Walaupun baru 6 hari berlalu sejak ditayangkan pada 20 Januari lepas melalui saluran 131 Astro Citra, telefilem Pok Ya Cong Codei kini sudah hangat menular di media sosial.
Bagi korang yang tidak tahu-menahu tentang telefilem tersebut, ia mengisahkan seorang samseng dari Kelantan yang ditugaskan mencari anak seorang businessman di Kuala Lumpur.
Semasa misi pencarian itulah, berlakunya macam-macam aksi, emosi dan dialog lucu membabitkan pelakon utamanya, Sabri Yunus serta pelakon lain seperti Fikri Ibrahim (Rashdan), Mustapha Kamal (Datuk Sahak) dan Uqasha Senrose (Aina).
Datuk Sahak yang sudah biasa melakukan kegiatan haram akhirnya terbongkar apabila Rashdan menceritakan rahsia haram beliau kepada anak perempuan Datuk Sahak, Aina.
Rupa-rupanya, Datuk Sahak pernah melanggar pemandunya yang juga merupakan ayah Rashdan dahulu kerana ayahnya ingin membongkar rahsia tersebut. Kini, Rashdan pula ingin menculik Aina untuk membalas dendam.
Lakonan setiap pelakon dalam telefilem ini diakui ‘kuat’ manakala dialognya pula dikatakan ‘punch’.
Sehinggakan frasa Cong Codei yang merujuk kepada ‘Hotel Con.Cor.De’ menjadi trending di Facebook dan Twitter. Malah, sebuah page peminat di Facebook juga telah dicipta oleh peminat cerita tersebut.
Ads
Tapi siapa sebenarnya inspirasi untuk watak Pok Ya ini?
“Sebenarnya, Cong Codei asalnya terjadi pada tahun 70 an. Apabila adik ipar saya cerikan kepada saya tentang kisah tersalah cakap tu, saya rasa boleh gunakan (idea ini) dan jadikannya satu cerita,” kata pengarah dan pelakon itu kepada Sinar Harian.
Namun begitu, watak Pok Ya hanyalah watak rekaan. Tiada apa yang sama dengan watak asal kecuali sifat-sifatnya.
“Pok Ya ini ‘gedebe’ iaitu seorang yang garang, tak boleh ditegur namun masih mempunyai hati yang baik, bijak dan boleh menyelesaikan masalah.
“Hati je kering, tapi orang masih hormat kepada dia. Oleh sebab saya nak orang betul-betul merasai sifat ‘gedebe’ tu, saya sendiri melakonkannya,” katanya lagi.
Ads
Kini setelah Pok Ya Cong Codei menjadi tular, ada kemungkinan juga telefilem ini bakal diterbitkan dalam bentuk bersiri.
“Ada perancangan namun masih lagi di peringkat awal perbincangan. Insya Allah.”
Netizen Gasak Kecek Kelate
Kalau diperhatikan di Twitter terutamanya, peminat telefilem itu tidak kering idea untuk menulis status dalam dialek Kelantan
smlm tgk dah pok ya cong codei..haha..oklah citernya..laki den tegelak2..ambui..syok no klo citer berbini muda..haha..ule mudo ( ulam muda)
“Kalo bini aku keno bawo lari, sampai hujung dunio aku gi cari. Tapi kalu bini aku lari sendiri, duk belakang rumoh pun aku tak gi cari. Mudoh cari bini baru dari cari bini lari.” – Pok Ya Cong Codei
Hebat betul penangan telefilem ni. Mungkin ia akan menjadi selaris siri Mak Cun sehingga adanya pementasan teater, produk, iklan dan karnival? Sama-sama kita tunggu eh. Buat masa sekarang, jom tonton klip daripada Pok Ya Cong Codei:
Dan jangan lupa juga untuk mengikuti sesi Facebook Live dengan Pok Ya pada hari esok (Sabtu, 27 Januari) pada jam 2 petang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makin hari virus carona ini ‘menelan’ ramai nyawa yang tidak berdosa!
Terbaru negara jiran kita Singapura telah memberikan amaran dan menaikkan Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) daripada tahap kuning kepada tahap jingga atau oren semalam bagi membendung penularan wabak koronavirus.
Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa menemui beberapa kes koronavirus baharu membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China membawa kepada keseluruhan kes jangkitan adalah seramai 33 orang.
Hentikan Kegiatan Luar Hingga Mac
Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong menasihati agar rakyat Singapura menghentikan semua kegiatan luar sehinggalah cuti hujung Mac ini bagi mengelakkan dijangkiti.
Borong Bekalan Makanan
Pengumuman dibuat itu mengejutkan ramai rakyat Singapura yang khuatir telah melakukan pembelian panik, iaitu memborong bekalan demi persediaan sebelum tahap ini meningkat kepada tahap merah.
Untuk pengetahuan anda, DORSCON peringkat jingga bermakna penyakit dianggap teruk dan mudah berjangkit daripada manusia ke manusia tetapi tidak terlalu meluas dan sedang dibendung.
Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Eric Teoh semalam memaparkan beberapa tempat meletakkan bekalan barangan di sebuah pasar raya di Singapura sudah kosong, antaranya tisu dan mi segera.
Please share. There really is no need to buy and stock up as we have supplies. I know many other supermarkets are also…
Menteri Industri dan Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing dalam satu hantaran Facebook menenangkan rakyat Singapura dengan mengesahkan bahawa bekalan dalam menghadapi krisis ini masih mencukupi dan rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik.
Sumber: Berita Harian, Straits Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular petang semalam, satu rakaman video di media sosial memperlihatkan orang ramai berebut ikan mabong yang dipercayai dijual pada harga rendah di pasar raya Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang baharu saja dibuka pada hari ini.
Rakaman video berdurasi 15 saat yang dikongsi oleh Mohammad Amirul Fitri itu memperlihatkan orang ramai mengabaikan SOP pencegahan Covid-19 gara-gara berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual pada harga RM0.10 seekor.
Hal ini, bersempena dengan hari pertama pembukaan, pengurus pasar raya telah membuat promosi besar-besaran sehingga menarik perhatian ramai untuk datang ke Mydin Tunjong.
Dalam video tular itu menunjukkan ramai pelanggan berebut mengambil ikan Mabong yang dijual dengan harga 10 sen dan sekali gus telah melanggar SOP sedangkan negara masih lagi bergelut dengan wabak Covid-19 yang masih mengganas.
Namun, di media sosial, netizen mula mempertikaikan tanggungjawab Mydin dalam memastikan pelanggannya mematuhi SOP dan tiadanya penjarakan di antara pelanggan lelaki dan wanita sehingga ada yang bersentuhan ketika berasak-asak mengambil ikan tersebut.
Malah, rata-rata komen melahirkan rasa sedih dan kesal melihat kegagalan pihak pengurusan pasar raya tersebut dalam menjalankan promosi kepada masyarakat pengguna. Netizen juga bimbang keadaan huru-hara seperti itu akan mencetuskan kluster baru kes Covid-19.
Hmmm….apa pendapat korang?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pembedilan berterusan oleh Israel ke atas bumi Palestin sejak beberapa hari lepas mendapat liputan meluas dunia.
Puluhan bedilan roket dilancarkan ke bumi Gaza. Banyak bangunan rosak termasuk yang dibiayai hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Begitu juga masjid, kediaman dan lain-lain lagi.
Sumber : Gaza May 12, 2021. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa TPX IMAGES OF THE DAY
Teruskanlah berdoa agar roket-roket dilancarkan zionis Israel ini tidak mengorbankan terlalu banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Mohonlah perlindungan Allah Taala agar rakyat Palestin terselamat.
Di sebalik isu pembedilan berterusan sejak tahun 2008 lagi, ada lagi isu yang perlu rakyat Malaysia tahu iaitu pemboikotan terhadap 112 syarikat besar dunia yang membantu Israel menghentam Palestin.
Pengguna Facebook iaitu Najib Saahari tampil berkongsi fakta mengenai isu ini yang mungkin ramai tidak mengetahuinya:
Antara nama-nama besar yang termasuk dalam senarai 112 buah syarikat ini ialah :
1 – Airbnb
2 – Booking . Com
3 – Expedia Group Inc
4 – JC Bamford Excavator (JCB)
5 – Tripadvisor
6 – Motorola Solution
Selain 6 buah syarikat ini, kebanyakkannya merupakan syarikat popular di Israel. Tetapi 6 buah syarikat ini adalah yang kita kenali di Malaysia.
Terdapat dua lagi tambahan syarikat yang saya sudah kaji dan ada juga bukti terang mengaitkan syarikat terbabit dengan insiden Palestin – Israel ini.
1 – Puma – Penaja Israel Football Association di Tebing Barat.
2 – HP – Memang terlibat secara langsung. Mereka menyediakan tempat menyimpan data populasi dan data itu digunakan oleh Israel untuk melaksanakan apartheid.
Untuk syarikat Caterpillar and Volvo, kita masih 50/50 sebab diorang setuju dengan demolition yang dilakukan di Palestin.
Itu adalah tindakan yang tidak betul, namun mereka tiada kuasa nak monitor/policing semua pelanggan yang membeli mesin dari mereka.
Kalau inilah jihad kita dan menjadi asbab di akhirat kelak, kita boleh menjayakannya.
Pelakon, Elisya Sandha tampil mempertahankan tindakan kakaknya, aktres Fasha Sandha, yang sebelum ini lantang menegur sikap seorang pelakon yang didakwa sering lewat hadir ke...