Terbaru, jenama Apple baru sahaja mengumumkan barisan telefon pintar terbaharu mereka menerusi iPhone Duo, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Antara yang paling mencuri perhatian, iPhone Duo menjadi telefon pintar boleh lipat pertama Apple, manakala dua model Pro pula hadir dengan beberapa peningkatan dari segi prestasi, kamera dan pengalaman penggunaan.
Menerusi sebuah pengumuman di Apple Event 2026, pada Rabu, Apple turut memperkenalkan beberapa produk baharu termasuk AirPods 5, Apple Watch Ultra 4 dan Apple Watch Series 12. Namun, kehadiran iPhone Duo menjadi antara tarikan utama apabila Apple akhirnya memperkenalkan telefon pintar foldable yang dinanti-nantikan peminat teknologi.
Sebagai telefon pintar boleh lipat pertama Apple, iPhone Duo menawarkan skrin 5.4 inci ketika dilipat dan berkembang sehingga 7.6 inci apabila dibuka. Ia dikuasakan cip A20 Pro, dilengkapi Touch ID pada bahagian sisi tanpa Face ID, selain tampil sebagai iPhone paling nipis pernah dihasilkan Apple.
Menjalankan iOS 27, iPhone Duo turut menyokong Siri berasaskan AI serta fungsi multitasking yang membolehkan beberapa aplikasi digunakan serentak. Ia hanya menyokong eSIM dan ditawarkan pada harga RM9,499 untuk 256GB sehingga RM15,499 bagi 2TB, dengan tempahan awal di Malaysia bermula 16 Oktober sebelum dijual pada 23 Oktober ini.
Ads
iPhone 18 Pro
Beralih kepada iPhone 18 Pro, model ini hadir dengan skrin 6.3 inci serta reka bentuk yang masih mengekalkan identiti generasi sebelumnya. Ia menggunakan cip A20 Pro dengan peningkatan grafik dan Neural Engine, selain Dynamic Island yang dikecilkan untuk memberikan ruang paparan lebih luas.
Dari segi kamera, iPhone 18 Pro dilengkapi kamera utama 48MP dengan penambahbaikan untuk menghasilkan foto dan video yang lebih baik dalam keadaan pencahayaan rendah. Ia hadir dalam empat pilihan warna iaitu Burgundy, Glacier, Silver dan Black, dengan harga bermula RM5,499 untuk 256GB sehingga RM11,499 bagi model 2TB.
Ads
iPhone 18 Pro Max
Sementara itu, iPhone 18 Pro Max menjadi pilihan dengan paparan terbesar iaitu 6.9 inci dan turut dikuasakan cip A20 Pro bersama peningkatan grafik serta Neural Engine. Apple turut menaik taraf sistem pengecasan yang membolehkan bateri mencapai sehingga 50 peratus dalam tempoh sekitar 15 minit.
Untuk pasaran di Malaysia, iPhone 18 Pro Max ditawarkan pada harga bermula RM5,999 sehingga RM11,999 bagi kapasiti 2TB. Kedua-dua iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max boleh ditempah mulai 12 September 2026 sebelum mula diterima pembeli pada 18 September 2026.
Dengan iPhone Duo membawa perubahan besar sebagai telefon lipat pertama Apple, manakala iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max menawarkan peningkatan dari segi prestasi, kamera serta pengecasan, barisan baharu ini pastinya mencuri perhatian peminat teknologi. Kini, tinggal menanti sambutan pengguna terhadap tiga model tersebut apabila mula berada di pasaran tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua orang hanya mahukan spesifikasi terbaik pada sebuah laptop, tetapi ketahanan jangka masa bateri pun selalu menjadi keutamaan sebelum membuat pilihan.
Iye la, lagi lama bateri tu mampu bertahan, lagi syok kita nak guna laptop tanpa perlu perlu kerap di caj kan? Betul tak?
Kalau ada yang tengah survey nak cari laptop, berikut kami senaraikan 10 laptop yang mempunyai jangka hayat bateri yang lama. Kalau nak tahu harga, korang boleh google ya.
1. Acer Chromebook R 13
13 jam 2 minit
2. Lenovo Yoga 920
12 jam 50 minit
3. Samsung Notebook 9
12 jam 16 minit
4. Dell XPS 13 (late 2017)
12 jam 16 minit
5. Lenovo ThinkPad X1 Carbon
11 jam 50 minit
6. Microsoft Surface Book (2016)
11 jam 49 minit
7. Apple Macbook Pro (13-inch, 2016)
11 jam 36 minit
8. HP EliteBook x360 (13-inch,2017)
11 jam 34 minit
9. LG Gram 13
11 jam 30 minit
10. Apple MacBook Pro with Touch Bar (15-inch, 2017)
Minat anak muda terhadap permainan video khususnya Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) bukanlah baru. Malah dapat dilihat rata-rata tanpa mengira usia cukup leka bermain permainan video ini termasuklah di kalangan pelajar universiti.
Menyedari minat anak muda dalam permainan ini, pengendali syarikat telekomunikasi baru, Yoodo mengumumkan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) Campus Championship 2019 untuk pertama kalinya bagi pelajar-pelajar di universiti.
Permainan video PUBG mendapat sambutan hangat dari semua kalangan peminat tanpa mengira usia.
Menjalin kerjasama dengan Tencent Games dan ESL, kejohanan di peringkat universiti ini menjanjikan hadiah wang tunai sebanyak RM60,000 dan bertarung mendapatkan Chicken Dinner kepada lebih 6000 pelajar universiti dan juga kolej di seluruh Malaysia. Tidak hanya wang tunai sebanyak itu, pemenang akan menerima pelan telco percuma selama setahun dari Yoodo dan menerima jemputan terus ke Grand Final Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2020.
Ketua Yodoo,Chow Tuck Mun semasa sidang akhbar mengumumkan PUBG Mobile Campus Championship Malaysia 20196000 pelajar universiti dan kolej bakal bertarung merebut Chicken Dinner dan merebut hadiah wang tunai RM60,000.
Menurut Chow Tuck Mun yang juga ketua Yoodo, matlamat mereka dalam industri e-sukan ini adalah untuk menggilap dan mencari bakat-bakat baru tempatan. Ia satu permulaan untuk pencarian bakat di kalangan pelajar yang berbakat besar di peringkat akar umbi.
“Kami tahu terdapat ramai gamer yang berbakat dan bakat mereka perlu dicungkil. Kami sendiri tidak sabar menyertai kejohanan ini,”katanya memaklumkan PUBG Mobile Campus ini akan bermula pada 24 September dengan tujuh pusingan kelayakan di serata Malaysia. Kejohanan akhir akan diadakan pada 24 November 2019 akan datang.
Bagi menghangatkan lagi pertandingan ini, peminat PUBG Mobile boleh menyaksikan kejohanan ini di viewing parties yang diadakan dengan kerjasama universiti berkaitan dan pelajar-pelajar. Ada pelbagai aktiviti dilakukan termasuk promo kejohanan, barangan eksklusif dan pertarungan antara pemain professional selama 28 hari di 14 buah universiti terpilih.
Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/yoodoesports ataupun laman rasmi www.yoodo.com.my/pmcc2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama telefon bimbit Nokia pernah menjadi antara pilihan favorite pengguna di Malaysia kerana ketahanan dan model yang hadir dengan pelbagai rekaan menarik. Namun, hari demi hari jenama antarabangsa ini seperti sudah hilang taringnya kerana tidak dapat mengekalkan ‘takhta’ sebagai pilihan jenama telefon bimbit yang diguna oleh masyarakat ramai.
Walau bagaimanapun, Nokia masih lagi wujud dan kini telah melancarkan enam model telefon bimbit, disasarkan kepada pengguna yang mementingkan kos pemilikan yang rendah. Khabarnya, HMD Global turut mengekori trend Apple dan Samsung dengan tidak memberikan wayar pengecas dan fon kepala.
Kesemua telefon ini dijual dengan harga antara EUR75 ke EUR340 (RM370 ke RM1,700) dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Model paling C untuk harga paling rendah, model G untuk pertengahan dan X bagi model paling premium.
Antara fokus pemasaran model G10 dan G20 adalah bateri yang tahan selama tiga hari dan model premium X20 pula hadir dengan kamera Zeiss.