Baru-baru ini, agensi pengurusan bintang K-Pop terkenal, ATEEZ iaitu KQ Entertainment tampil menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan fitnah serta laporan palsu mengenai kumpulan berkenaan.
Tindakan Undang-Undang Lindungi ATEEZ
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, KQ Entertainment memaklumkan langkah undang-undang akan diambil berikutan peningkatan mendadak penyebaran khabar angin tidak berasas di platform media sosial dan laman maya.
“Pihak kami telah mengenal pasti penyebaran laporan palsu, cerita tidak benar dan kenyataan yang bertujuan memburukkan artis kami dalam platform maya dan media sosial,” jelas wakil KQ Entertainment.
“Tindakan ini tidak hanya menjejaskan reputasi artis dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat, tetapi juga menyalahi undang-undang,” katanya lagi.
“Justeru, KQ Entertainment tidak akan berkompromi, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku,” jelas kenyataan itu lagi.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas timbul kempen boikot daripada sebahagian peminat susulan dakwaan kononnya kumpulan ATEEZ terlibat dengan sebuah label antarabangsa yang dikaitkan dengan entiti zionis.
Ads
Tuduhan Tidak Berasas
Bagaimanapun, pihak agensi menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak mempunyai asas dan meminta agar orang ramai tidak mudah mempercayai khabar angin yang belum disahkan. KQ Entertainment turut menggesa agar fakta disemak sebelum disebarkan bagi menjaga reputasi artis di bawah naungan mereka.
Pada masa yang sama, KQ Entertainment turut menyeru agar peminat ATEEZ (ATINY) tampil membantu dengan melaporkan sebarang penyebaran maklumat palsu atau tuduhan fitnah yang boleh menjejaskan imej kumpulan tersebut.
Langkah proaktif ini diambil bagi melindungi kepentingan artis di bawah naungan mereka serta memastikan persekitaran digital yang lebih sihat untuk peminat dan komuniti hiburan.
Sejak debut pada tahun 2018, ATEEZ telah membina reputasi kukuh sebagai antara kumpulan K-Pop yang paling berpengaruh di peringkat antarabangsa. Kumpulan itu dianggotai oleh lapan orang ahli iaitu Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, San, Mingi, Wooyoung dan Jongho yang popular menerusi lagu berjudul ‘Work’, ‘Bouncy’, ‘HALAZIA’, dan ‘Say My Name’.
Tindakan tegas KQ Entertainment terhadap penyebar fitnah membuktikan komitmen mereka dalam menjaga nama baik ATEEZ dan memastikan industri hiburan K-Pop terus berkembang dalam suasana positif dan profesional.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki dengan bayaran paling tinggi di dunia ini. Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya.
The Rock atau pun nama sebenarnya Dwayne Johnson menerusi satu hantaran di laman Instagramnya telah menyatakan bahawa dia, isteri dan dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 4 dan 2 tahun telah dijangkiti virus tersebut.
Pelakon yang terkenal menerusi filem The Hobbs & Shaw itu berkata, “Ini merupakan perkara yang paling mencabar dan menduga buat saya sekeluarga. Walaupun sebelum ini saya pernah melalui kesakitan dan kecederaan yang lebih teruk namun disahkan positif COVID-19 jauh berbeza kerana keutamaan saya adalah melindungi keluarga. Namun saya bersyukur kerana kesihatan masing-masing semakin baik.”
Kini sesiapa sahaja yang akan bertandang ke rumahnya perlu melalui ujian untuk mengesahkan bebas dari virus tersebut demi menjaga keselamatan masing-masing.
Aktor ini juga berpesan agar sentiasa memakai pelitup muka dan itu adalah tanggungjawab sebagai masyarakat dalam membendung menyebaran virus ini.
***P/S- Selalulah pakai mask walau ke mana sahaja. Bukan sahaja melindungi diri kita bahkan melindungi orang lain juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas insiden menampar pelakon Chris Rock kerana berjenaka tentang isterinya di acara Oscar pada tahun 2022 lalu. Pelakon Will Smith membuat kemunculan semula dalam filem terbaru Jun ini.
Will Smith dan Martin Lawrence, dua pelakon yang terkenal dalam dunia filem aksi-komedi, kembali beraksi dalam filem sekuel Bad Boys: Ride or Die. Bagi penggemar filem, ini merupakan sekuel keempat Bad Boys dan ia diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah.
Apa yang menarik, dalam filem Bad Boys: Ride or Die kali ini menjanjikan para penonton dengan aksi lebih gempak dan penuh kelucuan. Gandingan penuh semangat Will Smith sebagai Mike Lowrey dan Martin Lawrence sebagai Marcus Burnett memang ibarat energy yang tak akan habis.
Bad Boys: Ride or Die kali ini mengisahkan tentang khabar mendiang Kapten Conrad Howard membuat korupsi dan mempunyai kerjasama dengan kartel dadah selama bertahun-tahun.
Mike dan Marcus sebagai orang yang rapat dan amat mengenali Kapten Howard langsung tidak mempercayai berita tersebut dan mereka membuat keputusan untuk menyiasat mengenai kes ini.
Satu hari, Mike dan Marcus mendapat satu petunjuk melalui video yang telah direkod oleh Kapten Howard dan dia berkata, “Bila kalian sedang tonton video ini, maknanya saya mungkin sudah mati”.
“Saya tak pasti situasi selanjutnya macam mana tetapi tolong jangan percaya sesiapa,” kata Kapten Howard.
Selepas menonton video tersebut, Mike dan Marcus semakin yakin bahawa Kapten Howard sedang berada di dalam situasi yang pelik selama ini. Mereka memutuskan untuk menyelesaikan kes berkenaan dan melalui banyak rintangan selama menangkap dalang kartel tersebut.
Filem aksi komedi Bad Boys: Ride or Die adalah salah satu filem yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangannya bermula 13 Jun ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana gelagat duo Will Smith dan Martin Lawrence sememangnya akan buat anda tak kering gusi. Bukan setakat itu sahaja, malah ada beberapa watak kameo lain yang turut muncul memeriahkan filem ini!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut nama Iman Fandi, mungkin segelintir rakyat Malaysia tidak kenal dengannya. Namun kalau disebut nama bapanya, Fandi Ahmad, pasti ramai yang kenal akan bekas pemain bola sepak lagenda Singapura itu. Iman merupakan anak perempuan tunggal Fandi Ahmad hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Wendy Jacobs.
Gadis berusia 20 tahun ini merupakan seorang model, pelakon dan juga social media influencer yang cukup dikenali ramai di Singapura. Terbaru dia telah melancarkan single pertama yang bertajuk ‘Timeframe’ dan menariknya setiap baris lirik di dalam lagu tersebut adalah hasil ideanya sendiri.
Gaya seorang model profesional. Sumber gambar: Instagram Iman Fandi
Dalam temubual bersama Radio Ria 897, gadis tinggi lampai ini berkongsi, “Timeframe merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang kasih sayang jarak jauh. Rasa mahu bersama insan tersebut walaupun jarak memisahkan. Saya rasakan lagu ini sangat berkaitan dengan keadaan sekarang yang mana pandemik Covid-19 yang sedang melanda.
Saya tidak boleh berjumpa keluarga dan juga ahli keluarga yang berada di luar negara. Lagu ini telah ditulis pada tahun 2019 lagi dan telah melalui beberapa perubahan dan susunan sehinggalah terhasilnya lagu yang dipersembahkan.”
Diterbitkan oleh penerbit hip-hop Singapura Flightsch dan jurutera muzik John Hanes, Iman mahu ayah dan ibunya berbangga dengan kerjaya baru yang dia ceburi kini. “Muzik merupakan sesuatu yang akan membesar dan kekal bersama saya. Pastinya akan lebih banyak projek di masa akan datang. Saya mengimpikan untuk berkolaborasi bersama zara Larrson dan semestinya berada di mana-mana pentas sudah cukup untuk saya,” ujarnya kepada penyampai Radio Ria 897.
Iman bersama bapa dan dua adik lelakinya. Sumber gambar: Instagram Fandi Ahmad
Sedikit latar belakang tentang gadis cantik ini, Iman merupakan anak ketiga dari lima beradik. Banyak menghiasi majalah-majalah ternama di Singapura dan berkolaborasi dengan jenama fesyen ternama, Iman seolah-olah mengikut jejak ibunya yang merupakan seorang model antarabangsa yang berasal dari Afrika Selatan.
Sepanyol Juara Piala Dunia selepas menewaskan Argentina 1-0 menerusi jaringan dramatik Ferran Torres pada masa tambahan, sekali gus menamatkan penantian 16 tahun untuk kembali bergelar juara dunia.