Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti seperti Bunga Isme.
Bunga Isme, atau nama sebenar dia Noor Ayu Fatini, kongsi beberapa gambar kat Instagram dia, tunjuk rumah baru yang dia dah tunggu sejak tahun 2021.
“Kena Usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak.”
Demikian perkongsian penyanyi Rap, Bunga Isme yang berjaya merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah.
Ads
“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ni, tunggu dari tahun 2021, tahun ni siap! Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak 🥲💸.”-kongsi Bunga Isme
Tambahnya lagi, penyanyi ini turut menitipkan doa buat mereka yang melihat posting-nya itu agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan olehNya.
“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita. Jadi, jalan terus! No simpang-simpang! Kita je tahu diri kita.-titip Bunga
Ads
Kata-kata Semangat!
Khabar gembira yang dikongsikan oleh Bunga itu dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat, malah ramai yang memberikan kata-kata semangat buat penyanyi rap ini untuk sentiasa melangkah ke hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, adik kepada penyanyi K-Pop dan pelakon terkenal, Cha Eun Woo, iaitu Lee Dong Hwi yang juga seorang penyelidik, kembali menjadi bualan hangat selepas kehadirannya di atas pentas sebagai pakar artificial intelligence (AI) di sebuah expo teknologi berjaya mencuri perhatian pengguna di media sosial.
Menerusi sebuah video berjudul “The Researcher Making Headlines at Korea AI Summit” yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Sebasi Talk’ pada 16 November lalu, ia mengetengahkan penglibatan Lee Dong Hwi daripada Unbound Lab Dev. sekaligus melonjakkan minat umum terhadap kerjaya serta kepakaran beliau.
Industri Hiburan & Teknologi AI
Difahamkan, Lee Dong Hwi menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “AI Made for My Brother Evolves into a Brand Verification Tool” di COEX, Seoul telah mendapat perhatian kerana ia menyingkap bagaimana teknologi AI dibangunkan selari dengan keperluan industri hiburan.
“Memandangkan saya membesar dekat dengan dunia selebriti, secara natural saya fokus pada kebimbangan dan minat mereka. Mereka sentiasa memikirkan cara untuk berkomunikasi dengan peminat dengan lebih baik,” katanya dalam satu temubual sebelum acara berkenaan.
Cha Eun Woo yang kini sedang menjalankan latihan ketenteraanLee Dong Hwi ketika ditemubual
Pengurusan Data & Peranan AI Dalam Interaksi Artis-Peminat
Jelasnya lagi, sistem yang dibangunkan turut membantu mengumpul serta menyusun data berkaitan maklum balas peminat.
“Bukan sahaja selebriti individu, tetapi syarikat hiburan dan jenama juga risau tentang maklum balas daripada data sebegini. Saya rasa ia sangat berguna jika ada solusi untuk mengumpul dan mengatur data itu, yang akhirnya membawa kepada perancangan sistem ini,” jelasnya memperlihatkan bagaimana teknologi AI semakin berperanan dalam strategi komunikasi artis dan jenama.
Lee Dong Hwi ketika ditemubual
Cabaran Kesihatan Mental Dalam Era Media Sosial
Lee Dong Hwi turut menyentuh cabaran yang dihadapi selebriti dalam berdepan dunia atas talian, menjelaskan bahawa mereka sering terpaksa menahan tekanan akibat komen jahat dan kritikan melampau. Menurutnya, walaupun maklum balas membina penting untuk perkembangan, pendedahan media yang terlalu besar menyebabkan limpahan komen negatif menjadi beban yang memberi kesan kepada kesejahteraan mental artis dalam industri hiburan.
Beliau turut menerangkan bahawa dalam era pempengaruh yang semakin ramai, pendedahan media yang semakin luas menuntut perhatian khusus terhadap perlindungan mereka.. Justeru, beliau dan CEO syarikat kini merancang sistem khusus bagi membantu menjaga kesejahteraan mental individu yang sering menjadi tumpuan umum.
Lee Dong Hwi sebelum ini yang menjadi tular di media sosial
Untuk rekod, Lee Dong Hwi merupakan lulusan dari Universiti Fudan di China. Sebelum ini, beliau memulakan kerjaya di sebuah agensi pengiklanan terkenal, dan akhirnya menyertai Unbound Lab.
Terdahulu, beliau pernah menjadi sorotan selepas kemunculan ringkas selama lima saat dalam program tvN You Quiz on the Block pada Jun lalu, dan statusnya sebagai adik kepada Cha Eun Woo mula menarik minat peminat dan juga pengguna di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas berjaya melakonkan watak Ghaz dalam filem Blood Brothers: Bara Naga, pelakon popular Sharnaaz Ahmad kembali menghiasi layar perak menerusi sebuah naskhah aksi jenayah berjudul Magik Rompak arahan Adrian Teh.
Menariknya, ini kali pertama Sharnaaz membawakan karakter unik seorang ahli silap mata hebat bernama Hadini.
Walaupun filem tersebut menerima tepukan gemuruh ketika tayangan perdana baru-baru ini, Sharnaaz akui menontonnya semula bukan sesuatu yang mudah buat dirinya.
Pelakon berusia 40 tahun itu mengakui, Magik Rompak meninggalkan kesan mendalam kerana mengingatkannya pada detik kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Datuk Basir Ahmad, yang meninggal dunia pada November tahun lalu ketika penggambaran masih berlangsung.
“Filem ini mengamit memori yang sangat perit buat saya. Bapa saya nazak dan meninggal semasa saya menjalani penggambaran filem ini. Semasa mendapat berita arwah bapa sakit, niat saya hanya kerja kerana fikiran memang sudah risaukan bapa.
“Ada dua babak yang membuat saya berasa sedih. Satu ketika babak pembukaan semasa saya berada di atas kontena, waktu itu saya mendapat tahu bapa sedang nazak dan juga babak imbas semula.
“Semua reaksi babak imbas semula itu, seperti rasa kosong dan rasa kehilangan adalah benar kerana penggambaran dibuat dua hari selepas bapa saya meninggal dunia,” katanya.
Sharnaaz juga tidak lupa menzahirkan penghargaan terhadap Adrian Teh yang begitu memahami keadaannya walaupun produksi terpaksa menanggung kerugian besar ketika itu.
“Adrian antara orang yang paling rapat dengan saya sekarang. Saya masih ingat kata-kata dia, ‘kalau aku tak bagi kau balik jumpa bapa, aku akan menyesal sampai bila-bila’. Disebabkan itu, saya sempat ada masa terakhir bersama arwah, walaupun ketika itu bapa sudah tidak sedar.
“Bayangkan, set yang digunakan bernilai hampir RM100,000 sehari termasuk kos kontena, crane, lampu, teknikal dan pelakon tambahan. Tetapi dia rela rugi kerana nilai keluarga lebih besar. Itu buat saya rasa terhutang budi dengan dia sebagai kawan dan pengarah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkongsi pengalamannya berlatih selama enam minggu untuk benar-benar mendalami karakter ahli silap mata.
“Bukan saya seorang, semua pelakon utama ada latihan aksi dan magik. Cuma saya dengan Nadhir Nasar paling lama berlatih.
“Pengajar kami sangat sabar sebab tangan saya keras, sedangkan seorang ahli silap mata perlukan tangan yang lembut,” katanya berseloroh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang rakyat Malaysia semua sedia maklum, boleh dikatakan sudah hampir seluruh negeri di negara kita telah membuat keputusan untuk membatalkan segala penganjuran bazar Ramadan tahun ini disebabkan oleh wabak COVID-19.
Ramai peniaga sudah mula bimbang kerana rata-rata daripada mereka memang bergantung hidup dengan wang pendapatan yang diperoleh melalui hasil berniaga.
Hal ini telah mendapat perhatian daripada beberapa pihak yang memikirkan alternatif tentang bagaimana ingin membantu peniaga sepanjang bulan Ramadan nanti. Jadi, ada yang telah mewujudkan grup di Facebook dengan menamakan Bazar Ramadan Online dan mengumpulkan peniaga-peniaga yang sememangnya berniaga di bazar Ramadan lepas untuk terus membuat jualan di grup tersebut.
Gambar hiasan
Grup Bazar Ramadan Online tersebut dipecahkan mengikut kawasan dan antara tempat yang tersenarai adalah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sama-samalah kita membantu peniaga tempatan bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi negara selepas ini. Diharap agar usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung peniaga sepanjang tempoh PKP berlangsung.