Pelakon dan penyanyi dari kumpulan GOT7, Jinyoung GOT7 baru-baru ini dilaporkan telah membuat sumbangan bernilai 100 juta Korea Won bagi menyokong penyediaan makanan kepada kanak-kanak sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 pada 22 September, semalam.
Menurut badan bukan kerajaan antarabangsa yang memperjuangkan hak kanak-kanak, Save the Children berkata, sumbangan tersebut diberikan khusus untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah menjelang sambutan perayaan Chuseok.
Mengulas mengenai sumbangan itu, Jinyoung atau nama penuhnya Park Jinyoung berkata, beliau percaya kemampuannya untuk terus melangkah ke hadapan adalah kerana kasih sayang dan sokongan peminat.
Kredit foto: IG Jinyoung GOT7Kredit foto: IG Jinyoung GOT7
“Saya selalu berfikir bagaimana cara untuk membalas kembali cinta besar yang telah saya terima. Saya bersyukur kerana dapat menyumbang walaupun sedikit demi melindungi senyuman kanak-kanak”
“Saya akan terus berlakon dan menyanyi dengan penuh keikhlasan serta usaha terbaik,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, dana sumbangan tersebut akan digunakan bagi menyediakan makanan istimewa kepada keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah kekurangan makanan atau jurang penjagaan akibat cabaran ekonomi dan keibubapaan serta ia akan disalurkan untuk memperbaiki persekitaran dapur.
Kredit foto: IG Jinyoung GOT7Kredit foto: IG Jinyoung GOT7
Sekadar info, Jinyoung sebelum ini tidak asing lagi dalam kerja kebajikan. Pada Februari 2023, beliau pernah menyumbangkan 30 juta Korea Won bagi membantu mangsa gempa bumi di Turki-Syria. Atas usaha tersebut, beliau telah dilantik sebagai ahli tetap Save the Children’s Honors Club.
Ads
Pada April 2025 pula, beliau sekali lagi menghulurkan sumbangan sebanyak 30 juta Korea Won untuk membantu kanak-kanak serta keluarga yang terkesan akibat gempa bumi di Myanmar. Usaha konsistennya ini memperlihatkan sisi positif seorang selebriti yang menggunakan pengaruhnya untuk kebaikan masyarakat.
Ads
Kredit foto: IG Jinyoung GOT7
Untuk pengetahuan, selain aktif sebagai penyanyi K-Pop, Jinyoung mula dikenali sebagai pelakon menerusi drama Dream High 2 pada tahun 2012. Kemudian, tampil sebagai anggota K-pop popular, GOT7 yang bernaung dibawah JYP Entertainment.
Selain aktif bersama GOT7, Jinyoung juga pernah membintangi pelbagai drama seperti When a Man Loves, Dear Silver Bell, Psychometry’s Him, Devil Judge, Yumi’s Cells dan Unknown Seoul yang terus mengukuhkan reputasinya sebagai seorang artis serba boleh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di atas peta, kedudukan Taiwan dan China hanya dibezakan kira-kira 130 kilometre.
Namun, sehingga kini, mereka berjaya untuk mengekal jumlah kes jangkitan Covid-19 pada jumlah yang rendah! Pelik juga kan.
Menurut wakil Persatuan Muslim Cina Taiwan iaitu Puan Zaharah, komuniti Muslim di sana sedang mengambil langkah berjaga-jaga termasuklah di surau serta masjid.
“Mereka memakai topeng muka dan suhu badan diperiksa sebelum memasuki pekarangan masjid. Sesiapa yang mempunyai suhu badan tinggi 100 peratus tak dibenarkan.
“Kawasan dalam dan luar masjid juga disemburkan dengan produk deep sanitization & disinfection pada setiap hari oleh mereka.
“Paling penting tidak kiralah kepercayaan rakyat Taiwan, seluruh pulau ini bersatu untuk menentang virus yang semakin merebak ini,” jelasnya.
Hasilnya, Taiwan berjaya menangani Covid-19 buat masa ini. Daripada 100 kes yang dilaporkan, 70 peratus adalah merupakan kes pelawat. Walaupun kedudukannya dekat dengan China dan selalu menerima kemasukan orang asing, jumlah tersebut diakui rendah.
Lalu, pakar kesihatan antarabangsa telah memuji persediaan rapi dan pantas Taiwan serta rakyatnya yang berdisplin dalam penjagaan kesihatan.
Kita mampu tak, Malaysia? Boleh!
Sumber: Salam Taiwan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertuah badan apabila di hari ulang tahun kelahiran mendapat hadiah berupa sebuah kereta mewah. Ya, itulah yang diterima oleh anak lelaki Datuk Ac Mizal dan Datin Emylia yang menghadiahkan kereta Mercedes Benz sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-18.
Momen bermakna itu dikongsi bersama peminatnya di laman instagram dengan kapsyen “HAPPY 18th Birthday to my son @reevedamien from daddy mummy and @fea._.eryssa love u so much!”
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Reeve Damien dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18. Semoga menjadi anak yang memberi kebahagian buat keluarga, insyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berpengalaman, Kamal Adli memaklumkan dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden diserang individu tidak dikenali sebelum ini.
Ini kerana, suami kepada aktres jelita, Uqasha Senrose itu diminta berdiam diri sehingga individu yang memukulnya dijatuhi hukuman dengan mengikut saluran undang-undang.
“Saya tak pernah cerita mengenai perkara ini disebabkan saya sudah diingatkan agar tidak bercerita selagi orang itu (pelaku) tidak kena apa-apa hukuman. Jadi, saya diminta tidak bercakap mengenainya.
“Sekarang ini, individu itu sudah dijatuhkan hukuman, jadi saya boleh bercakap sedikit. Isu ini memang saya tak tahu kenapa boleh terjadi. Memang saya tak ada petunjuk langsung mengapa saya diserang.
“Pengakuannya di mahkamah mendakwa dia hanya berhalusinasi yang saya mencabul saudara wanitanya. Alasan halusinasi boleh sampai boleh ketuk orang?” katanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana drama terbaharu Viu berjudul Nafsu.
Kamal bagaimanapun memberitahu, dirinya kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lelaki itu kerana menyifatkan tindakan memukul sangat tidak boleh diterima kerana memudaratkan orang lain.
“Polis cakap kalau pukul di bahagian bawah sedikit lagi boleh mengakibatkan kematian. Perkara ini jadi sangat pantas sebab saya tahu-tahu darah sudah keluar.
“Sejak isu ini terjadi, saya tak pernah buka cerita. Kalau tanya saya, gilalah benda ini, benda ini gila sebab saya tak ada jawapan. Selepas itu, pelaku kena penjara selama dua tahun sahaja.
“Jadi, saya rasa benda ini bahaya untuk orang lain. Kena penjara dua tahun dan lepas itu boleh keluar. Kalau cakap halusinasi, apa jaminan keselamatan kepada orang lain,” tuturnya lagi.
Terdahulu, warga Singapura dikenali Muhammad Nabil Rashid dilapor dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu atas kesalahan menyerang Kamal menggunakan belantan di Singapore Expo pada 12 Mac 2023. Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Kamal Adli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...