Walaupun anda sedang kelaparan akibat sehari berpuasa tanpa makan dan minum, jangan sesekali makan dengan gelojoh atau tergesa-gesa.
Makan perlahan-lahan dan kunyah setiap suapan atau gigitan sekurang-kurangnya 20 kali. Ini memberi banyak masa perut anda untuk mempersiapkannya mencerna nutrien yang anda berikan, dan membolehkan tubuh serta otak anda memberitahu anda ketika anda sudah cukup atau kenyang.
Ads
Air mencukupi bantu proses pencernaan
Walaupun berpuasa, anda perlu memastikan tubuh mendapat air kosong secukupnya iaitu 8 gelas sehari bagi mengekalkan kesihatan sistem pencernaan.
Dengan kuantiti pengambilan air yang mencukupi, serat akan menariknya bersama ke dalam usus besar bagi membentuk najis yang lebih lembut dan melepasi dengan mudah, seterusnya mencegah sembelit.
Elakkan tekanan
Ads
Terlalu banyak tekanan atau kegelisahan boleh menyebabkan proses pencernaan anda berfungsi secara berlebihan. Oleh itu, cari aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan dan lakukannya secara teratur.
Hadkan makanan berlemak
Secara umum, makanan berlemak cenderung melambatkan proses pencernaan, menjadikan anda lebih mudah mendapat sembelit. Walau bagaimanapun, memasukkan sedikit lemak ke dalam diet anda adalah penting sebagai bekalan tenaga.
Tetapi, makanan berlemak berserta dengan makanan serat tinggi akan memudahkan sistem pencernaan anda berfungsi.
Ads
Makan makanan tinggi serat
Pengambilan makanan tinggi serat dan kaya dengan bijirin, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan boleh meningkatkan kesihatan pencernaan anda. Bukan sahaja semasa puasa sahaja tetapi hari-hari lain juga.
Ini kerana makanan dengan serat yang tinggi membantu menjaga pergerakan makanan melalui saluran penghadaman anda, mengurangkan kecenderungan mengalami sembelit.
Selain itu, ia juga membantu anda mencegah atau merawat pelbagai keadaan pencernaan, seperti divertikulosis, buasir, dan sindrom usus besar (IBS). Di samping itu, ia dapat membantu anda mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal.
SUMBER: Hello Doktor
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal lebih kurang 9 hari lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Adakah korang sudah membayar zakat fitrah? Bayaran zakat fitrah merupakan satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilunaskan sebelum tiba Aidilfitri.
Kemudahan membayar zakat secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang mungkin membuat pembayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.
Bagi mereka yang mungkin sibuk dan tidak sempat untuk pergi membayar zakat, korang juga boleh terus membuat pembayaran melalui bank secara online. Tambahan pula sewaktu pandemik ni, kita boleh buat bayaran secara online untuk mengelakkan penjarakan fizikal.
Berikut merupakan tutorial yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fizal Hafiz tentang cara-cara membayar zakat melalui Maybank2u.
1. Log masuk Maybank2u
2. Pilih pay dan tekan NEW PAYEE
3. Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)
4. Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat
5. Pilih Zakat Fitrah
6. Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed
7. Akhir sekali, klik confirm
Mudah sahaja kan? Tapi, sebelum korang proceed buat pembayaran tu bolehlah lafaz akad zakat fitrah dulu seperti berikut:
“Inilah wang yang menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diriku/tanggunganku sebanyak RM… pada tahun ini kerana Allah Taala”.
Walau bagaimanapun, pengguna bank lain turut berkongsi info bahawa pembayaran zakat juga boleh dilakukan dengan cara yang sama dengan online banking yang lain.
Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima dan dapat lagi berjumpa pada Ramadan yang akan datang. InsyaAllah.
Kerajaan sudah pun membenarkan aktiviti merentas negeri dan ke luar negara tanpa My Travel Pass mulai hari ini. Mungkin ada yang sudah merancang untuk bercuti ke luar negara, namun pasport pula sudah tamat tempoh.
Nah, korang tak perlu susah hati kerana sekarang ini semua urusan boleh dilakukan dengan mudah dan pantas, boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Tak perlu menunggu nombor giliran yang lama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), buat sendiri dekat rumah tak sampai 10 minit, kemudian korang dah boleh pergi ambil.
Lagi pun, Jabatan Imigresen Malaysia juga memang mengalakkan orang ramai memperbaharui pasport mereka secara online.
Korang boleh renew melalui Permohonan Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport) di laman web imigresen. Tapi, ia hanya boleh dilakukan untuk tujuan pembaharuan saja dan bukannya memohon pasport baru ok?
1. Buka laman web Myimms e-services
Klik butang Agree untuk meneruskan pembaharuan pasport
2. Isi maklumat butiran peribadi
3. Pilih cawangan kutipan
Cara serahan pula, korang boleh datang sendiri ke lokasi pejabat imigresen yang dipilih dan pasport akan diserahkan dalam masa 10 hingga 15 minit
4. Upload gambar
Pilih gambar latar belakang berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.