Bukan sahaja bijak, tetapi dua gadis ini mempunyai jiwa yang besar! Baru-baru ini, dua pelajar dari Malaysia berjaya melakar sejarah apabila diterima masuk ke Kolej Harvard, iaitu institusi sarjana muda ternama Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun akademik baharu yang akan berakhir pada tahun 2029.
Kedua-dua pelajar tersebut ialah Athena Siow dari Kuala Lumpur, yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang sains data (kerajaan), dan Namira Lee Tzu dari Kuala Terengganu, yang bercadang mengambil jurusan sains dan kejuruteraan alam sekitar.
Apa yang lebih membanggakan, kedua-dua pelajar ini datang dari latar belakang pendidikan sekolah kerajaan dan jom kita kenali kedua individu yang layak dijadikan inspirasi buat golongan muda pada masa kini.
Kredit: The college post
Menurut Presiden Kelab Harvard Malaysia, Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob berkata, Athena menerima biasiswa Yayasan UEM merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Saad.
Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan antara wakil Malaysia di Persidangan Belia COP 2023 di Dubai dan aktif memperjuangkan isu keadilan iklim, selain melatih lebih 100 gadis melalui program Pandu Puteri.
Ads
Selain itu, Athena turut aktif dalam mengajar catur secara percuma kepada anak muda di Melaka dan menjadi sukarelawan di sekolah pelarian setempat.
Athena Siow
Manakala, Namira merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin dan menerima biasiswa Global Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula aktif dalam pemuliharaan alam sekitar dan perkara itu merupakan salah satu sebab beliau terpilih untuk Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara yang ditaja oleh AS di Illinois serta Washington D.C.
Beliau juga menerima geran selama dua tahun berturut-turut yang digunakan untuk memulakan projek pemuliharaan penyu bersama pelajar sekolah menengah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Lebih menarik, projek pemuliharaan ini kemudian diperluaskan lagi kepada pelajar sekolah rendah Cina.
Ads
Namira Lee Tzu
Sementara itu, Wan Nadiah turut menzahirkan rasa bangga apabila pelajar-pelajar dari Malaysia yang diterima masuk ke Harvard kini semakin ramai datang dari luar Lembah Klang dan bukan dari sekolah elit sahaja.
“Kolej Harvard mengekalkan kadar kemasukan pelajar sarjana muda antara yang terendah di dunia dan terus mencari pelajar berbakat dari seluruh dunia yang menunjukkan komitmen menggunakan sumber sedia ada di sekeliling mereka untuk menyumbang ke arah dunia yang lebih baik”
Ads
“Kami sangat berbangga kerana pelajar yang diterima masuk dari Malaysia masih terdiri dalam kalangan pelajar sekolah kerajaan, dan semakin ramai daripada latar belakang berpendapatan sederhana di luar wilayah Lembah Klang,” katanya.
Sekadar info, Universiti Harvard merupakan universiti tertua di AS dan menduduki tempat keempat dalam QS World University Rankings 2024. Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai kurang daripada 15 graduan dari Kolej Harvard.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila tiba bulan puasa, mungkin ramai yang beranggapan bahawa latihan untuk larian jarak jauh lebih mendatangkan mudarat daripada kebaikan. Daripada memilih keperluan diet yang betul, kepada mencari gear UA Running yang betul, dan juga kasut yang betul.
Selain itu, apabila berkata tentang larian jarak jauh dan maraton pula, adalah penting bagi kita untuk mencari sepasang kasut larian yang lebih baik, kerana ia boleh mengurangkan risiko kecederaan dan mengekalkan kesihatan kaki bagi mengekalkan larian, dan untuk mengharungi jarak yang jauh.
Terbaharu, jenama sukan terkenal, Under Armour memperkenalkan UA Flow Velociti Elite serba baharu yang direka khas khusus bagi kasut maraton yang dicipta untuk memaksimakan kelajuan dan kecekapan.
Mementingkan keseimbangan fleksibiliti dan kusyen dalam kasut untuk pelari, Flow Velociti Elite direka dengan full-length carbon fiber plate sandwiched in a soft midsole foam yang memampatkan kembali untuk daya angkat tambahan.
Kasut uniseks ini juga direka bentuk dengan bahagian atas WARP 2.0 dinamik yang breathability dan lightweight serta dipertingkatkan dan pembendungan ringan. Selain itu, Supercritical Flow Foam yang menghasilkan pemakaian yang lebih ringan dan lancar serta menampilkan pelapik sock TPE untuk meningkatkan daya tahan dan lantunan pada setiap hentakan kaki.
Ia juga direka bentuk dengan Supercritical Flow untuk menjadikan kasut lebih lembut, ringan dan lebih responsif, memberikan daya tarikan dan ketahanan yang hebat kepada pelari. Kasut ini juga terdiri daripada Pebax Foam, dan lightweight foam yang memberikan hentakan yang sangat lembut semasa larian mereka.
Perincian Produk :
Berat: 7.50 oz (Uniseks & Neutral)
Harga: RM 899
Offset: 8 mm
Under Armour Velociti Elite boleh didapati di semua rumah jenama Under Armour di KLCC dan Pavilion dan dalam talian https://www.underarmour.com.my/en-my/. Ia berharga RM 899 dan boleh didapati dalam tiga warna berbeza.
Under Armour ialah pencipta, pemasar dan pengedar terkemuka pakaian prestasi olahraga berjenama, kasut dan aksesori. Direka bentuk untuk memperkasakan prestasi manusia, produk dan pengalaman inovatif Under Armour direka bentuk untuk menjadikan atlet lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://about.underarmour.com.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Malaysia mengakhiri Kejohanan Empat Negara Asia 2025 dengan penuh gemilang apabila berjaya merangkul gelaran juara sulung kejohanan tersebut selepas menamatkan semua perlawanan tanpa kalah di Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, skuad negara itu dibimbing oleh Ahmad Rizal Abdul Wahab dan dibarisi pemain-pemain muda dari Persatuan Minifootball Terengganu (PMT) itu tampil dengan disiplin tinggi seperti kapten Roslee Ariffin, Muhammad Aqil Akasah Muhammad Nazmi, Ahmad Rozaini Abu Bakar, Muhammad Danish Haiqal Nazree dan Muhammad Hisyam Ismail menjadi tonggak utama pasukan.
Selain itu, antara yang melengkapkan pasukan adalah barisan pemain berbakat seperti Muhammad Adam Uwais Mohd Armi, Muhammad Naqib Sharipuddin, Muhammad Alif Aiman Abd Ghani, Muhammad Izzan Nazran Mat Rodzi serta Muhammad Adam Jamee Mohd Armi yang tampil bertenaga sepanjang kejohanan.
Dalam pada itu, Malaysia memulakan kempen di Kompleks Sukan Goozone, Jakarta dengan kemenangan bergaya 4-2 ke atas tuan rumah Indonesia. Rentak kemenangan itu diteruskan apabila membenam Taiwan 5-0 sebelum menutup tirai dengan pesta gol 8-0 menewaskan Singapura.
Menurut pengurus pasukan, Dr Mohd Shahrul Faiz Mohd Noor memaklumkan kejayaan ini hadir tepat pada masanya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 yang akan disambut oleh rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini.
“Ini julung kali kejohanan dianjurkan dan kita mengungguli dengan memenangi semua perlawanan. Ia bukti kemampuan skuad muda negara menyaingi pasukan serantau serta suntikan keyakinan besar kepada pembangunan minifootball tanah air,” katanya.
Beliau menjelaskan disiplin, dedikasi serta semangat juang tinggi para pemain menjadi faktor utama di sebalik kejayaan serta merakamkan penghargaan kepada Persatuan Minifootball Malaysia (MIFOM), PMT dan semua pihak yang memberi sokongan.
Bagi jurulatih pasukan, Ahmad Rizal Abdul Wahab berkata, beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai permulaan baharu buat sukan minifootball di Malaysia selain berharap agar lebih banyak bakat anak muda tempatan dapat dicungkil untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Sementara itu, menurut kapten pasukan Roslee Ariffin, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan bersyukur apabila mengenang kemenangan berdepan Indonesia walaupun hanya dengan persiapan singkat.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain itu, TasteAtlas juga memaklumkan bahawa kuih karipap bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan sering dilihat di negara lain terutamanya di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand.
TasteAtlas juga menyenaraikan beberapa lokasi ikonik yang menjual kuih karipap, antaranya di Rolina Traditional Hainanese Curry Puff, Singapura, HOMI Chicken Curry Puff, Petaling Jaya, Selangor, Adam’s Famous Chicken Curry Puff, Georgetown, Pulau Pinang dan Kampong Kravers, Kuala Lumpur.
Senarai ini juga menunjukkan bahawa karipap lebih mendapat sambutan berbanding menu Croissant dari Perancis yang menduduki tangga kelapan dan pencuci mulut Kunafa dari Mesir yang berada pada kedudukan ke-10.
Hidangan kuih ini disifatkan sebagai menu yang popular ketika sarapan pagi atau snek tengah hari dengan inti yang pelbagai, seperti kentang, ayam, daging, ikan sardin dan sebagainya.
SUMBER FOTO: Tasteatlas & Google.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!