang dari penonton dan peminat berdasarkan komen di media sosial.
Kalau kami tanyakan kepada korang, mestilah nama berbeza yang akan keluar. Sama ada Anna Jobling, Affie Rania, Sherin Amiri, Haneesya Hanee atau Tia Sarah.
Jadi, kami ambil approach untuk bertanyakan ramalan pemenang kepada beberapa orang finalis Hero Remaja 2017. Mana tau, mulut mereka masin pulak dengan ramalan masing-masing.
Ashraff Moghni
“Semua ada kelebihan masing-masing. Contohnya Tia ada keyakinan diri dan cepat berfikit, Sherin matang dan tahu untuk membawa diri dengan cara classy. Haneesya ada energy yang bagus sementara Anna pula mungkin menjadi favourite juri – cuma dia perlukan confidence yang lebih pada malam finale.
“Rania, hhm, dia perlu ambil masa beberapa hari sebelum finale ini untuk belajar mengatasi aura dewi lain. Kalau dia boleh berbuat sedemikian, dia boleh menang.
“Tapi sebab kita boleh memilih seorang pemenang saja, bagi saya Tia Sarah boleh lakukan kejutan.”
Harris Annuar
“Mungkin Sherin kerana dia sangat karismatik disebabkan oleh pengalamannya yang luas dalam bidang pramugari. Lagi satu, saya lihat dia nampak bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang dia nak.
“Dia tahu dia bukanlah yang paling popular di media sosial seperti beberapa lagi finalis lain tetapi dia tak pernah pandang rendah akan kemampuannya.”
Nabil Aqil & Ikmal Amry
“Sherin!”
“Cepatnya kau reply! Hhm, ya mungkin Sherin kerana dia mempunyai aura.”
Alif Muhaimin
“Alif rasakan Rania boleh menang sebab ramai yang senang nak bekerja dengan dia. Macam yang Alif lihat selama ini dengan alumni Dewi dan Hero terdahulu, attitude will stand appearance out.
“Bila kita mudahkan kerja semua, orang akan mudah untuk bekerja tanpa stres. Alif pun rasakan Rania konsisten sepanjang cycle kali ini. Ini yang Alif tengok setiap kali mereka menerima task lah, malah dia akan beri lebih. Dan paling penting dia tahu untuk adapt kepada personaliti berbeza bergantung kepada situasi.
“So that is my prediction.”
So korang agree tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya.Begitulah yang dapat diungkapkan terhadap kejayaan wakil negara Filipina, Alexie Brooks sebelum mengecap kejayaan sebagai Miss Eco International 2025;...