Tinggal lagi beberapa bulan umat Islam bakal menyambut lebaran. Setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti ramai pereka fesyen tempatan yang berlumba-lumba mengeluarkan koleksi baju raya masing-masing.
Malah, banyak fashion show sudah mula dianjurkan dan dipaparkan kepada semua untuk koleksi baju raya tahun 2023 ini.
Disebabkan terlampau ramai pereka fesyen serta jenama yang ada di pasaran, maka masing-masing cuba mengeluarkan rekaan yang luar batasan pemikiran normal.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila pertunjukan fesyen biasanya dilakukan di tempat tertutup, namun satu jenama ini menggunakan laluan pejalan kaki.
Selain menyakitkan pandangan mata dengan ‘fesyen’ yang dianggap tidak menghormati identiti asal pakaian tradisional Melayu. Pertunjukan tersebut juga didakwa turut mengganggu pejalan kaki.
Ads
Sudahlah susah untuk melintas, tiba-tiba ada pula ramai model yang mengambil keseluruhan ruang hingga menyukarkan orang lain.
Rata-rata pengguna Twitter mengecam acara berkenaan kerana menyalahgunakan kemudahan awam. Malah ramai yang mengkritik fesyen tersebut yang dikatakan merosakkan pakaian tradisional tersebut.
Jangan kerana terlalu fikirkan fesyen, hilang terus entiti pakaian tradisional orang Melayu sampai akhirnya menjadi bahan jenaka orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah kesihatan mental merupakan salah satu ancaman yang semakin diperkatakan terutamanya di kalangan golongan muda. Malah, kes-kes kemurungan di kalangan figura terkenal seperti selebriti sering mendapat perhatian ramai.
Dan kes kesihatan mental kini juga dikatakan menjadi ancaman utama terutama kepada golongan wanita yang dikatakan lebih cenderung berdepan masalah ini. Adakah ia benar?
Menurut laporan yang dipetik daripada Sinar Harian pada hari ini, wanita dikatakan lebih cenderung mengalami masalah mental ekoran mereka tidak terbuka untuk bercerita tentang kisah kehidupan mereka kepada orang lain. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir, golongan wanita lebih suka memendam perasaan mereka.
“Berbanding golongan lelaki yang mempunyai masa bersosial dan bertemu rakan mereka dengan bercerita di kedai kopi, manakala wanita tidak mempunyai masa seperti itu dan hanya meluangkan masa di rumah selepas pulang dari tempat kerja.
“Secara umumnya golongan wanita berusia antara 17 hingga 22 tahun mempunyai tekanan berterusan dan mereka yang paling berisiko mengalami masalah kesihatan mental,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, kesihatan mental bukanlah dikategorikan sebagai gila namun ia merupakan perubahan sikap yang mendadak; contoh jika sebelum ini seseorang itu ceria, dia berubah menjadi pendiam, suka menyendiri dan banyak termenung. Beliau menggesa jika simptom tersebut dikesan, golongan masyarakat, keluarga serta rakan perlu ambil peduli.
Bagaimana pula dengan pandangan daripada World Health Organisation (WHO)? Adakah benar golongan wanita muda lebih cenderung kepada masalah kesihatan mental? Menurut WHO (boleh rujuk di sini);
“Gender differences occur particularly in the rates of common mental disorders – depression, anxiety and somatic complaints. These disorders, in which women predominate, affect approximately 1 in 3 people in the community and constitute a serious public health problem.
Unipolar depression, predicted to be the second leading cause of global disability burden by 2020, is twice as common in women.
Depression is not only the most common women’s mental health problem but may be more persistent in women than men. More research is needed.
Reducing the overrepresentation of women who are depressed would contribute significantly to lessening the global burden of disability caused by psychological disorders.”
Namun untuk memperkatakan dengan lebih mendalam tentang perkara ini masih memerlukan kajian lanjut. Ini diakui sendiri oleh WHO terutamanya bila berbicara tentang kecendurungan wanita berdepan masalah kesihatan mental.
Jika kita rujuk kepada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (www.myhealth.gov.my) pula menyatakan masalah kesihatan terutamanya kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.
Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:
Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa
Penyakit kronik
Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
Ciri-ciri peribadi
Penyalah gunaan dadah
Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Contoh: Steroid, ubat cegah kanser
Masih banyak statistik serta kajian yang perlu dilakukan untuk kita terus sama-sama membendung masalah ini. Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencari jalan terbaik menangani masalah kesihatan mental juga patut kita dukung. Bagi Remaja, sesiapa sahaja boleh terdedah akan bahaya masalah kesihatan mental.
Stay safe uols!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini usahawan dan selebriti, Kim Kardashian mencuri tumpuan ramai di acara Met Gala 2022 kerana tampil dengan persalinan busana milik legenda Marilyn Monroe.
Untuk memakai gaun yang berharga RM18.2 juta itu, Kim sanggup menurunkan berat badannya kerana pada mulanya dia tidak muat menyarungkan busana tersebut. Malah, pereka gaun itu juga sebenarnya tidak suka jika Kim menggayakannya kerana menganggap itu tidak patut dilihat berada di badan orang lain selain Marilyn Monroe.
“Saya rasa ia kesilapan yang sangat besar. Tiada mampu merakam gambar sepertinya. Dan gaun itu dibuat khas untuknya saja. Orang lain tidak patut dilihat memakai gaun berkenaan,” katanya.
Gaun itu direka khas untuk Monroe sewaktu majlis hari jadi bekas presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada 19 Mei 1962.
Namun khabarnya, gaun ikonik Marilyn Monroe yang dipakai oleh Kim itu telah rosak kerana terdapat beberapa carikan yang menipis dibahagian belakang dan dikatakan beberapa kristal pada gaun sequin ini juga hilang.
Perbezaan kondisi gaun tersebut dapat dilihat daripada foto yang telah dimuat naik oleh instagram @marilynmonroecollection, iaitu gambar sebelum dan selepas digayakan oleh Kim Kardashian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam menjalani aktiviti kehidupan harian.
Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina dan bangsa. Lebih teruk lagi, masalah kemurungan ini boleh berlaku sehingga berbulan-bulan atau bertahun lamanya.
Ramai yang menganggap kemurungan adalah masalah biasa dan tidak teru berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan.
Ada juga segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa individu yang mengalami kemurungan atau despresi ini adalah gila.
Ketahui 9 gejala yang mungkin menunjukkan korang kemurungan dan jika kebanyakan diantara gejala-gejala ini berlaku pada diri korang, teruslah dapatkan nasihat daripada pakar.
1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari.
3. Berat badan merosot (lebih kurang 5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
6. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
7. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional.
8. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai plan masa hadapan untuk bunuh diri.
9. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.
Public Health Malaysia juga turut berkongsi link untuk tahap kemurungan (https://tinyurl.com/ramlidass) dan ujian saringan DASS (https://tinyurl.com/dassjohor) yang korang boleh lakukan bagi mendapatkan bantuan segera. Namun begitu, ujian saringan ini bukannya diagnosis. Korang tetap perlu mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
Di ruangan komen juga, ramai yang berkongsi pengalaman dan kisah mereka tentang penyakit kemurungan ini. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa jangan takut untuk mendapatkan rawatan dan segeralah berjumpa dengan pakar sekiranya mengalami gejala-gejala yang disebutkan tadi.
Jangan memandang remeh dengan masalah kemurungan ini, namun diingatkan depresinya bukannya gila. Jangan takut untuk berjumpa dengan pakar, sebaliknya cuba dapatkan nasihat perubatan daripada mereka.