Ebit Lew kembali menjadi perhatian selepas penyanyi rap Caprice memberi bayangan bahawa perjuangannya membabitkan pendakwah terkenal itu masih belum berakhir meskipun Mahkamah Sesyen memerintahkannya membayar ganti rugi RM220,000 selepas didapati memfitnah pendakwah berkenaan.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu tidak mematahkan semangatnya.

Sebaliknya, penyanyi berusia 40 tahun itu menyentuh mengenai beberapa peringkat dalam sistem kehakiman negara yang menurutnya memberi peluang kepada sesuatu kes untuk dikaji semula.

“Ada sebab kat Malaysia ada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Federal… supaya kes-kes besar ada peluang untuk dikaji semula.

“Results semalam sebenarnya buat pihak kami lagi semangat untuk kembali focus dekat kes-kes macam ni supaya tidak tenggelam di mata masyarakat,” tulisnya.

Bagaimanapun, Caprice tidak menyatakan secara khusus sama ada pihaknya sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Kami Tak Kisah Ambil Lagi 3 Tahun” – Caprice Mahu Terus ‘Fight’ Isu Ebit Lew

Caprice Tak Gentar Ganti Rugi Dalam Kes Ebit Lew

Dalam hantaran sama, Caprice turut menjawab sindiran netizen mengenai permohonan maaf serta jumlah ganti rugi yang perlu dibayarnya.

“Ramai perli kita pasal permohonan maaf dan 200k yang kena ganti rugi.

“Insya-Allah Cap tak ada masalah cari kerja atau duit. Rezeki masing-masing,” katanya.

Ads

Caprice kemudian membuat kenyataan berbaur sindiran dengan mendakwa dirinya tidak mempunyai NGO atau cawangan kedai runcit untuk “cuci duit”.

Menurutnya, dia juga tidak pernah berkira apabila ada pihak meminta pertolongan atau mahu sesuatu masalah diketengahkan.

“Perjuangan ni tak ada nilai. Hanya ada matlamat: supaya orang yang dianiaya akan sentiasa dibela. Insya-Allah,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat selepas keputusan mahkamah yang memihak kepada Ebit Lew, namun Caprice menerusi hantarannya memberi gambaran bahawa dia masih mahu meneruskan perkara yang diperjuangkannya.

“Kami Tak Kisah Ambil Lagi 3 Tahun” – Caprice Mahu Terus ‘Fight’ Isu Ebit Lew

“Kami Tak Kisah Ambil Lagi Tiga Tahun”

Caprice turut mengaitkan pendiriannya dengan kes PU Azman yang menurutnya mengambil masa bertahun-tahun sebelum kebenaran dapat dibuktikan.

“It took 5 years to prove PU Azman. Dalam masa 5 tahun tu kita dikecam bertubi-tubi sebab bantu mangsa-mangsa dia,” tulisnya.

Ads

Malah, Caprice berkata dia sanggup mengambil masa beberapa tahun lagi dalam meneruskan apa yang diperjuangkannya berhubung Ebit Lew.

“We don’t mind taking another 3 years to prove Ebit Lew.

“The fight continues,” katanya.

Kenyataan itu menunjukkan Caprice masih berpegang kepada pendiriannya meskipun keputusan Mahkamah Sesyen dalam kes berkenaan tidak memihak kepadanya.

Mahkamah Perintah Caprice Bayar RM220,000 Kepada Ebit Lew

“Kami Tak Kisah Ambil Lagi 3 Tahun” – Caprice Mahu Terus ‘Fight’ Isu Ebit Lew

Ads

Terdahulu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Caprice memohon maaf dan membayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew selepas memutuskan penyanyi rap itu memfitnahnya.

Caprice turut diperintahkan memadamkan tujuh kenyataan berkaitan dalam tempoh 48 jam, manakala tuntutan balasnya ditolak mahkamah.

Keputusan tersebut menjadi perkembangan penting dalam pertikaian kedua-dua pihak selepas tindakan undang-undang diambil susulan kandungan yang diterbitkan sebelum ini.

Kes berkenaan berpunca daripada kandungan yang diterbitkan Caprice bersama pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo pada September 2023. Ebit kemudiannya mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa kenyataan yang diterbitkan telah mencemarkan reputasinya.

Mahkamah kemudiannya membuat keputusan terhadap tuntutan tersebut dengan memerintahkan Caprice membayar ganti rugi serta membuat permohonan maaf.

Sumber : Facebook Caprice

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads