Kecoh di media sosial apabila Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah bahawa bumi ini berbentuk sfera.
Suami kepada Ina Naim ini juga turut berjanji untuk menghentikan kajiannya dan akan memberi dakwah secara percuma kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.
Mendengar akan desas desus persoalan ini, Dr Sheikh Muszaphar telah memberi jawapan yang dikongsi dalam laman instagramnya dan mendapat hamper 78,000 likes.
Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas …
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar …
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri
Degupan jantung berhenti seketika
Meremang Bulu Roma
Ads
Mata tidak terkebil
Melihat Kebesaran Maha Pencipta
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas…
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana
MasyaAllah… SubhanAllah…
And the Earth is spherical in shape.
Geosphere to be exact.
Squashed at the poles and bulged at the Equator.
Ads
Not like a ball but more to an egg.
Every human being should go to space if given the opportunity.
It changes your perspective on life as a whole.
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers
But here I am sharing you my experience of what I have seen.
Ramai yang berterima kasih kepada angkasawan negara ini kerana telah menerangkan dengan jelas fakta sebenar bentuk muka bumi berdasarkan pengalaman 12 hari beliau di ruang angkasa.
Iye la, nak cabar pun orang yang memang dah pernah jejakkan kaki ke angkasa dan berilmu pula tu. Macam mana nak menang kan? Hiks!
Apa-apa pun, kalau memang ini bukan kepakaran kita rasanya baik diam sahaja sebab takut mengelirukan orang lain pula.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
16 tahun mungkin kedengaran seperti satu tempoh masa yang cukup lama untuk kebanyakan daripada kita.
Namun buat Jazimin Abdul Jalil, tempoh 16 tahun yang lalu seakan baru sahaja berlaku semalam dek perasaan rindu yang masih dirasai olehnya terhadap anak tersayang, Nurin Jazlin.
Kisah tragis melibatkan pemergian Nurin berbekas di hati rakyat Malaysia apabila arwah yang pada waktu itu hanya berusia 8 tahun telahpun ditemui meninggal dunia selepas diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin dilaporkan hilang setelah dia dipercayai telah diculik ketika meninggalkan rumahnya yang terletak di Wangsa Maju menuju ke arah sebuah kawasan pasar malam.
Apabila Nurin tidak memunculkan diri, adik-beradik serta ibu bapanya terus melaporkan kehilangannya itu ke pihak berkuasa. Hanya pada 17 September 2007, mayat Nurin ditemukan dalam sebuah beg pakaian sukan di Petaling Jaya. Laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak berusia 8 tahun itu telah dirogol lalu dibunuh.
Lebih menyayat hati apabila perogol dan pembunuh Nurin sehingga ke hari ini masih belum dapat dikenal pasti dan ditangkap.
Memasuki ulang tahun pemergian Nurin pada 17 September ini, memori Jazimin terhadap anak perempuannya itu masih jelas di minda beliau dan perasaan rindunya itu disampaikan menerusi akaun media Facebook miliknya, Isnin lalu.
“Happy birthday Kak Ngah ke-24 tahun. Rindu Kak Ngah 11 September 1999 hingga 17 September 2007.”
Catitan ringkas berserta sekeping foto Nurin yang digunakan secara meluas sewaktu kesnya mengisi ruang akhbar 16 tahun lalu itu sedikit sebanyak membuatkan warganet sebak lalu menzahirnya ucapan takziah masing-masing sambil memperingati kesan tragedi tersebut kepada ahli keluarga mangsa.
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet turut saling mengingatkan betapa tragedi seperti ini harus disemat di hati rakyat. Biarpun ia menyedihkan, banyak pengajaran berguna yang boleh diambil agar ia tidak berulang semula pada masa akan datang.
Sebagai info, tragedi arwah Nurin Jazlin ini juga merupakan punca selebriti versatil, Allahyarhamah Adibah Noor melancarkan lagu berjudul Terlalu Istimewa untuk didedikasikan kepada arwah. Lagu tersebut kemudiannya diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-21.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
p
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama pun Malaysia, tentu saja kita kaya dengan kepelbagaian bangsa dan budaya.
Seorang pelajar India tidak menjadikan bukan beragama Islam sebagai penghalang buatnya untuk berjaya dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Inilah dibuktikan oleh seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak ini mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai mata pelajaran elektif bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, Januari depan.
Lebih mengagumkan, M Dharshini tidak diajar guru kerana pertembungan jadual persekolahan dan hanya belajar berpandu modul yang dibekalkan, malah berjaya mengekalkan keputusan cemerlang.
Menurutnya, dia merupakan satu-satunya calon bukan Muslim di sekolahnya yang mengambil mata pelajaran berkenaan sejak tahun lalu dan berjaya memperoleh gred A+ atau A- setiap kali menduduki ujian.
Sebab Ambil Matapelajaran Tasawwur Islam
Ditanya mengapa mengambil subjek Tasawwur Islam, katanya sebagai menambah pengetahuan mengenai agama Islam selain ingin memenuhi hasrat ibu yang memintanya menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tidak jauh dari rumah.
“Saya menyimpan impian untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan kebetulan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak yang paling hampir dengan rumah,” katanya sebagai harapan subjek berkenaan dapat memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan universiti.
Dharshini berkata, pada awalnya sukar untuk memahami Tasawwur Islam tanpa bantuan guru namun kerja keras dalam menelaah modul yang diberikan membantu dia menguasai subjek itu.
Rata-Rata Netizen Teruja Dan Bangga
Kisah Dharshini mendapat perhatian warganet selepas dia memuat naik ciapan bersama gambarnya dan markah diperoleh untuk subjek Tasawwur Islam dalam Ujian Penilaian dan Peperiksaan di laman sosial Twitter.
Ciapan itu mendapat pujian netizen yang kagum dengan prestasi gadis berkenaan walaupun bukan beragama Islam. Menurut seorang netizen ramai yang takut mempelajari tulisan jawi nanti masuk islam, namun berlainan pula gadis ini.
Menurut Dharshini, dia mengakui mengikuti kelas jawi ketika di tingkatan satu dan dua bersama rakan sekelas lain di surau.
Wah bagusnya gadis ini, moga berjaya dengan SPM dan capai impian untuk ke menara gading!
Berita baik buat rakyat Malaysia, kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati dengan hanya harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.
Walaupun KPDNHEP dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.
Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih. Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 Sept lepas.
Boleh dikatakan hampir RM10 harga dikurangkan daripada harga sebenar kit ujian kendiri. Dengan pengurangan harga ini, diharap ia tidak lagi menjadi beban buat masyarakat untuk mendapatkan kit ujian kendiri bagi melakukan saringan COVID-19 di rumah.
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.