Gadis cilik berusia 14 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan salah seorang Mouseketeers yang menghiasi program Club Mickey Mouse (CMM) di Disney Channel. Erissa atau nama penuhnya, Erissa Puteri Binti Hashim juga pernah menyertai program Ceria Popstar di Astro. Sejauh manakah kita mengenali gadis cilik yang cukup meminati Disney Princess seperti Belle dan Ariel?
Jom kita kenali Erissa!
Siapakah Mouseketeers sebelum ini yang paling Erissa kagumi?
Ramai sangat Mouseketeers yang telah berjaya mecipta nama. Bagi saya, Britney Spears kerana dia sangat berbakat bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi penghibur bertaraf antarabangsa. Cita-cita saya untuk menjadi sehebat Britney Spears bila dewasa nanti.
Apakah kelebihan yang ada pada Erissa sebagai seorang Mouseketeers?
Sejak kecil saya memang suka berlakon, menari dan menyanyi. Peluang menjadi salah seorang Mouseketeers merupakan peluang keemasan untuk saya terus polish bakat sendiri.
CMM mempunyai sejarah cukup kaya dengan melahirkan ramai bintang-bintang popular. Bagaimana perasaan Erissa menjadi sebahagian daripada keluarga CMM Malaysia?
Semestinya saya berasa cukup bertuah kerana terpilih menjadi Mouseketeers pertama Malaysia. Ia meerupakan seakan mimpi menjadi kenyataan.
Boleh kongsikan bagaimana Erissa boleh menjadi seorang Mouseketeers?
Apabila pihak produksi menghubungi saya tentang peluang ini, saya berasa cukup teruja! Saya telah melalui beberapa fasa uji bakat di mana saya perlu menari, menyanyi dan berlakon. And yes, i got the part!

Erissa sebagai seorang Mouseketeers. Apakah yang dapat Erissa berikan?
Setiap seorang daripada kami mempunyai bakat dan kelebihan unik masing-masing. Dengan kelebihan itulah kami mampu bekerjasa sebagai sebuah pasukan dengan baik. Kami semua sangat komited dan sentiasa berikan terbaik unuk CMM.
Pada pendapat Erissa, adakah media sosial membuatkan semakin ramai remaja tidak menonton televisyen?
Ya, saya harus akui remaja sekarang lebih banyak luangkan masa bersama telefon pintar dan gajet. Media sosial memang memainkan peranan yang lebih besar berbanding dahulu.
Berapa kerapkah Erissa luangkan masa dengan media sosial setiap hari?
Seperti rakan sebaya lain, saya sentiasa check media sosial setiap hari. Lagipun saya suka berinteraksi dengan peminat CMM.
Adakah Erissa menggunakan media sosial sebagai platform berhubung dengan peminat CMM?
Ya, saya sentiasa gunakan media sosial untuk berinteraksi dengan mereka. Setiap updates saya lakukan di Instagram contohnya sentiasa mendapat respons yang cukup baik.
Anda mungkin berminat dengan
Momen paling best setakat ini sepanjang Erissa bergelar sebagai Mouseketeers?
Berjumpa dengan peminat CMM dan ibu bapa mereka yang mengenali saya sebagai salah seorang Mouseketeers. Mungkin inilah yang dirasai oleh Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera dahulu.
Cita-cita bila dewasa?
Mungkin sebagai seorang akauntan kerana saya menang suka dengan nombor dan matematik. Ia merupakan subjek favourite saya di sekolah! Pada masa yang sama saya juga berharap dapat menjadi seorang penghibur dan artis.
Jangan lupa saksikan telatah Erissa dan rakan-rakan Mouseketeers menerusi Club Mickey Mouse di Disney Channel (Astro saluran 615) pada episod terbaru Jumaat ini jam 1.30 tengahari.
∞
Pempengaruh dan usahawan jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra baru-baru ini meraih perhatian selepas berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan puteri kedua beliau pada 4 Mei lalu.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Tyra kelihatan tersenyum bahagia bersama suami setelah selesai melahirkan bayi kedua perempuan mereka.
BACA: Dengan Mas Kahwin RM1111, Tyra Kamaruzzaman Sah Bergelar Isteri Pereka Fesyen, Emran Rijal
“Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah. Pada pagi indah 4 Mei yang lalu, kami telah menyambut satu lagi doa yang dimakbulkan hadir dalam hidup kami. Cahaya mata kedua kami, Elaira Emran,” tulis Tyra di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Sementara itu, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111. Pada 19 Januari tahun lalu, mereka dikurniakan anak sulung yang bernama Tyara.
Sumber: Instagram Tyra Kamaruzzaman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Suami kepada pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, Dr. Sew Jim Ding meraih perhatian pengguna media sosial apabila bersungguh mempromosi filem lakonan terbaharu isteri tercintanya yang berjudul filem Sheriff: Narko Integriti.
Menerusi satu klip video di TikTok, Dr. Siew yang merupakan seorang doktor perubatan dilihat sedang mempromosikan lakonan Elizabeth yang lebih disapa Lizzy ini kepada beberapa orang jururawat di sebuah hospital di ibu negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Turun Berat 6KG Demi Watak Hanna, Elizabeth Tan Teruja Dapat Berlakon Dalam Drama Adaptasi Korea

“Filem ini memang best, Syafiq Yusof memang best. Elizabeth Tan dia watak yang keempat,” reaksinya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat Dr. Siew di tempat kerja selain memujinya kerana menyokong penuh kerjaya isterinya sebagai seorang anak seni.

“Watak keempat pun boleh lah doktor…” seloroh seorang pengguna.
“Suami dia tidak ada sangat slang Chinese. Pertama kali dengar suami dia cakap bahasa Melayu,” komen pengguna yang lain.
“Very supportive husband” tulis ringkas.

Filem Sheriff merupakan hasil karya terbaharu pengarah terkenal Syafiq Yusof yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz dan Azira Shafinaz.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok missviraltv
∞
Seperti yang kita tahu YB Syed Saddiq sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Singapura dalam kursus eksekutif Polisi Awam, Sekolah Polisi Awam Lee Kuan Yew sejak September tahun lalu. Disebabkan pandemik Covid-19, pengajiannya diadakan secara atas talian sahaja.
Namun kini dia perlu ke sana untuk menghadiri kelas fizikal selama sebulan. Satu perkara yang paling menarik perhatian dalam hantarannya di Instagram adalah tentang pendiriannya mengenai gaji yang bakal diperoleh ketika tidak mampu bertugas di tanah air kerana perlu berada di luar negara untuk hal peribadi.
Ujarnya, “Saya akan berada di Singapura selama sebulan, bukan untuk bercuti sebaliknya untuk belajar. Sepanjang berada di Singapura, segala usaha yang telah dilakukan selama ini akan diteruskan oleh pasukan saya di Muar. Saya juga dengan rendah diri memulangkan wang gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan parlimen Muar sepanjang saya berada di Singapura.”

Sejak darurat diisytiharkan, ahli parlimen berusia 28 tahun ini dan pasukannya telah berjaya membantu 765 buah keluarga menerima bantuan komputer riba dan juga tablet, manakala 5500 buah keluarga pula menerima bantuan bank makanan dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar.
Melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh, Syed Saddiq berharap agar segala ilmu yang ditimba mampu diaplikasikan untuk menjadikan dirinya ahli parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Malaysia.
***P/S – Sudahkan anda mendaftar sebagai pengundi? Kalau belum, segera mendaftar. Suara anak muda sangat penting dalam mencorak masa depan negara.
Sumber gambar: Instagram Syed Saddiq
∞