Baru-baru ini, penyanyi nasyid dan pensyarah terkenal, Fitri UNIC atau nama sebenar Ts. Dr. Mohamad Fitri Mohamad Haris (41) mencipta detik bersejarah tersendiri apabila lima pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) seliaan beliau berjaya menamatkan pengajian mereka secara serentak. Pencapaian itu dianggap cukup luar biasa memandangkan proses melahirkan graduan di peringkat berkenaan lazimnya menuntut masa, komitmen dan ketelitian penyeliaan yang tinggi.
Menerusi sebuah perkongsian dari Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM), pihaknya menyatakan kejayaan itu bukan sahaja menyerlahkan dedikasi para pelajar, malah memperlihatkan kecekapan Fitri UNIC sebagai penyelia akademik.
Lebih menarik lagi, beliau juga baru sahaja menerima pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober lalu.
Kredit foto: FB Dr.Fitri
Kejayaan Unik Dalam Kerjaya Akademik
Mengulas pencapaian tersebut, Fitri UNIC menerusi Facebook peribadi miliknya menyifatkan tahun ini sebagai antara yang paling istimewa dalam perjalanan kerjayanya di universiti. Beliau menzahirkan rasa syukur serta terharu dengan usaha gigih kesemua pelajar seliaannya yang berjaya menamatkan pengajian pada tempoh yang sama.
“Alhamdulillah, tahun ini amat istimewa kerana seramai lima orang pelajar PhD saya telah bergraduasi.”
Ads
“Terima kasih atas kepercayaan kalian menjadikan saya sebagai penyelia dan membenarkan saya menemani perjalanan akademik ini bersama anda semua. Saya amat berbangga dengan segala pencapaian anda,” tulisnya.
Kredit foto: FB Dr.FitriKredit foto: FB Dr.Fitri
Pesanan Buat Para Graduan
Pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Ainul Mardhiah’ itu sempat menitipkan pesan agar segala ilmu yang diraih para graduan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi memberi nilai kepada masyarakat. Doanya agar mereka terus melangkah ke hadapan dengan hati yang ikhlas, tujuan yang murni dan penuh rendah diri.
Lima pelajar berkenaan terdiri daripada Dr. Zhang Yifeng, Dr. Pan Yuan Yuan, Dr. Xiong Qin, Dr. Liu Shu dan Dr. Shen Du. Kesemua mereka diraikan dalam majlis konvokesyen yang berlangsung di kampus induk UUM baru-baru ini.
Ads
Kredit foto: FB Dr.FitriKredit foto: FB Dr.Fitri
Reputasi Akademik Terus Diperkukuh
Di samping itu, pihak universiti juga menyifatkan kejayaan lima pelajar tersebut sebagai refleksi komitmen berterusan Fitri UNIC dalam memastikan kecemerlangan akademik. Gabungan kepakaran akademik dan penglibatan aktif beliau dalam dunia seni menjadikan kejayaan ini lebih signifikan.
Menerusi rekod baru yang dicapai pada konvokesyen kali ini, pencapaian tersebut sekaligus mengangkat lagi nama UUM di persada akademik selain memperkukuh reputasi Fitri UNIC sebagai tokoh pendidikan dan seni yang seimbang dalam dua dunia berbeza tetapi saling melengkapi.
Kredit foto: FB Dr.Fitri
Sumbangan Lebih Luas Dalam Dunia Pendidikan
Kejayaan ini turut membuka ruang lebih besar untuk melihat bagaimana seorang tokoh seni seperti Fitri UNIC mampu memberi impak yang mendalam dalam dunia akademik. Ramai pihak berpendapat bahawa pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada tenaga pengajar lain untuk terus melahirkan graduan berkualiti tinggi, terutama dalam bidang penyelidikan yang mencabar.
Ads
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama Fitri UNIC semakin menonjol sebagai ikon akademik berbakat yang berjaya mengimbangi kerjaya seni dan kerjaya pendidikan. Penerimaan beliau di peringkat nasional melalui Anugerah Akademik Negara mengukuhkan lagi reputasi tersebut, menjadikannya antara figura paling berpengaruh dalam kedua-dua bidang.
Selain itu, kejayaan lima pelajar seliaan beliau menamatkan tesis PhD secara serentak menimbulkan rasa bangga dalam kalangan warga akademik kerana ia menunjukkan tahap penyeliaan yang teratur, tersusun dan berkesan. Kebolehan beliau mengendalikan pelajar antarabangsa turut mencerminkan keupayaan Fitri UNIC membawa perspektif global dalam amalan penyelidikannya.
Secara keseluruhannya, kisah kejayaan ini bukan sekadar meraikan lima graduan PhD, tetapi juga menonjolkan keutuhan seorang figura akademik yang berjaya meletakkan dirinya sebagai penyelia berprestasi tinggi. Fitri UNIC bukan sahaja mencipta sejarah peribadi tetapi turut mengangkat nama institusi tempat beliau berbakti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat produksi terkenal Bollywood, Dharma Productions yang diasaskan oleh Yash Johar khabarnya sedang merancang untuk menghasilkan sebuah filem berskala paling besar dalam sejarah penerbitan mereka.
Pengarah Bollywood terkenal, Karan Johar.
Karan Johar yang kini mengetuai Dharma Productions selepas kematian ayahnya pada tahun 2004 juga dikatakan ingin mencetuskan semula fenomena yang pernah tercetus menerusi filem-filem klasik arahannya dahulu.
Antaranya termasuklah filem Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kabhi Alviida Na Kehna, My Name Is Khan, Student of the Year, Ae Dil Hai Mushkil dan Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani yang juga merupakan filem terakhir arahan Karan pada tahun 2023.
Kembali Ke Kerusi Pengarah
Kini tiga tahun selepas Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani, Karan sudah bersedia untuk mengarahkan filem kelapannya. Sudah tentu, ia akan menjadi sebuah projek epik apatah lagi dengan pengaruh dunia media sosial pada zaman ini.
Perkhabaran ini pantas telah menjadi topik perbualan hangat media dan peminat filem Bollywood di India.
Memetik sumber terdekat yang melaporkan kepada portal Pinkvilla, filem terbaru Karan Johar ini akan mengembalikan genre drama kekeluargaan dan dikatakan persis cara penceritaan Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Dari aspek jadual pula, persediaannya dijangka bermula pertengahan tahun ini manakala penggambaran filem tersebut sekitar akhir 2026.
“Ia adalah sebuah drama kekeluargaan dinamik yang tentunya berkisarkan kisah romantik dan beremosi. Filem ini akan diterajui oleh dua pelakon lelaki utama dan dua pelakon wanita utama. Proses penggambaraan pula dijangka bermula tidak lama lagi,” catatnya.
Barisan Pelakon Utama
Sekiranya filem ini benar-benar persis filem Kabhi Khushi Kabhie Gham, adakah barisan pelakonnya juga akan dikekalkan seperti filem hit tahun 2001 itu?
Lapor Pinkvilla, masih terlalu awal untuk kita mengetahui tajuk rasmi filem, tarikh tayangannya apatah lagi barisan pelakon yang telah dirisik oleh Karan.
Bagaimanapun, Karan dikatakan ingin mengekal vibe dan karakter seperti yang pernah dibawakan oleh Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareen Kapoor, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan untuk filem Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Jika segalanya berjalan lancar – dengan rekod cemerlang Karan Johar menerusi filem-filem arahannya sebelum ini – tidak mustahil filem baharunya ini akan muncul sebagai salah satu filem Bollywood paling diperkatakan pada dekad ini.
Peminat pastinya menantikan pengumuman rasmi seterusnya daripada Dharma Productions mengenai projek mega yang berpotensi menghidupkan semula nostalgia drama kekeluargaan Bollywood yang diminati ramai selama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Emmys 2019 baru saja berakhir pada hari ini dan apa yang kami masih fikirkan adalah betapa ‘terangnya’ karpet ungu merah dengan barisan selebriti ini.
Mereka tidak takut untuk memilih warna terang walaupun ramai pelakon yang selalunya selesa memilih warna pastel, metalik ataupun hitam.
Jom lihat 6 gaya pilihan REMAJA.
MJ Rodriguez
Pelakon siri POSE di siaran Netflix ini berani memakai gaun hot pink rekaan Jason Wu. Kemudian, MJ memadankan dengan warna bibir fuchsia dengan solekan mata smokey. Detailing dua riben pada bahagian pinggang melengkapkan lagi look ini.
Janet Mock
Tak semua orang boleh pull off dress rekaan Valentino Haute Couture. Tetapi tak semua orang ialah Janet Mock. Seorang lagi pelakon siri Pose menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan dengan warna terang seperti jingga. Perincian tafetta di bahagian bahu depan dan belakang nampak kemas terletak walaupun Janet sebenarnya berbadan kecil.
Kendall Jenner
Is that latex??
Kendall Jenner membuktikan bahawa dia bukanlah calang-calang model apabila berdiri sebaris dengan pemenang best dressed di karpet merah Emmys hari ini walaupun ramai yang tidak menjangkakan kehadirannya. Kendall memilih gaun rekaan pereka London, Richard Quinn dan kembali mewarnakan rambutnya brunette.
Zendaya
O.M.G
Pada mulanya, penulis menyangka ini adalah dress rekaan Versace kerana siluetnya mirip dress yang pernah disarungkan oleh Selena Gomez di anugerah Grammy. Namun, dress hijau zamrud dengan piping korset di bahagian bodice ini direka khas oleh Vera Wang. Cantik sangat!
Julia Garner
Pelakon siri HBO, Game of Thrones mungkin berbangga apabila drama tersebut memenangi Drama Terbaik 2019.
Namun pelakonnya, Julia Garner jelas menewaskan rakan-rakan pelakonnya yang lain seperti Arya Stark, Sansa Stark, Cersei Lannister dan Brienne of Tarth apabila dia cantik dalam persalinan Cong Tri Spring 2020.
Everything about this dress is so smooth. Dari draping,cutout dan warna terang, semuanya on-point.
Kathryn Newton
Kathryn Newton ialah antara selebriti pertama yang tiba di karpet merah dan dia telah meletakkan standard yang cukup tinggi dengan dress Ralph Lauren Fall 2019. Ia diinspirasikan daripada potongan tuxedo vest dan adalah imej yang cukup kena dengan musim panas.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hi REMAJA followers sekalian! Kami nak belanja korang ke Tayangan Premier filem thriller, ‘I STILL SEE YOU’!
Dibintangi pelakon muda jelita, Bella Thorne & aktor kacak, Dermot Mulroney, filem ini mengisahkan tentang gadis berusia 16 tahun, Ronnie Calder berdepan situasi misteri dengan sejarahnya yang cukup gelap.
Untuk merungkai misteri menyelubunginya, Ronnie mendapatkan bantuan daripada gurunya, Mr Bittner. Apakah misteri yang menghantui Ronnie?
Korang nak menang tiket berkembar TAYANGAN PREMIER ‘I STILL SEE YOU’? Tarikh: 30 Oktober 2018 (Selasa) Masa: 8:45malam Lokasi: TGV Cinema Jaya Shopping Centre Hall: 5
Bagaimana nak menang?
1 – SHARE posting ini ke laman media sosial korang (FB, Instagram atau Twitter)
2 – Jawab soalan & copy dan paste link posting tersebut ke ruangan di sediakan di borang di bawah
3 – Dan HASHTAG #MajalahRemaja #WayangRemaja #IStillSeeYou
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.