Pelakon, Fathia Latiff mengakui berasa kesal selepas pernah menjalani rawatan kecantikan seperti botoks dan filler, apabila mendakwa kesannya tidak bertahan lama selain memberi perubahan pada wajahnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu temu bual bersama Spavillon yang dimuat naik di TikTok, apabila pelakon drama Ariana Rose itu menceritakan pengalaman peribadinya selepas mencuba rawatan berkenaan.

Dakwa Wajah Berubah Selepas Kesan Rawatan Berkurangan
Menurut Fathia, dia menyedari perubahan pada wajahnya selepas kesan botoks dan filler mula beransur hilang, termasuk kemunculan semula kedutan serta lingkaran bawah mata.
“Saya menyesal sebab ada perbuhan pada wajah. Sebelum ini memang saya ada buat botoks dan filler.
“Tetapi effect kekal lama. Lama-lama muka macam rosak, akan dapat kedutan dan eyebag akan datang semula,” katanya.

Kini Beralih Kepada Rawatan HIFU
Dalam masa sama, Fathia berkata dia kini lebih selesa memilih pendekatan yang disifatkannya lebih semula jadi menerusi rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU), selepas melihat perubahan positif pada keadaan kulit wajahnya.
Katanya, sebelum ini dia hanya mengetahui tentang botoks dan filler, sekali gus memilih rawatan suntikan tersebut tanpa mengetahui pilihan lain yang ada.
“Sebelum buat botoks, saya tak pernah dengar tentang rawatan HIFU. Yang saya tahu botoks dan filler sahaja, jadi saya buat cara cucuk macam itu.

“Sampai sekarang kesannya masih ada lagi. Jadi, sekarang ini saya menggunakan cara natural, seperti HIFU.
Anda mungkin berminat dengan
“Selepas saya buat HIFU, memang kulit saya nampak lebih baik, segar dan fresh. Saya nak buat HIFU dekat sini juga, sebab saya rasa memang berkesan,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Setiap kali acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dianjurkan pada setiap tahun, ternyata alumni daripada ‘keluarga’ pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja tidak gagal untuk menempatkan diri dalam kalangan para pemenang.
Edisi ke 33 yang berlangsung pada Jumaat lalu turut tak terkecuali apabila Ben Amir dari Hero Remaja 2011/2012 dan Mawar Rashid dari Dewi Remaja 2014/2015 muncul sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.
Ben Amir yang memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular berkata dia terharu dengan kemenangan pertama ini selepas 8 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Saya terharu di atas sokongan peminat. Ia pencapaian yang saya hargai dan dengan anugerah ini, saya akan terus memperbaiki kelemahan diri. Saya juga tak boleh terus leka dengan kemenangan ini. Ia isyarat untuk terus bekerja keras,” kata pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin.

Manakala, Mawar Rashid yang juga merupakan Dewi Favourite sewaktu bertanding dahulu di Dewi Remaja 2014/2015 mendedikasikan kemenangan tersebut kepada kelab peminatnya.
“Trofi ini sangat bermakna. Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan. Saya juga berhasrat untuk terus membina nama dalam industri seni.”

Tahniah Ben & Mek Wa!
Selain mereka berdua, sebelum ini ramai lagi bintang yang lahir daripada Hero Remaja & Dewi Remaja yang telah menaiki pentas ABPBH sebagai pemenang hasil undian peminat.
Jom lihat kalau ada artis kegemaran korang.





Agaknya, tahun depan giliran Hero & Dewi mana pula untuk naik pentas?
∞
Indonesia merupakan anatara negara di Asia Tenggara yang teruk dilanda virus Covid-19 selain Malaysia. Saban hari kes positif meningkat dan beberapa kawasan sudah dikenakan kawalan ketat oleh pemerintah. Terbaharu penyanyi lelaki terkenal, Afgan telah berkongsi yang dia telah disahkan positif virus tersebut.
Dalam hantaran menerusi laman Instagramnya dia berkata, “Hari ini merupakan hari keempat saya disahkan dijangkiti Covid-19. Buat masa sekarang saya tidak mengalami sebarang simptom, mungkin kerana saya sudah divaksin. Jadi kepada anda semua, sila dapatkan vaksin kerana jika dijangkiti sekalipun kesannya tidaklah teruk.

.
Dalam pada itu, penyanyi yang sedang dikatakan hangat bercinta dengan Rossa ini turut berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin kendiri.
“Ini adalah cara saya kekal sihat sepanjang tempoh kuarantin di rumah, lakukannya dengan ringan dan senang. Bagi anda yang disahkan positive Covid-19 dan tidak memiliki sebarang simptom seperti saya, kalau mahu bersenam pastikan ia senaman ringan sahaja. Kita hanya mahukan hormone endorphin dikeluarkan dan bukannya meletihkan badan. Yang masih sihat, kekal sihat dan yang sudah terkena Covid-19 anda perlu bersemangat. Semoga cepat sembuh,” ujarnya sambil berkongsi rejim senaman yang dilakukannya.
Sebelum Afgan disahkan positif, selebriti terkenal lain seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari juga menerima nasib yang sama.
***P/S- Jangan pernah takut mengambil vaksin dan terpengaruh dengan dakyah tidak benar. Vaksin yang diberi kerajaan Malaysia juga sudah dijamin selamat. Jangan jadi manusia yang memilih-milih vaksin pula. Apa yang penting sekarang ini adalah, untuk mewujudkan kelompok besar masyarakat yang sudah divaksin agar kita mampu melawan penularan virus ini.
Sumber & Gambar: Instagram Afgan
∞
Penyanyi Sissy Imann, kini boleh berbangga setelah berjaya menggenggam sarjana dalam bidang muzik dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas empat tahun berusaha keras.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Sissy sendiri menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, di mana dia turut meluahkan rasa syukur atas pencapaiannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Berjaya Genggam Ijazah Sarjana Muda, Peroleh CGPA Cemerlang. Tahniah!

“Graduated with a master’s degree in music. Alhamdulillah.
“Lepas ini kalau jumpa saya jangan lupa panggil saya master bedroom ok,” tulisnya secara berseloroh.
Dalam perkongsian itu, Sissy dilihat mengenakan jubah konvokesyen sambil bergambar bersama keluarga, dengan kebaya putih gading yang manis.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun

Ucapan tahniah dan sokongan turut mengalir daripada pengikutnya di media sosial, yang bangga dengan pencapaiannya.
“Tahniah @sissyimann moga terus berjaya dalam apa jua lapangan yang Sissy lakukan,” komen seorang pengguna.
“Well done sissy! So proud of you,” tulis yang seorang lagi.

“Congratulations @sissyimann. Such an inspiration!” komen yang lain.
Sebelum ini, penyanyi berusia 29 itu turut menyifatkan perjalanan pengajiannya selama empat tahun sebagai kenangan yang penuh makna.

Pelantun lagu Mungkin Kamu itu turut meluahkan rasa sebak mengenangkan segala usaha dan penat jerih yang telah dilaluinya untuk mencapai impian tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞