Nama Shila Amzah memang sinonim dengan industri muzik Malaysia. Menceburi dunia seni sejak kecil, anak kepada ND Lala ini berjaya memahat nama sebagai salah seorang penyanyi berkaliber negara. Kehebatan vokalnya tidak perlu disangkal lagi.
Shila antara penyanyi yang banyak menyertai pertandingan dan menerusi platform-platform tersebut dia berjaya memahat nama dalam ingatan para peminat. Bermula dengan Bintang Kecil RTM yang mana dia mendapat tempat kedua, ibu kepada seorang cahaya mata ini mencipta nama sebagai penyanyi cilik terkenal. Ketika itu dia popular dengan gelaran Shila Tekno. Lagu-lagunya menjadi siulan ramai seperti Kita Berdansa dan Yang Teristimewa.
Kemudian pada tahun 2007 ketika berusia 17 tahun dia mengambil keputusan untuk menyertai One in A Million, sebuah rancangan realiti nyanyian yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta. Pada penghujung pertandingan dia terpaksa berpuas hati sebagai pemenang tempat kedua di belakang juara, Ayu Damit.
Pada 2012, Shila menyertai pertandingan nyanyian Mania! yang disiarkan di Astro Ria namun dia hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja. Terus mencuba dan tak kenal erti kalah, wanita berusia 32 tahun ini mengambil keputusan untuk menyertai sebuah pertandingan jauh di negara China pada tahun yang sama.
Pertandingan nyanyian yang diberi nama Asian Wave ini ternyata menjadi titik tolak kepada kemasyhuran namanya di luar negara. Dia yang tampil anggun dalam balutan hijab menyerlahkan persembahan yang cukup memukau sepanjang minggu dan sekaligus bergelar juara. Sejak itu namanya mekar di sana dan mengumpul jutaan peminat berbangsa cina.
Bukan sekadar menjadi juara Shila memenangi banyak anugerah atas pencapaiannya yang memberangsangkan. Selain Asian Wave, Shila turut menyertai rancangan I Am Singer musim kedua pada 2014 yang mana dia berjaya berada di kedudukan ketiga. Menerusi pertandingan ini namanya mekar sehingga ke Hong Kong dan Taiwan.
Menerusi kejayaannya di negara China, Shila mengecap status sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa. Lebih membanggakan, dia berjaya mengungguli dunia muzik yang bukan berbahasa Inggeris.
Ads
Pemilik nama penuh NurShahila Amir Amzah ini sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila dia rupa-rupanya suara di sebalik maskot Rambutan yang menjadi juara dalam rancangan realiti The Masked Singer Malaysia musim kedua yang disiarkan di saluran Astro Warna yang disiarkan awal tahun ini.
She is definitely in it to win it! Kini Shila sekali lagi mencipta gelombangnya tersendiri apabila menjadi salah seorang peserta rancangan hiburan popular, Gegar Vaganza. Ternyata kehebatan vokal dan kredibiliti persembahannya meletakkan dia antara peserta yang melangkah ke peringkat akhir.
Ads
Sepanjang pertandingan yang sudah berlangsung selama sepuluh minggu, dia boleh dikatakan selesa berada di kedudukan yang baik apabila mencatat markah tinggi.
Jadi adakah Shila akan menjadi juara Gegar Vaganza? Sama-sama kita nantikan. Apa yang boleh disimpulkan, semangat yang dimiliki oleh penyanyi versatile ini cukup mengagumkan. Dari satu pertandingan ke pertandingan yang disertai, dia muncul sebagai antara yang terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah masuk hari ke enam kita berada di bulan Ramadan yang mulia lagi penuh keberkatan. Dalam memikirkan nak masak apa untuk berbuka nanti, kami syerkan resipi ayam bakar berempah hasil masakan Pari Malar Thiraisingam yang dikongsikan di blog Masak Apa Hari Ini (MAHN). Menariknya resipi ini telah dikongsikan oleh 28k pengguna. Nampak sangat sedap dan rasanya pasti mengancam.
Ayam bakar berempah ini sesuai dimakan begitu saja atau makan dengan nasi ketika berbuka. Fuhh, memang menambah dua pinggan jawapnya. Lagipun bahan-bahannya agak mudah untuk kita dapati.
Jom try ayam bakar berempah petang nie..
Ayam bakar berempah
Bahan-bahannya :-
1 ekor ayam potong 4
1 labu bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sudu besar gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sudu besar serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar
Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus di atas ayam.
Cara memasak :
Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam. Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.
Nah, siap untuk menu berbuka korang nanti
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mula berlakon pada tahun 2014 sehingga kini, 25 tahun bukanlah satu masa yang singkat.
Mungkin disebabkan terlalu lama dalam industri, selebriti yang kini bergelar usahawan dan ahli politik, Datuk Hans Isaac membuat pengumuman bahawa dia ingin mengundurkan diri dari industri hiburan kerana tidak lagi mempunyai minat.
Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, bekas juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 ini akui semua perkara baik akan ada pengakhirannya.
“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan selepas 25 tahun sebagai PELAKON, itu bukan perjalanan yang terlalu buruk bukan? Saya telah direstui. Saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur”-Hans Isaac
Antara filem yang dibintanginya selain Ringgit Kasorrga adalah Layar Lara, Amok, Gemilang, Buli, Cinta Luar Biasa, Baik Punya Cilok, filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy serta City Sharks (Singapura).
Bahkan dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Layar Lara dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Buli Balik.
All the best and good luck Datuk!
Gambar: Instagram @hansisaac
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar empat tahun lalu, filem Joker telah menjadi fenomena selepas berjaya menambat hati para penonton seluruh dunia, sehingga peminat tegar karya tersebut mengenakan kostum dan berdandan seperti watak utama.
Terbaharu, karya terkenal antarabangsa, Joker 2 yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan bakal menampilkan penyanyi tersohor, Lady Gaga sebagai Harley Quinn.
Perkhabaran itu telah terbongkar selepas dibocorkan sendiri oleh pengarah filem tersebut, Todd Phillips apabila memberi bayangan bahawa penyanyi lagu popular Bad Romance ialah pemegang watak yang paling digilai ramai itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Phillips dalam Instagram miliknya, dia tampil berkongsi sebuah foto Lady Gaga bersama pelakon Joaquin Phoenix yang memegang watak sebagai Joker.
Sementara itu, penyanyi lagu Shallow itu turut berkongsi hantaran yang sama menerusi Instagram miliknya, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa dirinya memang terbabit dalam filem Joker 2.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan lakonan penyanyi hebat itu bergandingan dengan Phoenix.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.