Pertandingan ratu cantik sememangnya sinonim dengan segmen melibatkan para pesertanya memperagakan pakaian mandi di hadapan khalayak ramai. Sekali-sekala demi menjaga kesopanan di mata penontonnya, peserta akan mengenakan pakaian atau aksesori tambahan seperti ‘robe’ dan kain pareo di bahagian pinggang.
Namun lain pula ceritanya dengan salah sebuah pertandingan ratu cantik terbesar dunia iaitu Miss World. Sejak 7 tahun lalu, Miss World telah mengenepikan segmen pakaian mandi untuk digantikan dengan segmen alternatif seperti persembahan bakat para pesertanya.
Semasa Miss World dianjurkan pada tahun 2013 iaitu tahun terakhir segmen pakaian mandi disertakan, para pesertanya dilihat sudah mula menyarungkan pakaian mandi yang lebih ‘tertutup’ seperti semasa pusingan ‘resort wear’ ini.
Perubahan tersebut dilakukan setelah penganjurnya, Julia Morley nekad mengambil alih penganjuran Miss World daripada mendiang suaminya, Eric Morley pada tahun 2000.
Langkah itu juga adalah demi memfokuskan kepada kebijaksanaan dan personaliti para peserta serta enggan meletakkan wanita sebagai objek tatapan umum. Malah satu ketika dahulu, Julia juga pernah berkata bahawa mereka tidak kisah dengan rupa fizikal peserta sekiranya ada yang lebih berisi berbanding ‘standard’ wanita yang pernah menyertai Miss World dalam edisi terdahulu.
Ads
“Kami bukannya ingin melihat bahagian punggung mereka. Kami ingin mendengar apa yang ingin mereka sampaikan.”
Memasuki ulang tahun penganjuran Miss World ke-70 pada bulan hadapan di Puerto Rico, nampaknya pendirian Julia Morley dan pasukannya itu telah berubah apabila segmen pakaian mandi akan kembali dipertandingkan!
Ramai pemerhati melihat keputusan ‘pusingan-U’ ini sebagai strategi Miss World untuk menarik semula minat orang ramai untuk menonton Miss World setelah rating program tersebut dikatakan semakin menurun dengan ketiadaan segmen pakaian mandi.
Megan Young dari Filipina yang memenangi Miss World 2013 masih dianggap sebagai salah seorang juara Miss World paling popular hingga ke hari ini.
Keputusan ini juga mungkin sekali adalah ‘PR stunt’ yang digunakan pakai Miss World bagi mendapatkan perhatian peminat memandangkan kalendar bulan Disember akan dipenuhi dengan penganjuran beberapa pertandingan ratu cantik lain seperti Miss Universe di Eilat, Israel dan Miss Grand International di Phuket, Thailand.
Ads
Khabarnya, reaksi orang ramai terhadap keputusan Miss World ini bercampur-baur. Dari satu sudut, kelompok feminis di United Kingdom dilaporkan memprotes dan mengkritik keputusan yang dilabel mereka sebagai satu langkah ke belakang. Ia langsung tidak mencerminkan keunikan dalaman wanita sedunia yang bertanding.
Juara semasa Miss World, Toni Ann Singh dari Jamaica.
Namun pada masa yang sama, ramai peserta dan peminat pertandingan ratu cantik menyambut baik keputusan ini kerana ia dianggap mereka sebagai sebuah segmen yang meraikan keyakinan golongan wanita. Bagi mereka, tiada siapa yang memaksa mana-mana pihak untuk menyertai Miss World. Justeru, negara yang menyertai seharusnya memilih wakil yang terbuka hati untuk menyarungkan pakaian mandi di atas pentas.
Jika korang masing ingat, ramai sebenarnya yang berharap agar wakil wanita daripada kaum Melayu dibenarkan menyertai Miss World Malaysia setelah segmen pakaian mandi ditiadakan sejak 2014. Tetapi dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya impian itu kembali menjadi angan-angan saja.
Untuk pengetahuan, terdahulu wakil wanita Melayu yang pernah menyertai Miss World termasuklah Fazira Wan Che aka Erra Fazira (1992), Rahima Orchient Yayah (1994) dan beberapa lagi peserta lain sebelum itu.
Dalam sidang media EURO sebelum ini, viral isu Paul Pogba menurunkan botol alkohol Heineken ketika mewakili pasukan kebangsaan Perancis.
Dalam situasi tersebut, dia kelihatan tidak selesa dengan sebotol bir yang dsajikan di meja. Pogba kemudian meletakkan botol bir dengan wajah kesal di wajahnya. Sebagai Muslim, bintang Manchester United itu berbuat demikian adalah kerana tidak mahu ‘terlibat’ dan ‘dekat’ dengan minuman itu atas faktor batas-batas syara’.
Terbaru, berita baik untuk penganut agama Islam diseluruh dunia apabila penganjur EURO 2020 dilapor tidak akan meletakkan botol minuman Heineken di hadapan pemain Muslim lagi selepas ini, lapor Daily Mail.
Malah setiap pasukan, pengurus dan pemain akan ditanya terlebih dahulu apakah perlu untuk meletakkan botol minuman (keras) penaja di podium.
Mungkin impak daripada itu, pihak Heineken juga tidak meletakkan botol minumannya di hadapan Karim Benzema semasa sidang media selepas pemain itu terpilih sebagai ‘Star of The Match’ dalam perlawanan menentang Portugal.
Alhamdulillah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis Malaysia menonton video K-pop dan membuat reaksi video itu perkara yang biasa dan selalu kita tengok. Begitu juga dengan artis Hollywood seperti Justin Bieber dan seangkatan dengannya.
Tapi bagaimana pula dengan reaksi gadis Korea terhadap penyanyi kita? Pernah korang tengok?
Siapa sangka video nyanyian pemenang Vokal Terbaik AJL Ke-32 oleh Syamel dan Ernie Zakri dengan lagu ‘Aku Cinta’ turut mendapat perhatian daripada YouTubers daripada Korea Selatan!
Menerusi video ini mereka memberi reaksi kagum dengan pentas AJL. Mereka cukup ‘berdiri bulu roma’ mendengar kemantapan vokal Syamel dan Ernie. Hampir tak mampu berkata-kata!
Mereka yang dikenali dengan nama Blimey merupakan sekumpulan anak muda dari Korea yang menghasilkan pelbagai content video menarik. Malah sebenarnya mereka sudah menghimpunkan ramai follower dari negara kita. Dengan jumlah subsribers lebih 96 ribu, Blimey kini menjadi antara YouTubers Korea kegemaran netizen Malaysia.
Malah sebelum ini mereka telah hasilkan banyak video yang berkitan dengan negara kita. Dan menerusi laman YouTube mereka, kami dapati mereka juga pernah mengunjungi Kota Kinabalu.
Kamsahamnida Blimey for promoting Malaysia! Ikuti video-video menarik Blimey yang lain di sini.
Anyeonghaseyo, Blimey! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, ahli anggota BTS iaitu Jung-kook kini sedang menjalani latihan ketenteraan. Namun beliau tetap aktif di media sosial untuk berkongsi perkembangannya bersama para peminatnya.
Menerusi hantaran terbaharu Jung-kook di Weverse, pelantun lagu ‘Standing Next To You’ itu memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan kini sedang berkhidmat sebagai tukang masak di kem latihan tentera.
Saya sihat. Saya bekerja keras untuk bersenam. Saya juga sangat pandai membersihkan kawasan, hingga ke siling. Selain itu, saya juga telah memasak untuk kru.
Menurut laporan dari industri muzik dan pihak berkuasa yang berkaitan, Jung-kook telah beralih peranannya sebagai ‘tukang masak’ selepas menamatkan latihan asas di kem tentera.
Sebelum ini, Jung-kook juga sering menunjukkan kemahiran memasaknya sewaktu sesi siaran langsung di Weverse bersama para peminat.
#JUNGKOOK being the most athletic member of the group but then choosing cooking as his duty in the military is the most unexpected yet expected thing 😭you never know what to expect with him my cutie patooti chefpic.twitter.com/xykeqWOmjv
Menurut sumber, memasak adalah salah satu kerja yang sukar dalam tentera kerana pelatih perlu bangun awal dan bekerja lebih masa setiap hari. Tambahan, ia adalah kerja yang melibatkan pisau, api dan minyak, serta perlu membawa dan mengalihkan barang berat sepanjang masa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...