Ya ini merupakan kenyataan rasmi awal oleh label pengurusan EXO, SM Entertainment berkenaan perancangan Chen untuk berkahwin, tak lama lagi.
Walaupun berita ini amat mengejutkan ramai peminat sementelah tiada ura-ura yang menjurus kepada berita perkahwinan, namun SM tidak teragak-agak untuk mengumumkannya.
“Hello, ini adalah SM Entertainment. Chen EXO telah bertemu seseorang yang amat berharga dalam hidupnya untuk menamatkan zaman bujang.
Ads
“Bakal pengantin perempuan adalah dari kalangan bukan selebriti and majlis akan berlangsung secara tertutup bersama ahli keluarga saja.
Ads
“Kami meminta kamu agar menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga untuk kekalkan privasi.
“Chen bagaimanapun akan terus berkhidmat sebagai artis kami seperti biasa pada masa akan datang.”
Baru-baru ini, adik kepada penyanyi K-Pop dan pelakon terkenal, Cha Eun Woo, iaitu Lee Dong Hwi yang juga seorang penyelidik, kembali menjadi bualan hangat selepas kehadirannya di atas pentas sebagai pakar artificial intelligence (AI) di sebuah expo teknologi berjaya mencuri perhatian pengguna di media sosial.
Menerusi sebuah video berjudul “The Researcher Making Headlines at Korea AI Summit” yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Sebasi Talk’ pada 16 November lalu, ia mengetengahkan penglibatan Lee Dong Hwi daripada Unbound Lab Dev. sekaligus melonjakkan minat umum terhadap kerjaya serta kepakaran beliau.
Industri Hiburan & Teknologi AI
Difahamkan, Lee Dong Hwi menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “AI Made for My Brother Evolves into a Brand Verification Tool” di COEX, Seoul telah mendapat perhatian kerana ia menyingkap bagaimana teknologi AI dibangunkan selari dengan keperluan industri hiburan.
“Memandangkan saya membesar dekat dengan dunia selebriti, secara natural saya fokus pada kebimbangan dan minat mereka. Mereka sentiasa memikirkan cara untuk berkomunikasi dengan peminat dengan lebih baik,” katanya dalam satu temubual sebelum acara berkenaan.
Cha Eun Woo yang kini sedang menjalankan latihan ketenteraanLee Dong Hwi ketika ditemubual
Pengurusan Data & Peranan AI Dalam Interaksi Artis-Peminat
Jelasnya lagi, sistem yang dibangunkan turut membantu mengumpul serta menyusun data berkaitan maklum balas peminat.
“Bukan sahaja selebriti individu, tetapi syarikat hiburan dan jenama juga risau tentang maklum balas daripada data sebegini. Saya rasa ia sangat berguna jika ada solusi untuk mengumpul dan mengatur data itu, yang akhirnya membawa kepada perancangan sistem ini,” jelasnya memperlihatkan bagaimana teknologi AI semakin berperanan dalam strategi komunikasi artis dan jenama.
Lee Dong Hwi ketika ditemubual
Cabaran Kesihatan Mental Dalam Era Media Sosial
Lee Dong Hwi turut menyentuh cabaran yang dihadapi selebriti dalam berdepan dunia atas talian, menjelaskan bahawa mereka sering terpaksa menahan tekanan akibat komen jahat dan kritikan melampau. Menurutnya, walaupun maklum balas membina penting untuk perkembangan, pendedahan media yang terlalu besar menyebabkan limpahan komen negatif menjadi beban yang memberi kesan kepada kesejahteraan mental artis dalam industri hiburan.
Beliau turut menerangkan bahawa dalam era pempengaruh yang semakin ramai, pendedahan media yang semakin luas menuntut perhatian khusus terhadap perlindungan mereka.. Justeru, beliau dan CEO syarikat kini merancang sistem khusus bagi membantu menjaga kesejahteraan mental individu yang sering menjadi tumpuan umum.
Lee Dong Hwi sebelum ini yang menjadi tular di media sosial
Untuk rekod, Lee Dong Hwi merupakan lulusan dari Universiti Fudan di China. Sebelum ini, beliau memulakan kerjaya di sebuah agensi pengiklanan terkenal, dan akhirnya menyertai Unbound Lab.
Terdahulu, beliau pernah menjadi sorotan selepas kemunculan ringkas selama lima saat dalam program tvN You Quiz on the Block pada Jun lalu, dan statusnya sebagai adik kepada Cha Eun Woo mula menarik minat peminat dan juga pengguna di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah keluarga DiRaja Britain sentiasa menjadi tumpuan masyarakat dunia, apa sahaja skandal yang terjadi pasti akan mengisi dada-dada akhbar cetak mahupun atas talian.
Terbaharu pasangan Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bakal dikenakan tindakan undang-undang. Menurut THE SUN, pasukan undang-undang monarki telah berunding dengan libel experts setelah Elizabeth menerima kritikan yang menyakitkan hati dari pasangan itu.
Hal ini juga setelah Ratu Elizabeth telah memerintahkan para pembantu kanan istana (senior Palace aides) untuk merancang legal fightback setelah mendapat ‘serangan yang menyakitkan’ daripada cucu kandungnya itu.
“Mereka sedang bersiap sedia dengan tindakan undang-undang. Harry dan Meghan akan sedar bahawa serangan balas seumpama itu tidak akan dikompromi” kata kenyataan tersebut
Setelah mengumumkan yang mereka berdua tidak akan lagi bergelar sebagai ‘working royal’ dan mahu hidup dengan cara sendiri, banyak projek telah dilakukan. Jika Meghan menerbitkan sebuah siri pengembaraan animasi untuk saluran penyiaran atas talian popular, Netflix. Harry pula sedang menulis sebuah memoir, Queen’s Platinum Jubilee yang akan dilancarkan pada tahun hadapan dan mengejutkan pihak istana.
Susulan itu, amaran tindakan undang-undang kepada penerbit Penguin Random House kini sedang dipertimbangkan.
“Pasukan undang-undang diraja bercakap dengan firma yang mempunyai kepakaran dalam kes fitnah dan peribadi. Jika seseorang disebut dalam buku itu dan dituduh melakukan sesuatu secara langsung, boleh menjadi fitnah dan juga melanggar hak mereka buat kehidupan keluarga persendirian.
Pasukan undang-undang juga dapat menghubungi penerbit buku tersebut untuk peringatan terlebih dahulu mengenai kandungan buku itu dan hak untuk membalas. Terdapat kebimbangan bahawa orang awam Amerika tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Harry dan Meghan.”- ujar sumber
Sebelum ini, Meghan mahupun Putera Harry tidak berselindung dan membongkarkan sebab utama di sebalik keputusan mereka untuk meninggalkan United Kingdom pada tahun 2020 dan berpindah ke Amerika Utara bagi kebaikan keluarga kecil mereka dalam temubual Oprah Winfrey.
Ish, susah juga jadi sebahagian daripada keluarga kerabat!
Keputusan mematikan watak Tongki pada episod kedua drama Budak Tebing 3 pada episod kedua, Khamis minggu lepas telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat drama bersiri itu.
Tidak dinafikan, watak Tongki lakonan Aedy Ashraf telah menjadi penguat jalan cerita drama Budak Tebing di samping gandingan utamanya, Adam Lee yang membawakan watak Arif.
Bagaimanapun, Aedy sendiri telah mengusulkan kepada penerbit dan pihak saluran TV3 agar Tongki ‘dimatikan’ demi memberi peluang untuk watak-watak lain dikembangkan.
Aedy ketika ditemui REMAJA memahami kerinduan peminat terhadap watak yang dipopularkan olehnya itu apabila Budak Tebing 3 memasuki episod-episod berikutnya pada minggu ini. Pelakon berusia 29 tahun ini turut merasai sentimen rindu tersebut.
“Tipulah jika saya kata saya tidak sayangkan karakter Tongki dan drama Budak Tebing. Pada masa yang sama, saya rasakan penting untuk saya ‘keluar’ daripada kepomping Tongki,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Aedy juga tidak menolak sekiranya mana-mana pihak berminat untuk mencipta naskah ‘spin off’ melibatkan dia sebagai Tongki pada masa akan datang.
“Mana tahu pada masa akan datang, kita akan terbitkan cerita ‘spin off’ seperti filem atau supertele berdasarkan watak Tongki. Prekuel ke, mana tahu?
“Saya akui ‘Tongki’ telah memberi impak besar serta mesej berguna kepada penonton remaja drama Budak Tebing.
“Tidak kira di mana kita berada dan dalam apa jua situasi, Tongki mengajar kita semua bahawa kesabaran dan persahabatan akan ‘membawa’ kita jauh.
“Bagi saya, mesej ini yang membuatkan ramai penonton ‘melekat dengan Tongki kerana mereka mudah relate dengan cerita kehidupannya,” dedah Aedy.
Terdahulu, REMAJA semalam telah berkongsi mengenai sebab utama Aedy Ashraf memutuskan untuk ‘menamatkan hayat’ watak Tongki dalam drama Budak Tebing musim ketiga selepas berbincang dengan pihak penerbitan serta saluran TV.
Menerusi perkongsian REMAJA di Facebook dan Instagram, rata-rata penonton setia Budak Tebing dari musim pertama dan kedua tidak bersetuju dengan ketiadaan Tongki lakonan Aedy selepas ini.
Mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan ketiadaan dua lagi pelakon yang menjayakan watak lama iaitu Bella Dowanna (Laura) dan Fariz Isqandar (Yoyol).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!