Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sering menjadi bahan perbandingan dengan artis lain.
Penyanyi berusia 60 tahun itu, sebaliknya memilih untuk kekal berfikiran positif dan menganggap segala bentuk perbandingan sebagai satu pembakar semangat buat dirinya untuk memberikan persembahan terbaik kepada para peminat.
“Tak ada tekanan, sebenarnya lebih memberi kita semangat untuk pergi lebih jauh.
“Jadi saya fikir benda itu kita ambil positif dan rasa macam lagi seronok dan semangat. Semua kawan-kawan pun bagi semangat,” katanya kepada Remaja ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama Ella di Cili Kampung, Sunway Pyramid.
Mengulas mengenai persediaan mental berdepan kritikan serta perbandingan daripada netizen, pelantun lagu popular Retak itu enggan membuang tenaga dengan perkara yang tidak memberi manfaat.
Ads
“Tapi kita semua tahu yang netizen memang suka buat macam itu (bandingkan). Biar sajalah.
“Jadi, saya rasa mereka dapat nilaikan. Kalau nak kena komen dan sebagainya, dia tetap akan berterusan sampai bila-bila, yang baik kita ambil, yang tak baik kita tak perlu tengok pun.
Ads
“Setakat ini pun saya tak ada apa-apa respons. Kalau rasa benda itu tak beri semangat, bagi manfaat jadi kita biarkan saja,” jelasnya.
Untuk rekod, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini dan bakal menampilkan beberapa penyanyi sebagai tetamu jemputan, antaranya Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys).
Lebih mengujakan, Ella turut memberi bayangan bakal ada kejutan dengan kemunculan beberapa lagi penyanyi dalam konsert solo berskala mega tersebut.
Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, tiket konsert berkenaan dilaporkan telah terjual sehingga 90 peratus sejak mula dibuka kepada umum pada 8 Disember lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah Kedah setelah menjulang Piala FA 2019 dengan menundukkan Perak 1-0 semalam di Bukit Jalil !
Tentunya semua peminat boleh sepak negara masih memperkatakan mengenai gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh pemain remaja Kedah berusia 21 tahun, Fadzrul Danel Nizam pada masa tambahan.
Baru saja dimasukkan selama 1 minit selepas menggantikan rakan pasukan, Danel tak menunggu masa yang lama untuk warm up. Malah dia bijak mencari ruang dan keserasian dengan rakan sepasukan hingga boleh menghasilkan jaringan pantas!
“Saya terfikir juga sama ada akan diberi peluang untuk bermain atau tidak oleh coach. Apa yang saya buat hanyalah fokus untuk panaskan badan dan JIKA dibawa masuk ke padang, saya beritahu diri sendiri untuk tak sia-siakan peluang itu.
“Lagipun ini pentas final, belum pernah lagi saya bermain di hadapan penonton seramai ini! Memang rezeki saya tercapai bermain untuk Kedah semalam,” katanya kepada rakan media di BERNAMA.
Menceritakan detik masuk ke dalam padang, Danel hanya mendengar arahan coach, Aidil Sharin Sahak saja dan tak mengendahkan tekanan dari penonton.
“Pesan beliau adalah untuk gunakan kelebihan saya untuk membantu pasukan meraih kejayaan. Beliau ingin saya cari ruang dan apabila mendapat bola, bawa ia ke depan.
“Itu saja, ringkas. Rasa gemuruh memang ada kerana ini final pertama saya di skala pertandingan sebesar ini tapi saya masih boleh mengawal perasaan itu dengan cuba mengikut arahan beliau.
“Saya bersyukur sangat kemenangan milik kami (Kedah) dan saya pun tidak sangka dapat membantu menjaringkan gol.”
Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya cemerlang dalam pendidikan, menjadi impian orang tua untuk melihat anak menggenggam segulung ijazah.
Personaliti popular Malaysia, Rozita Che Wan hari ini berkongsi mengenai anak sulungnya, Ammar Effendy yang kini sudah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda berganda.
Tulisnya di laman Instagram, “Alhamdulillah, syukur Allah SWT bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela, 12 tahun menjadi ibu tunggal, dalam kepala cuma ada azam untuk besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik untuk mereka. Tidak terfikir langsung untuk diri sendiri.”
Rozita yang mesra dipanggil Che Ta kemudiannya berkongsi mengenai perjalanan pendidikan anaknya dan juga pengalaman susah payah untuk menyekolahkan mereka.
Tambahnya lagi, “Mereka dapat masuk Maktab Rendah Sains MARA lepas tu upgrade masuk ke Kolej Yayasan Saad. Mereka kemudiannya dapat straight A’s dan masuk Taylor’s University.
“Untuk kami yang pendapatan tak tetap ketika itu hendak bayar yuran Kolej yayasan Saad, memang mencanak cari duit, tetapi Allah permudahkan segalanya. Hari ini Ammar Effendy pula yang bergraduasi! Double degree dalam tangan.”
Bukan calang-calang ibu yang berjaya membesarkan anak dengan baik, ternyata penat lelah wanita anggun ini tidak sia-sia. Ammar sebelum ini cemerlang memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Sebelum ini adiknya, Aniq Ezra terlebih dahulu bergraduasi dan tamat dan turut dianugerahkan ijazah sarjana muda berganda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memandangkan pendidikan merupakan sektor penting dalam melahirkan masyarakat holisitik,pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan demi meningkatkan sistem pendidikan.
Tapi korang tahu tak sebenarnya di Malaysia pendidikan hanya wajib untuk kanak-kanak hanyalah bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam sahaja di bawah Akta Pendidikan 1996.
Semalam Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah meluahkan rasa terkejut baginda apabila mengetahui pendidikan wajib di Malaysia hanyalah sehingga Tahun Enam sahaja.
Sedar dengan kepentingan pendidikan dalam mencorakkan kehidupan seseorang, baginda telah mengesyorkan agar kerajaan mewajibkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima di Malaysia.
i always thought education is compulsory till form 5 n was shocked to learn today that school is only compulsory till std 6. jadi sy ingin syor kan kpd kjaan msia supaya semua rakyat msia di wajibkan bersekolah sehingga tingkatan 5,to eradicate poverty n end child marriage
— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 4, 2019
Perkara yang diluahkan menerusi akaun rasmi Twiter milik baginda itu mendapat perhatian ramai yang turut bersetuju dengan pendapat baginda.
Pada baginda, pendidikan dapat membasmi kemiskinan serta menghentikan perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak.
Netizen Respon!
Rata-rata netizen memuji dan menyokong saranan yang di ajukan oleh Tuanku Permaisuri ini.
Good Initiative!
Total Agreed!
Setuju Tuanku
Awal tahun ini, Timbalan Menteri Pendidikan. Teo Nie Ching mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan kanak-kanak melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.
Kegagalan ibu bapa dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah memungkinkan mereka berdepan dengan denda sebanyak RM5,000 atau pun penjara selama enam bulan.