Pasukan Pelarian melangkah ke gelanggang Olimpik Jepun 2020 untuk kali kedua selepas penampilan sulung di Rio pada 2016. Seramai 29 atlet akan mewakili pasukan IOC Refugee Olympic (EOR) untuk 12 acara.
Kesemua atlet ini telah memiliki status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menurut UNHCR, seseorang akan mendapat status pelarian apabila “seseorang itu telah dipaksa untuk meninggalkan negaranya kerana penganiayaan, perang, atau keganasan ”.
FoTo Kredit : Refugee Olympic Team Olympic Stadium, in Tokyo, Japan, July 23, 2021. (AFP Photo)
Kisah dua wanita cantik ini betul-betul membuka mata dunia, bukan mudah menjadi seorang pelarian. Mereka juga ingin membuktikan pada dunia, walaupun dipanggil sebagai pelarian tetapi mereka mampu berjaya.
Masomah Ali Zada
Atlet wanita berhijab ini berusia 25 tahun ini mempunyai kisahnya tersendiri apabila melarikan diri dari Afghanistan dan tiba di Perancis untuk menyertai acara berbasikal.
Beliau terinspirasi daripada Tour de France dan mengambil sukan tersebut untuk memenuhi impian Olimpiknya.
Masomah dilahrkan di Afghanistan di dalam sebuah keluarga di mana wanita tidak digalakkan untuk menunggang basikal.
“Di Afghanistan, kaum lelaki fikir adalah tidak sesuai untuk wanita menaiki basikal dan Taliban telah mengharamkan kami daripada bersukan,” kata Masomah kepada France24.
Ads
Semasa pihak Taliban mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu, keluarganya dibuang ke negara jiran iaitu Iran. Bagaimanapun, mereka kembali ke Afghanistan menyaksikan, guru sukannya, kakaknya Zahra dan beberapa wanita lain mengejar impian dan minat mereka dalam acara lumba basikal.
Mereka diugut oleh komuniti di situ apabila mereka mula berbasikal secara kompetitif menyaksikan keluarga Masomah terpaksa berpindah ke Perancis pada tahun 2017.
Tidak lama selepas itu, Masomah menerima Biasiswa Atlet Pelarian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sekali gus menjadi batu loncatan di dalam hidupnya untuk mencapai impian dan cita-citanya iaitu bertanding pada temasya sukan Olimpik.
Foto Kredit : olympics.com
Ads
Foto Kredit : UNHCR/Benjamin Loyseau
Masomah juga ingin menyertai Sukan Olimpik, untuk meyakinkan mereka yang berfikir tidak wajar bagi wanita menunggang basikal atau mereka yang fikir ianya pelik untuk seorang wanita Islam yang memakai tudung berbasikal.
Yusra Mardini
Yusra Mardini, salah seorang atlet yang bertanding di kejohanan sukan penuh berprestij itu mendedahkan bagaimana berenang menyelamatkan dirinya satu ketika dahulu.
Untuk pengetahuan anda, Yusra Mardini merupakan seorang pelarian Syria dan ketika beliau bersama kakaknya meninggalkan bumi Syria pada tahun 2015, bot pelampung angin yang dinaiki mereka rosak serta hampir tenggelam dalam perjalanan menuju ke Eropah.
Dalam keadaan bahaya, Yusra bersama kakaknya melompat ke dalam air untuk menolak serta menarik bot itu dan berenang selama lebih tiga jam sebelum tiba ke pantai bagi menyelamatkan diri serta 20 pelarian lain.
Kemudian, mereka perlu berjalan kaki dari Greece ke Jerman. Walaupun perjalanan tersebut tidak sah, tetapi itulah jalan keluar untuk menyelamatkan diri daripada konflik di Syria.
Yusra Mardini yang kini mewakili pasukan pelarian di Olimpik Tokyo 2020 sebenarnya mulakan langkah pertamanya dengan menyertai kejohanan olimpik di Rio pada tahun 2016 dalam acara renang 100 meter gaya kupu-kupu. Siapa sangka, takdirnya berenang di lautan Mediterania ketika itu menjadi kerjayanya sekarang.
Setiap atlet dalam pasukan pelarian ini memiliki kisah istimewa untuk dikongsikan. Namun, tujuan utama pihak IOC untuk mengadakan pasukan ini ialah untuk memberi mesej harapan dan solidariti kepada jutaan pelarian di seluruh dunia, memberi inspirasi kepada yang lain dengan semangat kekuatan dalam diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang yang pernah ke Hatyai pasti merindui syurga ‘street food’ dan tempat shopping yang sentiasa sibuk dengan pelbagai pelancong dunia termasuk dari kalangan rakyat Malaysia.
Photo by Alexandr Podvalny from Pexels
Namun, negara pertama di luar China yang mengesan kes COVID-19 pada Januari tahun lepas nampaknya masih lenggang di tahun 2021 akibat sekatan pintu sempadan bagi pelancong antarabangsa akibat pandemik maut ini.
Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia yang berada di Thailand dengan nama Facebook Joey Tong berkongsi suasana lengang di Hatyai yang sememangnya popular sebagai tempat tumpuan pelancongan. Ini sangat jelas bagi menggambarkan situasi pandemik sedang melanda dunia.
Tidak seperti kebiasaannya, Hatyai yang dahulunya menjadi syurga makanan dan membeli-belah buat rakyat Malaysia, riuh dengan kedatangan pelancong kini sunyi sepi umpama padang jarak padang terkukur.
PKP Hari Ke-323: Suasana bandar Hatyai kini selepas hampir 10 bulan sempadan ditutup umpama padang jarak padang terkukur.
Central tutup, Centara Hotel tutup, 7e pun tutup. Tahun ini pun rasanya pelancong pun tak boleh datang lagi ni. Stay strong guys.
Perkongsian ini juga telah membuatkan netizen mengimbau kembali kenangan mereka bercuti di Hatyai dan sedih dengan situasi sekarang.
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini tidak lagi berlaku dan semoga industri pelancongan di seluruh dunia kembali pulih. Rindunya makanan di Khlong Hee Floating Market tu.huhuu
Penulis ragu-ragu – sama ada patut untuk gelak atau risau.
Pada perlumbaan Formula One Malaysian Grand Prix semalam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), ia berakhir dengan kemenangan dramatik Max Verstappen dari pasukan Red Bull Racing yang mendahului Lewis Hamilton (Mercedes Petronas) dan Daniel Ricciardo (Red Bull Racing).
Namun, apa yang berlaku selepas perlumbaan tersebut berakhir adalah lebih menganehkan buat penonton yang menyaksikannya secara langsung.
Selepas tamat perlumbaan, sudah menjadi kebiasaan untuk para pelumba melakukan satu lagi pusingan mengelilingi litar. Pusingan terakhir ini memberi peluang kepada pelumba untuk mengucapkan terima kasih, melambai dan untuk memakir jentera di kawasan yang disediakan.
So, this lap should have been slow, steady and collision free.
Tetapi yang sebaliknya berlaku di Litar Sepang semalam.
Pelumba Ferrari Sebastian Vettel terlibat dengan perlanggaran bersama pelumba pasukan Willians, Lance Stroll di selekoh awal selepas tamat perlumbaan. Ia bukan saja mengakibatkan tayar belakang kiri jentera tercabut, malah pelanggaran tersebut meranapkan gearbox jentera.
Secara teknikal pula, Vettel akan dikenakan penalti 5 grid ke belakang pada perlumbaan Grand Prix Jepun hujung minggu ini.
Ini bukanlah insiden pertama buat Vettel pada musim ini. Dua minggu lepas, Vettel terlibat dalam pelanggaran di litar Singapura dan kemudiannya mengalami power problem yang membuatkan dirinya tercampak ke grid belakang.
Pelanggaran Yang Tak Disangka
Semalam, Vettel cukup cemerlang apabila dia berjaya memandu jenteranya dari posisi ke 20 naik hingga posisi ke 4 pada akhir perlumbaan. Seriously, he was just brilliant yesterday!
Pada awal perlumbaan, penonton rata-rata memberikan tumpuan di antara Verstappen dan Hamilton yang masing-masing cuba merampas tempat pertama.
Namun pada pertengahan perlumbaan, tumpuan bertukar arah kepada Ricciardo dan Vettel di tempat ketiga dan keempat. Semuanya gara-gara saingan sengit yang Vettel berikan terutamanya apabila mempunyai beberapa peluang di selekoh litar untuk memecut Ricciardo.
Namun, penulis percaya Vettel sendiri tak dapat menjangkakan insiden pelanggaran bakal berlaku di akhir saingan semalam.
Vettel dalam kenyataannya kepada portal Daily Mail berkata, “I went to the outside to pick up a bit of rubber and I think Lance (Stroll) wasn’t looking and wanted to do the same but it was too late – I was already there.”
Apa-apa pun, penonton semua terhibur dengan sportmanship yang ditunjukkan oleh Vettel apabila dia ‘menumpang’ kereta pelumba Pascal Wehrlein untuk kembali ke garage pasukannya. He just sat there at the side and wave like it is just another normal day. (Cue: applause)
Kejadian tersebut nyata memberikan impak epik kepada Malaysian Grand Prix semalam yang menyaksikan edisi ke 19 sekaligus edisi terakhir F1 di litar tersebut sejak tahun 1998. It was definitely a race to remember.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain daripada Ustaz Ebit Lew, hero rakyat Malaysia juga adalah Uncle Kentang yang sering turun padang memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah pun menghulurkan sumbangan sebanyak 20 tilam kepada Hospital Serdang bagi keperluan pesakit COVID-19.
Kenyataan ini telah di muat naik oleh laman Facebook rasmi Slumberland Malaysia dan khabarnya, tilam-tilam tersebut akan ditempatkan di bahagian kecemasan.
Uncle Kentang dilihat turun padang untuk menyerahkan sendiri tilam-tilam tersebut kepada pihak Hospital Serdang.
Tindakan Uncle Kentang mendapat pujian ramai kerana keprihatinannya membantu masyarakat yang ditimpa musibah.
Kita patut bersyukur kerana masih ada individu-individu yang berhati mulia memberikan sumbangan tatkala negara dalam keadaan tidak stabil. Semoga kebaikan mereka dibalas berganda-ganda dan terus menabur bakti kepada masyarakat.