Selepas insiden menampar pelakon Chris Rock kerana berjenaka tentang isterinya di acara Oscar pada tahun 2022 lalu. Pelakon Will Smith membuat kemunculan semula dalam filem terbaru Jun ini.

Will Smith dan Martin Lawrence, dua pelakon yang terkenal dalam dunia filem aksi-komedi, kembali beraksi dalam filem sekuel Bad Boys: Ride or Die. Bagi penggemar filem, ini merupakan sekuel keempat Bad Boys dan ia diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah.

Filem Pertama Selepas Insiden Tampar Di Oscar, Will Smith Kembali Beraksi Dalam Bad Boys: Ride or Die

Apa yang menarik, dalam filem Bad Boys: Ride or Die kali ini menjanjikan para penonton dengan aksi lebih gempak dan penuh kelucuan. Gandingan penuh semangat Will Smith sebagai Mike Lowrey dan Martin Lawrence sebagai Marcus Burnett memang ibarat energy yang tak akan habis. 

Bad Boys: Ride or Die kali ini mengisahkan tentang khabar mendiang Kapten Conrad Howard membuat korupsi dan mempunyai kerjasama dengan kartel dadah selama bertahun-tahun.

IKLAN

Mike dan Marcus sebagai orang yang rapat dan amat mengenali Kapten Howard langsung tidak mempercayai berita tersebut dan mereka membuat keputusan untuk menyiasat mengenai kes ini.

Filem Pertama Selepas Insiden Tampar Di Oscar, Will Smith Kembali Beraksi Dalam Bad Boys: Ride or Die

IKLAN

Satu hari, Mike dan Marcus mendapat satu petunjuk melalui video yang telah direkod oleh Kapten Howard dan dia berkata, “Bila kalian sedang tonton video ini, maknanya saya mungkin sudah mati”.

“Saya tak pasti situasi selanjutnya macam mana tetapi tolong jangan percaya sesiapa,” kata Kapten Howard.

IKLAN

Selepas menonton video tersebut,  Mike dan Marcus semakin yakin bahawa Kapten Howard sedang berada di dalam situasi yang pelik selama ini. Mereka memutuskan untuk menyelesaikan kes berkenaan dan melalui banyak rintangan selama menangkap dalang kartel tersebut.

Filem Pertama Selepas Insiden Tampar Di Oscar, Will Smith Kembali Beraksi Dalam Bad Boys: Ride or Die

Filem aksi komedi Bad Boys: Ride or Die adalah salah satu filem yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangannya bermula 13 Jun ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana gelagat duo Will Smith dan Martin Lawrence sememangnya akan buat anda tak kering gusi. Bukan setakat itu sahaja, malah ada beberapa watak kameo lain yang turut muncul memeriahkan filem ini!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI