Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Inilah perumpamaan yang sesuai disimpulkan mengenai kejayaan yang dirangkul gadis berusia 20 tahun ini.

Harashta Haifa Zahra baru-baru ini telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Miss Supranational 2024 sekaligus menyaksikan dirinya berjaya mengalahkan 67 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Dilahirkan di Jawa Barat, dia yang kemudiannya dibesarkan di Bandung sebelum ini terlebih dahulu telah memegang gelaran Puteri Indonesia 2024, satu gelaran berprestij dalam arena ratu cantik di negara tersebut.

BACA JUGA: Seni Budaya & Kepercayaan Masyarakat Iban Diterjemah Jadi Kostum Nasional Miss Supranational Malaysia 2024

Gadis Bandung, Pelajar Kejuruteraan Jadi Jaguh Dunia. Cipta Sejarah Sebagai Miss Supranational 2024

Kemenangan Harashta sekaligus mencipta sejarah kerana ini merupakan kali pertama gelaran Miss Supranational menjadi milik Indonesia.

“Masih terasa tidak nyata dan saya tidak sabar untuk menjalankan tugas saya sebagai Miss Supranational 2024 yang baru. Ini akan menjadi tahun yang sangat istimewa dan hati saya dipenuhi dengan kebanggaan.

Ads

“Terima kasih kepada negara saya atas sokongan Anda. Indonesia kita berhasil! Aku cinta kalian!” ucap gadis berusia 20 tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram rasmi Miss Supranational usai kemenangannya.

Selain bergelar juara, Harashta turut membawa pulang gelaran juara kategori bakat dan berada dalam keduduakan top 3 kategori best catwalk. Dalam sesi bakat, Harashta menonjolkan kebolehannya bermain kecapi dan menari tradisional.

Gadis Bandung, Pelajar Kejuruteraan Jadi Jaguh Dunia. Cipta Sejarah Sebagai Miss Supranational 2024

BACA JUGA: Isteri, Ibu, Janda & Wanita Lebih 28 Tahun Dibenarkan Bertanding Dalam Miss Universe Malaysia 2024

Biarpun begitu minat dalam dunia ratu cantik. Dia bukanlah seorang yang kosong, sebaliknya gadis dengan ketinggian 173cm ini merupakan  seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan persekitaran di Institut Teknologi Nasional Bandung.

Ads

Selain Harashta, tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh wakil Amerika Syarikat, Jenna Dykstra manakala tempat ketiga dimenangi oleh Justýna Zedníková dari Republik Czech.

Wakil Malaysia,  Adreanna Celly turut bertanding dalam pertandingan berprestij itu namun tidak berjaya tembus ke pusingan top 25 sekaligus kandas.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ads

 

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI