Bintang terkenal K-Pop, Jimin BTS baru-baru ini menyentuh hati orang ramai sekali lagi apabila dana biasiswa berjumlah 100 juta Korea Won (sekitar RM300,000). Difahamkan, sumbangan ini juga menjadi sebahagian daripada tradisi selama enam tahun beliau menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan di Korea Selatan.
Menurut Pejabat Pendidikan Wilayah Khas Jeonbuk pada 25 September, Jimin atau pemilik nama sebenar Park Jimin (30) telah berniat untuk menyampaikan derma sejak Julai lalu. Bagaimanapun, beliau baru sempat menyampaikan sumbangan tersebut melalui bapanya kepada Yayasan Biasiswa Kasih di bawah seliaan pejabat.
Dalam pada itu, dana ini akan digunakan untuk membantu pelajar sekolah rendah, menengah, sekolah menengah atas, hingga sekolah pendidikan khas (SLB), meliputi mereka yang berprestasi tinggi mahupun yang memerlukan sokongan kewangan.
Ads
Sementara itu, menurut pemangku penguasa pendidikan Jeonbuk, Yoo Jeong-gi berkata, beliau amat menghargai perkongsian penuh kasih sayang ini demi masa depan anak-anak serta menjelaskan dana biasiswa berkenaan akan disampaikan dengan penuh perhatian kepada pelajar yang memerlukan.
Sejak tahun 2019, pelantun lagu ‘Set Me Free Pt.2’ dan ‘Like Crazy’ itu sering menyalurkan sumbangan sebanyak 100 juta Korea Won setiap tahun kepada beberapa pejabat pendidikan di Korea Selatan, termasuk Busan, Jeonnam, Gangwon, Chungbuk, Gyeongnam dan terbaru, Jeonbuk. Usaha ini menunjukkan konsistensi beliau dalam melakukan kebaikan selama enam tahun berturut-turut.
Selain biasiswa, Jimin juga aktif dalam kerja-kerja filantropi lain. Di mana, beliau pernah menyumbang kepada Green Umbrella Children’s Foundation bagi menyokong pesakit polio melalui Rotary Antarabangsa, membantu prajurit menerusi Dana Patriotisme dan Persahabatan Angkatan Darat, serta menyalurkan bantuan pascagempa Turki-Syria.
Ads
Setiap sumbangan ini sekaligus mengukuhkan imej Jimin bukan sahaja sebagai artis global tetapi juga sebagai figura yang prihatin, berjiwa besar dan memberi inspirasi kepada peminat di seluruh dunia.
Dalam perkembangan lain, BTS dikhabarkan sedang dalam persiapan untuk melancarkan album penuh yang dijadualkan pada separuh pertama tahun hadapan, sekaligus menambah keterujaan peminat khususnya BTS ARMY terhadap perjalanan muzik kumpulan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengumuman bantuan Peruntukan Nasional 2020 semalam oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sedikit sebanyak melegakan rakyat.
Di saat getir penularan Covid-19 ini, ramai pihak yang khuatir mereka tidak dapat melangsungkan kehidupan setelah punca pendapatan masing-masing tersekat sepanjang tempohh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Ini termasuklah pelajar peringkat pengajian tinggi di seluruh negara.
Seperti yang diumumkan, korang juga tidak terkecuali apabia korang layak menerima bantuan sebanyak RM200 seorang.
Ia melibatkan peruntukan RM270 juta dan melibatkan para pelajar daripada pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuklah IPT awam, IPT swasta, matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik.
Bayaran berbentuk one-off (sekali bayar) itu bagaimanapun akan diterima oleh korang pada bulan Mei 2020. Jadi sementara waktu itu, korang dinasihatkan untuk cuba berjimat seboleh baik.
Bagi yang masih menetap di hostel, REMAJA nasihatkan agar korang menerima bantuan makanan yang disediakan oleh kerajaan, pihak universiti dan badan-badan tertentu.
Buat masa ini, maklumat mengenai cara memohon Bantuan Prihatin Nasional ini masih belum diterima dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa secara rasmi oleh kerajaan.
Korang seharusnya hanya mendapatkan makluman rasmi menerusi laman web MyBSH. Semak status permohonan dan pembayaran korang di sini kelak.
Sementara itu, ELAKKAN daripada mengisi APA-APA BORANG ataupun membalas panggilan telefon yang mendakwa mereka memanggil daripada pihak kerajaan bagi megelak ditipu oleh scammers.
Untuk pengetahuan, korang juga layak untuk menerima internet percuma berkelajuan tinggi bermula April ini. Cer lihat apa yang dimaksudkan dengan bantuan tersebut.
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi bahan perbandingan dengan artis lain.
Penyanyi berusia 60 tahun itu, sebaliknya memilih untuk kekal berfikiran positif dan menganggap segala bentuk perbandingan sebagai satu pembakar semangat buat dirinya untuk memberikan persembahan terbaik kepada para peminat.
“Tak ada tekanan, sebenarnya lebih memberi kita semangat untuk pergi lebih jauh.
“Jadi saya fikir benda itu kita ambil positif dan rasa macam lagi seronok dan semangat. Semua kawan-kawan pun bagi semangat,” katanya kepada Remaja ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama Ella di Cili Kampung, Sunway Pyramid.
Mengulas mengenai persediaan mental berdepan kritikan serta perbandingan daripada netizen, pelantun lagu popular Retak itu enggan membuang tenaga dengan perkara yang tidak memberi manfaat.
“Tapi kita semua tahu yang netizen memang suka buat macam itu (bandingkan). Biar sajalah.
“Jadi, saya rasa mereka dapat nilaikan. Kalau nak kena komen dan sebagainya, dia tetap akan berterusan sampai bila-bila, yang baik kita ambil, yang tak baik kita tak perlu tengok pun.
“Setakat ini pun saya tak ada apa-apa respons. Kalau rasa benda itu tak beri semangat, bagi manfaat jadi kita biarkan saja,” jelasnya.
Untuk rekod, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini dan bakal menampilkan beberapa penyanyi sebagai tetamu jemputan, antaranya Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys).
Lebih mengujakan, Ella turut memberi bayangan bakal ada kejutan dengan kemunculan beberapa lagi penyanyi dalam konsert solo berskala mega tersebut.
Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, tiket konsert berkenaan dilaporkan telah terjual sehingga 90 peratus sejak mula dibuka kepada umum pada 8 Disember lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui bintang jelita, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah sejak akhir Januari, baru-baru ini bersama suami tercintanya, Muhammad Shazli Azhar serta putera sulung mereka, Shariq Gabriel.
Menerusi sebuah hantaran terbaharu di Instagram, pelakon itu dilihat ada berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama suami di hadapan Kaabah dan menceritakan bahawa dia pernah berdoa di hadapan Kaabah agar dipercepatkan jodoh pada empat tahun yang lalu.
Menitipkan rasa kesyukuran, Emma sekali lagi diberikan kesempatan ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga kecilnya dan ahli keluarganya yang lain.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh , doa Emma nak kawin tahun depan itu juga. Dan setahun kemudian, 2020 Alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma.
“Emma kahwin dan telah dikurniakan anak dalam tahun yang sama seperti apa yang Emma doakan. Dan tahun ini emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kabaah bersama suami dan anak.
“Ya tuhan sekalian alam, tuhan maha mendengar lagi berkuasa, terima kasih kerana memakbulkan doa ku, syukur Ya Rabb,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan doa yang baik-baik buat aktres tersebut selain turut mendoakan agar keluarganya sentiasa istiqamah dalam menutup aurat selepas pulang dari tanah suci.
Sekadar informasi, Emma dan suami telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020 dan menimang cahaya mata sulung mereka pada 8 November 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Kaki aku jadi lemah saat melihat Kaabah.” Kisah menyentuh tentang perjalanan hidayah seorang wanita yang pernah hidup sebagai pengkid sebelum berubah selepas menunaikan umrah di Mekah.