Tapi biasalah rakyat Malaysia punya favourite fruit, penulis pasti ramai di antara kita yang sudah sakan mencari port makan durian sempena musim durian sekarang.
Tapi awas! Di sebalik rasa cinta kita terhadap raja buah-buahan ini, kita semua tahu durian mendatangkan rasa panas pada badan sehingga mampu mengakibatkan demam, sakit tekak dan pelbagai komplikasi. Ada pelbagai petua daripada orang lama bagi mengelak badan menjadi panas selepas makan durian.
Ini termasuklah minum air putih dari pangsanya (kulit). Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang sering diperkatakan oleh masyarakat kita?
Jom baca perkongsian yang telah dibuat oleh Dr Suri Roowi tentang kaitan minum di pangsa durian dan kesihatan manusia.
Ads
pangsa durian
KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa. Mungkin ada benarnya.
Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah, menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Ads
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang.
Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian. Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.
Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Ads
Principal Scientist.
Manakala, di ruangan komen ramai dalam kalangan netizen yang tidak menyangka ada hikmahnya di sebalik setiap perbuatan yang diamalkan oleh orang lama. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman.
Komen Via posting #DrSuriRoowi
Untuk info, pangsa durian merupakan bahagian daripada kulit durian di bahagian dalam yang berwarna putih bagi korang yang tak tahu.
Okay, makan durian tu jangan lupa minum air banyak dan berpada-pada ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin ramai penyewa rumah yang berkira-kira untuk membuat pengubahsuaian atau makeover kediaman kerana beranggapan ia bukannya rumah kita sendiri.
Namun sebaliknya bagi Siti Mariam Kamsan yang sudah tiga kali berpindah rumah sewa tetapi tidak pernah berkira untuk melakukan makeover dengan menampung kosnya sendiri. Daripada rumah flat, kini Siti Mariam akhirnya mendapat rezeki untuk menyewa landed house di kawasan sekitar Selangor.
Dengan ruang yang cukup simple, dia mengambil keputusan untuk mengubah suai dengan sentuhan seni yang dimilikinya.
“Saya memang minat mendeko daripada zaman anak dara lagi. Rezeki pula bila suami banyak membantu dan layan idea-idea saya ini. Alhamdulillah, saya dapat tuan rumah yang baik hati dan kami diberi duduk sebulan percuma kerana kerja pengubahsuaian yang saya telah lakukan ini,”
“Daripada segi kos pula, sebenarnya banyak yang boleh diguna pakai semula. Saya hanya menggunakan perabot yang sedia ada di rumah sewa dulu. Jadi, untuk rumah sewa yang baru ini, saya hanya tambah sikit-sikit dan cat serta guna kertas dinding sahaja,” jelasnya kepada Remaja.
Jom kita lihat ruangan kediaman Siti Mariam Kamsan sebelum dan selepas makeover.
Sebelum
Nampak kusam sebelum diubahsuaiRuang dapur
Selepas
Tema ruang tamu Grey Pink dengan konsep ‘bulu-bulu’Pampas grass korang boleh beli di Shopee, tapi tak digalakkan sebab takut patah. Boleh cari seller yang boleh COD dan hantar ke rumah
Ruang menontonRuang makan dengan hiasan kertas dindingRuang dapur
Memang berbeza kan. Biarpun rumah sewa tapi Siti Mariam merasakan ini adalah untuk kepuasan dirinya sendiri. Jadi, tidak salah kita melabur asalkan kita selesa kan?
Lagi pun kita juga yang nak duduk hari-hari di rumah. Hiks!
Banjir besar yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor baru-baru ini sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku.
Sumber Gambar : freemalaysiatoday
Namun begitu, dalam kesukaran mangsa-mangsa banjir menghadapi dugaan ini,tentu sahaja banyak harta benda mereka habis rosak dan dokumen penting hilang berikutan kediaman serta harta benda mereka musnah ditenggelami air.
Jangan risau, kerana korang boleh mendapatkan semula sijil-sijil tersebut dengan cara yang mudah terutamanya sijil peperiksaan paling penting di Malaysia iaitu SPM.
Jom kita ikuti ‘step-step’ yang dinyatakan seperti di bawah ini:
Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun dengan KLIK DISINI : BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.
Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)
Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan
Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.
PERMOHONAN MELALUI POS
Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut :
Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
Salinan kad pengenalan pemohon
Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).
TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Permohonan melalui KAUNTER LP
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja
Permohonan melalui POS
Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA.
Untuk makluman anda, Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan pelaporan UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses, pastikan anda menyemak permohonan selengkapnya. Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan semula sijil peperiksaan yang baru. Keputusan masih sama ye, jangan berangan pula keputusan berubah.
Harap info ini dapat membantu mangsa banjir yang kehilangan dokumen penting terutamanya sijil SPM ini.