
Kemunculan model antarabangsa Naomi Campbell menerusi pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week berjaya mencuri tumpuan warganet dan para pengunjung yang hadir.
Menerusi acara gilang gemilang itu, jenama fesyen tersohor itu dilihat berjaya membawa beberapa orang selebriti untuk memperagakan baju mereka di pentas peragaan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebaris Dengan Pereka Antarabangsa, Rizman Ruzaini Bakal Sertai Dubai Fashion Week Oktober Ini

Bertemakan ‘Spring Summer 2024’, Rizman Ruzaini turut membuat kejutan apabila menampilkan supermodel terhebat dunia, Naomi Campbell di acara berprestij tersebut.
Ujar Rizman Ruzaini, penampilan Naomi seolah mimpi menjadi kenyataan buat diri mereka berdua.
“Dreams Do Come True,” coretnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa bangga melihat kejayaan yang dikecapi pereka fesyen tempatan berkenaan.
Ia kerana, bukan sahaja berjaya bawa nama Malaysia ke mata dunia, Rizman Ruzaini juga mampu bekerjasama dengan Naomi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Rizman Ruzaini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berani & Percaya Diri. Ini Penampilan TANPA SOLEKAN 8 Finalis Miss Universe 2021

Solekan sudah menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan seorang wanita, tidak kiralah sebagai orang terkenal ataupun tidak. Solekan sebenarnya membantu seseorang untuk tampil lebih yakin dan nampak menarik. Namun begitu, kalau solekan yang dikenakan terlalu tebal dan keterlaluan pun boleh menjadi satu perkara yang pelik kerana tidak lagi menonjolkan keaslian sebenar wajah.
Ketika ini pertandingan Miss Universe 2021 sedang dijalankan di Eilat, Israel. Menariknya dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, lapan orang peserta telah dipilih untuk tampil dalam sebuah penggambaran wajah tanpa solekan. Bagi sesetengah orang mungkin perkara yang menakutkan, tidak bagi mereka. Apa pun setiap seorang dari mereka tetap cantik dan segar biarpun tanpa bantuan solekan.
Jom kita lihat wajah-wajah ratu cantik ini saat mereka dinobatkan sebagai wakil negara masing-masing dan juga foto mereka tanpa sebarang solekan.
MISS UNIVERSE SINGAPORE


MISS UNIVERSE MOROCCO


BACA JUGA: Bakal Juara Dari Sini? Lihat 12 Wakil Benua Asia Di Miss Universe 2021
MISS UNIVERSE DOMINICAN REPUBLIC


MISS UNIVERSE GERMANY


MISS UNIVERSE VENEZUELA


MISS UNIVERSE CHILE


MISS UNIVERSE GHANA


MISS UNIVERSE ARGENTINA


Mereka semua tampil cantik walaupun tanpa sebarang solekan. Penggambaran ini membuktikan bahawa seseorang harus tetap yakin dengan diri sendiri dan kecantikan semula jadi merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan.
Tahun ini menyaksikan seramai 80 peserta menyertai pertandingan Miss Universe 2021. Walaubagaimanapun Malaysia tidak menghantar wakil tahun ini atas alasan pandemik Covid-19.
Kredit foto: No Make-Up photos by Benjamin Askinas for Miss Universe/ Instagram Miss Universe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Somalia Pecah Tembok Diversiti, Wakil Hijabi Pertama Dalam Sejarah Miss World

Sekitar Disember tahun lalu, REMAJA pernah melaporkan spekulasi mengenai bekas model antarabangsa berhijab terkenal, Halima Aden yang dipercayai akan mewakili negara kelahirannya, Somalia di pertandingan ratu cantik sebagai peserta berhijab pertama dalam sejarah.

Halima yang mengundurkan diri daripada bergiat aktif dalam dunia peragaan disebabkan tatacara industri fesyen yang pada pendapatnya cuba mengeksplotasi imejnya sebagai seorang gadis berhijab dan menjauhkan dirinya daripada ajaran Islam sebenar telah meninggalkan impak yang cukup mendalam pada waktu tersebut. Ini terutamanya dapat dilihat dalam kalangan gadis remaja berhijab yang menjadikannya sebagai ‘role model’ bagi mereka menambah keyakinan diri.
Sebelum bergelar seorang model terkenal, Halima terlebih dahulu telah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2017 dan menempatkan diri hingga peringkat separuh akhir. Biarpun tidak menang, Halima terus mendaki tangga populariti di Amerika Syarikat sehinggakan dia menjadi Halima Aden yang kita kenali sekarang.

Hantaran Instagram Story oleh Halima pada Disember lalu ada menyebut bahawa dirinya mungkin ingin menyertai semula dunia ratu cantik demi membawa imej gadis berhijab ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya akan menjadi Miss Universe Somalia pertama. Kepada peserta lain, watch out, saya sedang datang.
ARTIKEL BERKAITAN : Setelah Padam Foto ‘Modelling’, Halima Aden Akan Sertai Miss Somalia Pula? – REMAJA
Well, Halima disebut akan hanya cuba menyertai pertandingan Miss Universe pada edisi 2025 semasa berusia 27 tahun kelak. NAMUN, hasrat Somalia untuk menghantar wakil berhijab pertama mereka (dan pertama di dunia!) ke pertandingan ratu cantik nampaknya kian menjadi realiti.
Ia menerusi gadis jelita bernama Khadija Omar yang telah mengesahkan penyertaannya di Miss World ke-70 pada bulan Disember ini. Bertempat di Puerto Rico, Khadija dan Somalia berani untuk memecahkan tembok diversiti dalam kalangan peserta dunia ratu cantik.

Biarpun ia bukan di Miss Universe seperti yang diimpikan oleh Halima Aden, harus diingat Miss World adalah sebahagian daripada pertandingan ‘Grand Slam’ di dunia dan jutaan penonton akan mengikuti perjalanan gadis-gadis tersebut.
Sedikit info menarik mengenai Khadija Omar. Gadis berusia 20 tahun ini merupakan seorang mahasiswi dalam jurusan Psikologi dan juga berkongsi minat yang sama dalam bidang peragaan kerana merasakan kurangnya model berhijab di peringkat antarabangsa. Malah, Khadija turut menjadikan Halima sebagai sumber inspirasinya.

Kelihatan di bio Instagram Khadija tertulis Miss World Somalia 2021. Nampaknya, gadis yang sudah mengumpul lebih 26,000 pengikut di Instagram ini serius untuk memenangi gelaran Miss World tersebut apabila dia semakin rancak mengenengahkan kegiatan ‘Beauty With A Purpose’-nya yang menjadi salah satu faktor pemarkahan di Miss World. Dengan kerjasama Somali Youth Action dan UNHCR (badan yang banyak menyokong Halima selama ini), Khadija ingin mencipta program bagi mengajar wanita dan kanak-kanak di Somalia mengenai Pendidikan Iklim.
Khadija juga tidak hanya fokus pada pertandingan Miss World. Malahan dia juga telah berkecimpung dalam cabang solekan sebagai jurusolek apabila menghasilkan rangkaian Makeup by Khadija Omar (@makeupbykhadija.omarr) serta akaun YouTube berasaskan solekan, Iamkhadija.
Jom lihat beberapa lagi foto Khadija Omar yang menawan ini, jangan pula korang merasa insecure dengan kemulusan kulit sawo matangnya! Hehe.




All the best Khadija, wakililah golongan gadis berhijab sebaik mungkin di pentas Miss World 2021.
ARTIKEL BERKAITAN :Teruk Dikritik Feminis : Miss World Kembalikan Segmen Pakaian Mandi Selepas 7 Tahun? – REMAJA
BACA LAGI : Belize Juarai Pertandingan Miss Earth 2021. Malaysia Berpuas Hati Di Kedudukan 20 Terbaik – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nicaragua Juara Miss Universe 2023, Ini 10 Momen Menarik Di Pentas Finale

Pertandingan Miss Universe 2023 baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi menyaksikan wakil Nicaragua bergelar juara edisi ke-72 pertandingan tersebut.
Merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia, acara yang diadakan di El Salvador itu berlangsung gemilang dengan barisan menteri, selebriti serta penyokong tegar yang memenuhi arena.
Ini antara 10 momen menarik yang berlaku di pentas finale.

- Juara Miss Universe 2023 yang mewakili Nicaragua, Shyennis Palacios mencipta sejarah apabila menjadi peserta pertama dari negaranya yang berjaya memenangi pertandingan itu.
- Wakil Thailand, Antonia Porsild yang merupakan juara Miss Supranational 2019 sebelum ini memberikan saingan sengit dan mengakhiri pertandingan berada di kedudukan naib juara.
- Camila Avella yang mewakili Colombia merupakan seorang isteri dan ibu beranak satu pertama menyertai pertandingan ini. Di berjaya mara sehingga ke kedudukan top 5.

- Wakil Pakistan, Erica Robin membuat kejutan apabila berjaya tembus ke kedudukan separuh akhir. Ini merupakan kali pertama Pakista bertandingan di pertandingan Miss Universe.
- Bagi menghormati negaranya yang mana majoriti merupakan beragama Islam, wakil Pakistan menggayakan burkini bagi sesi pakaian renang dan tidak menampakkan susuk tubuhnya.
- Plus size girl of the competition, Jane Dipika Garret yang mewakili Nepal membuktikan bahawa saiz tubuh bukanlah halangan apabila dia berjaya membawa negaranya mara ke peringkat separuh akhir.

- Wakil Portugal, Marina Machete menjadi wanita transgender pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Sebelum ini pada tahun 2018, Angela Ponce dari Sepanyol merupakan wanita transgender pertama yang bertanding namun tidak bejaya ke separuh akhir.
- Ndoun Issie Marie Princesse menjadi wakil Cameroon pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan Miss Universe.

- Wakil Malaysia, Serena Lee gagal mara ke peringkat separuh akhir menjadikan ini tahun ke 53 wakil negara kita tidak berjaya memecah kemarau unplaced.
- Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir, wakil Angola, Ana Coimbra berjaya memenangi anugerah dalam kategori Voice of Change menyaksikan kerja-kerja kebajikannya memberi impak besar.
Edisi kali ini menyaksikan lebih 85 wakil dari seluruh pelusuk dunia bertanding. Dalam pengumuman terkini, Mexico bakal menjadi tuan rumah edisi ke-73 Miss Universe tahun hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

