Ada tak sesiapa di sini yang masih tidak mengetahui cara pakai eyeliner? Cepat mengaku, tak payah nak malu.
foto via pexels
Tujuan penggunaan eyeliner adalah agar mata terlihat lebih tajam dan ekspresif sehingga wajah nampak fresh. Dan selalunya kita menggunakan eyeliner dari rona gelap seperti hitam Apa kata korang cuba dulu 7 trik mudah ini untuk menonjolkan gaya fresh setiap hari.
Pilih warna yang sesuai
Untuk wanita Asia, antara warna yang sesuai korang boleh cuba ialah warna hitam, coklat, atau plum. Pastikan eyeliner boleh disesuaikan dengan warna eye shadow yang dipakai.
Kesan smokey eyes
Guna eye shadow yang sama warna dengan eyeliner. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.
Ads
Untuk yang bermata bundar
Cukup sekadar menarik garisan bermula dari tengah dan bukan dari hujung mata. Untuk yang mempunyai mata bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.
Kesan mata yang lebih tajam
Jangan buat dari hujung dalam mata, tapi mulakan dari tengah dan seterusnya buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.
Ads
Sebelum membuat garisan di bawah mata
Taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.
Membentuk garis mata yang tebal
Gunakan eyeliner berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semula jadi, gunakan pensil alis. Klik siniuntuk lihat eyeliner dan kosmetik lain dari NITA Cosmetics. Menarik dan berbaloi!
Ads
Letakkan siku pada permukaan yang mendatar
Cara ini dilakukan kalau tak nak tangan bergoyang semasa menghasilkan garisan.
Mulakan dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang menghala ke arah luar mata.
Senang je kan? Lepas ni boleh la try sendiri dan lihat hasilnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak menjejakkan kaki di lapangan terbang antarabangsa Incheon, para peminat mereka berdua telahpun teruja untuk melihat dua bintang Korea ini menghadiri acara fesyen paling dinanti-nantikan.
Hari ini merupakan hari yang cukup istimewa bagi dunia hiburan Korea Selatan apabila dua bintangnya mencatat sejarah sebagai jemputan penyanyi K-pop wanita PERTAMA dalam sejarah ke acara fesyen Met Gala.
Mereka terdiri daripada ahli kumpulan blackpink, Rosé dan juga bekas ahli kumpulan 2NE1, CL bagi mewakili pereka fesyen masing-masing; iaitu Saint Laurent dan Alexander Wang.
Untuk pengetahuan, hanya segelintir selebriti lelaki K-pop yang pernah dijemput ke acara Met Gala sebelum ini iaitu PSY, Choi Siwon (Super Junior), Rain dan ahli EXO, Lay Zhang.
Fesyenista lain seperti G-Dragon (Big Bang) dan Jessica Jung pun tak pernah dijemput tau!
(Dari kiri) : Bi Rain, Lay Zhang & PSY.Choi Siwon.
Pada tahun ini, tema ‘In America : A Lexicon of Fashion’ telah diangkat oleh penganjurnya, muzium MET dan majalah Vogue Amerika Syarikat bagi mengiktiraf barisan pereka fesyen legenda dari negara Uncle Sam itu yang telah memberikan impak dalam sejarah fesyen.
Kehadiran Rosé ke Met Gala 2021 sudah dapat dihidu oleh para Blinks setelah dia ditemui di lapangan terbang dengan menyarungkan pakaian Saint Laurent. Rosé sudah menjadi ‘wajah tetap’ jenama Perancis itu sejak dilantik sebagai dutanya bagi musim panas 2020. Dia juga pernah dijemput duduk di barisan hadapan pertunjukan fesyen Saint Laurent di Paris, tidak lama dahulu.
Sejak itu, Rosé sudah beberapa kali menyarungkan pakaian Saint Laurent ketika menghadiri acara formal.
Kelibat Rosé di butik Saint Laurent cawangan New York pada 12 September lalu menguatkan lagi desas-desus bahawa dia akan mencatat sejarah sebagai salah seorang jemputan wanita K-pop pertama ke acara Met Gala, and here she is!
Rosé ditemani pengarah kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello di sisinya dalam dress mini hitam dengan perician half-a-bow putih pada bahagian dada serta aksesori statement. She definitely did not come to play. Lihat sajalah pada kasut tumit setinggi kira-kira 5 ke 6 inci itu!
*
CL turut tidak ketinggalan ingin menonjolkan diri apabila dia hadir dalam dress yang diinspirasikan daripada fabrik denim; sejnis fabrik yang selalu dikaitkan dengan dunia fesyen Amerika Syarikat,
Dress jenis off shoulder ini tampak inovatif dan cukup seksi apabila dipadankan dengan ‘seluar dalam putih’ rekaan Alexander Wang.
Lalu, ia memperlihatkan sisi CL yang berbeza. Selalunya, CL lebih selesa menyarungkan pakaian baggy dan oversized. Tidak bagi kali ini.
Ia sekaligus mencerminkan impak CL dalam dunia fesyen. CL pernah berjalan di pertunjukan fesyen DKNY dan dijemput sebagai tetamu VIP bagi pertunjukan fesyen Tom Ford, Gaultier, Saint Laurent, Moschino; serta menjadi muse bagi pereka fesyen Moschino iaitu Jeremy Scott! Lalu, kehadirannya di Met Gala pada hari ini adalah bertepatan dengan statusnya sebagai antara fesyenista yang harus diperhatikan.
Apa pendapat korang dengan busana kedua-dua penyanyi K-pop ini? Adakah ia terlalu seksi seperti yang diperkatakan oleh warganet ataupun korang rasakan ia sesuai dengn Rosé dan CL?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu fesyen musim luruh/sejuk kembali semula bagi edisi 2023 di kota fesyen Eropah dan jenama Prada tidak ketinggalan daripada memperagakan koleksi terbarunya.
Masih mengekalkan struktur modernisme di mana siluet minimalis digabungkan dengan tren fesyen sedunia yang kontemporari, Prada semakin menjadi jenama yang diidam-idamkan oleh ramai remaja dek pengaruh selebriti kacak antarabangsa yang dilantik sebagai duta jenama dari Itali itu.
Antara yang mendapat tempat di hati Prada (dan peminat di seluruh dunia) ialah pelakon dari Korea, Song Kang; penyanyi kumpulan NCT, Jaehyun serta pelakon serta penyanyi popular Thailand, Win Metawin.
(Dari Kiri): Jaehyun NCT, Win Metawin dan Song Kang.
Kelibat mereka bertiga di pertunjukan fesyen Prada tentu akan meraih ribuan peminat untuk berkumpul di luar lokasi hanya untuk menyaksikan mereka untuk beberapa saat.
Well, jika korang merupakan salah seorang daripada peminat fanatik mereka ataupun korang merupakan seorang fesyenista yang menggemari gaya tiga orang selebriti ini, ada sesuatu yang boleh korang miliki daripada Prada. REMAJA percaya, ia boleh mengubah imej korang secara serta-merta!
Ia tidak lain tidak bukan adalah rangkaian rekaan kaca mata yang diperkenalkan oleh Prada sempena koleksi musim luruh/sejuk 2022 yang pernah mereka pertontonkan.
Tip pertama yang boleh korang ikuti sekiranya ingin mendapatkan kaca mata Prada adalah penampakan logo ikonik berbentuk tiga segi yang selalu ditampilkan pada bahagian sisi bingkai.
Win MetawinPRADA SPR09ZWin Metawin.
Di samping itu, Prada juga kini terkenal dengan bentuk bingkai bersegi sama ada pada bahagian hidung ataupun sisi bingkai. Antara selebriti yang pernah memperagakan bingkai sebegini adalah duta dari China, Cai Xukun semasa pertunjukan fesyen Prada FW22
Cai XukunPRADA 03ZS 1AB_06TPRADA SPR03ZWin Metawin.
Sekiranya korang lebih memilih bentuk bingkai yang lebih malar segar dan klasik, jom cedok inspirasi daripada ahli kumpulan NCT, Jaehyun ini yang mengenakan bingkai serba hitam dan sleek ini.
Di bahagian sisinya pula tertera perkataan Prada. Biarpun sedikit bergeometri, namun ia tidaklah terlalu ketara dan masih sesuai untuk si pemakai lelaki.
Jaehyun NCT
Jaehyun NCT
Kesemua koleksi bingkai kaca mata hitam dan kaca hitam daripada Prada ini boleh didapati menerusi Luxoticca Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang syerkan kisah berjaya kurus di media sosial selepas tidak makan nasi berbulan-bulan. Kata pengamalnya, mereka cuma lebihkan lauk dari nasi. Kesannya, berat badan turun mendadak.
Betul ke tanpa makan nasi atau menolak sebarang karbohidrat dalam badan boleh kurus dengan cepat?
Sebelum cuba-cuba nak kurus sangat tanpa ketahui risikonya, baca diet sihat yang diajar oleh pegawai dietetik U44, Puan Rafidah Othman dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ini.
Katanya, kekurangan karbohidrat dalam tubuh boleh merisikokan fungsi otak. Karbohidrat sangat penting kerana ia sumber tenaga utama kepada tubuh. Kenapa tubuh perlukan kesimbangan tanpa perlu menolak karbohidrat yang dikatakan mampu menggemukkan seseorang.
Menurut Puan Rafidah, sebelum ini ramai yang membicarakan tentang diet Atkins. Ia cukup popular untuk kembali kurus dan ramai yang mengamalkannya. Ramai yang bercakap dan berkongsi ciri-ciri dan idea yang diilhamkan daripada buku “Dr Atkins – New Diet Revolution”.
Ciri-ciri diet Atkin yang diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Dr Robert Coleman Atkins iaitu seorang doktor pakar jantung ialah diet yang sangat rendah kandungan karbohidrat tetapi tinggi kandungan protein serta pengambilan lemak adalah bebas.
Saranan Diet Malaysia menggariskan panduan pengambilan makanan yang seimbang iaitu mengambil 55-60% karbohidrat, 15-20% protein dan 30% lemak daripada jumlah kalori tenaga dalam sehari.
Pengambilan diet yang tidak seimbang iaitu jumlah karbohidrat yang sedikit mengakibatkan kekurangan kalsium, serat, antioksidan dan phytonutrien manakala jumlah lemak, lemak tepu dan kolesterol pula akan berlebihan.
Perbandingan telah dilakukan di antara peratusan kalori daripada lemak di mana didapati diet tinggi protein, rendah karbohidrat ini mengandungi 60% kandungan tenaga daripada lemak manakala diet seimbang hanya 30%.
Jumlah kolesterol juga lebih tinggi iaitu 1000mg kolesterol diambil daripada diet ini berbanding hanya 300mg oleh diet seimbang di dalam satu hari. Maka tidak hairanlah kenapa diet tinggi protein dan rendah karbohidrat ini mempunyai kaitan rapat dengan penyakit jantung.
Kebanyakan pengamal diet ini berpendapat bahawa dengan mengelakkan pengambilan karbohidrat, tubuh badan akan mula menggunakan lemak simpanan di dalam badan sebagai sumber tenaga utama seterusnya menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak tanpa perlu melakukan senaman yang berkala.
Pentingnya karbohidrat dalam badan
Jelas Puan Rafidah, karbohidrat adalah sumber tenaga yang utama di mana tubuh badan akan menggunakan karbohidrat terlebih dahulu sebelum menggunakan lemak dan otot sebagai sumber tenaga.
Diet tanpa karbohidrat boleh memudaratkan – Puan Rafidah
Tanpa kehadiran karbohidrat sebagai sumber tenaga utama, lemak akan digunakan seterusnya bahan keton akan terhasil akibat daripada metabolisme lemak asid. Keton yang hadir di dalam urin ini menunjukkan yang tubuh badan sedang menggunakan lemak sebagai tenaga dan ini menunjukkan yang tubuh badan sedang “kebuluran”.
Di antara simptom paras keton yang tinggi ialah dahaga, kerap kencing, dehidrasi, loya, muntah, nafas berbau, penglihatan terganggu serta boleh juga mengakibatkan kekeliruan pada otak. Ini adalah kerana kesan toksin akibat paras keton yang tinggi dan asid telah berkumpul di otak.
Pengambilan protein yang tinggi pula akan memberikan rasa kenyang serta kepuasan semasa makan. Harus juga diingatkan bahawa sekiranya peratusan pengambilan protein adalah berlebihan daripada saranan Panduan Dietari Malaysia, ianya boleh menyumbang kepada peningkatan paras asid urik seterusnya boleh mengakibatkan serangan gout.
Paras asid urik kebiasaannya meningkat pada individu yang mengalami penurunan berat badan secara drastik tanpa melakukan senaman yang berkala. Senaman berkala yang dilakukan bersama penurunan berat badan boleh mengelakkan serangan gout.
Selain itu pengambilan protein yang berlebihan juga adalah berbahaya kepada pesakit diabetes serta pesakit buah pinggang tanpa dialisis. Ini kerana ianya boleh mempercepatkan proses penyakit buah pinggang tersebut.
Sesetengah produk pelansingan yang juga menggunakan konsep yang sama pula menambahkan bahan-bahan aktif bagi merencatkan selera makan dan rasa lapar serta meningkatkan kadar pembakaran lemak.
Sebagai contoh, Garcinia Cambogia dan Hoodia Gardoni boleh mengurangkan selera makan manakala Guar Gum meningkatkan rasa kenyang serta L-Carnitine membantu pembakaran lemak.
Diet perlu dipatuhi dengan saranan diatetik yang diiktiraf- pix sumber internet
Tanpa perlu membayar lebih, kita sebenarnya boleh mempercepatkan rasa kenyang dengan mengambil lebih serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan serta produk milpenuh. Kadar metabolisma asas pula boleh ditingkatkan oleh pengambilan sesetengah bahan semulajadi seperti inulin serta dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang berkala.
Tak kisahlah kurus atau berisi, yang penting sihat. Ya tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.