Kita sering mendengar ramai yang mengatakan bahawa terlalu banyak makan ubat boleh rosakkan buah pinggang. Namun, sejauh mana kebenaran mengenai kenyataan ini?
Jom kita dapatkan penjelasan daripada Dr. Rafidah Abdullah selaku pakar perunding buah pinggang.
Menurut beliau dalam kenyataannya di laman Facebook, sebagai doktor perubatan, tiada jawapan YA atau TIDAK kepada apa-apa soalan sekali pun. Tapi, Dr. Rafidah telah mengupas isu ini dengan memberikan penjelasan yang paling ringkas bagi memudahkan masyarakat untuk memahaminya.
Gambar hiasan
Berikut merupakan beberapa soalan yang sering menjadi tanda tanya dan disertakan bersama jawapan daripada doktor ini juga.
1. Adakah ubat penyakit kronik seperti seperti kencing manis dan darah tinggi merosakkan buah pinggang?
Jawapan: TIDAK jika korang dipantau
2. Adakah herba/suplemen rosakkan buah pinggang?
Ads
Jawapan: Kemungkinan YA. Jawapannya mungkin sebab istilah herba & suplemen itu luas. Kami tak tahu apa bahan yang anda nak telan masuk badan. Jika nak ambil, jumpa dan tanya Doktor supaya mereka boleh memantau. Tapi, kenapa perlu ambil apa yang anda tidak perlu? Terutamanya yang OVERCLAIM; jauhi produk macam ini.
3. Adakah ubat tahan sakit seperti Ponstan/Voltaren rosakkan buah pinggang?
Ads
Jawapan: YA, jika korang kerap sangat ambil tanpa pantauan
4. Adakah antibiotik rosakkan buah pinggang?
Jawapan: Kemungkinan TIDAK. Kebiasaan risiko rosak buah pinggang akut adalah disebabkan penyakit jangkitan kuman itu sendiri, bukan sebab rawatan yang diberi.
Ads
Walaubagaimanapun, rawatan antibiotik perlu untuk menyelamatkan nyawa anda. Jika ada risiko buah pinggang pun, kena diberikan. Tidak guna maut kerana nak “menyelamatkan” buah pinggang, tapi nyawa korang melayang.
Korang juga boleh lihat video penuh ulasan Dr. Rafidah di laman YouTubenya.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat serta ilmu buat korang yang selama ini mungkin tertanya-tanya adakah kesan pengambilan ubat terhadap buah pinggang.
Paling penting, ikut sahaja saranan doktor yang merawat dan elakkan makan produk ‘sampah’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa peminat siapalah golongan artis dalam dunia seni hiburan tanah air.
Sudah menjadi lumrah bagi acara anugerah yang memerlukan undian peminat untuk menjadi lubuk memancing perhatian, sokongan dan usaha para peminat bagi memberikan hadiah terindah buat artis kegemaran masing-masing. Pada malam ini di acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, akhirnya kita akan mengetahui populariti siapakah yang paling memuncak dan konsisten sepanjang musim wabak COVID-19 ini.
Disebabkan olehh kekangan pandemik di Malaysia, golongan penghibur tanah air merupakan antara golongan yang paling terkesan disebabkan ketiadaan peluang pekerjaan dan projek baharu sehinggakan ada yang perlu menjadi bidang terjun dan melakukan pekerjaan lain demi meneruskan kehidupan. Begitupun, sebilangan daripada mereka masih terus disokong oleh kelab peminat sendiri biarpun tanpa kehadiran buah tangan baik filem, drama, telemovie dan lagu terbaru.
Dengan kehadiran ramai bintang baharu pada tahun 2020 dan 2021, ABPBH 34 jelas diwarnai gabungan antara artis baharu dan lama. Dengan kuasa media sosial, projek yang menjadi bualan masyarakat malah kisah kontroversi yang melibatkan sesetengah daripada mereka, agak-agak siapakah yang bakal dinobatkan dengan gelaran keramat, Bintang Paling Popular malam ini?
Khabarnya, antara nama-nama yang dicanang mampu memberikan saingan sengit bagi gelran tersebut ialah Siti Nordiana, Haqiem Rusli dan Janna Nick. Tidak dinafikan, mereka bertiga sememangnya disayangi oleh peminat mereka hinggakan berjaya membawa pulang anugerah undian peminat selama beberapa kali selama ini.
Tahun lalu, Haqiem telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular. Adakah bakal pengantin berusia 23 tahun itu akan sekali lagi mengulangi kejayaan pada tahun 2020 hasil undian Qiemilio?
Atau adakah Siti Nordiana bersama kelab peminatnya, Siti Nordiana FC akan merampas gelaran tersebut dan Nana akan membawa pulang trofi tersebut buat kali pertama dalam sejarah pembabitannya dalam dunia seni nyanyian? Masing-masing juga hadir dengan lagu baharu seperti Mimpi dan Angkara yang mencipta fenomena tersendiri.
Usah dilupa kisah sensasi melibatkan Nana dan isu saman-menyaman lima rakannya yang menjadikan nama Nana terus mekar dalam laporan akhbar dan portal hiburan.
Kisah sensasi punya pengaruh yang kuat sebenarnya dalam menentukan relevannya seseorang artis itu. Mungkin ini bakal menjadi katalis kepada kemenangan Janna Nick pada tahun ini setelah namanya tidak lekang daripada menjadi topik perbualan di samping meneruskan kerjaya dengan projek lakonan yang sering mendapat tempat di hati penonton.
Kategori Artis Baharu Popular
Kategori paling dinanti-nantikan pastinya terarah kepada kategori Artis Baharu Lelaki & Wanita Popular. Bukan saja calon-calon dalam kategori ini popular dan menjadi sebutan generasi Y & Z terutamanya di media sosial, kategori ini juga hanya akan hadir sekali dalam hidup mereka sebagai anak seni.
Menerusi projek drama popular seperti Projek: Anchor SPM dan i-Tanggang yang kini hangat disiarkan, juara Hero Remaja 2020 Nadhir Nasar tidak menafikan dirinya ada meletakkan harapan untuk membawa pulang kategori Artis Baharu Lelaki Popular.
Begitu juga dengan rakan seperjuangannya, Meerqeen yang menduduki tempat ketiga dalam Hero Remaja 2020 yang mengakui bahawa trofi ABPBH adalah di antara trofi yang menjadi idamannya sejak zaman kanak-kanak lagi. Namun, laluan mereka berdua tidak mudah apabila dia perlu berdepan dengan serta artis baharu lain yang tidak kurang popular seperti Aliff Iskandar, Dinie Rashid dan Fadh Majid.
Bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular pula, nama kumpulan Dolla disebut-sebut sebagai calon yang akan membawa pulang kemenangan pada malam ini apabila melihat ke arah sokongan padu daripada kelab peminat mereka; i-Dolla selama ini. Empat lagi calon lain ialah Farisha, Aisha Retno, Loca B dan Norreen Iman.
*
Seperti tahun lalu, ABPBH 34 masih akan terus memastikan penganjuran pada malam ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Dari segi pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan jumlah kapasiti enam orang di atas pentas akan dijaga.
Selain itu, individu yang akan berada di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur pada malam ini juga telah diwajibkan menjalani ujian calitan terlebih dahulu dan mendapatkan dua dos lengkap vaksinasi COVID-19.
ABPBH 34 akan diacarakan secara solo oleh Sherry Al-hadad. Manakala, acara karpet merah bermula 8.30 malam ini pula akan menampilkan Sissy Iman bersama Izzue Islam secara langsung di YouTube TV3Malaysia Official.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya untuk menangkap SEORANG penceroboh, syarikat recording terkenal Korea Selatan iaitu SM Entertainment memerlukan TIGA PULUH orang anggota polis untuk berada di tempat kejadian.
Kejadian pencerobohan masuk ke dalam bangunan SM yang terletak di Gangnam, Seoul ini berlaku kira-kira tengah malam tadi.
Ketika kebanyakan staf tiada di pejabat kerana cuti hujung minggu, penceroboh lelaki yang namanya dirahsiakan itu mengetuk cermin bangunan di aras basement sehingga pecah dan menceroboh masuk.
Dia kemudiannya menggunakan tangga kecemasan dan mencuba setiap pintu masuk ke dalam pejabat.
Kebetulan, pintu di aras 7 bangunan tidak berkunci dan penceroboh bertindak masuk sebelum ahli keselamatan menyedari kehadirannya.
30 orang anggota polis terlibat dalam operasi selama sejam untuk menenangkan lelaki tersebut sebelum dia diberkas. Mengikut undang-undang, dia boleh dikenakan cas tindakan menceroboh.
Walaupun identiti lelaki tersebut dirahsiakan, laporan daripada media Soompi berkata dia seakan tidak siuman. Ini kerana dia mendakwa mendengar ‘suara penyanyi Korea’ memanggilnya ke dalam bangunan.
Err, agak-agak Red Velvet ke yang panggil dia? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rupa seorang lelaki yang dahulu agak hodoh bertukar kacak sehingga dia tidak dikenali ibunya sendiri. Perubahan paras rupa buruh binaan, Nopajit Monlin seakan-akan bintang K-Pop Korea menyebabkan jejaka ini menjadi gilaan ramai gadis di Thailand.
Selepas melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan, ternyata wajah pemuda ini berubah 100 peratus, jauh lebih kacak berbanding wajah asalnya. Pembedahan plastik memang sangat popular di negara tersebut malah susah untuk mencari wajah asli kerana kebanyakan anak muda memilih melakukan pembedahan di wajah mereka.
Tapi sebelum mengutuknya, ada sebab mengapa pemuda ini melakukan tranformasi pada wajahnya. Sejak lahir, Nopajit Monlin dilahirkan dengan rahang bengkok dan sulit mengunyah makanan.
Kisah hidupnya mulai diperkatakan apabila dia muncul dalam rancangan Let Me In Thailand – Versi Thailand dari sebuah rancangan TV popular di Korea Selatan. Melihat kesukaran dirinya menjamah makanan serta rasa rendah diri yang sentiasa wujud, dirinya terpilih memasuki rancangan tv itu untuk make over wajah.
Di musim ke-3 program popular itu, Nopajit terpilih untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan. Disebabkan kelainan paras, wajahnya diubah 100 peratus. Bermula dari rahang, dahi hingga kelopak mata. Kelenjar lidahnya juga disuntik botok untuk membaiki air liur yang keluar berlebihan. Malah noda-noda di wajahnya juga hilang selepas menjalani perawatan.
Untuk memulihkan keseluruhan wajahnya, memerlukan masa tiga bulan. “Drama tangisan” bermula saat ibunya tidak lagi mengenali anak yang dilahirkan kerana perubahan ketara pada wajahnya.
Mereka duduk bersebelahan di dalam sebuah restoran kesukaan mereka tetapi saling tidak bertegur sapa. Saat kamera dihalakan ke arah ibunya, ibunya memaklumkan dia sangat merindui anaknya itu kerana sudah berbulan tidak bertemu.
“Saya sangat merinduinya,” katanya sambil menangis di depan kamera saat ditanya tentang anaknya.
Nopajit kemudian dilihat berjalan menghampiri ibunya dan memperkenalkan dirinya. “Ibu, ingat tak saya, cuba lihat diri saya sekarang,” kata pemuda ini.
Selepas itu, drama tangisan berlangsung lama kerana ibunya seperti tidak mempercayai jejaka kacak itu adalah anaknya. Berkali-kali dia nafikan sehinggalah bekas luka di tangan ditunjukkan dan selepas itu baru dia akuinya.
Dalam program tv tersebut, Nopajit melahirkan rasa syukurnya kerana perubahan atas penampilannya itu. Katanya lagi, tiada lagi orang memandangnya dengan satu pandangan sinis.
“Saya berasa jauh lebih baik. Dahulu masyarakat melihat saya dengan kelainan dan tidak dapat menerima kecacatan ini. Tapi sekarang, saya dapat banyak kenalan baru. Sumber Pos Kota News.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.