
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan kesayangan kebanyakan daripada masyarakat kita. Bukan saja perwatakannya yang comel, malah haiwan comel ini juga sangat manja dan mudah dijaga.
ARTIKEL BERKAITAN : Unik, Kucing Dua ‘Wajah’ Jadi Perhatian Dunia
Tapi, kadang-kadang kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah ‘port’ mereka membuang. Baunya memang busuk.

Dah cuci bersih tapi tetap juga kucing ni kencing dan buang najis di lokasi yang sama. Tension kan.
Bagi korang yang dah tak tahan dengan bau najis dan kencing boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Ella Ahmad ini. Guna bahan yang ada kat rumah saja. Senang sangat!
Bahan-bahan yang diperlukan
- 7-10 titis cuka makan
- 1/4 penutup pelembut kain
- Air paip
- Bekas spray

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas spray dan goncang.
2. Sembur di tempat yang kucing suka kencing dan buang najis.
3. Sembur dua hari sekali, nak buat hari-hari pun boleh.

Menurut Ella lepas gunakan petua ini, porch rumahnya dah bebas dari bau najis dan air kencing kucing.
Selamat mencuba
Sumber: Ella Ahmad
BACA LAGI : Kucing Taylor Swift, Olivia Benson Dinobat Kucing Ketiga Terkaya Di Dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Main-Main, Selalu Shopping Online Petanda Ada Masalah Mental!

Pantang dapat notification sales di telefon pintar. Laju je klik dan shopping!
Rata-rata dalam perintah kawalan pergerakan ini kita akan membeli belah secara online dan tanpa sedar berbeg-beg parcel sampai je depan rumah.

Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Malah, sebelum ini juga kerajaan telah memperkenalkan bantuan kredit RM150 dalam Program eBelia khas untuk golongan belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Tapi awas ye!
Ahli psikoterapi telah membuktikan bahawa ketagih membeli-belah dalam talian merupakan satu masalah kesihatan mental. Menurut Dr. Müller yang merupakan seorang pakar psikoterapi di Hannover Medical School dari German ini berkongsi tentang kajian yang dilakukan oleh dirinya dan juga rakan sekerja.

Berdasarkan kajian bersama 122 orang pesakit yang mendapatkan bantuan tentang masalah yang mereka hadapi iaitu ketagihan membeli-belah dalam talian yang teruk.
Kadar tekanan dan anxiety yang tinggi
Semasa kajian dijalankan, para saintis mendapati pesakit yang berlawan dengan rasa ketagih yang teruk selalunya mempunyai kadar tekanan dan anxiety yang tinggi. Para pengkaji percaya rasa ketagih untuk membeli barangan dalam talian menjadikan individu tersebut berubah kepada shopaholic.

Individu shopaholic ini pula sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghadap telefon atau komputer mereka semata-mata ingin mencari barang yang di minati tanpa rasa perlu bergaul dengan masyarakat serta tanpa perlu keluar dari rumah mereka sendiri.
Punca Ketagih Membeli-Belah Dalam Talian
Pakar mendapati individu yang ketagih membeli-belah secara dalam talian ini gemar mendapatkan tawaran promosi di dalam talian ini kerana promosi di dalam talian tidak sama seperti di stor fizikal. Dengan membeli di dalam talian, mereka akan mendapati barang yang berkualiti dengan harga yang jauh lagi murah berbanding membeli di kedai fizikal.

Kalau korang nak tahu, gejala-gejala yang dialami oleh individu seperti ini memerlukan perhatian kesihatan yang serius oleh pakar. Ini kerana kesan ke atas kesihatan mental kepada diri individu tersebut akan membawa kepada rasa tekanan yang ekstrem serta pelbagai masalah psikologi yang lain.
Perlu Dapatkan Rawatan
Paling bahaya, penyakit ini mampu membuatkan kehidupan menjadi sukar dan serabut seperti masalah dalam perhubungan, hutang-piutang dan keadaan rumah yang semak dengan pelbagai barangan yang di beli.

Kini tiba masa masalah BSD dikenali sebagai salah satu masalah mental yang serius agar dapat membantu pesakit-pesakit agar tidak menjadi lebih kronik.
Ish takut pulak sebab penulis pun pantang nampak sales online juga…hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Permainan ‘Rare’ Zaman Dulu Mampu Tingkatkan Kemahiran, Budak Sekarang Tak Kenal Rasanya

Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak awal 90-an dan akhir 80-an, kita akan berkumpul setiap petang di padang, berseronok mengeluarkan peluh tanpa takut untuk kulit bertukar gelap, yang penting hati seronok.
Berbeza dengan budak-budak sekarang, mereka lebih memilih bermain telefon pintar ditambahan lagi dengan pandemik sekarang yang melanda. Kebanyakannya menekuni telefon bimbit yang disebut perkara terpenting dalam kehidupan.
Ketika itu, tiada siapa kisahkan Mobile Lagends, PUBG dan tak kisah pun tentang telefon bimbit malah tak kisah pun kena sebat dengan ranting kayu atau getah paip sebab balik lambat.
TINGKATKAN KEMAHIRAN SAMBIL BERMAIN
Tanpa kita sedar, permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan anggota badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Ianya termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan sebagainya. Kesemua pergerakan ini mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus meningkatkan kemahiran motor kasar atau lebih dikenali sebagai ‘gross motor skills’.
Sesetengah permainan pula memerlukan pergerakan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain. Melalui permainan tersebut, kemahiran motor halus atau ‘fine motor skills’ dapat diasah dan ditingkatkan.
Mari tengok 10 permainan rare zaman dulu-dulu yang budak-budak sekarang tak kenal pun.
Galah Panjang

Zaman dulu, kalau tak buat guna kapur sekolah, guna arang yang mak-mak bakar sampah untuk buat petak. Paling best guna khemah orang kahwin yang dipasang sehari sebelum perkahwinan sebab lebih panjang petaknya. Memang bergegarlah kampung dengan gelak ketawa ketika itu. Sekarang, orang pergi majlis kahwin, dapat bungkusan, makan dan balik. Tak rasa pun seronok macam nie.
Baling tin

Dulu bukan ada duit nak beli-beli pun. Kutip saja tin susu, tin sardin dan air tin gas sama ada dalam tong sampah atau selongkar longokan tin yang mak-mak selalu simpan nak jual. Tak ada modal langsung pun, janji kreatif. Tin disusun secara piramid. Paling rare kalau dapat baling tin paling atas atau jatuhkan satu sahaja. Sebabnya selepas jatuh korang kena susun balik piramid itu. Main baling tin ini boleh menangis wei sebab sakit kena chop dengan bola rounders semasa cubaan nak menyusun tin tu. Memang berdartlah badan.Tapi tetap seronok biarpun menangis.
Konda-kondi

Korek je tanah sedikit dan cari kayu terutama kayu rambutan. Biasa selepas kayu dijongkitkan, pasukan lawan akan cuba menangkapnya. Kalau dia dapat tangkap, korang kalahlah. Cuba korang tengok, orang dulu-dulu tak kisah pun dengan penampilan, comot pun tak apa. Janji best.
Gasing

Dulu, laman bertanah macam nie akan jadi port main gasing. Siapa paling banyak “pakuk” atau lubangkan gasing kawan, memang dikira lagend. Pendek kata, tak ada nak nangis-nangis pun time main nie. Mak panggil balik makan pun tak kisah. Tahu-tahu dah kena libas dengan ranting kayu sebab balik lambat, hahahaha.
Inilah gasing zaman dulu-dulu, tapi dulu lagi kecil. Sekarang permainan gasing sudah jadi persembahan mewakili kebudayaan Malaysia
Main getah

Permainan ini biasa dimainkan oleh budak perempuan.Sebab agak sopan. Biasanya getah akan dibuat seperti tali skipping. Bermula dari paras pinggang, semakin lama kedudukan tali getah ini akan dinaikkan dan pemainnya perlu melompat melepasi paras ditetapkan dan kemudian baru dikira sebagai pemenang.
Guli

Ini permainan budak lelaki zaman dulu. Biasanya setiap pemain akan memasukkan guli milik mereka ke dalam bulatan berdasarkan jumlah dipersetujui. kalau seorang lima biji maka setiap pemain perlu letak jumlah dimaksudkan. Siapa paling terrer membaling, yakni membawa guli keluar dari bulatan itu, memang penuhlah kocek dengan guli selepas itu. Kira jaguh kampunglah nie.
Tarik upih

Siapa pernah main. Memang seronok wei lawan tarik upih ini. Biasanya yang jadi tukang tarik ialah budak badan gempal sebab dia makan banyak. Tapi kalau yang kurus jadi tukang tarik kawan gempal, memang menangislahkan.
Police Entry

Nak main permainan ini senang jer. Lelaki dan perempuan pun boleh. Permainan ini mengira kepantasan larian individu. Biasanya seorang akan tutup mata dan kemudian dia mula mengira sampai 10. Biasanya semasa mengira itu, kawan-kawan dah cabut dulu takut ditangkap. Masa ini bermulalah adegan kejar mengejar. Seronok habis. Hah, macam-macamkan permainan orang dulu-dulu. Banyak keluar peluh, tak adalah memerap dalam rumah saja.
Teng-Teng

Okay, ini memang permainan orang perempuan. Selalu pasir depan rumahlah jadi mangsa sebab nak lukis gambaran teng-teng ini.
Roundas

Biasanya kayu pemukul roundas ini dibuat dari ranting dahan yang agak besar seperti rambutan dan sebagainya. Ada juga yang pakai papan tetapi menggergajinya sendiri bagi mendapatkan bentuk kayu. Memang bestlah siapa yang boleh pukul jauh sebab confirm kawan tak dapat tangkap dan mereka boleh buat satu pusingan.
Hah, inilah antara 10 jenis permainan zaman dulu-dulu. Kalau nak dikira zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan remaja sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan. Siapa yang lahir zaman ini, mesti tahu permainan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alumni Kolej Tunku Kurshiah, Pelajar Terbaik Royal College of Surgeons. Kenali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Semalam kita telah menyaksikan sejarah tercipta apabila Malaysia menerima Perdana Menteri Malaysia ke-10. Namun bak kata pepatah di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita hebat di sisinya.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 70, kini bergelar first lady of Malaysia yang dikagumi ramai. Kerana apa? Perjuangannya yang tidak kenal erti penat dan lelah. Umum mengetahui selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1998, beliau menjadi ketua yang mengepalai pergerakan Reformasi.
Bukan calang-calang orangnya, Jom kita kenali serba sedikit tentang diri beliau;-
- Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura yang kini dikenali sebagai KK Women’s and Children’s Hospital.
- Merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Bapa beliau, Allahyarham Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood merupakan seorang pegawai kerajaan manakala ibunya pula, Allahyarhamah Datin Mariah Khamiss merupakan suri rumah tangga.
- Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St Nicholas, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pengajian di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan (TKC). Datin Seri Rosmah Mansor merupakan senior beliau di TKC.

- Cemerlang dalam peperiksaan. Datuk Seri Dr Wan Azizah Kemudiannya menyambung pengajian ke luar negara pada 1973. Beliau menjadi pelajar dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons, Ireland.
ARTIKEL BERKAITAN: Merupakan Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar Dan Universiti Malaya, Ini 8 Fakta Menarik Anwar Ibrahim
- Berjaya memperolehi ijazah dalam bidang obstetric dan ginekologi, beliau juga dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik sekaligus dianugerahkan Pingat Emas MacNoughton-Jones pada 1977.

- Datuk Seri Wan Azizah bergelar seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Walaupun begitu beliau tidak lagi berkhidmat setelah suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993.
- Beliau merupakan wanita pertama Malaysia bergelar Timbalan Perdana Menteri pada Mei 2018 sehingga Februari 2020 apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan sebelum dijatuhkan oleh gerakan yang digelar ‘Langkah Sheraton’.
- Pada pilihan raya umum ke-15 yang lalu, beliau telah bergelar Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur apabila berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 9817.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

