
Baru-baru ini, pelakon lelaki terkenal Azhar Sulaiman telah memuat naik sebuah video di laman instagramnya dengan memaklumkan bahawa anak lelakinya, Andika Rees menjadi wakil negara untuk pasukan hoki ais yang akan bertanding di Kyrgyzstan.
Menerusi video tersebut, Azhar turut menjelaskan isterinya ada membuat satu hantaran di media sosial untuk membantu masyarakat di Ukraine, tetapi anaknya pula dapat pergi ke Kyrgyzstan mewakili Malaysia untuk sukan hoki ais.
Pelakon ini sempat menitipkan pesan untuk anaknya supaya menjaga diri dengan baik, bermain betul-betul untuk Malaysia dan turut berseloroh dia tidak kisah sekiranya Andika Rees ingin berkahwin dengan orang sana.
Rata-rata warganet turut mengucapkan selamat maju jaya buat anak lelaki Azhar Sulaiman yang menjadi wakil Malaysia ke luar negara.
![]()
![]()


Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Andika Rees dan semoga pasukan mereka dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat Terus Tunjukkan Sokongan Buat Israel Di Instagram, Kylie Jenner ‘Hilang’ Sejuta Pengikut

Personaliti media sosial terkenal antarabangsa, Kylie Jenner kehilangan sehingga lebih sejuta pengikut di platform Instagram gara-gara menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera Israel.
Menurut laporan media antarabangsa, Jenner yang juga usahawan muda itu yang memiliki sejumlah lebih 400 juta pengikut menerusi media sosial berkenaan telah mengalami penurunan pengikut menjadi 399 juta.
ARTIKEL BERKAITAN: Tapak Perkuburan Yahudi Tertua Di Asia Tenggara Terletak Di Pulau Pinang?

Ia terjadi selepas pemilik rangkaian jenama kosmetik, Kylie Cosmetic itu memuat naik hantaran menyuarakan sokongan terhadap Israel apabila mengutuk serangan 5,000 roket oleh kumpulan Hamas pada 8 Oktober lalu.
“Untuk hari ini dan selamanya, saya akan berdiri bersama Israel,” ujarnya.
Menyedari telah tersilap langkah, selebriti berusia 26 tahun itu telah memadam hantaran tersebut sejam kemudian.

Namun, tindakan adik kepada Kim Kardashian itu sudah terlambat apabila Instagram miliknya terus diserang warganet dan dibanjiri dengan komen ‘Free Palestine’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mino WINNER Berdepan Hukuman Penjara 18 Bulan, Mengaku Abaikan Tugas Khidmat Wajib Tentera

Penyanyi rap terkenal, Mino dari kumpulan WINNER mencuri perhatian peminat apabila berdepan kontroversi melibatkan kegagalan melaksanakan perkhidmatan wajib negara dengan sempurna. Isu ini bukan sahaja mengejutkan peminat K-Pop, malah turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan media Korea Selatan memandangkan statusnya sebagai figura awam yang berpengaruh.
Memetik laporan Korea JoongAng Daily, Mino atau nama sebenar beliau Song Min-ho (33), berdepan tuntutan hukuman penjara selama 18 bulan oleh pihak pendakwa raya. Tuntutan tersebut dibuat susulan dakwaan kecuaian ketika menjalani perkhidmatan alternatif sebagai pegawai khidmat sosial di sebuah fasiliti di barat Seoul.
Menurut pihak pendakwa, Mino didakwa gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sepanjang tempoh perkhidmatan dari Mac 2023 hingga Disember 2024. Lebih mengejutkan, beliau dilaporkan tidak hadir bekerja melebihi 100 hari, walaupun ketidakhadiran itu tidak berlaku secara berturut-turut.
BACA: Mino Winner Berdepan Risiko Penjara Selepas Didakwa Ponteng 102 Hari Ketika Khidmat Tentera

Dalam perbicaraan pertama yang berlangsung di Mahkamah Daerah Barat Seoul, pihak pendakwa berhujah bahawa ketidakhadiran Mino dalam tempoh yang panjang menunjukkan beliau secara efektif tidak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Malah, laporan turut menyatakan beliau meninggalkan tempat bertugas tanpa alasan kukuh serta gagal melaporkan diri seperti yang ditetapkan.
Mino bagaimanapun tampil mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Kehadirannya di mahkamah menyaksikan penyanyi itu menerima sepenuhnya tanggungjawab atas tindakannya, selain menyatakan kesediaan untuk memperbaiki kesilapan lalu jika diberi peluang kedua.
“Sebagai individu yang disayangi ramai, saya berasa malu kerana menunjukkan sisi yang memalukan dan bukannya menjadi contoh,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengakui bahawa masalah kesihatan mental seperti gangguan bipolar dan gangguan panik yang dialami tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab.
Untuk info, semua lelaki Korea Selatan yang sihat diwajibkan menjalani sekurang-kurangnya 18 bulan perkhidmatan ketenteraan, sama ada secara aktif atau melalui perkhidmatan alternatif.
Sementara itu, peminat kini menantikan perkembangan lanjut kes ini serta masa depan kerjaya Mino bersama WINNER, yang sebelum ini dikenali dengan karya muzik unik dan pengaruh besar dalam industri K-Pop.
Sumber: Korea JoongAng Daily
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lepas Bantu Peminat Terjatuh Di KLIA, Song Ji-hyo Tenangkan Yang Bercucuran Air Mata Pula

Manalah peminat tak sayang!
Kelibat pelakon dan ahli program variety terkenal Korea Selatan ‘Running Man’ iaitu Song Ji-hyo di Malaysia pada hari ini meraih perhatian ramai peminatnya yang tidak mahu ketinggalan melihatnya dari jarak dekat.
Ji-hyo, 41 sejak semalam menjadi topik bualan di media sosial dengan pelbagai pujian – bukan disebabkan kecantikannya tetapi – disebabkan respon spontannya yang ingin membantu peminatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seperti dijangka, ruang legar balai ketibaan dikerumuni peminat. Menerusi beberapa video yang dikongsikan netizen di media sosial, peminat dapat dilihat sakan menjerit dan saling bertolakan bagi melihat pelakon kegemaran mereka itu secara jelas.
Akibat penolakan itu, seorang wanita terjatuh lalu dibantu Ji-hyo yang pantas mendekatinya.
@foreversjh Songjihyo’s actions after seeing her fans fall 🥺🥺 this is one of the reasons why people love her so much! #songjihyo #송지효 #koreanactor #songjihyoinkl #jihyoxglutanex #foryoupage #fypシ ♬ u can use this but give creds – Princess ᥫ᭡
Biarpun sudah penat berada di atas pesawat selama enam jam belumpun red, Ji-hyo masih mendahulukan peminatnya di Malaysia. Siap tanda tangan topi milik wanita itu lagi haa.. Such a queenly act!
ARTIKEL BERKAITAN : Gambar Selebriti Wanita Korea Terkenal Era 2000-an Dulu Vs Sekarang – REMAJA
Setibanya acara jenama K-Beauty baharu, Glutanex di Tropicana Gardens Mall pada hari ini di mana Ji-hyo merupakan duta global pertama jenamanya; peminat telah berkumpul di pusat membeli-belah sebelum waktu operasi lagi.

Seperti dijangka, Ji-hyo pandai melayan peminat menerusi beberapa permainan yang dikendalikan oleh pengacara, Muna Bella. Dia juga terlibat dalam satu sesi berjumpa peminat di mana salah seorang daripada mereka tidak dapat menahan rasa sebak.

Lantas Ji-hyo segera cuba menenangkan gadis yang sudahpun mengalirkan air matanya sambil mengesat pipinya. Sekali lagi, momen spontan ini telah meraih perhatian netizen dan bertukar tular di media sosial.
Song Ji Hyo comforted a crying fan at the meet-and-greet today so sweet pic.twitter.com/Xx9OadlG5C
— Afiq Nuradli アフイク (@afiqnuradli) November 11, 2022

Ruangan komen nyata tidak mengecewakan. Jika semalam, netizen menawarkan diri untuk jatuh ke lantai demi mendapat perhatian Ji-hyo, hari ini mereka sanggup untuk menangis pula agar mereka dipeluk olehnya! Macam-macam ya..
Apapun, ternyata Song Ji-hyo amat menyayangi peminatnya dan pandai mengambil hati mereka. Manalah peminat tak sayang, bukan?
ARTIKEL BERKAITAN : [KUIZ] Ahli RUNNING MAN Yang Manakah Korang? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

