Terbaru, Malaysia mengakhiri Kejohanan Empat Negara Asia 2025 dengan penuh gemilang apabila berjaya merangkul gelaran juara sulung kejohanan tersebut selepas menamatkan semua perlawanan tanpa kalah di Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, skuad negara itu dibimbing oleh Ahmad Rizal Abdul Wahab dan dibarisi pemain-pemain muda dari Persatuan Minifootball Terengganu (PMT) itu tampil dengan disiplin tinggi seperti kapten Roslee Ariffin, Muhammad Aqil Akasah Muhammad Nazmi, Ahmad Rozaini Abu Bakar, Muhammad Danish Haiqal Nazree dan Muhammad Hisyam Ismail menjadi tonggak utama pasukan.
Selain itu, antara yang melengkapkan pasukan adalah barisan pemain berbakat seperti Muhammad Adam Uwais Mohd Armi, Muhammad Naqib Sharipuddin, Muhammad Alif Aiman Abd Ghani, Muhammad Izzan Nazran Mat Rodzi serta Muhammad Adam Jamee Mohd Armi yang tampil bertenaga sepanjang kejohanan.
Dalam pada itu, Malaysia memulakan kempen di Kompleks Sukan Goozone, Jakarta dengan kemenangan bergaya 4-2 ke atas tuan rumah Indonesia. Rentak kemenangan itu diteruskan apabila membenam Taiwan 5-0 sebelum menutup tirai dengan pesta gol 8-0 menewaskan Singapura.
Ads
Menurut pengurus pasukan, Dr Mohd Shahrul Faiz Mohd Noor memaklumkan kejayaan ini hadir tepat pada masanya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 yang akan disambut oleh rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini.
“Ini julung kali kejohanan dianjurkan dan kita mengungguli dengan memenangi semua perlawanan. Ia bukti kemampuan skuad muda negara menyaingi pasukan serantau serta suntikan keyakinan besar kepada pembangunan minifootball tanah air,” katanya.
Ads
Beliau menjelaskan disiplin, dedikasi serta semangat juang tinggi para pemain menjadi faktor utama di sebalik kejayaan serta merakamkan penghargaan kepada Persatuan Minifootball Malaysia (MIFOM), PMT dan semua pihak yang memberi sokongan.
Ads
Bagi jurulatih pasukan, Ahmad Rizal Abdul Wahab berkata, beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai permulaan baharu buat sukan minifootball di Malaysia selain berharap agar lebih banyak bakat anak muda tempatan dapat dicungkil untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Sementara itu, menurut kapten pasukan Roslee Ariffin, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan bersyukur apabila mengenang kemenangan berdepan Indonesia walaupun hanya dengan persiapan singkat.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diketahui ramai, perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah isu baru. Akan tetapi acap kali dua kuasa besar dunia ini ‘berbalas serangan’ sama ada melalui tarif import atau sekatan teknologi, seluruh dunia turut terasa tempiasnya hingga menyebabkan harga barang naik, pasaran saham goyah, dan pelabur pun jadi serba salah.
Walau bagaimanapun, pernah tak korang perasan, dua tokoh utama dalam konflik ini sebenarnya berkongsi zodiak yang sama?
Ya betul, keduanya adalah Gemini bros! Presiden AS, Donald Trump yang kini berusia 79 tahun lahir pada 14 Jun, manakala Presiden China, Xi Jinping pula lahir pada 15 Jun 1953. Mungkin inilah yang buatkan ‘perang’ antara mereka jadi makin hangat dan penuh drama, persis reality show politik dunia. Kebetulan? Mungkin tidak.
Kredit foto: X @tiffany__4prezKredit foto: Financial Times
Kebiasaannya karakter zodiak Gemini, mereka dikenal sebagai seorang yang bijak, petah bercakap, penuh idea dan kadang-kadang agak susah nak diramal.
Boleh jadi, suatu hari mereka boleh mesra bersembang, tetapi esoknya terus block korang! Sama seperti yang satu dunia tengah saksikan sekarang, itulah vibe hubungan AS-China sejak kebelakangan ini yang kadang mesra, kadang tegang, kadang buat dunia berteka-teki.
Pada masa yang sama, Gemini juga dikenali sebagai master of duality, ada dua sisi dalam satu personaliti. Bila perlu jadi agresif, mereka akan sangat lantang bersuara. Namun, apabila perlu berstrategi, mereka cepat ‘switch mode’ dan jadi licik bak musang.
Kredit foto: The Straits Times
Apa yang menarik tentang individu Gemini, mereka bukan jenis duduk diam. Otak mereka aktif 24/7, suka cabaran, cepat bosan untuk sesuatu rutin, dan selalunya ada rancangan tersembunyi.
Oleh sebab itu, bila dua tokoh Gemini berada dalam posisi kuasa besar dunia, dunia pun tak boleh tidur lena kerana ada sahaja plot twist setiap tahun, dari isu perdagangan, teknologi, sampai ke diplomasi antarabangsa.
Kredit foto: Lowy Institute
Dalam pada itu, bercakap tentang zaman Trump sebagai Presiden AS, hubungan dua negara ini dilihat sangat mencabar. Tarif dikenakan terhadap barangan dari China menyebabkan mereka saling ‘menyerang balas’.
Malah, syarikat teknologi gergasi seperti Huawei turut menjadi mangsa dalam permainan kuasa ini. Bukan main-main, ini bukan sekadar perang biasa tapi perang teknologi, ekonomi, dan kuasa pengaruh global.
Kredit foto: The Guardian
Bagi Xi Jinping pula, beliau digambarkan sebagai pemimpin yang tenang dan strategik, tak mudah ‘terbakar’ dengan provokasi. Bagaimanapun, Jinping juga terkenal sebagai individu yang sekali kena ‘counter back’, pasti impaknya besar. Beliau tahu bila perlu diam dan bila nak ‘menghentak meja’.
Jelas kedua-dua pemimpin dunia ini adalah Gemini, namun seorang jenis Gemini yang lebih lantang (Trump), dan seorang lagi jenis yang lebih taktikal (Jinping). Apa yang pasti, keduanya bukan individu yang cepat mengalah dalam sesuatu perkara.
Kredit foto: Business Insider
Jika difikirkan kembali, mungkin dunia perlu bersedia apabila dua tokoh Gemini memegang kuasa besar dunia. Mereka boleh mencetus idea besar dan perubahan, tapi dalam masa sam, boleh menjadi ‘mastermind’ di sebalik ketegangan global.
Kombinasi antara mereka ibarat plot drama thriller politik yang tiada kesudahan dan korang jangan pernah main-main dengan individu Gemini. Di sebalik senyuman dan gaya santai mereka, terkadang ada rancangan besar sedang disusun.
Kredit foto: VOX
Walaupun sempat digantikan oleh Joe Biden selama satu penggal, kini Donald Trump kembali semula ke White House sebagai Presiden ke-47 sejak 20 Januari 2025. Legasi Trump muncul semula dengan semangat yang lebih tinggi. Selain itu, banyak polisi era lamanya mula dihidupkan kembali, termasuk pendekatan keras terhadap China
Manakala, Xi Jinping masih berdiri kukuh menerajui China dengan agendanya yang penuh visi seperti ‘Made in China 2025’ (MIC 2025) yang menekankan keperluan untuk mencapai kebergantungan kendiri serta kemajuan dalam sektor utama seperti robotik, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi maklumat sekaligus membebaskan negara itu daripada bergantung kepada teknologi Barat.
Kredit foto: Anna W Pixel
Justeru, mungkin selepas ini kita boleh melihat zodiak Gemini dari sudut yang lebih berwibawa kerana tidak mustahil mereka sedang merancang strategi besar di sebalik ketenangan mereka.
Secara keseluruhannya, perang dagang antara Amerika Syarikat dan China bukan hanya berkisar tentang ekonomi semata-mata, tetapi turut melibatkan soal ego, pengaruh global, dan secara tidak langsung unsur personaliti yang mungkin dibentuk oleh zodiak.
Walaupun menarik untuk dibincangkan bahawa dua tokoh besar seperti Trump dan Xi Jinping berkongsi zodiak Gemini, bagi umat Islam kita harus ingat bahawa mempercayai ramalan bintang adalah haram.
Islam juga melarang kepercayaan terhadap zodiak kerana ia boleh menjejaskan akidah dan menyekutukan kekuasaan Allah SWT. Jadi, biarlah zodiak kekal sebagai fakta sampingan yang mencuit minat bukan sesuatu yang kita jadikan pegangan hidup.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untungnya pelajar dari Malaysia apabila mereka kini ditawarkan dengan satu bentuk biasiswa tanpa had oleh Universiti Islam Madinah.
Berita gembira itu telahpun dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada hari ini dalam lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
Di sana, beliau telah bertemu dengan Presiden universiti itu iaitu Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud dan tawaran ini hadir hasil daripada pertemuan tersebut.
Universiti Islam Madinah.
Menariknya, universiti itu bukan saja menawarkan biasiswa dalam bidang agama dan syariah semata. Sebaliknya, ia juga menawarkan biasiswa untuk bidang seperti kejuruteraan sains dan lain-lain.
“InsyaAllah, saya ambil maklum perkara ini dan akan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk hantar pelajar terbaik kita mendalami pelbagai ilmu di kota suci Munawwarah.
“Universiti ini telah melalui banyak fasa perubahan sehingga mampu meletakkannya dalam kelompok terbaik dunia.
“Ketika ini, universiti ini bukan saja menawarkan buku-buku terkini. Malah, sistem pendidikan yang maju mengikut peredaran teknologi terkini,” kata beliau yang juga merupakan alumni universiti tersebut, hari ini.
Tambah beliau lagi, pihak universiti juga berhasrat untuk mengadakan program pertukaran pelajar bersama universiti di Malaysia.
Untuk pengetahuan, di antara kelebihan biasiswa dari Universiti Islam Madinah ini adalah kemudahan elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan kepada pemilik biasiswa.
Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama di Malaysia beroperasi hari ini di pusah beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Bermula sebagai satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengenalan kiosk ini adalah untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.
Terdapat 90 perkhidmatan kerajaan yang telah dikenal pasti untuk Kiosk Sentuhan Madani menerusi enam kiosk agensi dan syarikat berlainan; semuanya di satu tempat yang sama..
Ini termasuklah kiosk Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.
Selepas Alamanda Putrajaya, Kiosk Sentuhan MADANI juga akan ditempatkan di 38 kawasan tumpuan terutamanya pusat beli-belah agar sebarang urusan rakyat dengan agensi kerajaan boleh dilakukan di luar waktu pejabat.
TANGKAP LAYAR: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...