Floss Gigi Bukan Isu Baharu Tetapi Kini Jadi Perhatian
Isu floss gigi bukan perkara baru, tapi baru-baru ini ia kembali jadi perhatian selepas Dr Habib, seorang doktor gigi, berkongsi bahawa kecuaian menjaga kebersihan gigi boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat. Perkongsian itu tular di Threads dan membuatkan ramai tertanya-tanya boleh ke masalah gigi membawa kepada penyakit jantung?
Jawapannya: ya, memang boleh.
Ramai Sangka Gosok Gigi Dah Cukup Tapi Tak!
Dari kecil kita dah diajar memberus gigi, tapi realitinya masih ramai yang tak ambil berat. Berus gigi sahaja sebenarnya tak mampu membersihkan keseluruhan mulut, terutama celah-celah gigi yang sempit. Di sinilah pentingnya floss gigi.
Dr Habib menjelaskan bahawa:
“Risiko salur darah tersumbat adalah sebab tak floss gigi dan tak gosok gigi dengan cara betul… Kencing manis pun boleh jadi makin teruk kalau kebersihan gigi diabaikan.”
Amalan floss gigi bukan sekadar menjaga rupa senyuman, tapi melindungi sistem tubuh, termasuk jantung.
Rawatan Gigi
Bagaimana Tak Floss Gigi Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?
Menurut Bahagian Kesihatan Pergigian Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P), bakteria dari masalah gusi boleh memasuki aliran darah jika gusi kerap berdarah. Bila bakteria ini bergerak ke jantung, ia boleh menyebabkan:
Keradangan pada saluran darah
Pembentukan plak di dinding arteri
Aterosklerosis (salur darah sempit)
Keadaan ini meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Ads
Kajian juga menunjukkan:
9 daripada 10 orang dewasa Malaysia mengalami periodontium tidak sihat
24% daripada mereka yang memiliki poket periodontium yang dalam menghidap penyakit kardiovaskular
Periodontium ialah keradangan kronik pada gusi dan tisu penyokong gigi akibat jangkitan bakteria.
Ads
Apa Berlaku Dalam Badan Bila Gusi Meradang?
Jika gusi sering berdarah—sama ada ketika makan atau menggosok gigi—bakteria mudah memasuki saluran darah. Bila ia sampai ke jantung, bakteria boleh:
mengganggu endokardium (lapisan dalam jantung)
menjejaskan fungsi injap jantung
mencetuskan serangan jantung tanpa disedari
Inilah sebab kenapa pakar gigi selalu tekankan penjagaan mulut yang betul.
Tanda-Tanda Anda Ada Penyakit Gusi
Menurut Dr Habib, 90% rakyat Malaysia kini ada masalah gusi tanpa sedar. Antara simptomnya:
✔️ Gosok gigi dua kali sehari dengan teknik yang betul
✔️ Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali
✔️ Rawat masalah gusi dari peringkat awal
Ramai sangka sakit gusi hanya buat mulut ngilu atau berbau, tapi sebenarnya ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang jauh lebih serius.
Kesimpulan
Penyakit gusi bukan isu remeh—ia boleh membuka jalan kepada salur darah tersumbat, penyakit jantung, dan strok. Semua ini berpunca daripada bakteria yang kita biarkan hidup subur di celah-celah gigi kerana malas nak floss gigi.
Jadi kalau selama ini floss hanya “hiasan” di bilik air, inilah masa untuk ubah rutin. Mulut sihat, badan pun kuat termasuk jantung yang bekerja setiap saat untuk kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, kuih tepung pelita pasti menjadi pilihan kebanyakan masyarakat Malaysia sepanjang bulan Ramadan. Lebih-lebih lagi Tepung Pelita Paya Jaras yang selalu mendapat permintaan tinggi tatkala bulan puasa.
Namun, masih ramai yang keliru dan tersalah beli kuih ini kerana ia tidak jauh beza dengan kuih-kuih seperti limas dan tako. Ketiga-tiga kuih tradisional ini mempunyai rupa bentuk yang agak sama namun rasanya tetap berbeza.
Apa perbezaan bagi ketiga-ketiga kuih ini?
Kuih Tepung Pelita
Berasal dari Pantai Timur. Diatasnya adalah tepung beras, santan dan garam, manakala bahagian bawah pula tepung beras, gula serta pandan. Cara memasak kuih ini di dalam periuk, tuang ke atas bekas (daun pisang). Teksturnya juga lembut dan cair di mulut.
Berasal dari Selatan Semenanjung, diatasnya tepung jagung, santan dan garam. Dibawah kuih ini pula adalah tepung jagung, gula, pandan dan sengkuang. Cara memasak, tuangkan ke dalam bekas (daun pandan) dan teksturnya pula seperti agar-agar lembut.
Berasal dari Perak, bahan-bahan yang digunakan di atas kuih ini adalah tepung gandum, santan dan garam, manakala dibawahnya tepung gandum, gula dan pandan. Cara membuat, kukus di dalam bekas (daun pisang). Teksturnya lembut dan cair di mulut.
Ha, dah nampakkan perbezaannya? Jadi selepas ini sebelum membeli ada baiknya jika korang tanya terlebih dahulu kepada penjual bahan-bahan kuih yang digunakan. Barulah tak menyesal beli. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebenarnya mempunyai almari baju terbuka atau open wardrobe mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari tertutup.
Jika anda menginap dalam kediaman yang kecil dengan ruang yang terhad, ditambah pula bilik tidur yang sempit, konsep open wardrobe patut dipertimbangkan.
Tahukah almari terbuka mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari bertutup. Paling jelas, ia menjimatkan ruang, menjadikan ruang bilik kelihatan lebih luas, memudahkan untuk mengambil dan memilih pakaian.
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook ini, paling menarik Niarsly Hazwan berkongsi dekorasi ‘open wardrobe’ hanya bermodalkan kurang dari RM 250. Rata-rata netizen memuji kekemasan dan kecantikan yang telah diubahsuai oleh wanita itu sendiri.
Cantik kan?
Disebabkan ramai yang bertanyakan dimana barang-barang yang dibelinya untuk makeover bilik tidur tersebut, Niarsly Hazwan telah pun berkongsi info tentang barangan yang dibeli secara online dan juga kebanyakannya di Ikea.
Menurutnya, barang-barang yang digunakan semuanya dibeli dan didapatkan di Ikea.
List barang ada pada gambar di bawah
Nak makeover rumah ni bukan hanya perlu pandai cari barang, tetapi effort pun kena ada ya. Selamat mencuba!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi Gym Pakai Dress?
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Tindakan Aina Tuai Komen Positif Netizen
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yangg turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Foto Via Instagram Aina Abdul
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!