Shaza Bae. Antara aktres wanita meningkat naik masa ini yang telah mempunyai nama tersendiri dalam bidang seni tempatan. Menyusun cantik bakat seni dan kecerdikan yang ada, si pemilik gelaran Dewi Remaja 2019 ini dilihat tampil cemerlang sebagai seorang anak seni.
Mula bertatih menyusun langkah pada tahun 2020, lakonan pelakon dan pengacara Hlive pada ketika ini tidak menghampakan para pencinta karya Melayu seantero Malaysia dengan pelbagai watak yang pernah didukungnya sepanjang karier seni.
Bukan itu sahaja, graduan daripada universiti tersohor negara, Universiti Malaya (UM) ini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pula. Sama seperi orang lain, bukan sekadar mahu bergelar seorang pelakon yang berjaya sahaja, dia juga memasang impian untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya suatu hari nanti jika diberi keizinan Ilahi.
Terkini, pelakon drama hit Nusyuz Berkiblat Cinta itu mula melebarkan sayap ke bidang bisnes dengan cuba menjual dan memasarkan produk makanan biskut iaitu Beskuki. Sedar perkembangan era digitalisasi semakin meluas terutama platform media sosial, Shaza akui platform yang ada sedikit sebanyak dapat membantu memperkenal produk perniagaan dengan cara tersendiri.
Namun, bintang berusia 27 tahun itu berkongsi sebaiknya haruslah sentiasa belajar dan menonton video segala ilmu berkaitan media sosial dan perniagaan agar dapat mencipta personaliti tersendiri pada masa sama tidak berasa tertekan apabila mengguna media sosial sebagai platform memulakan perniagaan.
Ads
“Media sosial itu sebenarnya satu platform yang digunakan untuk kita kongsikan apa-apa sahaja interest, cuma kerana ia kini sudah menjadi sebahagian portfolio perniagaan, jadi misalnya saya sebagai pereka fesyen cuma perlu berkongsi mengenai fesyen sahaja. Tidak, jadilah kreatif semampu anda.
“Gunalah media sosial dengan sebaiknya. Saya tahu agak sukar untuk terima namun jangan rasa pressured dengan media sosial. Saya juga tahu kedengarannya agak mudah, tetapi sebenarnya dalam era digital ini hanya di hujung jari kita jadi perbandingan, mungkin kandungan tidak cukup bagus atau apa yang perlu lagi dibuat.
“Ya, saya akui ia agak sukar namun cuba tidak membandingkan malah belajar, belajar, belajar dan baca… selain tonton video dan dari situ pasti akan jumpa personaliti serta diri anda,” tuturnya pada segmen ‘Youth Talk’ program Remaja On Road di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Tidak henti setakat itu sahaja, pelakon naskhah popular Perempuan Tanpa Dosa itu turut menekankan agar jangan berhenti untuk belajar sesuatu agar dapat jadikan diri sendiri sebagai seorang yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
Ads
“Saya enggan menyentuh mengenai originality kerana dalam dunia ini tiada yang asli pun. Bagi sayalah. Bagi saya juga, semua perkara adalah cuplikan daripada pengkarya atau beberapa selebriti yang akan menjadikan diri anda ialah ‘anda’. Jadilah kreatif yang anda boleh dan jangan berhenti untuk belajar.
“Satu perkara lagi, kita membesar sebagai seorang dewasa jangan matikan budak kecil dalam diri kita. Jangan. Always have that inner child, keep in touch with your inner child. Kerana anak kecil itulah yang menjadikan anda seorang yang kreatif sebenarnya.
“Saya faham dengan kehidupan sekarang yang agak berat, ekonomi teruk serta mungkin ingin melanjutkan pengajian dan mencari kerja. Ya, tekanan itu terlalu banya. Tetapi jangan, cuba untuk fine that tune,” ucapnya lagi.
Sekadar informasi, selain Shaza Bae, sesi YouthTalk dengan tajuk “Penjenamaan Pada Era Digital” juga terdiri daripada ahli panel iaitu Ben Ali (Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn. Bhd) dan Rahiman Rahizar (Ikon MASMED). Sesi tersebut dikemudikan oleh hos, aktivis politik dan sukarelawan iaitu Mellya Azizi.
Edisi pertama Remaja-On-Road yang telah diadakan pada 22 Mac 2023 bertempat di UiTM Shah Alam hasil kolaborasi bersama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM itu merangkumi acara sehari bersama golongan pelajar, antara pengisian yang bakal diketengahkan adalah sesi YouthTalk, Beauty Camp dan Remaja Talent Casting.
Sepanjang tahun, pihak Remaja akan berkolaborasi dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah sebagai rakan strategik bagi menjalankan kempen ini. Dari utara ke selatan tanah air, dengan adanya kempen ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada golongan pelajar untuk menerapkan nilai positif dan seterusnya maju untuk menempuhi fasa selepas pengajian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan memperuntuk elaun solekan anak perempuan kesayangannya, Aaisyah Dhia Rania sebanyak RM250, pada setiap minggu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok miliknya, Rozita yang lebih disapa atau Che Ta memaklumkan pada awalnya dia hanya meletakkan sebanyak RM100 seminggu kepada Aaisyah untuk membeli alat solek yang diinginkan.
Bagaimanapun, jumlah elaun mingguan sebanyak itu telah dinaikkan kepada RM250 seminggu selepas melihat anaknya sukar untuk memilih alat solek yang kerana harganya yang mahal.
“Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah.
“Dapat apa RM100? Dah pusing setengah jam tak dapat apa. Jom mommy tambah lagi RM150 jadi RM250,” kata Che Ta.
Selepas jumlah elaunnya telah dinaikkan menjadi RM250 seminggu, Aaisyah kelihatan gembira dan sempat mengucapkan terima kasih dan sayang kepada ibunya tercintanya.
“Thank you mommy. I love you,” ucap Aaisyah.
Gelagat dua beranak itu membeli alat-alat solek telah meraih perhatian pengikutnya dalam TikTok apabila masing-masing berasa terhibur, malah menyifatkan Aaisyah sebagai seorang kanak-kanak yang beruntung.
Sekadar informasi, Aaisyah merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup Che Ta dengan Zain Saidin selepas mereka mendirikan rumah tangga pada tanggal 11 Disember 2013.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ketika remaja lain yang seusianya ralit dengan gadget teknologi terkini, lain pula pemilik nama Saidatul Zakirah yang mempunyai minatnya tersendiri.
Bermula hanya sekadar mengikuti ayahnya ke pertandingan sukan bermotor, menjadi asbab remaja berusia 14 tahun ini serius hingga berjaya meletakkan diri menjadi atlet untuk sukan bermotor.
Lebih manis lagi, Saidatul Zakirah yang minat dengan sukan permotoran sejak usia 11 tahun ini menunjukkan kesungguhannya dalam bidang itu menjadi titik tolak kepadanya untuk terus menggapai impian memenangi sukan-sukan permotoran yang berprestij.
“Ayah adalah pendorong utama saya selain ahli keluarga yang lain kerana saya selalu mengikut ayah apabila beliau menyertai aktiviti sukan lasak. Apabila saya memberitahu ayah saya akan mengikut jejak beliau, ayah tidak membantah. Bahkan ibu juga tiada halangan. Kedua-dua mereka memberikan semangat. Saya sangat gembira,” katanya.
Lebih mesra dipanggil Kirah, beliau berkata, tidak mudah untuk menyertai sukan yang dipelopori oleh golongan lelaki kerana pelbagai tanggapan negatif yang didengarnya, namun tidak mengendahkan perkara itu.
“Semua orang boleh melakukan apa yang disukai, kalau lelaki boleh buat kenapa perempuan tidak boleh melakukannya”
Sebelum ini Zakirah menyertai QMMF Children Academy kerana minatnya yang mendalam. Ujarnya fokus merupakan benda utama dan penting dalam suka lasak. Disebabkan itu, remaja ini akan memastikan dia mendapat rehat dan tidur secukupnya sebelum menyertai sesuatu pertandingan atau latihan.
Bijak mengatur waktu, Kirah tidak ketepikan soal pendidikan. Bagi mencapai cita-citanya, Zakirah membahagikan waktu belajar dan waktu latihan permotoran dengan sebaiknya. Berharap untuk menyertai lebih banyak lagi sukan lasak pemotoran ini di masa hadapan dan dia bercita-cita sukan ini akan menjadi kerjaya sepenuh masa beliau nanti.
Apa-apapun, good luck untuk masa akan datang. Moga Kirah terus maju dalam sukan permotoran ini dan gapai impian. You go girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sejarah tercipta apabila pasukan e-Sukan remaja negara, Selangor Red Giants (SRG) dari Malaysia dinobatkan sebagai juara Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB), MSC 2024.
Penantian pasukan SRG selama tujuh (7) tahun itu berjaya ditamatkan pada aksi perlawanan final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu, SRG mengenepikan saingan juara bertahan dari Filipina iaitu Team Falcons AP Bren Sport dengan keputusan 4-2.
Kredit: Instagram ewc_en
Menurut laporan, pasukan SRG menggunakan format ‘best of sevens’ itu, AP Bren seperti dijangka tampil dengan permainan kemas pada ‘game’ pertama, dengan ‘jungler’ KyleTzy atau Michael Angelo Sayson dan ‘gold laner’, ‘Super Marco’ atau Marco Stephen Requitiano yang menggunakan hero ‘Hayabusa’ dan ‘Roger’ menjadi penggerak untuk mereka mendapatkan kemenangan.
Dalam pada itu, menerusi sebuah video yang tular di aplikasi Tiktok. Salah seorang pemain SRG, Sekys yang ditemu bual memberitahu mengenai perancangannya jika memenangi perlawanan tersebut telah menarik perhatian orang ramai.
Kredit: Tiktok Ombonghaha
Pemain SRG, Sekys yang kini berusia 18 tahun ditanya soalan apakah yang dia akan lakukan jika menjadi juara jika memenangi wang kemenangan tersebut.
Sekys menjawab, dia akan menyimpannya kerana usianya yang masih muda. Malah, ketika ditanya sama ada dia akan membeli kereta dan Sekys memberitahu itu mungkin perancangan pada masa akan datang, yang pasti ia bukan dalam masa terdekat.
“Kalau menang, saya rasa saya akan simpan sebab saya muda lagi. Beli kereta semua itu, later punya plan kut”
“For now memang nak simpan je dalam ASB. Kalau korang champion ke apa jangan terus rasa selesa comfort, teruskan hard work dan jangan give up”
Woah! Memang bagus betul perancangan Sekys, lebih baik menyimpan sekarang untuk kemudahan masa hadapan kan! Untuk pengetahuan, Selangor Red Giants (SRG) selaku pemenang MSC edisi 2024 turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta selain trofi MSC.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!