Bukan calang-calang! Baru-baru ini, seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Fairuz Rohaliza Ejahar berjaya mencipta detik bersejarah apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Siswi Cemerlang 2025 oleh Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM), pada awal Mei lalu.
Memetik laporan Sinar Bestari, Anugerah berprestij itu bukan sahaja dinilai menerusi kecemerlangan akademik, malah turut memberi pengiktirafan terhadap elemen kepimpinan, penglibatan aktif dalam masyarakat, keperibadian terpuji, pemikiran kritis serta nilai-nilai yang menyokong pembentukan insan holistik sepertimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kredit foto: UPSIKredit foto: UPSI
Menurut Siti Fairuz, anugerah yang diterimanya pada 10 Mei lalu merupakan satu kejutan besar buat dirinya.
“Anugerah ini bukan hanya milik saya, tetapi milik semua pendidik, keluarga dan insan yang menyokong sepanjang perjalanan ini”
“Ia adalah satu tanggungjawab untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara,” katanya.
Ads
Selain daripada itu, beliau turut merangkul Anugerah Pelajaran Diraja dalam Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-26, menjadikan kejayaannya lebih bermakna.
Kredit foto: UPSI
Dalam pada itu, menerusi sebuah kenyataan rasmi, PSWM menyifatkan Siti Fairuz sebagai ikon graduan wanita unggul, seimbang dari sudut intelektual, kepimpinan serta komitmen terhadap pembangunan sosial.
Ads
“Inilah model graduan yang kita mahu tonjolkan dan yang mampu menjadi agen perubahan serta suri teladan kepada generasi akan datang,” jelas kenyataan tersebut.
Bagi yang belum mengenali figura ini, Siti Fairuz bukan sahaja menyerlah dalam bidang akademik, malah aktif dalam dunia kokurikulum dan pembangunan belia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Felo Perdana 2022 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selain terlibat dalam pembangunan modul pengantarabangsaan belia bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Ads
Kredit foto: UPSI
Sementara itu, di peringkat antarabangsa, Siti Fairuz turut mewakili Malaysia dalam Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 2023 yang memberi fokus kepada pengukuhan jaringan kepimpinan global.
Apa yang Lebih membanggakan, beliau juga pernah memimpin penganjuran program ’36 Jam Pengucapan Awam Tanpa Henti’ yang berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records yang menjadikan satu bukti jelas terhadap kepimpinan strategik dan kebolehan Siti Fairuz dalam merancang program berskala besar.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Harris Annuar menitiskan air matanya ketika sesi siaran langsung di TikTok, ketika sedang menjual kuih bangkit buat kali pertama.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik semula video itu yang dilihat sedang mempromosikan empat jenis kuih bangkit yang dijual sambil mengalirkan air mata.
Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia menzahirkan kesyukuran apabila kenalan dan para pengikutnya memberi sokongan bagi membantu perniagaannya.
“Kalau saya rasa saya susah ada lagi susah daripada saya. Terima kasih semua yang support saya harini, ada masa ketika kita susah kawan-kawan dan followers yang bantu.
“Tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita. Tak dapat terucap macam mana bersyukurnya,” katanya.
Menerusi siaran langsung di TikTok pada pagi Selasa, anak kepada usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton itu tampil mendedahkan punca dirinya menangis.
Tambahnya, dia mengatakan mahu bangkit semula selepas beberapa kali jatuh ditimpa tangga.
“Saya tolak harga modal (kuih bangkit) untuk saya jual balik dan bayar dekat supplier. Saya buat silap besar saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda tu. Itu yang semalam saya menangis breakdown sampai saya tak boleh nak jumpa orang.
“Satu jatuh tangga dan buat pembedahan. Satu lagi jatuh sebab saya kena bayar duit modal balik sebab saya tak ada duit nak bayar. Itu yang saya terpaksa nak habiskan stok kuih ini semua,” ujarnya.
Sebelum ini, bekas Hero Remaja itu memaklumkan dirinya telah selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) gara-gara jatuh tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak di usia kanak-kanak lagi, ibu bapa kita sudah menerapkan tabiat membaca bagi mempupuk minat terhadap buku. Amalan membaca mampu memberikan pengetahuan yang luas dan menjadikan seseorang itu lebih berilmu.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) antara pusat utama yang dijadikan rujukan buat masyarakat bagi mencari bahan bacaan yang bermanfaat sejak dari dulu lagi. Namun, dengan peredaran zaman teknologi digital hari ini, ramai yang memilih untuk membaca secara digital dan tidak menggunakan buku fizikal.
Nah, korang jangan ingat PNM semuanya buku fizikal ya. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Perpustakaan Negara juga terlibat dalam projek penerbitan buku audio.
Gambar hiasan
Menurut laman Facebook rasmi PNM, projek buku audio ini telah dimulakan sejak tahun 1996 dan sehingga kini, PNM telah berjaya menerbitkan sebanyak 72 judul dengan penglibatan secara sukarela oleh rakyat Malaysia yang berbakat dalam menyumbangkan suara mereka dalam projek ini.
Ini merupakan projek berterusan PNM dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB).
Mengapa perlu bayar sedangkan ada yang percuma? Betul tak?
Sebanyak 4,476 e-buku pelbagai bidang perkara disediakan oleh PNM, 140 judul buku audio dan 98 judul buku audio (read along) turut tersedia. Semuanya disediakan secara percuma. Korang boleh akses di pangkalan data Overdrive dan lawati laman web www.u-pustaka.gov.my
Manfaatkan faedah yang diberikan secara percuma ini dan korang tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk mengakses e-book atau buku audio selepas ini.
Pengembara dari Malaysia dan Thailand sudah pun dibenarkan menggunakan pas sempadan untuk memasuki kedua-dua negara berikutan hasil persetujuan dua negara bagi merancakkan kembali industri pelancongan.
Difahamkan, pengembara atau pelancong yang ingin menggunakan pas sempadan ini perlu membuat permohonan menerusi laman portal ‘Thailand Pass’ dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan ke negara itu.
Untuk lebih memudahkan, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Azlan Abd Majid telah membuat perkongsian tentang bagaimana cara untuk masuk ke Thailand selepas pintu sempadan dibuka.
Jelasnya, bagi pemegang Pas Sempadan atau ‘Border Pass’, korang boleh masuk macam biasa seperti sebelum ini. Jika bawa kenderaan sendiri, pastikan korang beli insurans kenderaan. Khairul Azlan membawa kenderaan sendiri dan membeli insurans untuk lima harga berharga RM28. Kemudian, perlu mengusi white card untuk satu nama RM2.
Lelaki ini masuk mengikut pintu sempadan Padang Besar kerana laluan itu tidak sibuk seperti pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen, mereka akan tanya mahu ke mana dan cop seperti biasa. Maksimum untuk Pas Sempadan adalah tiga hari dan sampai Hatyai sahaja.
Namun begitu, diingatkan untuk korang roaming line telefon atau beli simkad Thailand kerana selepas check point Malaysia, korang akan melalui check point Thailand pula. Di sini, ia memerlukan internet yang kuat untuk korang scan QR code yang mereka sediakan bagi mendaftar dengan Health Declaration Thailand. Selepas itu, barulah mereka akan cop Pas Sempadan untuk sebelah Thailand.
Selesai urusan pas sempadan, selepas itu sambung pula untuk transport declaration. Bagi yang membawa kenderaan atas nama sendiri, korang hanya perlu bawa geran asal atau salinan sahaja. Jika kenderaan atas nama orang lain, perlu ada surat authorization daripada pemilik kenderaan.
Kelayakan memohon pas sempadan ini hanya untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak sahaja. Bagi warganegara Malaysia yang lain masih memerlukan pasport Malaysia Antarabangsa untuk masuk ke sana.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Selamat bercuti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zuhairie Ahmad Tarmizi mencipta kejayaan gemilang apabila meraih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 serta memecahkan rekod temasya.