Empat beradik kembar mencuri perhatian apabila masing-masing melangkah ke fasa baharu kehidupan sebagai mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi akademik 2026/2027.

Keempat-empat mereka, Amir Muttaqin Md Khairuddin, Aniq Muttaqin, Abid Muttaqin dan Adib Muttaqin, berusia 23 tahun dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Mereka merupakan antara 3,302 pelajar baharu program Sarjana Muda yang mendaftar di UTHM bagi sesi akademik kali ini.

Empat Kembar, Satu Pilihan Pengajian

Apa yang lebih menarik, bukan sahaja mereka mendaftar di universiti yang sama, malah keempat-empat beradik ini turut memilih program pengajian yang sama.

Mereka kini mengikuti pengajian Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM.

Menurut Adib Muttaqin, pilihan tersebut dibuat kerana mereka sememangnya sudah mempunyai asas dalam bidang berkenaan selepas memiliki Sijil Penilaian Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Ads

Empat Beradik Kembar Sambung ‘Degree’ Di UTHM, Lebih Menarik Semua Ambil Bidang Yang Sama!

“Sememangnya menjadi hasrat kami untuk meneruskan pengajian dalam bidang pengurusan hartanah di peringkat ijazah dan sebab itulah kami memilih UTHM.

“Peluang menyambung pengajian di UTHM mencetuskan perasaan gembira dan teruja kerana berjaya melangkah ke peringkat pengajian tinggi,” katanya kepada pemberita.

Teruja Bergelar Mahasiswa, Dalam Masa Sama Rindu Keluarga

Walaupun teruja memulakan kehidupan sebagai mahasiswa, perjalanan tersebut turut hadir dengan perasaan bercampur-baur buat empat beradik berkenaan.

Ads

Abid Muttaqin mengakui mereka berasa sedikit berdebar memandangkan ini merupakan pengalaman pertama mereka memasuki alam universiti, selain perlu berjauhan dengan keluarga di Kelantan.

“Seronok kerana berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, tetapi ada juga rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga.

“Pada masa yang sama, sedikit mendebarkan kerana ini pengalaman pertama kami masuk universiti dan perlu datang jauh dari Kelantan,” katanya.

Ada Kembar Empat, Banyak Kelebihannya

Menjalani kehidupan sebagai kembar empat di universiti turut memberikan kelebihan tersendiri, terutama apabila melibatkan urusan pembelajaran dan kehidupan seharian.

Ads

Bagi Abid, mereka boleh memanfaatkan kehadiran satu sama lain untuk belajar bersama, mengulang kaji serta saling memberi peringatan sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa.

“Antara manfaatnya ialah kami mudah belajar dan mengulang kaji bersama serta boleh saling mengingatkan untuk hadir ke kelas, menyiapkan tugasan dan membantu antara satu sama lain ketika berada di kolej,” katanya.

Kehadiran empat beradik kembar ini di UTHM pastinya menjadi pengalaman unik buat mereka, apatah lagi apabila perjalanan akademik di peringkat ijazah dapat ditempuhi bersama-sama.

Empat Beradik Kembar Sambung ‘Degree’ Di UTHM, Lebih Menarik Semua Ambil Bidang Yang Sama!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads