Pernahkah korang mengalami saat di mana penglihatan mula kabur akibat terlalu lama melaksanakan kerja di hadapan skrin komputer? Atau rasa sakit di bahagian kepala sehingga tidak mampu fokus terhadap tugasan yang perlu disiapkan?
Foto Via Pexels
Haa…Itu mungkin antara tanda-tanda korang stress!
Ada banyak cara untuk menguruskan stres dan tekanan. Antara langkah yang boleh diambil ialah bercerita masalah dengan rakan baik atau ahli keluarga yang dipercayai dan paling rapat, berjumpa pakar kaunselor atau mendapatkan nasihat daripada pihak pakar psikiatri.
Jangan biarkan diri terus hanyut dengan perasaan sebaliknya berusahalah untuk merawat tekanan yang dialami. Justeru kami berkesempatan menemubual, pelakon jelita Mira Filzah berhubung bagaimana dia menangani tekanan yang dihadapinya sebagai wanita bekerjaya, berkeluarga, seorang ibu, isteri dan menantu. Ini yang dikongsikan Mira.
1. Jaga Ketenangan Mental Dan Emosi
Menurut mira, sekiranya kita diuji dengan tekanan dalam kehidupan hanya dua perkara penting yang perlu dititikberatkan. Pertama, adalah cuba untuk menjjaga dan mengawal ketenangan mental dan emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang dan stabil dari mengelakkan kita melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan tidak diingini.
“Kesihatan Mental dan Emosi sangat penting! Kalau rasa tertekan, stress or uncertainty cari seseorang untuk bercakap.
“Mereka yang mengalami tekanan perlu, meuahkan perasaan yang terbuku di hati dan jangan pendam,” katanya.
Selain itu, mencari teman untuk meluahkan perasaan, jelas Mira lagi mereka juga boleh melakukan meditasi dengan cara duduk dan melakukan refleksi diri atau mungkin boleh sibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara atau sesuatu yang disukai.
Ads
2. Solat Dan Berdoa
Mengulas isu sama, Mira turut mengesyorkan agar mereka yang berada dalam fasa tekanan agar mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa. Dan memohon agar segala masa sukar diberi kemudahan untuk melewatinya. Tambahnya, setiap keinginan pasti akan terkabul dengan izin Allah.
“Apa-apa hajat dan keinginan, kita perlu minta kepada Allah, untuk mendapat kesihatan yang baik, ketenangan fizikal dan mental yang sempurna.
Ads
“Kadang kita dah berusaha, tapi Allah yang menentukan ada je orang yang sangat aktif dan fit dari segi fizikal dan mental tetapi tetap juga diuji dengan perkara lain,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih seorang ayah sememangnya tiada batas. Begitu juga bagi usahawan dan figura media terkenal, Engku Emran Engku Zainal Abidin, yang meluahkan rasa bangganya melihat anak tunggalnya, Engku Aleesya, kini melangkah ke fasa remaja dengan penuh cemerlang dan berjiwa besar.
Engku Aleesya, Remaja Cemerlang dan Rendah Diri
Anak kepada Engku Emran dan pelakon terkenal Erra Fazira ini kini memulakan kehidupan baharu sebagai pelajar kolej. Walaupun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2014, kasih sayang serta komitmen terhadap anak kesayangan ini tidak pernah pudar.
Sejak kecil lagi, Engku Emran sentiasa berada di sisi Aleesya — menyokong, membimbing dan meraikan setiap kejayaan akademik mahupun peribadi anak gadisnya itu. Dalam perkongsian terbaru di Instagram, beliau meluahkan rasa syukur melihat Aleesya membesar menjadi seorang remaja yang bukan sahaja bijak dan berdisiplin, tetapi juga mempunyai nilai murni yang tinggi.
“As a single parent I worry for her a lot. But Alhamdulillah, I’m learning to let go of some of them slowly,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial. “Always ingat pesan ayah, stay humble, stay grounded.”
Pelajar Kolej dan Penulis Muda Berjiwa Besar
Menariknya, Engku Aleesya bukan sekadar menjejak kaki ke alam kolej, malah aktif sebagai penulis muda dan pernah menyertai sukan triathlon seawal usia 16 tahun. Lebih mengagumkan, Aleesya bercita-cita menjadi pakar kriminologi serta berhasrat untuk terus menulis buku kanak-kanak bagi memberi inspirasi kepada generasi muda.
Dalam bidang akademik, Aleesya turut mencatat keputusan membanggakan apabila meraih A+ dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik, serta A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Perkongsian Engku Emran mengenai pencapaian Aleesya menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang tersentuh melihat keakraban hubungan ayah dan anak ini, malah memuji cara Engku Emran membesarkan anak perempuannya dengan penuh kasih dan disiplin.
Sifat rendah diri, sopan santun dan kematangan Aleesya menjadi bukti bahawa didikan berteraskan kasih sayang serta nilai moral mampu membentuk peribadi unggul — walaupun dalam situasi keluarga yang berbeza.
Inspirasi Buat Remaja Masa Kini
Kisah Engku Emran dan Engku Aleesya ini membuktikan bahawa kasih sayang seorang ayah tidak pernah bertepi. Ia menjadi inspirasi buat ramai remaja bahawa kejayaan bukan sahaja diukur melalui keputusan akademik, tetapi juga melalui nilai rendah diri, keperibadian mulia dan semangat untuk terus berusaha.
💖 Majalah Remaja mendoakan semoga Engku Aleesya terus berjaya dalam pelajaran serta kekal menjadi inspirasi buat generasi muda untuk mengejar impian dengan hati yang ikhlas dan semangat yang besar.
Sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan minyak masak berulang kali kerana menganggap ia masih selamat digunakan, selain dapat menjimatkan wang. Kadang kala, minyak masak untuk digoreng akan digunakan sehingga hitam, barulah kita menukar dengan minyak masak yang baru.
Tambah pula, dengan kenaikan harga minyak masak yang melampau hari ini, pastinya ramai yang cuba sehabis baik untuk berjimat dengan menggunakan minyak masak berulang kali.
Namun begitu, penggunaan semula minyak masak adalah tidak baik sama sekali. Semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Ini merupakan bahan bahaya penyebab kanser.
Radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Keradangan ini menyebabkan penyakit jantung, stroke, masalah kegemukan dan kencing manis. Malah, kalau korang perasan selepas makan makanan bergoreng (yang menggunakan minyak masak berulang, tekak akan berasa perit dan pedih. Ini adalah kerana keadaan berasid minyak masak terpakai.
Oleh itu, jika boleh elakkan penggunaan minyak masak lebih daripada tiga kali. Antara risiko-risiko menggunakan minyak masak berulang kali adalah seperti berikut:
Hasilkan radikal bebas yang menyebabkan radang
Penyakit jantung
Kolesterol meningkat
Risiko kanser
Pembentukan lemak-trans
Salur darah tersumbat (atherosclerosis)
Penyakit alzheimer, parkinson
Untuk info, Minyak terpakai boleh di jual atau di proses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain. Jadi, gunakan dengan sebaik mungkin okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menetapkan penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ menjadi kesalahan gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut surat edaran bertarikh 7 April lalu, ucapan atau gelaran berkenaan oleh mana-mana pegawai awam vang menggangqu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.
Selain itu, tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati serta seumpamanya pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.
Manakala, menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau ‘sexting‘ menerusi platform seperti aplikasi WhatsApp dan seumpamanya dianggap melakukan gangguan seksual secara visual.
Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya selain memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan mereka terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.
Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.