Tahniah diucapkan kepada YouTuber terkenal, Syahmi Sazli kerana filem terbaharunya 35MM telah dipilih untuk tayangan ASEAN +3 Film Festival Di Republic Czech.
Khabar berita itu dimuat naik sendiri oleh Syahmi di laman Facebook Syahmi Sazli Production dan pengarah muda itu turut melahirkan kesyukuran serta berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Instagram: @syahmisazli
Menurut perkongsian yang dibuat, pihak Kedutaan ingin mengangkat permohonan kolaborasi dengan pihaknya untuk menayangkan filem 35mm dan sebuah filem pendek yang telah memenangi anugerah di Jepun baru-baru ini.
Dalam kenyataan itu turut menjelaskan bahawa filem 35mm mempunyai genre yang menarik dalam mengetengahkan budaya dan susun atur Malaysia, bagi mendidik dan memberi kesedaran rakyat Czech mengenai Malaysia.
Ads
Untuk info, filem 35MM berjaya memecah rekod dengan mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan bagi tahun 2022 sebanyak RM300,000.
Tahniah diucapkan kepada Syahmi Sazli dan seluruh tenaga produksi. Semoga lebih bersemangat untuk menghasilkan karya-karya tempat yang mendapat perhatian seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak klip serta foto-foto di sebalik tabir pembikinan drama Projek: High Council (PHC) menemui media sosial beberapa bulan lalu hingga kini, keterujaan peminat drama tempatan menantikan ia muncul di skrin kaca mereka semakin memuncak.
Biarpun masih belum ada gambaran sepenuhnya berkenaan jalan ceritanya, Projek: High Council merupakan sebuah lagi drama di bawah ‘payung tema’ sama yang dicipta oleh Anwari Ashraf dan diarahkan oleh Hadith Omar seperti Projek: Anchor SPM.
Begitupun kongsi pelakon utamanya, Nadhir Nasar; plotnya sama sekali berbeza dengan kisah sebelumnya.
Nadhir Nasar membawakan watak Naim dalam drama Astro Originals, Projek: High Council.
“Projek: High Council mengisahkan tentang ‘drama’ di sekolah asrama lelaki dan mengambil tempat di sekolah berbeza, Kolej Ungku Dramat (KUDRAT). Ia tiada kaitan dengan plot di Sekolah Tunku Isa Anuar (SETIA) dalam drama Projek: Anchor SPM.
“Walaupun tajuknya mirip, kedua-duanya berbeza. Apa yang boleh saya kongsikan buat masa ini adalah.. Projek: High Council semuanya tentang lelaki. What men should be, what boys should do.
“Jika korang merupakan peminat drama Projek: Anchor SPM; anda harus menonton Projek: High Council. Bagaimanapun, korang janganlah sangkakan jalan ceritanya sama. Lagipun, kali ini saya memegang watak sebagai Naim dan bukan lagi Hilmi. Jika korang inginkan Hilmi, (ketawa) I’m sorry but he will not be there,” ujar Nadhir sewaktu dihubungi REMAJA.
Di antara pelakon Projek: High Council (dari kiri) Naim Daniel, Nadhir Nasar, Nik Rifaie, Kahoe Han dan Mierul Aiman.
Juara Hero Remaja 2020 itu juga berkata ia mungkin sekali akan ditayangkan pada akhir tahun ini namun masih belum ada kata putus. Sambil menggambarkan ia sebagai salah satu naskah terbaik yang pernah dilakonkannya setakat ini, Nadhir turut berkongsi perasaan teruja sama dalam menantikan kemunculan Projek: High Council setelah berbulan-bulan terlibat dalam produksi tersebut.
Projek: High Council turut dibintangi oleh Naim Daniel, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Shasha Abedul, Hazeeq Dean, Fazziq Muqris, Amir Ahnaf, Yusof Hashim dan ramai lagi.
Nadhir Nasar bersama rakan pelakon dan juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman di antara para pelakonnya yang telah menjalani seni mempertahankan diri demi menjayakan drama ini.
Dalam perkembangan lain, Nadhir Nasar baru-baru ini telahpun diiktiraf sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Malaysia) bagi Asian Academy Creative Awards (AACA) menerusi drama Nusyuz Berkiblat Cinta.
Khabarnya, Nadhir dan rakan pelakon, Shaza Bae yang juga mencatat kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Malaysia) menerusi drama popular itu bakal bertandang ke Singapura pada bulan Disember nanti bagi acara akhir AACA 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangkitan kuman pada bahagian paru-paru yang dialami oleh penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino sehingga memerlukan dirinya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan baru-baru ini merupakan detik mencemaskan yang telah membawa iktibar kepadanya.
Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri berkongsi punca masalah kesihatan itu adalah daripada penggunaan rokok elektronik ataupun vape.
Aiman juga katanya mempunyai tabiat berkongsi alatan tersebut dengan rakan-rakan lain; satu tabiat biasa yang sering dilakukan dalam kalangan remaja yang merokok vape. Tabiat ini secara tidak tidak langsung memudahkan penyebaran virus lebih mudah melalui mulut.
Katanya ketika dihubungi, dia memberitahu keadaanya semakin baik selepas menerima rawatan di hospital sejak Ahad lalu dan telahpun dibenarkan keluar pada hari Isnin. Kini, Aiman sedang berehat di kediaman ibunya sambil memantau tahap kesihatannya sebelum kembali bergiat aktif.
Tambah Aiman, 24; dia mula mendapati tahap kesihatan tekaknya merosot sejak tiga minggu lalu apabila dia bedepan gejala batuk teruk sehingga mengganggu vokal nyanyiannya.
“Disebabkan batuk tak henti itu juga menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Disebabkan masalah ini, saya sukar untuk bernafas dan terpaksa turunkan ‘key’ ketika membuat persembahan baru-baru ini.
“Sebelum ini, saya hanya dengar kisah orang saja tentang akibat penggunaan vape. Sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujur paru-paru saya tidak ditebuk kerana doktor kata masih belum kronik.”
“Selepas ini, saya dikehendaki menjalani pemeriksaan susulan. Harap-harap tiadalah sebarang masalah serius kerana hal kerja tidak boleh nak tinggal terus. Saya masih lagi perlu memenuhi undangan menyanyi kerana sudah berjanji dengan pihak penganjur,” katanya.
Moga-moga sesiapa yang mempunyai tabiat menghisap vape selepas ini terus beringat soal kesihatan diri sendiri sebelum melakukannya. Bukan kisah Aiman Tino sahaja yang harus dijadikan iktibar untuk kita, ramai lagi remaja juga telah berdepan implikasi akibat tabiat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada detik bersejarah yang cukup bermakna apabila BTS akhirnya mengesahkan kepulangan mereka ke Malaysia selepas penantian selama 11 tahun.
Menerusi pengumuman rasmi di aplikasi Weverse, kumpulan sensasi global itu dijadualkan mengadakan konsert selama dua malam pada 12 dan 13 Disember ini, sekaligus menamatkan kerinduan panjang BTS ARMY tempatan yang setia menunggu sejak kemunculan terakhir BTS di negara ini pada tahun 2015 menerusi jelajah ‘EPISODE II. THE RED BULLET’.
Difahamkan, persembahan di Kuala Lumpur ini merupakan sebahagian daripada konsert jelajah dunia terbesar BTS setakat ini, yang akan berlangsung bermula dari April 2026 hingga Mac 2027. Jelajah bersejarah ini juga menandakan kemunculan semula Jin, SUGA, J-Hope, RM, Jimin, V, dan Jung Kook sebagai sebuah kumpulan penuh selepas tiga tahun menyelesaikan komitmen perkhidmatan ketenteraan wajib.
Pada masa yang sama, jelajah dunia ini akan dimulakan dengan persembahan berskala stadium selama tiga hari di Goyang, Korea Selatan, pada 9, 11 dan 12 April ini. Ia dijangka menjadi pembuka tirai kepada era baru BTS, yang kini kembali dengan lebih bersemangat dan juga skala produksi yang lebih besar berbanding jelajah terdahulu.
Selain Asia Tenggara, konsert jelajah ini akan merangkumi Amerika Utara, Eropah, Oceania dan Asia Timur, dengan perancangan tambahan untuk Amerika Latin, termasuk persembahan sulung di negara seperti Peru dan Colombia. Selain itu, tarikh tambahan di Jepun dan negara di Timur Tengah juga dijangka diumumkan pada tahun hadapan.
BTS yang pernah memeriahkan Kuala Lumpur menerusi jelajah The Red Bullet pada 2015
BTS turut dijangka bakal meraikan ulang tahun ke-13 penubuhan mereka menerusi tarikh istimewa jelajah di Busan pada 12 dan 13 Jun ini, sebuah bandar yang cukup signifikan dalam sejarah perjalanan kumpulan tersebut. Di samping itu, detik ini akan menjadi antara persembahan paling emosional dalam keseluruhan jelajah.
Sementara itu, bagi peminat di Malaysia, kepulangan BTS kali ini membawa makna tersendiri. Terdahulu, konsert ‘Yet to Come’ di Busan pada 15 Oktober 2022 merupakan persembahan terakhir BTS sebelum ahli-ahlinya menjalani perkhidmatan ketenteraan. Jin dan J-Hope menamatkan perkhidmatan mereka pada 2023, manakala RM, SUGA, Jimin, V dan Jung Kook pula selesai menjalani khidmat pada 2025, membuka laluan kepada kemunculan semula berskala besar.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi konsert dan jualan tiket di Kuala Lumpur masih belum diumumkan setakat ini. Bagaimanapun, para peminat terutama ARMY dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan terkini menerusi laman rasmi BTS dan penganjur rasmi di Malaysia. Walaupun begitu, satu perkara sudah pasti, 12 dan 13 Disember bakal menjadi antara detik yang dinanti-nantikan oleh ARMY Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu selepas menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang...