Melewati dua dekad, keampuhan jenama ST12 tidak mampu disangkal lagi apabila populariti band pop Melayu berasal dari di Bandung, Indonesia itu terus utuh merentas masa.
Meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap itu, semangat juang Ilham Febry atau Pepep (dram) dan Muh. Indra Gunawan atau Indra (bass) mempertahankan jenama ST12 supaya kekal sebaris band popular Indonesia lain tidak pernah sirna.
Percaya dengan keutuhan jenama yang sudah dua dekad bertapak itu, didukung kekuatan muzik yang menjadi sandaran utama untuk terus mendekati peminat, ST12 bersedia kembali dengan semangat baharu.
Semangat itu bakal diterjemahkan Pepep dan Indra menerusi ST12 Live In Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 10 November depan yang akan menampilkan Firman Siagian dan juara Indonesian Idol musim kelima, Aris pada posisi vokalis.
Ads
Bagi Pepep, ST12 tidak sekadar sebuah band, sebaliknya dia dan Indra bertekad untuk memastikan jenama yang sudah terpahat hampir 20 tahun itu kekal relevan serta terus bertahan.
Dibawakan My Legacy Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Laskhar Entertainment, ST12 Live In Malaysia turut menampilkan penyanyi popular
Malaysia, Hazama.
Pepep berkata, pemilihan Hazama bertepatan dengan usaha mereka yang mahu menyatukan pengkarya antara dua negara serumpun, selain memperluaskan lagi pengaruh muzik ST12 dengan mendekati kelompok peminat baharu.
Ads
Kemunculan Hazama dalam konsert tersebut katanya, secara tidak langsung menjadi pemacu dalam merancakkan siri promosi single kolaborasi mereka, Harapan Tak Kunjung Usai.
“Kami mahu menyajikan sesuatu yang segar dan berbeza buat peminat di kedua-dua negara. Pencinta muzik baik di Malaysia, mahupun di Indonesia mempunyai cita rasa yang sama.
Ads
“Malah, genre muzik pengkarya di kedua-dua negara juga hampir sama. Itu menjadi antara faktor utama yang mendorong ST12 untuk berkolaborasi dengan Hazama. Mudah-mudahan usaha kami diterima, apatah lagi karakter vokal Hazama begitu serasi dengan melodi lagu ini.
“Sekiranya ingin tahu bagaimana karakter muzik ST12 apabila bersatu dengan Hazama di pentas, jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket ke konsert ini,” katanya.
Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP) boleh diperoleh menerusi pautan: www.ticket2u.com.my/st12.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi selebriti popular memang selalu mendapat perhatian peminat dan mereka juga sering menerima pemberian hadiah sebagai tanda sokongan seorang peminat kepada artis pujaannya.
Bila tiba hari ulang tahun kelahiran mereka, korang boleh lihat sendiri betapa banyaknya hadiah yang diperoleh daripada peminat. Bukan hanya sewaktu sambutan hari lahir sahaja, boleh dikatakan setiap hari pastinya mereka akan menerima hadiah.
Di Korea, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa Blackpink tidak akan lagi menerima hadiah daripada peminat.
Pada 12 Oktober, YG Entertainment secara rasminya mengumumlkan bahawa label mereka akan menolak dengan baik semua hadiah peminat di majlis-majlis khas seperti hari ulangtahun kumpulan Blackpink dan banyak lagi.
Menerusi kenyataan yang telah dibaut, anggota Blackpink telah memikirkan soal ini dan walaupun mereka menghargai sokongan tulus peminat, namun mereka akan lebih berterima kasih sekiranya dana yang digunakan peminat itu disumbangkan untuk kebajikan membantu golongan yang memerlukan.
Hanya surat tulisan tangan yang akan diterima di alamat khusus yang disediakan oleh YG Entertainment dan peminat akan diberitahu setelah surat-surat itu diterima.
Hm, betul juga kan. Kalau difikirkan mesti terlalu banyak hadiah yang mereka terima sampai berlakunya pembaziran pula. Mereka sudah tentu menerima barangan daripada jenama-jenama terkenal juga, nanti tambah pula dengan hadiah pemberian peminat, tak terpakai atau termakan pula.
So, apa yang dilakukan oleh pihak Blackpink ini agak wajar jika difikirkan semula. Betul tak?
Jika Georgetown, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak boleh berbangga dengan lukisan mural street art oleh Ernest Zacharevic, Seremban pun kini ingin mengikut jejak langkah yang mirip dengan dua bandaraya itu.
Tapi, siapa sebenarnya pelukis berbelas-belas mural ini?
Lukisan mural pada dinding bangunan dan di atas jalan raya bukanlah perkara baru di Malaysia.
Ia telah lama wujud, namun sejak kemunculan Ernest di Perak dan Pulau Pinang untuk menghasilkan mural kreatif yang bertukar popular di seluruh dunia, semakin banyak ‘port’ OOTD tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Di Shah Alam kita ada Laman Seni di Seksyen 7. Di Kuala Lumpur pula kita ada Lorong Panggung di Petaling Street.
Kini, hadir pula lokasi OOTD baru di Seremban, atau lebih spesifik lagi di Kampung Baru Mambau.
Ia masih kurang diperkatakan oleh orang ramai lagi buat masa ini, tetapi berdasarkan kreativiti yang penulis lihat daripada beberapa keping foto, mural yang dilukis memang comel dan kreatif!
Antaranya termasuklah:
Margie Simpson
Dumbo
Spongebob Squarepants
Captain America
Jurasic Park
..dan beberapa lagi idea kreatif yang terhasil. Cuma persoalannya kini, REMAJA masih belum dapat mengagak siapakah pelukis yang bertanggungjawab ke atas mural tersebut.
Ibaratnya seperti pelukis grafiti Inggeris, Banksy yang selalu ‘hilang’ dari radar selepas menghasilkan karya seninya di jalanan.
Tambah menarik apabila pelukis menggunakan item sedia ada seperti lubang parit, paip dan tumbuhan semak untuk dijadikan sebahagian daripada karya seni.
Penulis yakin Kampung Baru Mambau di Seremban akan dikunjungi warga Negeri Sembilan terutamanya untuk merakam foto kenangan dan OOTD di sini.
Hhm, jangan sampai korang buat bising dan mengganggu penduduk di kejiranan tersebut, sudahlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dua tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Ainul Aishah yang kini sedang sarat hamil anak sulung, mengumumkan bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi.
Pendedahan tersebut dibuat pelakon filem popular Nana Tanjung itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut memaparkan Ainul dan rakan-rakannya sedang menyambut majlis ‘gender reveal’ .
“Kawan-kawan zaman kecil saya adakan makan tengah hari ‘baby shower’ dengan saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur miliki mereka dalam hidup saya.
“Terima kasih semua untuk majlis ‘baby shower’ terindah dan hadiah comel. Sayang semua,” tulisnya sambil mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pelakon itu kerana ada seri ibu mengandung selain mendoakan buatnya agar dipermudahkan segala urusan bersalin kelak.
Sebelum ini, Ainul mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu, namun tidak mendedahkan jantina anaknya.
Sekadar informasi, Ainul dan suami tercinta, Khalid Redzuan telah mendirikan rumah tangga 18 September 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.