Tak cukup masa nak tonton kesemua drama terbaru pada minggu ini. Tapi demi Hero Remaja, kami sanggupkan juga!
Siapa sangka, sekali lagi beberapa pelakon yang pernah bergelar finalis Hero Remaja kembali ‘bertarung’ rating untuk drama tempatan. Jika dulu kita pernah melihat Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan saling menemui penonton pada waktu yang sama, kali ini 4 orang Hero Remaja akan merebut tontonan korang pada setiap minggu.
Fattah Amin, Kamal Adli dan Alif Muhaiminmelakukan comeback pada minggu ini sementara Syafiq Kylemeneruskan momentum selepas drama Nur 2.
Siapa yang korang nak tonton?
Cetera Hati Diya
Sudah lama kita tak saksikan Fattah Amin membuat kemunculan di saluran TV3. Selalunya lakonan Fattah hanyalah untuk slot megadrama Astro RIA seperti Suri Hati Mr Pilot, Hero Seorang Cinderella dan Coffee Prince.
Jadi, comeback Fattah melalui slot Samarinda ini adalah antara yang dinanti-nantikan oleh peminatnya. Lebih menarik apabila pelakon berusia 29 tahun itu digandingkan dengan salah seorang bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Azar Azmi.
Melalui Cetera Hati Diya yang diadaptasi daripada novel ‘Isteri Aku Kalis Cinta’, Diya (Azar) fobia dengan lelaki disebabkan peristiwa hitam. Zahil (Fattah) cuba untuk memenangi hati Diya dengan pelbagai cara. Ini termasuklah bertanggungjawab atas kesalahan adik tirinya, Zakuan (Azrel Ismail) yang memperkosa Diya.
Selepas fenomena drama Nur 2 bulan lalu, Syafiq Kyle kembali lagi ke slot Akasia bersama Janna Nick, Baim Wong dan Mimi Lana. Kali ini menerusi drama Bukan Cinta Aku yang sudah memasuki episod kesembilan hari ini.
Ia mengisahkan Rania (Janna) yang baru menamatkan pelajaran dan pulang untuk bersama keluarga di Florence Itali (wow!). Rania jatuh cinta dengan pemandu keluarganya, Arjuna (Baim) dan masing-masing cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa Rania.
Apabila Rania dan Arjuna perlu pulang ke Malaysia kerana masalah perniagaan keluarga, rupa-rupanya ibu bapa Rania mempunyai pelan menjodohkan Rania bersama Tengku Isma (Syafiq). Mereka berdua sudah mempunyai kekasih dan membuat perjanjian supaya mengikut saja kehendak keluarga tanpa komitmen.
Kiranya macam open relationship lah ni. Sejauh mana hubungan ini boleh bertahan?
Wow, 2 orang lagi Hero Remaja kembali membuat kemunculan di slot drama utama melalui Setelah Terlafaznya Akad. Kamal Adli dan pelakon wanita utama, Uqasha Senrose terlebih dahulu menemui penonton menerusi telemovie Boyfriend Dari Neraka (Astro Ria).
Drama yang mula ditayangkan pada jam 10 malam ini di slot megadrama Astro Ria juga menampilkan Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin yang popular menerusi drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Ads
Setelah Terlafaznya Akad menceritakan mengenai Hanan (Kamal) yang dipaksa kahwin dengan Nawal (Uqasha) selepas bercerai. Hati Hanan tetap teringatkan bekas isterinya, Hani (Zeera Azizi) dan anak Qalish. Ketika Hanan cuba ingin dapatkan Hani, Nawal banyak terluka dan akhirnya turut diceraikan.
Barulah pada waktu itu, Hanan sedar amat memerlukan Nawal kerana dia melengkapi hidupnya.
Oh My! Dah bulan Julai ke? Filem apa ya yang keluar bulan ini?
Kalau bulan Mei dan Jun lalu menyaksikan banyak filem-filem blockbuster menjengah ke pawagam, bulan ini juga tidak kurang hebatnya.
Bagi mereka yang tercari-cari apa agak filem untuk ditonton pada bulan ini, mungkin boleh lihat list ini. Mana tahu ada yang menarik perhatian.
Spiderman: Far From Home (3 Julai)
Filem Marvel kali ini merupakan kesinambungan selepas Avenger: End Game yang keluar pada hujung April lalu. Tatkala dunia masih lagi bersedih dengan kehilangan Iron Man, Spiderman terpaksa berdepan dengan musuh baru.
Crayon Shin Chan” Dangerous Honeymoon- The Lost Daddy (11 Julai)
Kartun anime kegemaran ramai kini ke layar perak mengisahkan percutian keluarga Shin Chan ke Australia bertukar menjadi huru-hara apabila Hiroshi diculik.
The Lion King (17 Julai)
Antara filem Disney yang dinanti-nantikan apabila filem animasi Lion King dijadikan live action. Apatah lagi karakter Simba, Timoon, Pumba dan Nala merupakan kegemaran ramai.
Rocketman (25 Julai)
Filem biografi berkisarkan tentang kehidupan penyanyi lagenda, Elton John bermula dari awal kariernya hinggalah menjadi seorang superstar.
Doraemon: Nobita Chronicles of the Moon Exploration
Animasi kegemaran ramai iaitu Doraemon kembali ke layar perak. Bermula dengan kejadian aneh apabila Nobita perasaan perubahan terhadap bulan hinggalah terjadinya pengembaraan penuh epik yang perlu dihadapi oleh skuad tersebut.
Wow! Banyaknya filem menarik bulan ini. Harap-harap dapatlah tonton kesemuanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alif Satar antara selebriti tempatan yang disegani ramai. Dia yang merupakan anak seni serba boleh sebagai seorang pelakon, pengacara dan penyanyi sentiasa menampilkan imej yang positif memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang melihat.
Baru-baru ini Alif telah berkongsi di laman Instagram peribadinya mengimbau kembali kenangan ketika tinggal di kawasan kejiranan rumah flat yang terletak di Wangsa Maju.
“Baru -baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam Studio Sembang dengan Amelia Henderseon yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’. Ni haa, Blok E1, Wangsa Maju Seksyen 2.
KREDIT FOTO: Instagram Alif Satar
“We lived here from 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana. Balik dari UK, kami duduk balik wangsa maju sampai tahun 2000 barulah pindah ke Hartamas,” kongsinya memulakan cerita.
Menariknya ketika melawat di rumah ketika kecilnya itu, Alif turut terserempak dengan jiran-jiran lamanya dahulu. Ujarnya, “Kat sinilah Alif membesar waktu kecil dulu. Macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawa anak-anak jalan haritu, rupa-rupanya jiran-jiran lama dulu pun ada lagi kat sini! Kind loving people they all are, and I wish them all the best.”
Hantaran tersebut mendapat lebih 100 ribu tanda suka dan ramai pengikutnya di Instagram kagum dengan penceritaan jejaka berusia 33 tahun itu.
Mengakhiri perkongsiannya, Alif menitipkan kata-kata positif sebagai pesanan untuk semua. Ujarnya lagi, “Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu dan appreciate and remember the people who got you there along the way.”
Imbas kembali, Alif memulakan kerjayanya sebagai anak seni apabila bergelar peserta One In A Million musim pertama dan berjaya mendapat tempat ketiga. Dia berkahwin dengan isterinya, Sha Dila pada tahun 2014 ketika berusia 22 tahun dan kini dikurniakan tiga cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perjalanan Raise The Star Malaysia (RTSMY) musim ini semakin mencabar apabila dua bintang tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung secara langsung dari Royale Theater Shah Alam.
Peserta yang dimaksudkan ialah Khalyn dan Faysal Saad yang terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian penonton selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik minggu tersebut.
Dalam pada itu, lima peserta yang berjaya menyerlah pada minggu ketiga dan dinobatkan sebagai ‘The Five’ialah Hariz Fahayet, Rayme, Aril Eles, Didie Shazry, dan Share Lopes.
Turut mengikut jejak ke minggu keempat adalah barisan peserta lain yang masih kekal dalam pertandingan seperti Maria Effendi, Pasya, Zury, Aliff Amy, Scha Nuril, Darling, Melinda Dadew, Ayiena, Zuana, Kekadan Max Brandon.
Menambah lagi kejayaan pada minggu ini, Melinda Dadew berjaya merangkul gelaran Gempak Star On Fireatas persembahan bertenaganya.
RTSMY menampilkan barisan lima juri tetap profesional iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mokdan Aina Abdul.
Para peserta diadili berdasarkan sistem pemarkahan yang terdiri daripada 80% markah juri profesionaldan 20% undian umum.
Dihoskan oleh gandingan mantap Alif Star dan Sherry AlHadad, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu menerusi saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!