Siapa kata mahasiswa hanya mampu menguasai teori di dalam bilik kuliah? Sekumpulan penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuktikan sebaliknya apabila berjaya menghasilkan sebuah jentera kereta lumba elektrik (EV) yang diberi nama E-55.
Dibangunkan oleh pasukan UniMAP Automotive Racing Team (UniART), jentera tersebut merupakan hasil cetusan idea, kreativiti dan kepakaran mahasiswa dalam mengaplikasikan ilmu kejuruteraan kepada pembangunan teknologi automotif sebenar.
E-55 telah dilancarkan secara rasmi pada 20 November lalu di Foyer Utama Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM), UniMAP.
Kejayaan menghasilkan jentera berteknologi elektrik ini menjadi bukti bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk menghasilkan sesuatu yang membanggakan, khususnya dalam bidang teknologi dan inovasi automotif.
Dari Bilik Kuliah Ke Litar Perlumbaan
Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah jentera perlumbaan, apatah lagi ketika masih bergelar mahasiswa.
Daripada proses perancangan, reka bentuk, pembangunan sehingga persediaan teknikal, setiap peringkat memerlukan komitmen, ketelitian, kemahiran menyelesaikan masalah serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Lebih membanggakan, pembangunan E-55 membuktikan bahawa golongan muda tempatan mempunyai potensi besar dalam meneroka teknologi kenderaan elektrik yang semakin berkembang di seluruh dunia.
Kejayaan tersebut turut direalisasikan menerusi sokongan dan bimbingan tenaga akademik daripada Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM) serta Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE).
Ads
Jika sebelum ini ilmu kejuruteraan banyak dipelajari menerusi teori dan tugasan akademik, pembangunan sebuah jentera perlumbaan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk melihat sendiri bagaimana ilmu tersebut dapat diaplikasikan dalam situasi sebenar.
E-55 Bukti Potensi Anak Muda Dalam Teknologi Automotif
Seiring dengan perkembangan industri automotif global, teknologi kenderaan elektrik kini semakin mendapat perhatian dan menjadi antara bidang yang penting dalam pembangunan mobiliti masa hadapan.
Pembangunan jentera perlumbaan elektrik bukan sekadar melibatkan aspek kelajuan, malah memerlukan pemahaman mengenai sistem elektrik, kecekapan tenaga, reka bentuk mekanikal serta keselamatan sesebuah kenderaan.
Ads
Lebih daripada sekadar sebuah jentera perlumbaan, hasil usaha pasukan UniART ini turut membawa mesej bahawa mahasiswa mampu menghasilkan inovasi apabila diberikan ruang, peluang dan sokongan yang sewajarnya.
Bakal Sahut Cabaran Di Finale NxGV Challenge 2026
Tidak terhenti setakat menghasilkan jentera sendiri, pasukan UniART kini bakal membawa E-55 untuk berentap di Finale NxGV Challenge 2026 yang berlangsung di Rawang, Selangor.
Selain menguji hasil pembangunan jentera, penyertaan dalam pertandingan seperti ini turut memberi ruang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman, bertukar pandangan serta mempelajari pendekatan baharu dalam bidang kejuruteraan.
Sudah tentu, peluang membawa jentera hasil usaha sendiri ke medan pertandingan merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buat seluruh anggota pasukan.
Ads
Kejayaan pasukan UniART ini juga boleh dijadikan inspirasi kepada mahasiswa lain yang mempunyai minat mendalam dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
Semoga kejayaan pembangunan jentera ini menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai anak muda untuk berani meneroka bidang teknologi serta merealisasikan idea kreatif mereka.
Tahniah buat seluruh pasukan UniART! Semoga E-55 berjaya mengharumkan nama universiti di litar perlumbaan kelak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita semua sedia maklum bahawa hubungan politik dan ekonomi di antara 2 negara gergasi, China dan Amerika Syarikat (US) selalu berdepan dengan ketegangan.
Pelbagai konflik pernah tercetus pada era millennial ini. Kalau nak disenaraikan satu-persatu memang tak terkira!
Awal bulan lepas, presiden Amerika Syarikat ini telah mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengharamkan operasi aplikasi TikTokyang berasal dari China di negara yang diperintahnya itu kecuali jika aplikasi tersebut dijual pada bulan ini.
Menimbulkan keresahan terhadap pengguna aplikasi popular itu, terbaru Trump tetap berdegil untuk mengharamkan aplikasi itu bermula 15 September dan proses tersebut akan mengambil masa 45 hari.
Terbaru, Peguam pihak TikTok turut memberikan hujah yang mana pengharaman aplikasi berkenaan tidak menghormati pengguna, penghasil kandungan, dan pada masa yang sama memberikan kesan reputasi terhadap TikTok dan pengiklan.
Untuk info, pada bulan Ogos lepas, Trump telah mengatakan TikTok dan WeChat membawa kepada bahaya dan ketirisan sekuriti negara, sekaligus mengumumkan aplikasi berkenaan akan diharamkan di kedai aplikasi Amerika Syarikat.
Dengan injunksi sementara ini, aplikasi TikTok akan dapat terus dimuat-turun melalui kedai aplikasi di Amerika Syarikat buat masa ini.
Untuk pengetahuan korang, selain India dan mungkin Amerika Syarikat, Australia juga telah bertindak untuk menolak produk Huawei dan sedang mempertimbangkan keputusan mengharamkan TikTok.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari di mana ‘makcik dan pakcik Bawang’ akan senyap semula bakal tiba tak lama lagi. Mungkin.
Dalam perkongsian bersama pengguna mereka di seluruh dunia, Instagram hari ini mengumumkan bahawa mereka akan cuba untuk mengelakkan lebih banyak isu buli siber dengan memperkenalkan fungsi Bully Filter.
Bermula hari ini, Instagram akan mengekang kemasukan komen yang berbaur ‘buli, cacian melampau, perkauman, body shaming, seksual dan pelbagai lagi’ yang dilihat semakin giat ditulis oleh pengguna Instagram di bahagian komen pengguna lain.
“Untuk pengetahuan semua, kami tidak akan berdiam diri dengan isu buli di Instagram. Peraturan pengguna kami selama ini sememangnya melarang apa-apa jenis buli siber di platform ini.
“Dengan fungsi baru ini, Instagram akan lebih positif dan boleh digunakan oleh semua pihak tanpa rasa takut.”
* * * * *
Konsepnya mudah. Fungsi bernama DeepText ini boleh mengenal pasti komen ‘tidak berperikemanusian dan spammy‘ di dalam sekurang-kurangnya 9 jenis bahasa. Kemudian, komen tersebut akan dibuang secara automatik.
Bagaimanapun, pengguna Instagram masih boleh pergi ke bahagian setting dan menutup fungsi tersebut jika mereka mahu. Pengguna Instagram juga masih boleh menutup fungsi bahagian komen agar pengikut mereka tidak boleh menaip sebarang komen balas.
Disebabkan kebanyakan daripada remaja hari ini terikat dengan dunia Instagram, penulis merasakan fungsi ini adalah jalan terbaik bagi mengelakkan aplikasi ini berubah menjadi lebih negatif dan offensive.
Malah, selebriti seperti Neelofa juga menyambut baik pengenalan Bully Filter agar semua orang boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyebarkan positiviti.
Ia juga selaras dengan kempen ‘Hentikan Bully Siber’ yang dilancarkan oleh para selebriti termasuklah Neelofa pada bulan lepas.
* * * * *
Selain daripada memperkenalkan fungsi ‘Bully Filter’ tersebut, pengguna Instagram juga akan memperoleh beberapa lagi penambahan menarik di dalam aplikasi kegemaran mereka itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO dan rakan pengasas Instagram, Kevin Systrom di akaun Instagram-nya sendiri, dia berkata, “Instagram hari ini akan memperkenalkan beberapa lagi fungsi baru.
“Kami berkolaborasi bersama beberapa lagi aplikasi lain seperti Spotify dan GoPro (besar kemungkinan untuk memasukkan lagu ke dalam video dan gambar, serta jenis kamera GoPro).
“Kami juga akan perkenalkan efek kamera baru agar lebih banyak rakan aplikasi yang boleh tawarkan fungsi mereka untuk pengguna Instagram di Stories. Juga, akan ada fungsi ‘Explore’ dan fungsi Video Call ,” kata beliau lagi.
Banyak tu!
Cuma penulis terfikir, agaknya pesaing Instagram terdekat seperti SnapChat akan perkenalkan tak fungsi baru mirip Instagram, SEBELUM Instagram sempat melakukannya..? Hehe.
Spread some love, people!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, jenama Apple baru sahaja mengumumkan barisan telefon pintar terbaharu mereka menerusi iPhone Duo, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Antara yang paling mencuri perhatian, iPhone Duo menjadi telefon pintar boleh lipat pertama Apple, manakala dua model Pro pula hadir dengan beberapa peningkatan dari segi prestasi, kamera dan pengalaman penggunaan.
Menerusi sebuah pengumuman di Apple Event 2026, pada Rabu, Apple turut memperkenalkan beberapa produk baharu termasuk AirPods 5, Apple Watch Ultra 4 dan Apple Watch Series 12. Namun, kehadiran iPhone Duo menjadi antara tarikan utama apabila Apple akhirnya memperkenalkan telefon pintar foldable yang dinanti-nantikan peminat teknologi.
Sebagai telefon pintar boleh lipat pertama Apple, iPhone Duo menawarkan skrin 5.4 inci ketika dilipat dan berkembang sehingga 7.6 inci apabila dibuka. Ia dikuasakan cip A20 Pro, dilengkapi Touch ID pada bahagian sisi tanpa Face ID, selain tampil sebagai iPhone paling nipis pernah dihasilkan Apple.
Menjalankan iOS 27, iPhone Duo turut menyokong Siri berasaskan AI serta fungsi multitasking yang membolehkan beberapa aplikasi digunakan serentak. Ia hanya menyokong eSIM dan ditawarkan pada harga RM9,499 untuk 256GB sehingga RM15,499 bagi 2TB, dengan tempahan awal di Malaysia bermula 16 Oktober sebelum dijual pada 23 Oktober ini.
iPhone 18 Pro
Beralih kepada iPhone 18 Pro, model ini hadir dengan skrin 6.3 inci serta reka bentuk yang masih mengekalkan identiti generasi sebelumnya. Ia menggunakan cip A20 Pro dengan peningkatan grafik dan Neural Engine, selain Dynamic Island yang dikecilkan untuk memberikan ruang paparan lebih luas.
Dari segi kamera, iPhone 18 Pro dilengkapi kamera utama 48MP dengan penambahbaikan untuk menghasilkan foto dan video yang lebih baik dalam keadaan pencahayaan rendah. Ia hadir dalam empat pilihan warna iaitu Burgundy, Glacier, Silver dan Black, dengan harga bermula RM5,499 untuk 256GB sehingga RM11,499 bagi model 2TB.
iPhone 18 Pro Max
Sementara itu, iPhone 18 Pro Max menjadi pilihan dengan paparan terbesar iaitu 6.9 inci dan turut dikuasakan cip A20 Pro bersama peningkatan grafik serta Neural Engine. Apple turut menaik taraf sistem pengecasan yang membolehkan bateri mencapai sehingga 50 peratus dalam tempoh sekitar 15 minit.
Untuk pasaran di Malaysia, iPhone 18 Pro Max ditawarkan pada harga bermula RM5,999 sehingga RM11,999 bagi kapasiti 2TB. Kedua-dua iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max boleh ditempah mulai 12 September 2026 sebelum mula diterima pembeli pada 18 September 2026.
Dengan iPhone Duo membawa perubahan besar sebagai telefon lipat pertama Apple, manakala iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max menawarkan peningkatan dari segi prestasi, kamera serta pengecasan, barisan baharu ini pastinya mencuri perhatian peminat teknologi. Kini, tinggal menanti sambutan pengguna terhadap tiga model tersebut apabila mula berada di pasaran tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!