YouTuber mukbang Korea, Hamji yang mempunyai seramai 5.31 juta pengikut di laman tersebut mengatakan bahawa pada 18 Januari lalu, agensi Tiongkok memberitahunya bahawa mereka telah menamatkan kontrak beliau kerana mendakwa Hamji telah mengatakan Kimchi dan Ssam (bungkusan sayuran) adalah makanan Korea.
Pada 15 Januari lalu, Hamji telah menyiarkan videonya makan sotong kurita Bibimpap dan kimchi putih di saluran YouTubenya. Namun, perbalahan kuat dibahagian komen tercetus antara penonton Korea dan Cina yang menonton video tersebut.
Alasan hujah tersebut adalah kerana Hamji menekan butang ‘like’ pada salah satu komen netizen yang mengatakan “Saya marah kerana orang Cina mendakwa bahawa Ssam adalah milik mereka, tetapi saya gembira kerana anda telah menyiarkan video makan Ssam.
Kontroversi semakin memuncak kerana komen tersebut telah disalah tafsir dan netizen China membincangkan isu tersebut bersama YouTuber di media sosial Weibo yang mengatakan bahawa Hamji menghina orang-orang Cina. Sejak itu, netizen China telah meninggalkan komen jahat pada video mukbang Hamji.
Ads
Agensinya dari China sudah membuat permohonan maaf tetapi netizen China masih tidak berhenti menyiarkan komen-komen negatif.
Hamji secara peribadi menjelaskan tentang kontroversi itu dan menyiarkan mesej di komuniti YouTubenya. Dia menjelaskan bahawa agensinya meminta maaf kerana ramai netizen China percaya bahawa dia telah memfitnah orang Cina.
Hamji turut menjelaskan perbuatannya menekan butang ‘like’ pada komen tersebut kerana dia percaya bahawa Kimchi dan Ssam adalah makanan dari Korea dan tidak masuk akal jika isu ini mahu menjadi perdebatan tentang adakah ia milik orang Korea atau China.
Ads
YouTuber mukbang ini juga turut menjelaskan bahawa agensi China yang membantunya menguruskan saluran di China telah memberitahu mengenai penamatan kontrak pada 17 Januari.
Menurut agensi China, mereka telah mengesahkan secara rasmi untuk memutuskan semua hubungan kerjasama dengan Hamji kerana kontroversi dan penghinaannya yang telah memberi kesan kepada masyarakat di China. Mereka mendakwa YouTuber itu telah melukai perasaan peminat di China dan memutuskan kepercayaan dengan syarikat tersebut.
Hamji memohon maaf atas kesalahfahaman yang telah menyebabkan pengikutnya terluka dan tidak akan mempromosikannya di China jika dia harus mengatakan bahawa Kimchi adalah makanan orang China.
Fuh, macam-macam pula jadinya. Tak pernah pula kami tengok drama Cina makan Kimchi. Hiks! Diharap isu ini tidak lagi menjadi perbalahan kerana Hamji pun sudah bersetuju untuk tidak lagi mempromosikan videonya di China.
Terbaharu, pelakon tinggi lampai, Arja Lee, menzahirkan kesyukuran apabila berjaya menjadi salah seorang penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan pada Majlis Konvokesyen Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, pelakon naskhah Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan perasaannya yang tidak dapat terungkap dan bercampur baur pada majlis tersebut.
Bagaimanapun, segala perasaan gementar dan gemuruh yang dirasainya sebelum itu terus ‘lenyap’ di saat mendengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta yang hadir bagi meraikan kejayaannya.
“Debarnya sungguh berbeza kali ini! Tak dapat saya gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran saya pada waktu ini… teramat berbeza!
“Tatkala nama saya disebut sehinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar dikala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas. Ya, aku kini bergelar graduan Ijazah Sarjana,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut sama menumpang gembira selain mengucapkan kata tahniah buat Arja atas kejayaannya itu.
Dalam perkongsian lain, pelakon itu juga berkesempatan menitipkan penghargaan buat sahabat handai dan orang sekeliling yang tidak pernah lekang mendoakan sepanjang pengajiannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mempunyai rupa paras yang cantik dan anggun, nama baik bintang ini semakin dikenali dalam industri tempatan.
Pelakon meningkat naik, Scha Elinnea juga kian dikenali apabila menghiasi layar skrin televisyen sebagai heroin menerusi naskhah Kerana Aku Isteri Bidaan di slot Samarinda TV3.
Remaja sempat menemu ramah pelakon ini, ternyata figura jelita ini memiliki karisma tersendiri. Bertanya mengenai caranya menjaga penampilan dan sentiasa kekal positif, ini jawapan baiknya.
“Mungkin kelilingkan diri anda dengan good vibes untuk manusia yang tidak memberi toksik terhadap diri anda.
“Selain itu, jika suda tahu seseorang itu beri negative vibe, kita jauh-jauhkan diri. Jadi, secara tidak langsung ia membuatkan kita awet muda,” katanya.
Ditanya pula mengenai cara nama baiknya untuk terus kekal relevan dalam industri seni tanah air, bintang berusia 24 tahun ini memberitahu dirinya hanya kekal aktif di media sosial dengan berkongsi gaya hidupnya.
“Untuk kekal relevan, bagi saya, saya tidak ada lakukan apa-apa untuk kekal relevan. Cuma, saya tetap teruskan di media sosial dengan berkongsi mengenai diri dan gaya hidup saya,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ismail Izzani, satu lagi anak muda yang semakin lama kian menjadi a household name. Pada usia yang yang cukup muda, penyanyi ini kian mencipta nama di seluruh negara dan beberapa buah negara jiran.
Dan dengan kuasa laman media sosial, bakat besar dimiliki oleh anak muda berusia 18 tahun ini turut berjaya mencuri perhatian peminat muzik dari luar negara.
Muzik video single terbarunya yang dikeluarkan pada 15 Mac lalu iaitu ‘Luar Biasa’ kini telah mendapat jumlah view hampir mencecah 3.6 juta! Ia satu pencapaian yang sangat luar biasa bagi seorang penyanyi muda sepertinya.
Antara yang menjadi bualan ramai tentang muzik video tersebut ialah kualitinya yang setanding artis antarabangsa. Dan perbandingan utama yang diperkatakan ialah dengan muzik video grup K-pop.
Tampil dengan cukup versatil dan koreografi tarian yang cukup sleek dan swag, Ismail Izzani mempertontonkan sisi berbeza yang belum pernah dilihat oleh peminatnya.
Dan keunikan inilah juga yang telah menarik perhatian ramai YouTubers luar negara untuk menghasilkan video reaksi mereka menonton muzik video ‘Luar Biasa’ buat kali pertama.
Remaja berasa cukup bangga dengan Ismail Izzani kerana rata-rata rekasi yang diberikan oleh YouTubers ini cukup positif sekali. You go… errr boy!
Jom kita lihat 5 reaction video pilihan Remaja!
1) Blimey
2) Brave Hearts
3) Easy Jokes
4) Mat Salleh TV
5) Idieyidot
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...